Kes salah laku disiplin
seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap berlaku di sekolah
belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya penyayang semakin luntur dalam
kalangan pelajar.Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan
peranan anda dalam
memupuk budaya penyayang di sekolah.
Budaya penyayang selaras dengan aspirasi yang
tertera dalam Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad.
Pada tahun 2003, Sekolah Penyayang telah ditubuhkan oleh KPM yang bertujuan
untuk menangani masalah kes salah laku disiplin dalam kalangan pelajar. (I)
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh KPM bahawa dari Jan hingga Jun
2014, sebanyak 13359 kes salah laku pelajar telah dilaporkan, antara lain ialah
jenayah berat, jenayah indeks dan jenayah jalanan. MCPF (Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia ) mengesan jenayah pelajar tercicir sekolah
turut meningkat iaitu daripada
849 orang pada tahun 2012 kepada 2,011 orang (2013).
(K) Memandangkan keseriusan tahap disiplin yang semakin meruncing dalam
kalangan pelajar, PPPM( 2013-2025) telah menyasarkan 6 aspirasi yang perlu
dilengkapi oleh anak bangsa, iaitu mempunyai kemahiran berfikrah, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa di samping berilmu, beridentiti nasional dan
beretika. (U) Menurut kata mantan Presiden Indonesia, Surkarno bahawa ingin
meramalkan masa depan sesebuah negara memandanglah keadaan remaja pada hari
ini. Persoalannya,sejauh manakah saya sebagai peneraju tampuk kepimpinan negara
menggalas obligasi mutlak untuk menyemarakkan budaya penyayang di sekolah?
Ks-situama, hi kiki ja fit – PBS – hubungan - MMM
Memanglah tepatnya teori Hieraki Maslow
dan Glasser bahawa keperluan asas manusia ialah kasih sayang. Secara fitrahnya,
kasih sayang sinonim dengan kehidupan hakiki manusia yang tidak dapat hidup
bersendirian. Dari segi keagamaan, nilai kasih sayang merupakan sifat Tuhan
yang menjadi anutan manusia. Sifat tersebut merupakan limpahan rahmat-Nya
kepada makhluk di buana ini, sebagai amsalnya, Imam Ghazali menegaskan anak
sebagai kain putih, terpulanglah corak didikan daripada orang tua. Setiap anak dilahirkan secara
fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Nabi Muhammad pernah
menegaskan bahawa orang yang tidak mengasihi kanak-kanak tidak akan diberkati
atau menyalahi perundangan Islam. Maka, saya sebagai hamba-Nya, mestilah saya
memahami bahawa nilai kasih sayang ialah terapi jiwa dan perawat segala konflik
semasa mengendalikan
bahtera di tengah samudera. Tanpa kasih sayang, perasaan salah faham,
dendam kesumat yang berpaksikan hukum beraja di mata, bersultan di hati yang
akan mengaburi pertimbangan dan akal budi seseorang. Pada tahun 2009, Mohd Hadzrin Mohamad telah dibelasah sehingga koma 8 hari
sebelum menemui ajal ekoran berebut kasih di sekolah berhampiran Cheras. Kes
ini telah membangkitkan kesedaran warga sekolah dan masyarakat setempat tentang
perlunya nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian khasnya di sekolah.
Kera sir di padang sar AIA
Sementara itu, saya juga akan menerapkan
konsep Kepimpinan Melalui Teladan yang telah dipelopori oleh Tun Dr Mahathir
Muhammad sejak tahun 1983. Sekolah Penyayang meliputi 5 eleman maslahat iaitu
persekitaran, pengurusan, warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti. Dalam konteks
ini, saya sebagai pemimpin pelajar, mestilah memanfaatkan setiap projek yang
dijalankan di bawah seliaan barisan pentadbir sekolah. Contohnya, saya akan menggunakan
platform yang disediakan untuk mengerahkan dan merangsang rakan
seperjuangan saya untuk menjayakan projek yang berkaitan dengan kelestarian
persekitaran seperti sekolah lestari,taman botani, kelasku rumahku,
pertandingan tandas berbintang lima, Program Indahnya sekolah dan sebagainya.Sebagai
pemimpin pelajar sama ada selaku pengawas atau penggerak aktiviti, saya akan
menyumbangkan idea atau memberikan penghargaan kepada setiap penyumbang idea semasa melaksanakan setiap projek yang berdaya upaya untuk mewujudkan
persekitaran kondusif di alma mater.
Mukhtasarnya, konsep ini perlu difahami sehingga akar umbinya kerana
serasi dengan falsafah keislaman yang terkenal dengan prinsip beribadat,
berakidah dan berakhlak supaya disenangi dan disegani oleh semua orang seperti
gurindam di bawah;
Pengaruh
kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadi
sempadan.
Menjadi
kewajipan menjalankan tugas,
Kesederhanaan
tetapi penuh tegas.
IKON – guru/ program/ rakan
Sekolah penyayang juga berkonsepkan
kemesraan, muhibah dan mawaddah antara warga sekolah. Hubungan dengan kasih
sayang ibarat lagu dengan irama yang diilhamkan oleh Allahyarham Seniman
P Ramlee. Maka, saya mestilah menaburkan kasih sayang yang sejati kepada para
warga pendidik yg sanggup membakarkan diri untuk menerangi orang lain. Usman
Awang( Sasterawan Negara) pernah menukilkan bahawa perdana menteri, ulama,
penulis, doktor, penguam, raja dan sebagainya dididik oleh seorang manusia yang
bergelar sebagai guru. Guru memanglah perlu dimartabatkan supaya semua anak
didik mensyukuri setiap pengorbanan dan jasa mereka yang tanpa mengenal jemu.
Justifikasinya, untuk mewujudkan pembelajaran yang kondusif, masalah kes salah
laku dalam kalangan pelajar mestilah ditangani melalui Kelab Pencegahan
Jenayah, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Lembaga Disiplin Pelajar. Saya seyogianya
mengaktifkan diri untuk berkecimpung dalam aktiviti yang berkaitan dengan
perkembangan sahsiah diri seperti kursus tatasusila, kaunseling dan pembina kerjaya,
program motivasi dan sebagainya. Tegasnya, memetik kata pujangga bahawa kawan
baik seperti penjual minyak wangi dan kawan buruk seperti penukul besi. Jauhilah
perbuatan seperti setitik nila rosak susu sebelangga, seekor kerbau membawa
lumpur terpalitlah semuanya, ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya yang
akan menyebabkan pidana halimun terserap ke dalam persekolahan saya tanpa
disedari. Maka, saya mestilah pandai memilih rakan seperaliran dan berikhtiar
untuk mewujudkan budaya penyayang di alma mater selagi
hayat terkandung di badan.
BB=getukacara migaul, BB-SMK, BB-tekuma
seisa, BB=jahusi ihudada BB-MPK
Dalam kaca mata etiket sosial, budi
pekerti pakaian peribadi, akal fikiran pakaian insani. Budi pekerti merupakan
tunjang utama untuk memangkinkan aura pembelajaran yang selesa dan dilingkari dengan
perasaan yang saling menghormati, saling menyayang, dan budaya bekerjasama. Menurut
Datuk Dr Jais Yatim, generasi kini semakin ketandusan bahasa dan budaya ekoran
ledakan sains dan teknologi. Impaknya, jurang antara warga sekolah, atau kerenggangan
wasilah antara alumni dengan PIBG menatijahkan kesusahan untuk menjayakan
perkongsian etos dan budaya sekolah. Antaranya, Program Mentor Mantee yang
diadakan selama 2 minggu sekali di bawah seliaan Pusat Kaunseling dan Bimbingan
seakan-akan menemui skeptikal tentang
keberkesanannya lantaran kekangan masa dan sistem pendidikan yang terlalu
berorientasikan akademik. Walakin begitu, saya meyakini bahawa budi pekerti
merupakan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan antara individu.
Warisan tradisi ini perlulah dilahirkan melalui setiap gerak laku, tutur kata,
cara hidup, perasaan, pemikiran dan cara pergaulan harian dalam kehidupan
berkhalayak. Sebagai pelajar yang beretika syumul, saya bukan sahaja perlu memiliki kemurahan hati malahan
keluhuran peribadi dengan menampilkan perwatakan yang menyenangkan setiap warga
sekolah. “Bahawasanya
di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah
seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”(Riwayat Al-Bukhari).
Walhal setiap manusia adalah hidup saling bergantungan dan hidup secara
simbiosis, saya yakin bahawa setiap perlakuan saya yang kerdil tetap akan
menimbulkan tempias terhadap kawan di sekeliling saya. Seperti yang termaksud
dalam gurindam di bawah
Ketelusan hati menjadi bekalan,
Ketinggian peribadi jadi amalan.
Kekuatan bersifat baik hati
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Ilmu+kemahiran(pi da sai mai kua
lin gaul)
Pendeta Za’ba
pernah menukilkan bahawa ilmu lautan tanpa bertepi, hamparan saujana tanpa
tepian. Bahawasanya, ilmu dan kemahiran merupakan prasyarat untuk memartabatkan
prestij sesebuah sekolah ke peringkat nasional. SMK Tinggi BM tersohor lantaran
terlahirnya bapa demokrasi Tun Abdullah Badawi, SMK Aminuddin Baki terkenal
kerana terwujudnya Bapa Pendidikan Malaysia yang berjasa, SMK Berapit tersohor
namanya di arena pendidikan kerana terlahirlah Datuk Lee Chung Wei dan tidak
terperinya nama-nama sekolah lain yang masyhur di negara kita kerana kejayaan
mentarbiah insan yang berguna. Memanglah saya memahami bahawa di mana bumi
dipijak, di situ langit dijunjung. Kejayaan sesebuah sekolah memerlukan
komitmen dan sinergi yang bersepadu antara banyak pihak, projek tanpa sumbangan
yang berbentuk multilateral mustahilnya membuahkan hasil yang
diidamkan. Seyogianya, saya perlu mengasah bakat yang terpendam dalam aktiviti
kokurikulum dan pertandingan koakademik demi membawa diri ke peringkat
jagatraya. Sesungguhnya, kerajaan berusaha untuk melahirkan modal insan yang
berimpak tinggi, banyak projek yang dilaksanakan memerlukan generasi pelapis
seperti saya yang diibaratkan aset negara yang tidak ternilai harganya. Ijmalnya,
sekolah penyayang bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran tinggi, berintelektual malahan mempunyai wawasan tinggi untuk
menjadikan sekolahku, syurgaku.
Jati diri –identiti
nasional, an wa ma ke baba, jati diri bangsa= SSS, JD=sifat empunya, kekitaan,
x JD=1, x sifat malu- tradisi, 2. X sifat hormat – warga tua 3. Agung budaya
barat 4. Imej suram 5. Hala tuju suram 6.
Akhir
sekali, rasa patriotisme dan kekentalan jati diri terhadap tanah tumpah akan
melahirkan kecintaan yang mendalam terhadap sekolah jua. Tanpa sekolah,
tanpalah modal insan yang mampu berbakti kepada nusa dan bangsa. Pengalaman di sekolah dibayangkan dalam sajak di
bawah;
Tempat bermain lagi dikenang,
Inikan pula tempat belajar.
Menurut kata Naquid Al-Attas, generasi muda kini
menghadapi kecelaruan minda dan krisis identiti ekoran kenipisan dalam
keimanan. Anak muda seperti saya pada zaman ini memanglah berhadapan dengan
cabaran global yang paling sengit dan hanyalah keteguhan jati diri bangsa akan
menepis segala tohmahan, konflik dan percanggahan dalam diri saya. Tanpa sifat
empunya dan semangat kekitaan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat menimba
ilmu dan pembina sahsiah yang unggul, sekolah penyayang mustahillah wujud dalam
sanubari setiap warga sekolah. Sebagai srikandi atau anak solehah, saya akan
berikhtiar dan menggembleng kudrat bagai patah kapak gantikan beliung supaya
merealisasikan cabaran dalam Wawasan 2020 justeru melahirkan persekitaran
sekolah yang kehijauan, kemesraan, dan keselamatan tanpa gangguan sebarang
parasit halimun yang bukan sahaja meranapkan barisan anak watan malahan
membantutkan perkembangan sesebuah sekolah yang berprestasi tinggi.
RCAH
Akhirul
kalam, tiada kusut tidak dapat diselesaikan. Segala prakarsa hanyalah menjadi
fatamorgana sekiranya tanpa anjakan paradigma dalam kalangan masyarakat. Memang
sukar disangkal bahawa institusi pendidikan merupakan cerucuk fundamental untuk
melahirkan modal insan yang syumul. Sebagai pemangkin aspirasi negara, saya
bukan sahaja perlu melengkapkan diri menjadi pelajar yang berintelektual dan
berkemahiran tinggi, malahan bersahsiah ampuh, dan yang dominannya menjadi anak
Adam yang sanggup memperjuangkan kedaulatan negara dan kecemerlangan sekolah. Sekolah
penyayang merupakan keperluan pada zaman atom yang dikatakan kecanggihan dalam
teknologi namun kejahilan dalam akal budi. Walhasil, saya akhiri bicara ini
dengan serangkap gurindam seperti di bawah;
Jika pelajar mengaji teliti
Di Sungai cabaran tersedia titi.
Ilmu kembang tegap wibawa,
Sekolah penyayang pasti terbawa.
No comments:
Post a Comment