1. Puan Ramlah membeli enam___ gelang tangan di Kedai Emas Habib.
A batang B urat C belit D bentuk
2. Sekumpulan ahli payung terjun __________ di udara pada aras 3 000 meter.
A terawang-awang B terumbang-ambing C terolang-aling D terayun-ayun
3. Dangau yang dibina di sawah itu______buluh dan menjadi tempat nenek berehat.
A berlantaikan B beralaskan C bertutupkan D beratapkan
4. Keadaan di bilik tidur Luqman tidok kemas kerana pakaiannya _______di dinding.
A berselerak B bergantungan C bertaburan D bersepah
5. Adik ________ daripada tidur apabila mendengar bunyi mercun.
A tersentak B terkedu C tergamam D terdiam
6. Rusuhan yang berlaku di Tat Bai, Thailand semakin________
A mendebarkan B merumitkan C meruncing D menyusahkan
7. Tarian zapin itu telah ______oleh KumpulanNirwana Johor Bahru.
A ditunjukkan B dipratontonkan C disembahkan D dipersembahkan
1. Kerepek pisang itu berbau___selepas beberapa bulan di dalam bungkusan plastik itu. A hangit B hapak tengik D busuk
9.Ah, barang-barang aku di atas meja itu habis di______ nya. A makan B ambilkan C kebas D lumat
10.Sebelum perhimpunan mingguan sekolah bermula, semua pelajar___ dua minit untuk pahlawan-pahlawan kita
yang telah gugur.
A berdiam B bersembahyang C bertafakur D termenung-menung
11.Pasukan penyelamat menghulurkan tali kepada rnangsa yang hampir lernas di tasik ______itu.
Ajerlus B dalam C jernih D indah
1. Kereta yang rosak itu kena di_____________ ke bengkel untuk dibaiki.
A tolak B angkat C bawa D tunda
13.Kalau kita berusaha sekarang, kita akan rnenikmati kesenangan hidup kelak_______.
A nanti B depan C jemah D jemala
14.Orang tua dihormati mereka kerana berpengetahuan luas dan telah rnerasai _____garam hidup.
A asam B gula C asin D pahit
15. Orang yang durjana akan ____________ di neraka A diazab B dipadah C dibalas D diganjak
jawapan:
1.B 2.A 3.A 4.B 5.A 6.C 7. D 8. A 9. C 10. C 11.B 12. D 13. C 14. C 15. A
Urat 9. penjodoh bilangan utk gelang atau benda yg kecil (halus) dan panjang (spt rotan dll): di pergelangan tangannya membelit dua ~ gelang halus diperbuat drpd emas;
Belit 1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit= berlilit: seekor ular ~ di dahan itu;
Terawang-awang 3 memikir-mikirkan atau mengangan-angankan sesuatu; melayang jauh (fikirannya): Dia berkhayal dan fikirannya ~ entah ke mana. saya berasa spt terawang-awang di udara; dia dlm keadaan terawang-awang dua minggu kebelakangan ini, tdk tahu sama ada permohonannya diterima atau tdk.
Terumbang-ambing 1. bergerak-gerak turun naik (terenjut-enjut), timbul atau hanyut ter-apung-apung turun naik di permukaan air (bkn perahu dll yg dibuai ombak): perahu yg di-usung ribut ke tengah samudera ~ menunggu kapal besar datang menolong; 2. ki dlm keadaan yg berkecamuk (tidak tentu tujuan), gelisah atau bergelora, berkacau-bilau (fikiran dll): Dahlan sendiri sedang ~ dlm kebim-bangan; di sana hatinya
terayun-ayun terbuai-buai: seolah-olah kakinya ~ di udara;
berlantaikan menggunakan objek sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan;
bersepah-sepah 1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;
tergamam 1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~; 2. gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~; terpegun
Terkedu lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik.
Lentik melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd
hujungnya (haluanperahu dll);
tersentak 1. tertarik dgn kuat, terpiuh; 2. tersedar (drpd tidur, lamunan, dll) dgn tiba-tiba, terperanjat: laki-laki bermuka cengkung itu ~ drpd khayalannya; sentap
meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~;
mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini.
mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara;
takzim | amat hormat: sembah ~ sembah |
hangit1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi;
hapak berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (bkn sesuatu) atau sudah lama tersimpan (bkn bahan makanan): bantal usang yg ~; biskut yg sudah ~.
tengik1. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; 2. ki berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan dll); 3. ki sangat tajam (perkataan), sangat kejam (perbuatan), sangat zalim
kebas1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan);
mengebas 1. mengibar-ngibar kain dll dgn keras (supaya hilang debunya dll), mengibas(kan): kain yg penuh debu itu dike-basnya sebelum dipakai; 2. memukul-mukul sesuatu (spt meja dll) dgn kain (utk menghilangkan debu dll): lantai yg kotor itu dikebasnya dgn kain buruk; 3. bp mengambil dgn tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yg kurang berharga): rokok aku habis dikebasnya.
lumat1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau); 1. halus betul, hancur: ia mengeluarkan sirih yg telah ~ dr dlm gobeknya; makanan hendaklah dikunyah sehingga cukup ~; 2. terkocok (daun pakau);
bertafakur1. bermenung memikirkan sesuatu dgn sungguh-sungguh: Raja itu diam lalu tunduk ~ sejurus; 2. menumpukan segenap perhatian dan fikiran pd sesuatu, mengheningkan cipta: semua orang ~ dua minit, kerana mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur;
terjerlus terperlus, terperosok (ke dlm lubang dll).
Tunda tangguh; menunda menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menang-guhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember;
Tunda II tolak dr belakang, sorong;
jemah I kelak, kemudian; di akhirat ~ di akhirat kelak; kelak ~ kemudian kelak, di kemudian hari; tidak ~ tidak pernah.
Jemala sl kepala; batu ~ batu kepala, kepala; di atas ~ di atas kepala.
Asin 1. hukuman, seksaan (yg dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yg dideritai seseorang); 2. susah sekali, sengsara: kehidupan mereka sangat ~; azab mengazab menghukum (dgn seksaan), menyeksa: orang yg durjana akan diazab di neraka;masin, (be)rasa garam; merasai ~ garam sudah banyak pengalaman
padah, = padahan 1 tanda atau alamat yg menunjukkan sesuatu; gelagat: Apa ~nya mimpi saya itu? 2 akibat yg kurang baik drpd sesuatu perbuatan: Perbuatanmu ini buruk ~nya.
berganjak 1. beralih, beranjak, berengsot: dia tidak mahu ~ dr tempatnya; 2. ki berubah (pendirian dsb): dia teguh dgn pendiriannya yg lama, tidak ~ sedikit pun
No comments:
Post a Comment