Kata Banyak Makna
1. I. Benang itu susut sehingga sukar untuk diuraikan lagi. (kusut)
II. Badan Puan Azizah semakin susut apabila terlalu lama menderita kerana diabaikan suaminya.
III.Harga telefon bimbit susut sebanyak 15 peratus akibat perkembangan teknologi.
IV. Air di Empangan Sungai Terip susut kerana hujan sudah lama tidak turun.
susut I1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~,
2. I. Mata pencuri itu merayau-rayau pada beg tangan yang dipegang oleh wanita itu.(melirik/merayap)
II. Fikirannya merayau-rayau apabila memikirkan masalah perniagaannya.
III. Remaja lelaki yang sering merayau-rayau itu akhirnya meninggal dunia apabila dilanggar sebuah van.
IV. Pada waktu sembahyang sunat hari raya, umat Islam merayau-rayau ke masjid. (berduyun-duyun)
merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;
3. I. Jiwa Amin remuk setelah mengetahui tunangnya bermain kayu tiga.
II. Bas persiaran itu remuk teruk kerana dilanggar oleh sebuah lori minyak.
III. Baju Khidi yang remuk itu diseterika oleh kakaknya.(renyuk/kumal)
IV. Rumah bangle di pinggir bukit itu remuk akibat kejadian tanah runtuh semalam. (runtuh)
remuk-redam remuk semuanya, hancur lebur;
hancur luluh ki remuk-redam (hati), sedih sekali: hancur ~ rasa hatinya
remuk= ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali; meremukkan, meremuk-redamkan menghancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya; keremukan perihal atau keadaan remuk.
4. I. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ulung penyanyi baharu itu memikat hati peminat-peminatnya. (pertama)
II. Pelakon popular itu gemar menggunakan nama ulungnya apabila berbual-bual dengan wartawan.
III. Tunku Abdul Rahman merupakan negarawan ulung yang berjaya membebaskan Negara daripada cengkaman penjajah.
IV. Adik menjerit apabila melihat lembaga ulung yang menakutkan itu tiba-tiba muncul di skrin televisyen.
ulung
1 telah lama berkecimpung dlm sesuatu bidang (pekerjaan dll). 2 berpengalaman; cekap; terbaik: Beliaulah pejuang kemerdekaan Melayu yg ~. 3 banyak tipu muslihatnya; licin (bkn pencuri, penjahat dll). 4 mula-mula sekali; sulung: akar ~; tunas ~.
ulung Ibp sulung.
ulung II1. (yg) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dll), telah lama berkhidmat (ber-bakti): Allahyarham Tun Razak negarawan ~; 2. = terulung banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik: beliau seorang tokoh kebangsaan yg ~, anak Melayu yg disegani, dan disanjung tinggi; projek ini ada-lah langkah ~ yg amat membanggakan; 3. cerdik lagi sangat licin (bkn pencuri dll), banyak tipu muslihatnya, pintar: beliau dianggap sbg ejen mereka yg ~ dan dipercayai sepenuh-nya dapat melaksanakan tugas yg diper-tanggungjawabkan; keulungan perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran: ~nya terletak pd ke-tajaman penanya dlm berpolemik.
No comments:
Post a Comment