Burung kericip hinggap di lidi,
Bunga teritip terapung di lautan;
Panjatkan kesyukuran kepada Ilahi,
Lafazkan bismillah saya ucapkan.
Selamat
sejahtera dan salam 1Malaysia saya rakamkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi
Majlis, Yang dihormati Tuan Pengetua SMK JD, guru-guru dikasihi dan rakan-rakan
seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu, saya berbesar hati kerana diberikan
peluang untuk menyampaikan syarahan pada pagi nirmala lagi bermakna ini. Mauduk
syarahan saya “ Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni’ amatlah bertepatan
pada zaman yang sedang mengalami perubahan pantas dari segi sistem sosial dan
struktur institusi kekeluargaan.
Para hadirin yang dikasihi,
Sebelum
bongkarkan sauh, sebelum panjang lebar hujah dirungkaikan, saya menerangkan
takrif tajuk yang akan dikongsi bersama. Keluarga berasal daripada perkataan
bahasa Arab ‘ Usrah’ yang bermaksud ikatan ibarat simpulan tali yang
menjalinkan pertalian dan tautan bersama. Menurut tokoh psikologi barat,
Coleman, keluarga berkaitan dengan hubungan yang diikat menerusi perkahwinan,
perdarahan atau anak angkat. Dalam takrif Confucius, keluarga pula asas kepada
pembentukan masyarakat yang progresif dan dinamik, justeru penggerak untuk memajukan
pertumbuhan sistem bernegara yang kukuh. Pendek kata, keluarga penentu jatuh
bangun sesebuah tradisi kebudayaan, bangsa, kenegaraan dan ketamadunan. Keluarga
bahagia pula didukungi oleh ibu bapa yang penyayang dan diikat dengan status
perkahwinan yang sah, diserikan pula dengan anak yang diamanahkan oleh Tuhan,
justeru dilengkapi dengan keperluan asas seperti tempat perlindungan, pendidikan,
bekalan asas yang diperlukan oleh manusia. Penjana masyarakat harmoni
ditakrifkan sebagai pemangkin untuk mewujudkan komuniti yang sejahtera, selamat
dan penyayang.
Budi pekerti – getuka carami
gaul-hati-budayaxxx-mpk-smk
Memang
tidak dapat disangkal bahawa, pembentukan individu yang pemurah hati dan
keluhuran peribadi berasal daripada keluarga yang kukuh. Menurut pandangan
tokoh negarawan, Mantan Perdana Menteri Tun Badawi Abdullah menegaskan bahawa
keluarga bahagia akan melahirkan individu yang berkualiti tinggi. Hal ini dapat
terbukti dengan peribahasa Melayu, benih yang baik dicampak ke laut menjadi
pulau, dilontarkan ke udara menjadi kejora, dilemparkan ke bumi menjadi sasa. Budi
pekerti pakaian peribadi, akal fikiran pakaian insani. Imam Al-Ghazali pernah
berkata,” “Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal
peribadi bercerminlah pada wajah”. Kata pujangga ini membawa maksud bahawa budi
pekerti mencerminkan keperibadian sesebuah keluarga sama ada dihormati atau
dihina bagai cacing di perlimbahan. Ibu bapa yang mementingkan budi pekerti
akan mempamerkan budaya yang saling menghormati dan budaya saling meminta
kemaafan, khasnya pada musim perayaan atau hari keluarga yang berpeluang untuk
merapatkan ahli keluarga. Impaknya, anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mementingkan kehalusan gerak laku, tutur kata, cara hidup, perasaan, pemikiran
dan cara pergaulan akan berusaha mewujudkan persekitaran kondusif semasa
menjejakkan kaki ke masyarakat atau hidup bermasyarakat. Ijmalnya, keluarga
yang menerapkan nilai mahmudah sebagai doktrin hidup berkeluarga akan berusaha mewujudkan
masyarakat yang penyayang, muafakat dan bekerjasama seperti gurindam di bawah;
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa, bersimpati.
Saudara dan saudari,( Pi da sai mai kau lin
gaul) simu hi lak
Memetik
sepotong hadis yang bermaksud,” rebutlah lima perkara sebelum kehilangan, iaitu
sihat sebelum mati, masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, masa lapang
sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati.” Mafhumnya sesebuah keluarga mestilah
menekankan kepentingan masa agar tidak ketinggalan atau kejumudan pada usia
senja. Maka, keluarga bahagia mestilah berasakan ketinggian ilmu dan kematangan
mentaliti. Dalam sudut agama Islam, ilmu
merupakan inti sari yang utama dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada
Rasullulah SAW. Ilmu perlulah dimanfaatkan untuk menerangi alam yang gelap dan
meninggalkan segala kejahilan. Ilmu dalam bahasa Arab ialah calima, iaitu
memahami dan menerangi. Keluarga bahagia mampu melahirkan anak yang mampu
berdiri ke barisan hadapan dan menggalas obligasi untuk mengisi kemerdekaan
negara baik dari segi kemakmuran ekonomi mahupun kemajuan dari segi sosial dan
budaya. Hanyalah dengan ilmu, daya saing global dan kompetitif negara mampu
berada di puncak kegemilangan. Ibu bapa mestilah menekankan kemahiran yang
holistik dalam pentarbiahan anak mereka, ilmu dan kemahiran merupakan pelengkap
untuk memartabatkan maruah negara. Kualiti hidup yang tinggi merujuk kepada
tiga elemen yang penting yakni harga kendiri yang tinggi, hubungan interpersonal yang
baik dan keupayaan menghasilkan kerja yang berkualiti. Ijmalnya, ibu
bapa mithali mestilah memahami bahawa ilmu dapat mengubah nasib sesebuah
keluarga dan masyarakat, sekali gus mengheretkan diri daripada kejumudan dan
meluaskan horizon pemikiran seperti ditunjukkan dalam sajak pendeta Za’ab;
Ilmu alat yang berguna, idaman orang yang
bijaksana, hamparan luas terbentang
saujana, sempadan ajal tepian fana.
Dalam
sudut lain, kebahagiaan sesebuah keluarga mestilah berkonsepkan keluarga yang
beriman dan bertakwa kepada Tuhan. Nabi Muhammad bersabda,” selepas anak Adam
meninggalkan dunia,terputuslah segala-galanya, hanya tinggal 3 perkara, iaitu
anak soleh yang mendoakan, ilmu yang memanfaatkan dan amal jariah.” Bahawasanya,
keluarga bahagia mestilah mencontohi nilai yang diredai Tuhan agar dikurnia
restu, rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuk mengendalikan bahtera rumah
tangga. Pada zaman yang penuh dengan dugaan dan pancaroba, fenomena
kekeluargaan yang baharu seperti keluarga dwipendapatan, keganasan rumah
tangga, penderaan dan perceraian telah tercetus tanpa penghujungnya. Memanglah
tidak salah dikatakan zaman kini seolah-olah terhumban ke jurang zulmat dan
semakin kemuflisan dalam adab yang bakal dilaknati oleh Tuhan. Tanpa taufik dan
hidayah daripada Tuhan, hidup akan tersasar dan tercampak ke pulau hana. Oleh hal yang demikian, bukan sahaja kes
keganasan rumah tangga semakin meningkat malahan produk yang dikeluarkan dalam
keluarga ini akan terbawa-bawa ke masyarakat dan mencetuskan masalah kepada
orang lain dan negara. Memetik kata mantan Ketua Polis Negara, “ keluarga yang
porak peranda akan menyebabkan kepincangan masyarakat dan peningkatan masalah
sosial.” Pendek kata, seperti yang dikatakan oleh Prof Dr Naquid Al-Attas,”
kenipisan keimanan akan menyebabkan kecelaruan minda dan krisis identiti dalam
kalangan generasi muda.” Segala pidana yang tercetus bukan masalah peribadi
sahaja, tetapi berkait rapat dengan persekitaran yang semakin perlu diingatkan
bahawa sakitlah satu bahagian, satulah keseluruhannya.
Masyarakat
penyayang berkonsepkan cabaran ke-7 dalam wawasan 2020 waima sudah
dilaung-laungkan sekian lama, namun sejauh manakah rakyat Malaysia memahami
bahawa masyarakat adalah hidup secara simbiosis dan saling bergantungan. Seperti yang dilagukan oleh
Allahyarham P. Ramlee dalam lagu dengan irama, sesungguhnya hubungan dengan
kasih sayang perlulah direntakkan bersama demi menghasilkan tempo yang syahdu. Dalam
konteks ini, keluarga bahagia yang berintisarikan nilai kasih sayang akan melahirkan
anak soleh dan anak solehah yang mendekati kesempurna dan mendukungi doktrin
keagamaan. Kini, masalah rumah tangga seperti keganasan dan penderaan telah
berlaku di luar akidah sehingga menyayat hati masayarakat. Menurut laporan
JAKIM pada tahun 2013, setiap 15 minit, sepasang suami isteri akan disahkan
bercerai. Pada tahun 2013, sebanyak 3831 kes penderaan kanak-kanak telah
dilaporkan oleh JKM, manakala secara purata 400 kes pelarian dari rumah setiap hari telah
dilaporkan oleh ibu pejabat Polis Bukit Aman. Terbuktilah bahawa kepincangan
keluarga ini telah menggugat keharmonian keluarga sehingga mengancam
keselamatan seantero lapisan masyarakat. Dalam aspek keagamaan, masyarakat
berkaitan dengan tiga hubungan iaitu hubungan sesama manusia, hubungan manusia
dengan Tuhan dan hubungan manusia dengan alam. Jelaslah bahawa manusia secara
fitrahnya tidak mampu hidup bersendirian kerana manusia memerlukan nilai kasih
sayang yang sejati. Menurut Teori Hieraki Maslow dan Classer, keperluan kasih
sayang dalam sanubari seseorang individu akan memastikan kelangsungan hidup dan
bangsa. Tanpa nilai kasih sayang, salah faham, dendam kesumat yang berpaksikan
hukum raja di mata, sultan di hati akan memesongkan masyarakat dariapda
landasan keimanan sehingga tercetusnya pidana yang di luar jangkaan. Mukhtasarnya,
kasih sayang dalam keluarga akan melahirkan masyarakat yang saling memerlukan,
saling membantu dan saling merasai seperti yang tersirat dalam peribahasa, memiat
daging, sama rasa sama sakit, cubit paha kanan paha kiri sakit jua, berkuah
sama dihirup, bersambal sama dicolek.
Hadirin sekalian,
Akhir
sekali dan tidak kurang pentingnya ialah pembudayaan gaya hidup sihat dan tahap
disiplin yang tinggi dalam hidup berkeluarga mampu melahirkan generasi yang
mempunyai keteguhan jati diri dan percaturan minda yang positif. Menurut Dr Baharul Bahaman, pensyarah UPSI,
jati diri bangsa merupakan identiti nasional yang melambangkan keunikan
sesebuah negara dan bangsa. Walhal, dari ilmu antropologi, jati diri sinomin
dengan perwatakan yang dikenali oleh mata masyarakat. Tegal itu, pembentukan
jati diri yang unggul mestilah diwarisi secara fitrah semula jadi tetapi
diperkasakan melalui pendidikan oleh ibu bapa. Sebagai pemimpin rumah tangga,
anak-anak memerlukan tempat perlindungan dan tempat luahan perasaan supaya
dibesarkan dalam aura yang penuh dengan persekitaran yang kondusif. Impaknya,
anak yang dibesarkan dalam suasana yang selamat mampu membawa diri ke hala tuju
yang sanggup berbakti dan berkhidmat kepada nusa dan bangsa. Kecergasan fizikal
dan kecerdasan minda akan memastikan perkembangan seimbang seseorang dari segi
psikometrik, afektif dan kognitif agar senang mengakulturasi, mengadaptasi dan
mengasimilasi setiap perbezaan dan ketidaksefahaman semasa melayari bahtera di
samudera yang penuh dengan konflik. Yang dominannya, anak berkenaan mampu
menangani tekanan hidup dengan tabah dan selalu membuat refleksi diri, kerana
ke mana tumpahnya kuah kalau tidka ke nasi, ibu bapa mithali mampu menerapkan
konsep kepimpinan melalui teladan kepada anak-anak mereka yang bakal menerajui
pucuk kepimpinan negara sama ada di sekolah, tempat kerja mahupun di mana-mana
organisasi.
Nampuknya
sudah sampailah sauh dibongkar, masa sudah cemburui. Sebelum tirai dirungkai,
sebelum bicara dihentikan, saya menegaskan bahawa anak merupakan amanah
daripada Tuhan, membahagiakan anak atau mentaati ibu bapa merupakan amalan
ibarat dan tuntutan segala agama. Hidup kayu biar berpokok, biar manusi biar
berjasa. Dalam hadis yang bermakna,” Dalam manusia ada seketul daging, jika baik
seluruh badan akan baik, daging itu ialah hati.” Bahawasanya, hidup di dunia
fana ini memanglah bersifat sementara, hanyalah hari akhirat akan
menanti-nanti. Pintu syurga akan terbuka sekiranya anak soleh dan solehah
sanggup mentaati segala perintah ibu bapa dan Tuhan, inilah mafhumnya,”
keredaan Tuhan iaah keredaan ibu bapa, kemurkaan Tuhan kerana kemurkaan ibu
bapa.” Jauhi perbuatan laknatullah, berjasa kepada manusia, mayarakat dan
negara bukan kerana untuk mendapat laba semata-mata, tetapi berjasa dan hidup
berkhalayak secara harmoni merupakan tanggar amanat kepada pewaris bangsa.
Sekali lagi, terlajar perahu boleh berundur,
terlajak kata buruk padahnya. Sampailah di sini dan semoga bersua lagi.
Sekian sahaja, terima kasih.
No comments:
Post a Comment