Sunday, April 10, 2011

kepentingan sukan dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.(PMR 2011)


Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari dan sebagainya. Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid. Individu yang mempunyai disiplin yang tinggi, mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin juga membentuk seseorang agar berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa seperti menghormati orang yang lebih tua, bersopan santun dan taat pada agama.
Seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Majlis Sukan Negara (MSN) sedar bahawa sukan mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Tidak cukup dengan itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan, seseorang harus berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir. Hal ini demikian kerana mereka akan berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik. Sukan juga menerapkan semangat berpasukan yang tinggi. Mereka sering berganding bahu untuk membantu pasukan menempa kejayaan. Murid yang aktif bersukan akan mempunyai semangat juang yang kental. Mereka juga berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.
draft saya
1.Aktiviti ini dilakukan sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk menyihatkan badan atau riadah.
2. Sukan dapat meningkatkan disiplin murid.
3.mampu mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan
4.berkelakuan baik. Murid akan mematuhi arahan dan akur pada nasihat ibu bapa
5.akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa
6.memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
7.mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental.
8.berfikiran positif dan mempunyai keyakinan diri. Di samping itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir.
9.berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik
10.menerapkan semangat berpasukan yang tinggi
11.mempunyai semangat juang yang kental
12.berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila kecundang dalam sesuatu pertandingan.

jawapan:
1.Antara kepentingan sukan dalam meningkatkan keemerlangan pelajar termasuklah memberikan hiburan , menyihatkan badan atau riadah.(8)
2.Seterusnya, sukan dapat meningkatkan disiplin murid, justeru mampu mengawal kendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dan berkelakuan yang baik.(19)
3.Selanjutnya, pelajar akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Mereka akan memberikan perhatian   berprihatin yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. (15)
4.Rentetannya, mampu melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental, sekali gus berfikiran positif dan berkeyakinan diri. (14)
5.   Selain itu, aktif bersukan membolehkan seseorang itu mempunyai akal yang sempurna untuk berfikir rasional dapat dilahirkan.(10)
1.berfikiran rasional untuk membuat keputusan dengan baik
6.Lanjutannya,  menerapkan semangat berpasukan yang tinggi juga diterapkan.(7)
7.Di samping, mempunyai semangat juang yang kental juga diwujudkan.(7)
8.Akhirnya, ? berupaya untuk menerima kegagalan secara positif apabila  (8) kecundang dalam sesuatu pertandingan.
(78pp)
pemahaman
1. berganding bahu bermaksud bekerjasama.
2. untuk mempertigkatkan pencapaian sukan dalam kalangan murid, MSN memberikan sokongan kepada kegiatan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina lebih banyak sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil.
3. pada pendapat saya, keadaan ini berlaku kerana ibu bapa tidak mementingkan aktiviti sukan yang dianggap membazirkan masa. Selain itu, peralatan sukan yang mahal juga memyebabkan ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Di samping itu, ada juga ibu bapa yang berpendapat bahawa sukan tidak mendatangkan manfaat malah menjejaskan pelajaran anak mereka.


No comments: