Monday, July 22, 2013

surat tidak rasmi kepada perdana menteri

Tulis sepucuk surat kepaa Perdana Menteri Malaysia tentang cadangan anda untuk memajukan kawasan tempat tinggal anda demi mencapai negara Malaysia yang diimpikan
Menemui YAB Dato´Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan selamatnya. Semoganya YAB sering  dilimpahi rahmat daripada Ilahi .
                Saya menulis surat ini kerana ingin merakamkan tahniah kepada YAB yang telah meraih kejayaan dalam pilihanraya yang diadakan baru-baru ini. Saya selaku rakyat Malaysia berasa amat bertuah kerana Barisan Nasional terus menerajui kepimpinan negara dan melangsungkan mandat daripada rakyat sejak kemerdekaan hingga kini. Slogan ´Pencapaian didahulukan Rakyat diutamakan´telah dimanifestasikan dan direalisasikan melalui perkemabangan prestasi ekonomi Malaysia belakangan ini. DI bawah naungan Barisan Nasional dan UMNO, bersyukurlah rakyat Malaysia berteduh di langit alaf baharu yang suci dan berdaulat. 
                Pada era digital tanpa batasan ini, semua umat berpeluang berinteraksi dengan seklik ikon sahaja tanpa mengira sempadan mahupun latar belakang. Kemajuan teknologi maklumat memanifestasikan tahap kebolehan sesebuah negara dalam menjulang prestiq di sarwajagat kontemporari ini.Mantan Perdana Menteri ke-4 merupakan perintis yang memberi peruntukan untuk membangunkan Multimedia SuperCoridor (MSC), sekolah bestari dan menaik taraf prasarana di  ceruk rantau negara kita. E-kerajaan yang merangkaikan segala data dalam jaringan sesawang telah berjaya meningkatkan imej negara serta merubah citra masyarakat di serantau Asia Tenggara ini. Memandangkan kepentingan peranti teknologi maklumat, saya meminta YAB dapat mengira-ngira sama ada taman kediaman saya dapatlah dijadikan sebagai model untuk dilengkapi dengan perkhidmatan rangkaian internet percuma dan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 100MBS seperti yang terdapat di Singapura. Para penghuni di kawasan ini rata-rata datang daripada keluarga berpendapatan sederhana, sekiranya prasarana rangkaian internet yang percuma disediakan, bandar kami akan menjadi model MSC(multi super corridor) di luar Bandar.
                Sebagai makluman YAB, rata-rata penghuni Taman Perdana kebanyakan terdiri daripada generasi muda dalam lingkungan 10-40 tahun. Maka, kesihatan asas kejayaan. Kami amatlah mengidam-idamkan pusat rekreasi yang dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang badminton, gelanggang boring. Penghuni taman kami juga menunjukkan teruja yang amat sangat dalam aktiviti sukan lasak dan berbasikal, maka sekiranya kawasan ini mempunyai velodrom , banyak kes kemalangan mustahil berlaku lagi. Pembangunan modal insan sempurna merupakan agenda yang digarisbawahi dalam Pelan Induk Pendidikan. Badan cergas akan menjana minda yang cerdas, khususnya negara kita mestilah mengambil iktibar dari negara jiran yang mengutamakan insfrasturktur kesihatan di setiap pelosok dengan bayaran yang munasabah. Negara kita di bawah kepimpinan UMNO selama setengah abad ini memanglah tersohor dalam bidang sukan di persada dunia. Tanpa prasarana yang berkualiti tinggi, mustahillah atlit akan digarap dari setiap ceruk di negara kita. Datuk Lee Chung Wei merupakan tokoh yang muncul dari kawasan kami, generasi muda dari kawasan Bukit Mertajam sentiasa meneladani kejayaan Datuk. Sekiranya peruntukan diberikan oleh YAB, nescayalah kejayaan akan dijulang setinggi gunung kerana setiap kejayaan negara bergantung pada inisiatif dan komitmen pihak kerajaan.
                Selain itu, penghuni di Taman ini sering kali terbelenggu dengan masalah kesesakan lalu lintas, khususnya pada waktu lepas persekolahan. Hal ini demikian kerana Sekolah Menangah Jenis Kebangsaan Jit Sin terletak  bersebelahan dengan taman ini sahaja. Mengikut statistik, bilangan warga sekolah tersebut lebih kurang 4000 orang, bayangkanlah betapa sesaknya bilangan kereta pada waktu lepas persekolahan. Yang menjadikan situasi ini lebih parah lagi, kawasan perindustrian yang berdekatan juga menggunakan lalu lintas yang sama untuk balik ke rumah masing-masing. Kesesakan ini telah menimbulkan masalah kepada penghuni di taman ini kerana masalah pencemaran udara dan suara semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, faktor masa dan persekitaran ini menyebabkan ketidakselesaan para penghuni sehingga mereka berpindah dari taman ini sebagai alternatif untuk menangani masalah kesesakan lali]u lintas. Dengan ini, saya amatlah mengharapkan peruntukan dan prihatin daripada YAB supaya menaik taraf kemudahan di kawasan ini, contohnya melebarkan jalan raya dari sekolah ke kawasan kediaman ini sebagai lebuh raya yang luas dan mampu menampung kereta yang lebih banyak. Persis kata pujangga, masa itu emas, lebih-lebih lagi rata-rata pelajar  tergesa-gesa untuk mengikuti kelas tuisyen selepas waktu persekolahan.
                Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, kata pujangga, “muafakat membawa berkat.” Taman kami amatlah memerlukan sebuah taman ibadat dan balai raya yang canggih. Balai raya ini diharapkan boleh dilengkapi dengan alat pendingin hawa, pentas, dan penyebar suara untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan semasa sambutan perayaan.  Sesungguhnya, taman ini sudah menjadi tumpuan untuk pembangunan kerana lokasi agak strategik dan kemudahan yang disediakan. Sebagai contoh, pasar raya yang menyediakan pelbagai hiburan telah disediakan, sehingga pemindahan penghuni ke taman ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Alangkah baiknya sekiranya permintaan rakyat didahulukan. YAB , hidup ini memerlukan rungkaian tekanan dan perkongsian ilmu sesama ahli masyarakat. Hari keluarga dan amalan ibadat yang dijalankan di balai raya atau dewan komuniti dapatlah menjadi agen perpaduan sesama kaum berbilang. Peruntukan daripada kementerian merupakan satu amanah kepada penghuni di taman ini untuk menghayati prasarana ini bersama-sama, bak kata pepatah” berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.” Dasar ekonomi baru ini bukanlah hanya satu laungan kosong tanpa praktik, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Hanyalah dengan kesaksamaan antara peruntukan kewangan antara Bandar dengan luar Bandar, antara kaum dengan kaum, antara golongan bangsawan dengan marhaen, hanya kemajuan dan kemakmuran akan menjadi satu realiti.
                YAB, setiap taburan budi bagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan bagi saya sebagai rakyat yang sering berkobar-kobar untuk berbakti kepada nusa dan bangsa. Setiap benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau. Saya menyusun sepuluh jari sekiranya terlajak dalam pertuturan dalam warkah ini. Walau bagaimanapun, saya sekali lagi amat bertuah sekiranya surat ini dapat YAB sempat tatapi.  Renungan sejenak akan tetap bersemadi abadi dalam atma saya. Saya bersyukur dan berdoa selama ini hidup kami dipayungi oleh pentadbir yang amanah dan integriti.
Sekian, terima kasih.
“Kami bangga , Malaysia Boleh.”
                                                                                                                Yang ikhlas,

                                                                                                                                ______ 

No comments: