soalan ini paling hangat...
for my form 5 students, july is coming, our trial exam really in vicinity, hence, if you still thinking the time just can let you loitering around, i hope you bless to god.
specially you.... link our heart n hand together, five years already, we fight together, i dunno wad will be happen the next corner, is destiny..
important things, you will be my last badge in jitsin, i cherish .. though i know only got 3 months i will together with you... tear will drop down, but i m tough...cuz i promise will strive with you
SPM BM way , not only you, but i together with you, my spirit still there...
for my form 5 students, july is coming, our trial exam really in vicinity, hence, if you still thinking the time just can let you loitering around, i hope you bless to god.
specially you.... link our heart n hand together, five years already, we fight together, i dunno wad will be happen the next corner, is destiny..
important things, you will be my last badge in jitsin, i cherish .. though i know only got 3 months i will together with you... tear will drop down, but i m tough...cuz i promise will strive with you
SPM BM way , not only you, but i together with you, my spirit still there...
Latihan 3: Akhbar, majalah, dan media elektronik amat berpengaruh
dalam membentuk minda rakyat.Tulis
sebuah rencana yang membincangkan peranan rangkaian media-media tersebut
dalam membentuk sikap rakyat yang positif (Teks Tkn 4, Unit 3 Bhg 2).
Musim
berubah zaman beralih. Pelbagai fasa telah merevolusikan zaman media massa,
iaitu daripada zaman percetakan yang dibawa oleh paderi Kristian ke Tanah Melayu
hinggalah kini termunculnya media alternatif yang bersifat interaktif dan
animatif. Jikalau mengimbau kembali sejarah perkembangan media massa di Malaysia,
julung-julung kali Kaum Melayu Muda telah menerbitkan majalah bulanan Al-Imam
yang bersifat untuk meniup semangat nasionalis rakyat tempatan, seterusnya terbitlah
pula akhbar seperti Saudara, Utusan Melayu dan Majlis melalui usaha sama tokoh yang berjasa seperti
Pak Sako, Ahmad Boestaman , Harun
Aminurashid dan sebagainya. Maka, tersingsinglah tabir media massa untuk
menganjak paradigma masyarakat tempatan. Kini, media massa bukan lagi kes keterasingan
yang berperanan untuk mencorak gaya hidup baharu, sekali gus mengglobalkan
pemikiran golongan masyarakat kosmopolitan. Persoalannya, sejauh manakah
pengamal media menggalas tanggungjawab sosial untuk membentuk sikap positif
golongan marhaen di negara kita?
Memang diketahui bahawa media massa
berfungsi sebagai agen pendidik yang melewati sempadan negara dan autonomi
ekonomi. Di Malaysia, TV pendidikan telah berevolusi sejak tahun 1972 yang
bermula di saluran RTM1, TV2, TV9, Astro dan kini telah diubah suai dan
dilayari melalui laman sesawang EDUWEBTV. Dasar Langit Terbuka dan Pelan Jalur
Lebar Negara telah membuka peluang untuk memaksimumkan keberkesanan pedagogi
dan melahirkan modal insan yang bermentaliti tinggi. Contohnya, Projek Frog
VLE( virtual learning environment) telah
mempromosikan pendidikan maya dan memaksimumkan profesionalisme keguruan. Pada
masa yang sama, media cetak seperti Dewan Siswa dan rubrik yang disediakan oleh akhbar tempatan
juga berfungsi untuk menyebarkan segala maklumat tentang pedagogi kepada
masyarakat umum. Pendek kata, maklumat di hujung jari telah merapatkan anak
didik kepada perkembangan sosioekonomi yang bercirikan pengetahuan tinggi. Namun,
kebijaksanaan pengamal media mestilah diterapkan semasa memaparkan sesuatu
informasi yang dapat memanfaatkan pembaca supaya meningkatkan mobiliti
pemikiran dan mentaliti masyarakat lokal.
Meninjau perkembangan program realiti yang
bermula dari AS, trend gaya moden ini seolah-olah telah melanda kehidupan sejagat.
Misalnya, Malaysian Idols, Academi Fantasia, One of the Millionier, Bicara
melalui saluran swasta dan kerajaan telah meninggalkan tempias kepada rakyat
tempatan. Sesungguhnya, program berbentuk hiburan ini bagai serampang dua mata,
yakni telah mencungkil bakat tersohor sekali gus melonjakkan industri
perfileman lokal ke persada dunia. Namun, program realiti ini juga menyebabkan
remaja yang berhingus sanggup mengikat perut untuk menyokong idol sendiri
dengan menghantar sistem pesanan ringkas yang bercaj tinggi. Akibatnya,
muncullah satu trend baharu iaitu horizon pemikiran kita telah didominasi oleh
budaya kebaratan yang bersifat sekularisme dan hedonisme. Pada masa yang sama,
media cetak juga memaparkan cerita pelawak dan bertunjangkan seni budaya
warisan leluhur telah menjanakan kelangsungan bangsa dan tamadun. Mukhtasarnya,
media massa merupakan agen penghibur yang tidak dapat
dikesampingkan lagi kerana hidup manusia memerlukan hiburan khasnya pada era
yang sarat dengan konkurensi sengit.
Pelbagai kontroversi telah dipolemikkan
tentang pengaruh media massa yang meracuni minda generasi muda. The Lion King
dikatakan penuh dengan aksi yang ganas, program sitcom’The Nanny’ dipertikaikan
kandungannya penuh dengan lawak lucah. Namun, di sebalik hikmah, media massa
sesungguhnya berjaya menggembleng tenaga dan simpati penontonnya untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Contohnya, Bersamamu di TV3, Merisik Khabar
di Astro Prima, laporan khas di ruang pojok di media cetak dan sebagainya membuka
tabir tentang sekelompok manusia yang memerlukan bantuan yang sejati. Media
massa telah berperanan sebagai agen perubahan masyarakat untuk menggalakkan
masyarakat menderma melalui tabung yang disediakan. Segala usaha ini hanyalah
akan berjaya sekiranya terdapat kesedaran tinggi pihak pengamal media untuk
melaporkan sesuatu peristiwa tanpa memikirkan keuntungan semata-mata.Izharnya,
media massa mestilah menjauhi fitnah, provokasi atau isu sensitif yang tidak
berasaskan bukti kesahihan. Kata pujangga,”pena ibarat mata pedang, dapat
musnahkan seseorang dengan senang.”
Menurut Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka, "
media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa-apa yang perlu
difikirkan". Sesungguhnya, media
massa berperanan sebagai pentafsir
untuk
memastikan setiap pembaca atau pengguna media mendapat maklumat yang sahih dan
dapat menilai, menginterpretasi dan menganalisis setiap informasi yang diterima
sama ada berasaskan kebenaran atau sekadar khabar angin. Dari sudut
perdagangan, media massa telah menjadikan global sebagai kampung eletronik, hanya
seklik ikon, segala paparan terserlah di depan. Setiap produk dapat dipasarkan
dan diiklankan melalui wahana ini. Pengguna dapat membuat perbandingan dan
penyenaraian produk yang betul-betul mengikut keperluan diri. Selain mendapat
maklumat tentang produk yang ingin dibeli, pengguna media massa juga berupaya
untuk menjelajah setiap pojok media supaya meluaskan pengalaman tentang sesuatu
isu semasa yang giat diperheboh. Dalam sudut ini, bukan sahaja terlahirnya
pengguna bijak malahan membantu pengusaha tempatan menyusun strategi pemasaran
yang efektif melalui media massa baik bersifat cetakan mahupun elektronik. Sesungguhnya,
zaman digital ini telah menyenangkan pembeli atau penjual untuk membuat tafsiran
yang berkesan sebelum sesuatu urusan dijalankan. Situasi yang saling menang itu
telah mewujudkan masyarakat intelektual yang mampu membuat pertimbangan dengan
rasional dan analitikal.
Pada masa yang sama, media massa juga berfungsi sebagai pemerhati
yang utama. Dari segi meteorologi, ramalan cuaca dapat dihebahkan sebagai
persediaan awal, bak sediakan payung sebelum hujan. Segala bentuk musibah dan
bencana alam juga dapat dihebohkan bak inisiatif mencegah lebih baik daripada
merawat. Bahkan, perkembangan ekonomi seperti kenaikan harga minyak, kadar
inflasi, spekulasi pasaran saham dan gelombang ekonomi sejagat dapat
diperhatikan oleh pembaca dari masa ke masa. Stesen TV3 dengan slogannya
“Maklumat Terkini”, “Duniamu Di TV3” begitu popular dengan penampilan visual
yang lebih moden. Segala program yang diperhatikan dalam ruangan media
seolah-olah mendidik masyarakat bersikap berwaspada terhadap musibah yang bakal
menenggelamkan dunia, seperti yang ditayangkan oleh filem,” The Lost World” , “An
Inconvenient Truth” dan National Science Foundation. Majalah akademik seperti Reader
Digest, Ensiklopedia, Forbes, Dewan Kosmo, dan surat khabar telah berjaya mengakulturasi
masyarakat supaya mempunyai kotak minda yang mampu berfikir secara kritis dan
analitis. Pendek kata, media massa merupakan agen pengawasan dan pemerhati
untuk perkongsian idea atau muzakarah supaya lebih berjaga-jaga terhadap setiap
perkembangan semasa.
Tidak lain dan tidak bukan, media massa
bertindak sebagai agen penghubung yang dominan antara individu dengan
masyarakat, antara kerajaan dengan rakyat dan antara individu dengan
persekiataran. Kerajaan khususnya telah memanfaatkan media massa untuk
mempropagandakan setiap perubahan dasar atau perkembangan politik pada era
globalisasi ini. Segala persidangan rasmi antarabangsa dapat dilancarkan
melalui peranti elektronik seperti persidangan video, video chatting sekali gus
segala perlaksanaan strategi kerajaan dapat dihebohkan dalam sesaat sahaja
tanpa kekangan sempadan atau masa. Contohnya, segala acara temasya sukan pada
peringkat antarabangsa dapat ditayangkan secara langsung, persidangan parlimen
dapat disalurkan tanpa halangan, dan laporan langsung tentang pilihanraya dapat
disiarkan pada paparan elektronik atau media cetak dengan pantas dan
berkapasiti tinggi. Tegal itu, secara langsung atau tidak langsung, hubungan diplomatik
dan ukhuwah antara kerajaan dengan rakyat dapat dieratkan. Baru-baru ini, RM
ke-11 telah dipaparkan dengan virtual dan berbentuk cetakan, rakyat tempatan
akan memahami setiap objektif pelaksanaan strategi kerajaan, sekali gus
menetapkan visi negara secara sistematik dengan penyertaan rakyat secara holistik.
Tanpa agen pengubung ini, segala pertalian dan mesej sukar dicapai. Hubungan
rakyat dengan kerajaan bagai irama dengan lagu, mestilah direntakkan bersama,
hanyalah temponya lunak dan syahdu.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya,
media massa sesungguhnya berkait rapat sebagai agen pendakwah atau agen sosialisasi
yang dominan. Menjejaki perkembangan zaman pramerdeka, media massa merupakan
agen yang utama untuk meniup semangat nasionalis. Pada tahun 1900-an, dengan
mesin cetak yang dibawa oleh paderi kristian, Abdullah Munsyi sebagai bapa kesusasteraan
moden telah menghasilkan karyaan kreatif dan menterjemahkan kitab ke bahasa
Melayu. Hasilan karyaan telah dicetak dan diasuh kepada anak bangsa Melayu. Tindakan
beliau berjaya membangkitkan kesedaran rakyat dahulukala tentang perkembangan
semasa di Timur Tengah, sekali gus mengamalkan segala tuntutan agama dengan
beristiqamah. Pada masa ini, tarbiah yang disalurkan melalui IKIMFM pada setiap
hari Jumaat sedikit banyak menimbulkan akulturasi dan mentarbiah muslim atau
muslimah untuk menunaikan solat dengan istiqamah. Alhijrah yang dihoskan oleh
Nurul Iman yang disiarkan melalui saluran Astro juga menunjukkan inisiatif
pengamal media untuk menggalas tanggungjawab sosialnya. Program realiti TV juga
diterapkan untuk menyiarkan program seperti Akademi Al-Quran, Imam Muda yang bersifat
pertandingan. Zaman yang bersifat penyejagatan ini amatlah ajaibnya untuk menyebarluaskan
sesuatu fahaman kepada pembacanya tanpa susah payah menjelajah berbatu-berbatu
sekadar untuk berguru.
khirul
kalam, industri multimedia dan komunikasi merupakan sektor perkhidmatan yang
dapat mengaut keuntungan kepada negara. Dari sudut komunikasi pula, produk telekomunikasi
barat telah membanjiri sistem komunikasi
negara membangun. Herman dan W.McChesney (1997) melalui buku “The Global Media”, kemunculan syarikat gergasi multinasional
dari negara maju ke negara-negara membangun telah menyebabkan berlakunya
pengukuhan sistem modal kapitalis pada tahap sejagat. Sebagai rakyat yang
bersifat patriotik, kita perlulah memahami situasi ini. Segala kejutan budaya perlulah
ditepis melalui jati diri bangsa dan keimanan yang kebal. Jangan sekali-kali
biarkan pisang berbuah dua kali, sistem penjajahan minda mestilah dihindari
sama sekali. Peperangan dunia ke-3 kemungkinan meresap secara halimun tanpa
disedari sekiranya rakyat kita masih tidak meneguhkan jati diri dan menerapkan
konsep yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. Sebagai
penutup bicara, memetik kata Dato’ Sri Najib bahawa pengamal media mestilah
menekankan kesahihan dalam laporan, dan bukan sekadar untuk menggamit perhatian
penonton tanpa sekelumit tanggungjawab sosial. Memanglah, sebagai penyebar
media, mata pena yang bergerak secara diam-diam kadangkala lebih tajam daripada
mata pedang.
(bagi kumpulan Khamis, saya upload karangan yg kita tulis bersama semasa di kelas, tetapi krg yg telah diubah suai...tolong check n tambah sedikit maklumat lagi)
(bagi kumpulan Khamis, saya upload karangan yg kita tulis bersama semasa di kelas, tetapi krg yg telah diubah suai...tolong check n tambah sedikit maklumat lagi)
Latihan 3: Akhbar, majalah, dan media elektronik amat berpengaruh
dalam membentuk minda rakyat.Tulis
sebuah rencana yang membincangkan peranan rangkaian media-media tersebut dalam
membentuk sikap rakyat
yang positif (Teks Tkn 4, Unit 3 Bhg 2).
Zaman beralih musim berubah. Sekali air
bah, sekali pantai berubah. Fasa demi fasa, perkembangan MM telah merevolusikan
dunia dan mengglobalkan gaya hidup penduduk sejagat. Menyingsing tabir sejarah
perkembangan MM di Malaysia, majalah bulanan yang pertama telah diterbitkan
oleh KMM yang berjudul Al-Imam. Sejak itu, berkembanglah industri perakhbaran
seperti Majlis Negara, Utusan Melayu, dan Saudara yang dipelopori oleh Ahmad
Boestaman, Pak Sako, Harun
Aminurashid dan sebagainya. Bagaimanapun, media alternatif telah
berkembang di Malaysia sejak 1963 dengan tertubuhnya RTM di studio Abdul Rahman Kuala Lumpur. (I) Namun, senario
seperti pengaruh budaya kebaratan dan filem yang berunsurkan provokasi,
sadis dan kelucahan telah melambak pasaran lokal mahupun global sehingga mentaliti manusia biarpun semakin tinggi namun kehidupan manusia seakan-akan melangkah ke zaman jahiliah . (K)
Memandangkan penularan fahaman hedonisme dan kapitalisme semakin bermaharejala di negara kita, sistem klasifikasi
program telah diperkenalkan pada tahun 1996 untuk mengehadkan batasan penularan
fahaman tersebut. (U) Persoalannya, sejauh manakah pengamal MM menggalas
tanggungjawab sosial untuk mencorak percaturan fikiran dan membentuk sikap
positif generasi pelapis negara?
Memang tidak dapat dinafikan, MM berfungsi
sebagai agen penghubung antara pihak kerajaan dengan rakyat tempatan. Pelbagai
inisiatif dan dasar kerajaan dapat disalurkan kepada golongan marhaen dengan
pantas dan terperinci. Contohnya, baru-baru ini RMke-11 dapat diperkenalkan
melalui media elektronik mahupun media cetak dengan hanya seklik ikon pada
paparan media. Sementara itu, PPPM( pengajian Tinggi) , NKRA( Bidang
Keberhasilan Utama Negara), NKEA(Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara), Pelan Integriti Nasional, Pelan Jalur Lebar
Negara dan sebagainya berjaya membangkitkan kesedaran rakyat selaras dengan
aspirasi negara. Di bawah Dasar langit Terbuka, aplikasi MM semakin
diperkembangkan sehingga memastikan akses kemudahan ICT dan media cetak
tercapai ke peringkat jagatraya. Mukhtasarnya, kerajaan berperanan sebagai jantung
negara mestilah memanfaatkan aplikasi MM utk mencorak anak watan pewaris bangsa
yang berkait rapat dengan cita rasa tempatan, iaitu bersifat secara glokal atau
berfikir secara global tapi bertindak secara lokal.
Dari
segi ekonomi, MM bersifat sebagai agen pentafsir yang penting untuk melahirkan
generasi muda yang berminda kelas pertama. Dalam konteks ini, MM berperanan
sebagai wadah pemasaran dan pengiklanan untuk menjenamakan sesuatu produk di
pasaran lokal mahupun global. Sebagai tamsilannya, syarikat gergasi
multinasional lumrahnya menaja acara temasya sukan antarabangsa untuk
mengglobalkan jenamanya. Sebagai agen pentafsir, pengguna berpeluang untuk mentafsir,
menginterpretasi, menilai dan menyenaraikan segala maklumat yang didedahkan.Secara
langsungnya, horizon pemikiran akan berkembang justeru dapat memartabatkan diri
sebagai insan yang berintelektual tinggi. Contohnya, melalui data analisis
spekulasi pasaran saham, kadar inflasi, belanjawan negara, deflisit negara,
kadar pertukaran aliran tunai dan lain-lain yang berkaitan ekonomi, pengguna MM
dapat mendekatkan diri dengan pasaran ekonomi supaya menjauhkan diri menjadi
katak di bawah tempurung atau dieksploitasi mahupun dimanipulasi oleh pengamal
MM yang tidak beretika.
Jika
diselami dari sudut pendidikan, program TV
pendidikan telah berevolusi sejak tahun 1972 melalui saluran RTM1, dan usaha
ini diteruskan oleh saluran swasta ASTRO dan TV9. Akhbar tempatan seperti Berita
Harian, Utusan Malaysia dan Metro juga menyediakan rubrik sebagai agen pendidik
kepada bakal calon SPM, PT3 atau UPSR. Sebaliknya, Majalah bulanan seperti
Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga berfungsi untuk
mendedahkan pelajar kepada dunia jagatraya supaya mengasahkan minda ke
peringkat antarabangsa. Baru2 ini, program Frog VLE(Virtual Learning
Environment) telah disebar luas melalui KPM utk memaksimumkan profesionalisme
keguruan mahupun mengoptimumkan keberkesanan dalam pedagogi dengan bahan pengajaran yang berinteraktif, beranimatif, berilustrasi dan bergrafik. Justifikasinya,
EduwabTV , National Science Foundation, filem dokumentari, ensiklopedia, sekali
gus gajet e-book telah mewujudkan ekosistem mobiliti pendidikan yang berkualiti tinggi.
Dari
segi etikasosial, MM bertindak sebagai agen penghubung atau pengerat
silaturahim yang efisien. Dalam konteks ini, media alternatif seperti peranti telefon
pintar, tabloid, tablet, PDA dan sebagainya telah membongkar tabir MM dengan terwujudnya laman sosial, laman sembang dan laman sesawang yang melewati
sempadan negara atau autonomi ekonomi. Ironinya, MM juga berperanan sebagai
agen penghibur yang dapat melepaskan tekanan pembaca. Sebagai contohnya,
program TV realiti seperti Malaysia Idol(TV8), Academi Fantasi, One in a
Million, Bicara dan sebagainya semakin melambak di mana-mana saluran TV. Dalam
kata lain, pengamal TV cenderung melariskan program berbentuk hiburan ini
ekoran mendapat pemerhatian yang meluas dalam kalangan masyarakat kosmopolitan
justeru mendapat penajaan daripada pengiklanan yang menjamin pulangan yang
lumayan. Namun, memanglah tidak dapat disangkal lagi bahawa dunia manusia memerlukan kebebasan untuk memilih hiburan yang bersesuaian dengan cita rasa sendiri.
Dalam
isu tanggungjawab sosial, program berbentuk amal seperti Bersamamu, Pohonku,
Merisik Khabar, Kisah Benar dan sebagainya telah mendekatkan masyarakat kepada
kelompok yang begitu memerlukan ihsan daripada manusia yang bergelar sebagai
mahkluk yang berminda tinggi. Namun, Dato’ Sri Najib Tun Razak mengatakan bahawa
pengamal MM mestilah bercirikan kesahihan dalam laporan dan bukan sekadar untuk
menghiburkan pembaca. Maka, segala maklumat mestilah menjaga imej negara yang
berpaksikan doktrin Rukun Negara dengan menjauhi laporan tentang isu provokasi,
fitnah, isu sensitif perkauman yang akan memporak-perandakan negara.Pendek kata, MM perlulah bertindak sebagai agen pemerhati untuk melaporkan segala bentuk musibah, bencana alam, ramalan cuaca dan persekitaran yang berlaku di sekeliling kita. Tindakan ini juga dikatakan sebagai pengawasan untuk membuat persediaan awal bagai sediakan payung sebelum hujan. Dunia kini semakin terdedah kepada musibah yang tidak menentu, maka pengamal MM mestilah menggalas tanggungjawab sosial untuk memastikan setiap pengguna MM mendapat maklumat yg paling sahih dan bertepatan.
Dari segi keagamaan, MM juga bertindak
sebagai agen pendakwah yang penting untuk melengkapkan remaja sebagai insan
yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan. Conthnya, TV Alhijrah yang dihoskan
oleh Nurul Iman melalui Program Solehah, Program Imam Muda dan Tarbiah yang disalurkan oleh
IKIMFM pada setiap hari Jumaat, pada pukul 1015am sedikit banyak mendekatkan penonton kepada Tuhan dan menjauhi segala angkara laknatullah . Izharnya, Program Imam berbentuk
keagamaan dapat mentarbiah penonton supaya mengamalkan jemaah bersolat,
menunaikan ibadat dan memahami qadak dan qadar dengan lebih jelas lagi.
Sebagai penghias penutup bicara, mesin
percetakan yang dibawa oleh paderi Kristian telah memulakan industri penerbitan
di Tanah Melayu. Abdullah Munsyi( bapa kesusasteraan Melayu Moden) telah
menggunakan mesin percetakan tersebut untuk menterjemahkan kitab dalam bahasa Melayu supaya mentarbiah anak bangsa sejak tahun 1906. Bertitik tolak daripada
manifestasi tersebut, anak bangsa telah ditiup semangat nasional dan semangat
perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara. Kini, semangat ini wajarlah
ditelusuri agar melahirkan pelapis negara yang berwawasan tinggi dan sanggup
menggalas obligasi mutlak kerajaan supaya mementingkan perkembangan ekonomi
negara, jadi, impian ini tidak akan termakbul tanpa peranan yang dimainkan oleh
MM sebagai agen penghibur, penghubung, pemerhati dan pentafsir.
No comments:
Post a Comment