Sunday, September 5, 2010

Latihan kesalahan frasa(121-140)

Betulkan Ayat di bawah kalau terdapat kesalahan ( Bersama dengan Jawapan )
121. Persatuan Bulan Sabit membekali ubat-ubatan kepada mangsa-mangsa banjir itu. ( )

122. Kereta berderet-deret di sepanjang jalan itu kerana melalui periksa polis. ( )

123. Majlis perkahwinan antara Ahmad dan Aminah yang berlangsung kelmarin sungguh meriah sekali. ( )

124. Hukuman itu berdasar pada undang-undang. ( )

125. Kerajaan akan membanyakkan lagi kemudahan awam di desa-desa. ( )

126. Tomato sos itu mengandung lebih banyak tomato. ( )

127. Jutawan itu telah mendermakan banyak wang kepada badan-badan kebajikan. ( )

128. Artis dan Hong Kong yang paling terkenal itu akan mengadakan konsert di negara Malaysia. ( )

129. Pada pagi hari Sabtu yang lalu , Encik Ali bukan ke pejabat. ( )

130. Hadiah ini untuk siapa-siapa yang membantu pihak sekolah membersihkan bilik guru. ( )

131. Kerja mengecat dinding itu kamu sudah siapkan? ( )

132. Ah Seng minggu depan tidak akan pergi ke sekolah kerana kakaknya berkahwin. ( )

133. Pemain dan Brazil itu menendang bola terus kepada pintu gol. ( )

134. Kemerosotan harga ayam menjadi satu tamparan hebat terutarnanya kepada para penternak kecil-kecilan. ( )

135. Apa yang benar-benar menyedihkan hatinya ialah perbuatan adik kandungannya sendiri yang tidak mempercayainya. ( )

136. Walau apapun yang terjadi, dia tidak pernah gagal menghulurkan derma ke rumah anak-anak yatim itu setiap tahun. ( )

137. Minatnya yang mendalam terhadap bidang seni menyebabkan dia berusaha mempelajar seni itu daripada ibunya. ( )

138. Pertemuan di antara dua orang pemimpin itu dapat menyelesaikan beberapa permasalahan bersama. ( )

139. Jabatan-jabatan kerajaan akan berpindah ke bangunan baru itu. ( )

140. Walaupun betapa sibuk pun dengan pelbagai urusan harian, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarganya. ( )

Jawapan

1. Persatuan Bulan Sabit membekali ubat-ubatan kepada mangsa-mangsa banjir itu.
2. Kereta berderet-deret di sepanjang jalan itu kerana melalui periksa(pemeriksaan) polis.
3. Majlis perkahwinan antara Ahmad dan (dengan) Aminah yang berlangsung kelmarin sungguh meriah sekali.
4. Kerajaan akan membanyakkan lagi (memperbanyak)kemudahan awam di desa-desa.
5. Tomato sos (sos tomato)itu mengandung(xx) lebih banyak tomato.
6. Jutawan itu telah mendermakan banyak(x) wang kepada badan-badan kebajikan.
7. Hukuman itu berdasar pada (berdasarkan)undang-undang.
8. Artis dari Hong Kong yang paling terkenal (x)itu akan mengadakan konsert di Negara Malaysia.
9. Pada pagi hari Sabtu yang lalu, Encik Ali bukan (tidak)ke pejabat.
10. Hadiah ini untuk siapa-siapa(sesiapa) yang membantu pihak sekolah membersihkan bilik guru.(V)
11. Kerja mengecat dinding itu kamu sudah siapkan?(sudah kamu siapkan)
12. (minggu depan)Ah Seng minggu depan tidak akan pergi ke sekolah kerana kakaknya berkahwin.
13. Pemain dari Brazil itu menendang bola terus kepada (ke) pintu gol.
14. Kemerosotan harga ayam menjadi satu tamparan hebat terutamanya kepada para penternak kecil-kecilan.(v)
15. Walau apapun yang terjadi, dia tidak pernah gagal menghulurkan derma ke rumah anak-anak yatim itu setiap tahun.(v)
16. Apa yang benar-benar(betul2) menyedihkan hatinya ialah perbuatan adik kandungannya(kandung) sendiri yang tidak mempercayainya.
17. Minatnya yang mendalam terhadap bidang seni menyebabkan dia berusaha mempelajar (mempelajari)seni itu daripada ibunya.
18. Pertemuan di antara(antara) dua orang pemimpin itu dapat menyelesaikan beberapa permasalahan bersama.
19. Jabatan-jabatan kerajaan akan berpindah(dipindahkan) ke bangunan baharu itu.
20. Walaupun betapa sibuk pun dengan pelbagai urusan harian, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarganya.(v)

No comments: