Sunday, April 10, 2011

Manfaat menyertai pasukan pakaian seragam(ringkasan)

Manfaat menyertai pasukan pakaian seragam



Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap pelajar sekurang-kurangnya menyertai satu pasukan pakaian seragam di sekolah. Pasukan pakalan seragam seperti Pasukan Bulan Sabit Merah, Pergerakan Pengakap, Puteri Islam, dan Kadet Remaja memang wajar disertai oleh para pelajar selain persatuan dan kegiatan sukan.
Menerusi aktiviti yang disertai, para pelajar dapat menambah pengetahuan mereka. Sebagai contohnya, apabila seseorang pelajar menyertai Pergerakan Pengakap, dia akan didedahkan kepada cara untuk merawat kecederaan. Pengetahuan ini bukan sahaja dapat digunakan dalam kehidupan harian tetapi juga dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dalam kelas. Penglibatan dalam aktiviti pasukan pakaian seragam juga bermakna seseorang pelajar dapat memanfaatkan masa dengan baik. Jika pelajar itu tidak mengikuti aktiviti yang diadakan itu, dia mungkin akan menggunakan masa itu untuk bercampur gaul dengan budak-budak yang nakal. Pergaulan yang tidak sihat memungkinkan pelajar itu terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan menghisap rokok. Kegiatan tidak sihat ini akan meruntuhkan akhlak dan moral pelajar.
Penglibatan dalam aktiviti pasukan pakaian seragam juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri. Sebagai contohnya, Pergerakan Pengakap akan mengadakan aktiviti meredah hutan. Aktiviti ini dapat membina ketahanan diri dan melahirkan anggota pengakap yang tidak mudah mengalah, berani menghadapi cabaran, dan tidak mudah berputus asa. Seseorang pelajar menyertai pasukan pakaian seragam juga dapat menambah kenalannya. Aktiviti yang dijalankan oleh pasukan itu kadang-kadang bukan sahaja melibatkan anggota pasukan dan sekolah itu sendiri tetapi juga melibatkan anggota pasukan dan sekolah yang lain. Sebagai pelajar, kenalan dan sekolah-sekolah yang lain amat berguna untuk bertukar-tukar nota pelajaran dan pengetahuan.
Pelajar yang dilantik sebagai ketua pasukan dapat mengetahui ciri-ciri kepemimpinan. Dia dapat diasuh untuk menjadi pemimpin yang baik. Dia dapat mempelajari kemahiran merancang dan melaksanakan tugas. Dia juga dapat belajar cara untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan. Semua kemahiran amat berguna dalam membentuk keperibadiannya dan tidak dapat dipelajari dalam kelas.

 jawapan ringkasan daripada draft saya:

Menerusi aktiviti yang disertai, para pelajar dapat menambah pengetahuan mereka
Pengetahuan ini bukan sahaja dapat digunakan dalam kehidupan harian tetapi juga dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran dalam kelas.
memanfaatkan masa dengan baik.
Pergaulan yang tidak sihat memungkinkan pelajar itu terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan menghisap rokok. Kegiatan tidak sihat ini akan meruntuhkan akhlak dan moral pelajar.
melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri.
dapat membina ketahanan diri dan melahirkan anggota pengakap yang tidak mudah mengalah, berani menghadapi cabaran, dan tidak mudah berputus asa
dapat menambah kenalannya
Aktiviti yang dijalankan oleh pasukan itu kadang-kadang bukan sahaja melibatkan anggota pasukan dan sekolah itu sendiri tetapi juga melibatkan anggota pasukan dan sekolah yang lain
dapat mengetahui ciri-ciri kepemimpinan
diasuh untuk menjadi pemimpin yang baik
Dia dapat mempelajari kemahiran merancang dan melaksanakan tugas.
membentuk keperibadiannya

jawapan sebenar daripada buku rujukan:
I Pelajar dapat menambah pengetahuan kerana dapat mempelajari kemahiran yang diajarkan oleh pasukan yang disertainya.
2 Pelajar dapat menghabiskan masa terluang dengan melakukan perkara yang baik dan bermanfaat.
3 Pelajar dapat memupuk keyakinan dan ketahanan diri untuk menghadapi cabaran.
4 Pelajar dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar yang lain dari sekolah sendiri dan sekolah yang lain.
5 Pelajar yang menjadi ketua pasukan dapat mempelajari ciri-ciri kepemimpinan.
pemahaman:

1 Maksudnya ialah sifat atau ciri yang istimewa yang menjadi teras keperibadian seseorang.
2 Seorang pemimpin mesti mahir merancang sesuatu projek dan dapat melaksanakannya dengan baik. Selain itu,seorang pemimpin juga hendaklah bijak menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul untuk menanganinya.
3 Banyak pelajar tidak dapat meluangkan masa untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang diadakan selepas waktu sekolah kerana mereka terpaksa menghadiri kelas tuisyen dan kegiatan lain yang diatur oleh ibu bapa mereka.Selain itu, banyak pelajar juga tidak nampak pentingnya kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini tidak mempengaruhi prestasi mereka dalam peperiksaan.

No comments: