Sunday, March 13, 2011

karangan berpandu Kesan Jerebu



      Muktakhir ini, bencana alam bukan alang kepalang menjadi polemik arus perdana akhbar jagatraya. Fenomena jerebu makin meruncing  bagai bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.(25)

      Afdalnya,pembakaran hutan belukar di tanah  seberang telah mencetuskan masalah jerebu yang tidak berperi. Kesihatan masyarakat sarwajagat akan terancam gara-gara alam sekitar diselubungi udara yang dipenuhi dengan zarah-zarah yang bertoksid. Seterusnya, fenomena ini telah merencatkan agenda pembangunan negara , sekali gus banyak projek pelaburan  terpaksa tergendala semasa masalah ini melanda negara kita.(51)

      Rentetannya, kelangsungan ekosistem yang ampuh akan terjejas ekoran udara yang dipenuhi dengan bahan-bahan beracun., justeru tumbesaran flora dan fauna yang diibarat sebagai jantung alam akan terbobrok, di samping organisma marin juga akan menempuhi kepupusan  akibat pencemaran ini.  Ghalibnya, prestasi akademik pelajar akan merutum lantaran proses pembelajaran dan pelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar.(51)

        Sudah terhantuk baru tengadah, industri pelancongan juga tergugat oleh fenomena ini, waima pelbagai modus operandi telah dikaji untuk membanteras kemelut ini.Oleh itu, sinergi daripada semua pihak seyogia diimplementasikan demi kelangsungan tamadun bangsa pada masa hadapan dan jangan sekali-kali hanya melepaskan batuk di tangga. (36)
150++ (telah lebih…potong sendiri)

No comments: