Monday, September 6, 2010

Soalan tahun lepas PMR- surat rasmi

1993
jenis aduan

mengadu kepada pihak yang berwajib tentang pembinaan kilang di tempat tinggal yang mengakibatkan pencemaran alam, sekali gus mengganggu kesihatan penduduk.

1995
jenis permohoan

menulis surat kepada seorang tokoh di tempat tinggal dengan menerangkan tujuan dan sebab-sebab untuk bertemu.

1999
jenis permohonan

Persatuan Sejarah bercadang mengadakan lawatan sambil lawatan ke satu tempat bersejarah. Sebagai setiausaha persatuan, telah diminta menulis surat kepada pihak yang berkenaan untuk memohon melawat tempat tersebut.

2001
jenis aduan
Di tempat tinggal anda, kemudahan awam sering dirosakkan. Sebagai wakil penduduk, anda dikehendaki menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

2004
jenis cadangan

memberi cadangan kepada pengetua bagi mengatasi masalah kekurangan pelajar berkunjung ke pusat sumber walaupun pelbagai kemudahan telah disediakan.

2007
jenis permohonan

memaklumkan tujuan program keceriaan kawasan dilaksanakan dan memohon bantuan untuk menjayakan program itu.

***
bagi saya, surat rasmi amat saya sukai kerana formatnya mati
dengan 7 perenggan, seakan-akan setiap perenggan mempunyai keperluan yang sama
cuma, mungkin akan tersipi daripada soalan sahaja.
kalau anda lemah dalam penulisan karangan jenis fakta/pendapat, perihalan/sambungan cerita...
karangan jenis ini mempunyai kelebihannya.
****
rujuk nota yang padu saya beri, contoh yang saya beri memang padu sebagai sumber aspirasi.

Cuma saya masih belum mengajar jenis permohonan dan jenis cadangan, pandai-pandailah anda cuba, jangan PUT all EGG IN ONE BASKET...

No comments: