Thursday, January 20, 2011

peta minda untuk merumuskan pengembangan karangan

contoh pengembangan isi:
Dalam kerancakan penduduk jagatraya menari bersama bayang-bayang pemodenan, institusi keluarga diumpamakan jantung sesebuah negara. Ibu bapa mestilah mengorak langkah proaktif untuk menjauhi sikap materialistik dan individualistik. Hal ini berlaku demikian kerana remaja yang umur baru setahun jagung dan darah baru setampuk pinang akan mudah tergelincir daripada landasan keimanan. Yang paling menyedihkan masyarakat kontemporari ialah ibu bapa  alpa dan cuai dibawa arus globalisasi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mesti menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
Selain itu, inisiatif ibu bapa memberikan belaian kasih sayang dan prihatin
juga dikatakan dapat memberi kesedaran kepada remaja bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga bagai tepuk air di
dulang percik ke  muka sendiri juga
Tuntasnya, anak watan  akan insaf dan kembali ke jalan hidup yang sebenar

No comments: