Monday, September 6, 2010

TATABAHASA(MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF)

Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.)

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.


Jawapan:
1.Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
2.Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.
3.Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
4.Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.
5.Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.

Latihan 2:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
• Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat

Jawapan
1.Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.
2.Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.
3.Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
4.Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
• Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.
5.Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat

Latihan 3.Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
• Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.


4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.


Jawapan
1.Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.
2.Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.
3.Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.
4.Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.
5.Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

Latihan 4:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.

3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.


4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.


5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.

Jawapan:
1.Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.
2.Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.
3.Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
4.Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
• Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.
5.Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Latihan 5 Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain.

2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum dihantar ke mahkamah.

3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.

4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.


5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.

Jawapan;
1.Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain.
2.Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.
3.Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.
4.Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.
5.Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.

No comments: