Saturday, April 14, 2012

Esei Buku Teks Ting 2


Ms27 keluarga bahagia(esei berpandu)  coretan Cikgu Phong
Keluarga bahagia
                              Ibu bapa sering berdoa agar dizuriatkan anak yang soleh dan solehah. “Rumahku,Syurgaku” , inilah sligan yang sering diuar-uarkan oleh masyarakat macapada.
                                            Institusi kekeluargaan yang teguh merupakan elemen maslahat untuk menjana peradaban bangsa. Tepuk dada,Tanya selera. Tanpa ibu bapa,siapalah kita? Hidup tanpa kasih sayang sejati seakan-akan hidup melukut di tepi gantang. Masyarakat yang harmoni dan sakinat terjelma daripada institusi kekeluargaan yang harmoni. Persekitaran yang kondusif dan tenteram akan melahirkan barisan pelapis yang bertamadun dan berakhlak.
                                       Masyarakat yang terus menjurus ke landasan keimanan akan merangsang pembangunan negara. Nagara aman akan menggamit pelabur asing justeru memartabatakan imej negara di persada dunia. Kehidupan yang tenteram akan mendorong kita terus menabur bakti kepada nusa dan bangsa. Siapakah ingin bersemadi di negara yang porak-peranda?
                         Tegasnya, Harapan negara untuk maju hanya hanyut dalam arus globalisasi bagai kapal hilang kemudi sekiranya negara kucar-kacir dan keluarga porak-peranda..


No comments: