Latihan
2: Remaja kini gemar
berhibur. Hal ini amat membimbangkan semua pihak kerana remaja merupakan aset
penting kepada negara. Bincangkan kesan-kesan gejala suka berhibur kepada golongan remaja (Ruj.
Teks Tkn 4, Unit 2 Bhg 3).
Tema/isu:
gejala suka berhibur
Skop
: remaja aset penting
Kunci
soalan: kesan negatif
Remaja
amat mahal
sesungguhnya
tiada
terbeli oleh perjanjian
harga
remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.
Penuhilah
remajamu
dengan ketentuan tuju.
Sajak Harga Remaja di atas menunjukkan
usia remaja harganya tidak ternilai dan dijual beli. Remaja merupakan peneraju dan
pelapis yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara. (I) Malangnya, gejala
suka berhibur telah melanda kehidupan remaja yang masih berusia setahun jagung, berdarah setampuk pinang sehingga
menghanyutkan diri dalam dunia fantasi. (K) Tegal itu, PPPM( 2013-2025) telah
menggarisi enam aspirasi yang perlu dilengkapi oleh seorang anak bangsa, iaitu
berkemahiran dwibahasa, kemahiran berfikrah dan kemahiran memimpin, di samping
berilmu, beridentiti nasional, dan beretika.(U) Persoalannya, sejauh manakah
usaha kerajaan telah mengikis sikap negatif pelajar? Sejauh manakah kesan-kesan
negatif telah membejatkan minda dan masa depan seseorang remaja akibat pengaruh
gejala suka berhibur?
Memang tidak dapat disangkal bahawa tahap disiplin merupakan
cerucuk fundamental yang menatijahkan kejayaan dalam kehidupan. Namun, gejala
suka berhibur diibaratkan parasit halimun telah menenggelamkan wawasan dan hala
tuju seseorang remaja yang khusyuk dalam dunia fatamorgana ini. Menurut Willian S Siegel,
manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi gagal membuat perancangan.
Seyogianya, setiap remaja menghayati peribahasa membilang dari esa, mengaji
dari arif, hujan berpokok, kata berpangkal, yakni kita mestilah merancang masa
depan dengan sistematik dan mengikut tatacara. Namun, gejala berhibur seperti
ketagih mengambil dadah beracun telah memudaratkan kawalan dalaman seseorang,
khasnya dari segi emosi, rohani, dan intelek. Implikasinya, masa yang terbuang dalam
perkara yang tidak membawa sebarang manfaat akan menjejaskan perkembangan kognitif,
psikometrik, dan afektif seseorang remaja.
Pendek kata, gejala halimun ini bukan sahaja gagal menepati
Falsafah Pendidikan Negara malahan akan melahirkan remaja yang hanya
membantutkan pertumbuhan ekonomi negara.
Jika ilmu dikaji teliti,
Di sungai cabaran tersedia titi,
Ilmu dikaji dengan tabah,
Keyakinan diri bertambah-tambah.
Daripada gurindam di atas,
jelaslah menunjukkan bahawa ilmu merupakan elemen maslahat untuk melahirkan
modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek yang selaras
dengan FPN. Sayang seribu kali sayang, anak watan pewaris bangsa yang mulai
terhanyut dalam budaya hedonisme, liberalisme dan materialistik lebih mengagung-agungkan budaya kebaratan dan nilai mata wang daripada perkembangan jati diri. Ghalibnya, mereka cenderung
berpelesiran dan bergetanyangan di pusat arked atau kafe siber yang
diibaratkan pusat godaan syaitan. Secara implisit, remaja yang masih
berubun-ubun mentah akan terkandas dalam pencapaian akademik sekali gus kehilangan daya saing global untuk mengharungi era ledakan sains dan teknologi. Lumrahnya,
golongan ini juga kekurangan kemahiran interpersonal seperti kemahiran memimpin, kemahiran
berfikrah dan kemahiran komunikasi. Impaknya, kualiti hidup golongan tersebut
akan bagai melukut di tepi gantang, khasnya kekurangan arif dalam bidang
linguistik dan keluhuran peribadi untuk bergaul dengan sesiapa jua. Ijmalnya, kemelut sosial ini hanya
membelenggu benak dan kotak minda remaja
sehingga mengaburi identiti dan meninggalkan imej yang suram pada mata pandang
orang lain.
Meninjau dari skop yang lebih luas, parasit halimun ini telah
mengikis tahap keimanan dan ketakwaan
seseorang remaja. Memetik sepotong hadis
yang bermaksud, “ Petanda runtuhnya sesebuah bangsa ditunjukkan melalui
ketagihanbangsanya dalam dunia hiburan.”Bahawasanya, Nabi Muhammad menggalakkan umatnya
berhibur dan mewarisi seni budaya muzik leluhur namun mestilah berhibur secara sederhana tanpa
mempengaruhi emosi orang lain. Ijmalnya, segala tuntutan agama dan amalan
ibarat mestilah diikuti supaya dicurahi keredaan, rahmat, restu dan rezeki yang
melimpah ruah. Malangnya, sikap remaja kini seakan-akan mengabaikan solat
jemaah, amalan berdoa, bermunajat,
dan bermuhasabah sehingga terlepas mendapat taufik dan hidayah daripada Pencipta Alam.
Mukhtasarnya, angkara laknatullah seperti berhibur dalam muzik metal, pop, rock,
dan sebagainya akan mengikis jati diri dan penilaian untuk membezakan intan daripada kaca. Yang lebih kronik lagi, mereka
tiada segan silu dan melupai azab sengsara yang menanti-nanti di pintu neraka.Tidak silaplah kita mengatakan bahawa keimanan penting untuk menentukan jatuh bangun sesebuah nusa dan bangsa seperti pantun di bawah;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah
tanda tuan beriman,
Tidak
patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya
Dari
segi etiket sosial, kemelut sosial seperti pergaulan di luar norma masyarakat
akan menunjukkan tahap tatasusila semakin sirna ditelan arus perdana. Baru-baru
ini, kegilaan beberapa orang muslimah yang bertudung sanggup dikucup dan
dipeluk oleh pujaan mereka, B1A4 di depan khalayak ramai. Situasi ini
menimbulkan kontroversi dan skeptikal tentang harga diri remaja yang
seakan-akan memandang remeh tentang warisan tradisi leluhur dan peradaban
ketimuran yang berkiblatkan fahaman etiket sosial seperti menutup aurat dan berbudi pekerti. Jati diri
merupakan perwatakan pada mata kasar yang dikenali oleh orang lain. Menurut
Datuk Dr Baharul Bahaman, jati diri bangsa merupakan identiti nasional yang
melambangkan kebudayaan sesebuah bangsa. Memandangkan betapa kroniknya landaan
pengaruh budaya kebaratan sehingga tercetusnya masalah sosial seperti kelahiran
anak luar nikah, persetubuhan, berkhalwat dan pembuangan bayi yang makin
terdedah bagai bangkai gajah tidak ditutup nyiru, golongan intelektual mulai
tertanya-tanya tentang jati diri bangsa dalam kalangan remaja yang diibaratkan
gumpalan buih di tengah samudera. Prof Emeritus Naquid Al-Attas menukilkan
bahawa kecelaruan minda dan krisis identiti merupakan masalah dalam kalangan
remaja yang kenipisan keimanan. Manakala Datuk Dr Rais Yatim pula menegaskan
bahawa kehilangan punca disebabkan pengabaian kita dari segi budaya dan bahasa. Dengan kata lain, remaja tanpa jati diri akan kehilangan
semangat empunya dan kekitaan untuk menegakkan martabat negara, inikan pula
terlahirnya golongan yang menganaktirikan warisan tradisi dan hidup tanpa akar
umbi dan segan silu. Justifikasinya, hilang tiang kerana sendi, hilang sendi
runtuhlah bangsa.
Akhir
sekali dan tidak kurang pentingnya, ketaasuban dalam dunia hedonisme dan
sekularisme hanya memudaratkan kesihatan para pelapis negara. Amalan gaya hidup
negatif seperti merokok, mengambil alkohol dan dadah beracun bukan sahaja
membantutkan aspirasi negara malahan imej negara kita akan tercalar dengan
wujudnya barisan anak bangsa yang hidup merana bagai sampah di pelimbahan. Penyakit
kronik seperti AIDS, halusinasi, depresi, penyakit akut makin menular tanpa
sebarang petanda. Ketagihan dalam dunia maya sebagai tamsilannya menyebabkan
remaja khusyuk di depan paparan skrin untuk menyelami dunia fantasi seperti
permainan khayalan yang sarat dengan unsur keganasan dan kelucahan. Akibatnya,
masa rehat yang berfungsi sebagai pembaikan sel horman dan pusingan biologi
untuk melancarkan metabolisme karbonat akan direncatkan, secara langsung pemuda
pemudi berkenaan akan dilanda penyakit yang susah mengenal pasti sindromnya. Pendek
kata, remaja yang merupakan khazanah negara akan terencat akal budi untuk
mengemudikan bahtera harian dalam era yang sarat dengan konkurensi dan
pancaroba, ketagihan dalam dunia fana ini bagai pengembara dahagakan air laut,selagi
minum semakin dahaga. Senario lagi senario tentang seks muhrim, penderaan dan
kerenggangan hubungan kekeluargaan berikutan pengaruh hiburan mengingatkan kita
bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Akhirul kalam, tanyalah diri berapa sumbangan
diberikan kepada negara dan bukan hanya harapkan bantuan daripada negara. Inilah kata
pujangga mantan presiden AS, John Kennedy. Mantan presiden Indonesia Sorkarno
juga menegaskan bahawa keinginan untuk meramalkan masa depan sesebuah negara
hanyalah melihat status remaja pada masa kini. Kedua-dua pemimpin tersohor
dunia menegaskan pengorbanan dan jasa barisan remaja kepada negara memanglah tidak
berperi. Pundak remaja tergalas jatuh bangun sesebuah negara. Selepas dijajah
446 oleh negara asing disebabkan kelemahan jati diri, selepas kejatuhan Melaka disebabkan
pengaruh dadah, kita perlulah insaf daripada kekhilafan dan mengambil ikhtibar
daripada kelemahan sistem pentabdiran negara kita. Ayuhlah remaja menggembleng
kudrat dan memerah otak untuk menterjemahkan aspirasi negara sejajar dengan
perkembangan ekonomi sejagat yang semakin pantas berubah. Belenggu sosial
wajarlah dihindari seperti lagu Unic, Remaja di bawah;
Gunakanlah
masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara.
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara.
No comments:
Post a Comment