Saturday, April 14, 2012


Buku Teks Esei Berpandu(ms35 Ting2)...coretan Cikgu phong
Keperluan asas merupakan prasyarat yang dikehendaki oleh manusia untuk memastikan kelangsungan hidup. Tanpa keperluan ini, hidup kita bagai melukut di tepi gantang.
Rumah atau habitat merupakan elemen yang paling asas untuk memastikan kita terelak daripada sinaran matahari dan kehujanan, Tanpa pelindungan asas ini, kehidupan kita akan terseksa tanpa perasaan yang tenteram. Seterusnya, diet seimbang seperti nasi,ikan,minuman dapat memastikan badan kita dibekalkan nutrien yang mencukupi, walhasil kita akan kebuluran dan kesakitan sekiranya keperluan ini tidak dapat dipenuhi.
Pakaian juga merupakan kriteria yang tidak dapat disingkirkan sekiranya kita ingin terus menabur jasa dalam dunia fana ini. Pakaian merupakan keperluan untuk menjaga maruah kita di samping menjana peradaban sesuatu bangsa.
Kualiti hidup akan dimartabatkan sekiranya taraf perubatan,sistem pendidikan dan hiburan diperkembangkan. Semakin maju perkembangan bidang ini, semakin tinggilah darjat negara di persada dunia.(126patah perkataan)

No comments: