Tuliskan ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar.Panjang ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan dengan ayat sendiri.
Sekiranya gejala ini tidak ada titik noktahnya, hasrat negara untuk membentuk modal insan berkualiti dan mapan, mustahil menjadi realiti; segalanya sekadar indah khabar daripada rupa. Kesudahannya, proses pembangunan bangsa Malaysia yang madani dan bertamadun akan lenyap begitu sahaja. Jika gejala buli ini masih juga berterusan, sudah tentu ada asasnya kebimbangan berlaku bahawa murid-murid akan berasa takut untuk pergi ke sekolah. Situasi ini pula akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah.Sementelahan itu, pengaruh media dituduh turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes buli ini. Suhubungan itu, gejala buli tidak sepatutnya dipandang ringan agar gejala ini tidak terus menular.Sama ada kita sedar atau tidak, mangsa buli akan mengalami gangguan fizikal secara berterusan. Hal inilah yang pasti amat menghantui kita!
Realitinya, apabila murid-murid tidak ada hati dan tidak bermotivasi untuk meneruskan persekolahannya, yang pasti prestasi akademik mereka tentu sahaja merosot dan merudum. Banyak kajian mendapati bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dengan kes buli ini disebabkan ikatan kekeluargaan yang telah longgar. Hubungan dengan ibu bapa sudah tidak kukuh lagi. Pendidikan agama semakin jauh dan diabaikan dalam kehidupan seharian. Dalam masa yang sama isu buli juga tidak ditangani dengan cermat dan efisien. Jadinya, kesan jangka pandek dan jangka panjang tentu sahaja akan merencatkan agenda pembangunan kerajaan. Cita-cita untuk melahirkan modal insan berkualiti, masyarakat penyayang dan madani serta insan bermoral dan berhati nurani yang luhur pastinya gagal. Akhirnya institusi pendidikan sebagai tempat mendidik dengan situasi pembelajaran yang kondusif sifatnya tidak mungkin wujud jika murid-munid berasa tidak selamat
di dalam kelas atau persekitaran sekolah.
Natijiahnya, perbuatan buli yang melampau batas kemanusiaan ini mesti dibanteras. Semua pihak pastinya amat gusar sekiranya budaya ini akan nienjadi satu budaya yang diwarisi. Tidak mungkin bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka dapat dibentuk jika generasi yang sedang dibentuk begitu cenderung membuli insan yang lain. Apalah gunanya banyak bijak pandai dalam pelbagai bidang dilahirkan di negara ini sedangkan insannya bobrok. Maruah dan imej negara Malaysia yang selama ini dipandang sebagai model negara yang berupaya menyatupadukan masyarakat majmuk akan dipandang sinis oleh masyarakat luar gara-gara setitik nila, rosak susu sebelanga; disebabkan seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Latihan pemahaman
1) Berikan maksud peribahasa seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. (2m)
1)hanya seorang yang melakukan kesalahan tetapi orang lain dalam kumpulannya juga turut terbabit atau dituduh melakukan kesalahan yang sama
2) Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang gejala buli ini? (4M)
Gejala ini akan meninggalkan kesan jangka pendek dan jangka panjang seperti agenda pembangunan kerajaan akan terencat, sekali gus cita-cita untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan mapan juga akan tergendala. Di samping itu, pembentukan masyarakat penyayang dan madani serta insan bermoral dan berhati nurani yang luhur pastinya gagal. Akhirnya institusi pendidikan sebagai tempat mendidik dengan situasi pembelajaran yang kondusif sifatnya tidak mungkin wujud jika murid-murid berasa tidak selamat
3) Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang diperlukan untuk menangani gejala buli dalam kalangan pelajar.(4m)
Ibu bapa hendaklah mengutamakan pendidikan agama dan moral terhadap anak-anak. Di samping,ibu bapa juga perlu memantau aktiviti anak-anak. Seterusnya,pihak kerajaan terutama Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak sekolah tidak seharusnya berkompromi dan mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada sesiapa yang membuli. Akhirnya,masyarakatjuga perlu prihatin dan hendaklah menegur atau mendidik remaja.
•
No comments:
Post a Comment