.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa berkaitan teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
Berdasarkan
novel yang anda pelajari, huraikan nilai tanggungjawab dalam novel
tersebut. (7m)
AZFA
HANANI
|
KEMBARA
AMIRA
|
tanggungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan
tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.
tanggungjawab
terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan
buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
tanggungjawab
untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar
sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah
kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya.
|
nilai
tanggungjawab terhadap kesejahteraan hidup orang lain.
Contohnya
Ludin menunaikan tanggungjawab menjaga anak saudaranya Itai setelah Tau
mengambil keputusan untuk menyendiri di dalam hutan kerana malu dengan
tindakan isterinya Ipah melarikan diri.
Nilai
tanggungjawab terhadap ahli keluarga dipaparkan melalui hubungan antara
Profesor Zaidah dan Amira. Profesor Zaidah berasa risau setelah Amira
dihanyutkan oleh arus deras dan apabila Amira menangis kerana risau akan
Jacinta yang pengsan, Profesor Zaidah memeluk dan membelai Amira untuk
menenangkannya.
Tanggungjawab
menjaga khazanah alam dilaksanakan oleh Malique yang telah mencipta virus
sendiri bagi menggagalkan projek mencari emas oleh John O’hara yang boleh
memusnahkan hutan tersebut.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu contoh peristiwa berkaitan teknik saspens yang terdapat dalam setiap novel. (8m)
AZFA
HANANI
|
KEMBARA
AMIRA
|
Peristiwa
Pertemuan Azfa dengan datin Maziah buat kali pertama
Ketika
Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia
mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar
semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi
Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
Peristiwa
Azfa dipanggil ke bilik Pengetua
Azfa
yang telah melakukan kesalahan mencuri buku gelisah apabila dipanggil ke
bilik pengetua. Tambahan pula, pencuri buku di perpustakaan telah
dikenal pasti oleh pihak sekolah. Pembaca tertanya-tanya tujuan Azfa
dipanggil, sama ada berkaitan dengan buku yang hilang atau sebaliknya.
Peristiwa
terbongkarnya penyamaran Azfa Hanani
Datin
Maziah mengetahui penyamaran Azfa setelah mendengar pergaduhan antara Azfa
dengan anaknya Tengku Muzaffar. Pembaca tertanya-tanya tentang
peristiwa seterusnya yang bakal menimpa Azfa.
|
Peristiwa
Amira terjatuh ke dalam sungai
Pembaca
berasa suspens dengan peristiwa Amira terjatuh ke dalam sungai setelah
tergelincir dari batu yang licin. Pembaca suspens sama ada Amira selamat atau
sebaliknya.
Peristiwa
Amira diselamatkan oleh Itai dan Tau
Amira
telah diselamatkan oleh orang asli yang tidak dikenali. Pembaca dan
watak Amira sendiri suspens apabila diselamatkan oleh dua Orang Asli sama ada
mereka jujur atau sebaliknya.
Kehilangan
Jacinta juga satu suspens.
Pembaca
dan Amira tertanya-tanya ke masa Jacinta menghilang.
Peristiwa
cemas semasa kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias ketika menuruni bukit
menyebabkan pembaca berasa suspens. Apakah mereka akan jatuh ke dalam gaung
yang dalam?
Gerakan
mencari Malique juga satu suspens sama ada Malique berjaya dijumpai atau
sebaliknya dia mengalami nasib yang sama seperti pemandu lori balak atau
pekerja O’Hara yang hiang.
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, nyatakan kritikan sosial yang terdapat dalam setiap novel tersebut. (8m)
AZFA
HANANI
|
KEMBARA
AMIRA
|
a.
Masyarakat yang mementingkan darjat.
Tengku
Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana
menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.
b.
Masyarakat yang buruk sangka.
Datuk
Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya
bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah
mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah.
c.
Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan.
Datin
Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan
menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk
menjelaskan hal sebenar.
d.
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Iskandar
mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu
menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap
kurang wajar kerana berlaku pergaulan bebas.
|
a.
Sikap ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan
anak.
Profesor
Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan
kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas
dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.
b.
Masyarakat yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin
membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin
termakan dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari
Ipah dan Sabi.
c.
Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah
sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut
Johnny setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli.
Tindakannya ini menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di
dalam hutan.
|
No comments:
Post a Comment