Friday, April 16, 2010

Tukang Lama

majal

1. tidak tajam (pisau, pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran, akal): otaknya beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan.

mengibaskan, mengibas-ngibaskan

menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan mengibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2.mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya;

bubuk I

1. serbuk pd benda-benda yg lapuk: ~ kayu; 2. serbuk drpd benda yg ditumbuk: ~ kopi; membubuk menumbuk hingga halus: ~ kopi.

pergelutan

1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.

hungap; menghungap, terhungap, terhungap-hungap

bernafas dgn cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas berlari dll).tercungap-cungap

pingit; berpingit

berkurung dlm rumah: gadis Melayu dahulunya ~ dan hanya kelihatan sekali-sekala sahaja;memingit 1. menjaga dgn rapi dlm rumah (anak dara dll): anak dara yg dipingit; 2. mengurung (dlm sangkar dll): ~ kuda;pingitan yg dipingit (dikurung): tiga dara ~; kuda ~.

hawa I

1. gas yg berbagai-bagai jenis yg memenuhi muka bumi; udara:Apabila ~ bergerak, terjadilah angin. 2. keadaan udara di sesuatu tempat; iklim: ~ dingin; ~ panas; Matahari redup tetapi ~ sangat panas. berhawa mempunyai hawa: negeri-negeri yg ~ panas; bilik yg ~ dingin.

hawa II

~ nafsu keinginan yg sangat kuat; kehendak hati yg kuat: Ia tidak dpt menahan ~ nafsunya.

memecut

1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merang sang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan ber gerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram;

mengais

1 mencakar-cakar tanah, pasir dll (spt ayam mencari makanan). 2 ki mencari nafkah atau mencari rezeki dgn bersusah payah.

kelepak

1. bunyi spt bunyi sayap dikibas kibaskan; 2. bunyi spt bunyi tamparan.

kelepak

(kelépak) 1. terkelepai spt telinga ga jah, terkulai; 2. kelemping (bkn susu perem puan tua); ~-kelepang bunyi spt gendang dipalu: paluan kompang berterusan dgn ~; ~ baju lipatan kain yg berkelepai di bahagian dada baju; baju ~ baju yg terbuka di bahagian dadanya.

melenting

1 melejang atau membingkas balik (bkn rotan dsb yg dibengkokkan dan kemudian dilepaskan); menganjal. 2 melompat atau bergerak dgn cepat dan pantas: Ahli sukan itu ~ ke atas melintasi palang yg tinggi. 3 bergelung spt daun kering (keropok digoreng dll). 4 ki marah; naik angin (apabila dikritik dsb): Dia mudah ~ apabila ditegur.

gelak-gelak

nyaring (ttg ketawa); lantang: Apabila mendengar cerita Abu Nawas itu, baginda tertawa ~.

terpegun

kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga;

melatah

mengeluarkan perkataan atau mem buat sesuatu dgn tidak sengaja kerana terperanjat dsb;

martil

alat yg digunakan utk mengetuk sesuatu; tukul; palu.

penampang

permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan).

rebah I

jatuh terbaring (orang dll), terletak ber baring atau bertiduran (pokok dll), tum bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter lentang di atas lantai; membawa (mem beri) ~ menjatuhkan (meng gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;

ternganga

1 terbuka luas-luas atau lebar-lebar (bkn mulut, pintu dll): Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~. 2 ki hairan dan tercengang (kerana mendengar sesuatu dll): Dia ~ men dengar berita yg memeranjatkan itu.

bisik

suara yg perlahan: Aku terdengar-dengar ~ rayunya yg manja. berbisik 1.bercakap dgn suara yg perlahan: Saya ~ kpdnya supaya tidak didengar orang apa-apa yg saya katakan itu. 2. dgn diam-diam sehingga tidak diketahui atau tidak didengar orang: Mereka bermuafakat hendak pergi makan angin dgn ~ saja. membisiki memberitahu seseorang dgn diam-diam:Ia ~ adiknya supaya tidak bercakap terlalu kuat. membisikkan mengatakan sesuatu dgn perlahan; memberitahukan sesuatu dgn berbisik: Dia ~ sesuatu kpd pengawal itu. bisikan1. sesuatu yg dibisikkan. 2. apa-apa yg menggerakkan hati; ilham. ~ hati ki suara dr hati kecil; kata hati.

membenamkan

1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah.

memusuhi

menganggap seseorang atau sesuatu sbg musuh; menentang: Kami tidak ~ sesiapa.

sedangkan

1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah.

risik I

; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia ~ suis lampu.

risik II

= risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia men dapat ~ bahawa rancangannya telah di ketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk men jadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya me risik (mencari keterangan, dll dgn sem bunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~.

mengecutkan hati

menakut kan, menggentarkan, menggerunkan, mengerikan: di sana kami mendengar berita-berita yg ~; kejadian-kejadian ngeri yg ~ hati;

taktik

taktik cara atau kaedah utk memperoleh, mencapai, atau mendapatkan sesuatu tujuan yg dikehendaki, muslihat, siasat: musuh sedang menggunakan ~ baru dlm usahanya hendak menghancurkan negara tersebut.

menyusul

1. mengikuti (mengejar) sesuatu yg terdahulu (utk menyaingi atau mendahuluinya): ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul; 2. mengikut di belakang, mengekori: dia masuk ke dlm rumah disusul dr belakang oleh anaknya; 3. ikuti (datang) kemudian: biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~; 4. mengekori, mengikuti jejak: ia mengambil teksi utk ~ dr belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi; 5. mengikuti, melanjutkan, menyambung, menyertai: setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dgn mengasah gigi; 6. (yg) akan datang, (yg) akan muncul: musim panas yg ~, batang itu tumbuh me manjang dan mengeluarkan daun; 7. menye lidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dll): kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaan nya; 8. menyambung (surat yg terdahulu): kerana surat yg pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dgn surat yg kedua; 9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alu kan, menyongsong: dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yg sedang masuk ke halaman;

habuk

benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~.

habuk papan

serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji.

selamba

1. pd lahirnya macam biasa (sedang kan sebenarnya telah berlaku sesuatu), ber-lagak seolah-olah tidak tahu, berpura-pura: kami pun turunlah buat muka ~ macam orang ada tiket kelas satu; 2. kurang ajar, tebal muka, tidak tahu malu.

terpegun

kaku dan tidak dapat berkata-kata (kerana terperanjat dll): dia ~ berdiri di pintu dgn mulutnya ternganga;

menerpa

1. menyerbu dan menerkam (me-nye rang dll): ia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk, berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di tangan Rosnah;

Rezeki, leteran, majal, diaggap, kesepian, mengibas-ngibas, habuk, bubuk, bertaburan, merenungi, melambung-lambung, anak dara, membangkang, setakat, mencetuskan, pergelutan, menunaikan, kewajipan, mengasah, rentak , irama, seolah-olah, mengiringi, mendongak, saki-baki, kira-kira, selamba, melainkan., gedang, kelambu, terhungap-hungap, pingitan, subuh, gilap, hawa, memecut, mengais, mewah, berkelepak, seganda, memusuhi, kagum, sedangkan, berniat, melenting, perkarangan, menyusul, telunjuk, melatah, gelak, terpegun, keruan, martil, sepenampang, sejenak, keluhan, membenamkan, menggeleng, sumpahan, meminpin, menjejak, anak tangga, mengecutkan, menerpa, tersengih, taktik, merebahkan, aneh, merapati, tersentak, dirisik, ternganga

Tukang Lama Sinopsis

Rezeki Pak Talib sebagai tukang rumah semakin berkurang sejak Manas, tukang muda yang baru keluar dari Sekolah Seni Bangunan pulang ke kampung itu.Pak Talib dipanggil hanya untuk membetulkan dinding reban ayam atau membuat pintu pagar. Orang kampung sekarang tidak menyukai rumah berkelepak dua seganda, cara rumah Pak Talib masih lama dan memakai “tunjuk angin” yang ukurannya rata-rata menurut ekor mata. Namun demikian, Pak Talib tidak memusuhi Manas sekalipun Pak Talib terasa kehilangan tempat pergantungannya. Cuma, leteran isterinya, Mak Lamah semakin panjang menyalahkan Pak Talib atas kesempitan hidup mereka. Akan tetapi, telinganya telah majal. Leteran itu dianggap seperti asam garam olehnya. Tiap-tiap pagi, Mak Limah akan mengucapkan “selamat pagi” (gaya bahasa:bahasa sindiris) sambil mengibas-ngibas habuk tahi bubuk yang bertaburan di atas lantai .Manakala Pak Talib hanya merenungi butir-butir najis binatang yang melambung-lambung kerana serangan Mak Limah. Sementara anak dara mereka,Si Timah yang baru berhenti sekolah diam-diam menyudahkan kerjanya di dapur, tanpa menyokong atau membangkang sesiapa kerana dia sudah mangli dengan leteran itu yang menjadi “hobi” ibunya sejak dia kecil lagi. Akan tetapi, leteran itu belum pernah mencetuskan “peperangan” antara kedua-dua ibu bapanya. Dalam pergelutan itu, Pak Talib terus menunaikan kewajipannya, dia mengasah ketam, ketukan mata ketam ada rentak irama yang seolah-olah mengiringi suara leteran Mak Limah. (Gaya bahasa:personifikasi). Sudah lama dia tidak bekerja, ertinya tidak ada wang masuk (metafora) saki-baki wang simpanannya habis digunakan untuk kelangsungan hidup mereka, Mak Limah selalu tertanya-tanya,”Sekarang semua sudah habis,apa lagi yang nak dijual?”, Pak Talib hanya senyum mengatakan “emak bapa boleh mati, tapi kira-kira(hutang:simbolik)tidak akan mati”, iaitu berhutang. Kalau tidak bekerja berpanjangan, hutang akan berlonggok. Budak-budak nakal pernah mengejek mereka semasa Si Timah masih kecil, dia akan mengejar budak-budak nakal itu dengan kayu api, tetapi sebentar sahaja dia sudah terhunggap-hungap. Kini, nyanyian ini tidak lagi kedengaran kerana Timah sudah menjadi orang pingitan. Suatu hari, Pak Talib menggilap perkakas tukangnya pada subuh pagi kerana menyiapkan reban ayam, Mak Lamah tidak lekang menyindir suaminya menjadi tukang reban. Pak Talib selepas menoleh ke arah isterinya terus memecut basikalnya dalam kesejukan hawa pagi itu. Dia mengenangkan umurnya yang sudah hampir setengah abad tetapi masih mengias untuk memenuhi hidupnya. Sungguhpun rezekinya agak mewah selepas perang dunia kedua tetapi sebelum dia sempat menimbunkan harta, tiba-tiba musim turun datang.( metafora). Pak Talib pernah mencuri-curi memandang tukang muda itu, perkakasannya berpeti-peti cara bekerjanya banyak memakai pensel, lagi mengkagumkan ialah penyediaan alatan rumah itu secukupnya terlebih dahulu dan beberapa hari sahaja rumah telah siap dibina. Sedangkan dia sendiri menggunakan masa tidak kurang daripada setengah tahun. (ironi ) Dia pula tukang dahulu yang mengikut tukang tua sahaja tanpa belajar di sekolah. Setiap kali semasa Mak lamah meleterkan kelebihan budak Manas ini, dia akan memadamkan leteran itu kerana tidak menyukai Mak Timah menjadikan perkara orang lain sebagai bahan leteran (Nilai:hemah tinggi dari bicara). Untuk memadamkan leteran itu, dia menyindirkan diri patut mengisi muzium. Dia memujuk Mak Lamah jangan khuatirlah sangat, “biar bagaimana pun tak kan rezeki kita di dunia ini sudah habis, sedangkan ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa ada.” Berkali-kali Mak Lamah menyeru suaminya berubah fesyen tukangnya dan jangan berniat lekas-lekas nak masuk muzium. Mak Lamah melenting sambil menangis. Kenangan Pal Talib dilayani sehingga sampai di rumah Encik Mamat. Encik Mamat menyusuli kedatangan dan mengiringinya ke reban ayam, menurutnya, ayam itu sudah bermalam-malaman kesejukan. Pak Talib mengasihan ayam itu lalu berkata seperti orang pingitan(simile)”Katakan orang ayam bangsa makanannya gandum, tidur berkelambu. “Encik Mamat gelak-gelak terdengar dan mengejek Pak Talib membuat reban kampung. Pak Talib seperti orang melatah dan terpegun kerana tidak menyenangkan telinganya…hatinya diketuk paku di dinding”Rupa-rupanya aku telah jatuh benar.” Ketika sepenampang dinding telah siap, dia berbisik mengejek dirinya ayam kampung(metafora), tetapi dia tidak putus asa, dia mesti berusaha. Sambil bertukang sambil membicarakan gambaran yang datang. Hampir petang, kerjanya baru siap. Dia membenamkan benda yang diberi Encik Mamat ke dalam sakunya. Dalam perjalanan, dia mengira wang yang diterima… upah hanya sepuluh ringgit dengan menggunakan 4 hari untuk menyiapkan kerja. Dia mulai risau akan sumpahan isterinya kerana barang-barang yang diperlukan tidak dibeli. Setiba di rumah, apa yang berlaku senyap-senyap sahaja, baru saja dia menjejaki anak tangga pertama, kedengaran tapak kaki menyapu lantai. Pak Talib tunduk seperti membilang anak tangga(simile). Dia mengecutkan hatinya agar mudah menerpa leteran yang diberi. Tiba-tiba,Mak Lamah tidak lagi berleter dan bersuara lembut kepada Pak Talib. Pak Talib mendongak dan tersengih kedengaran suara yang begitu merdu. Dia berasa hairan dengan layanan isterinya yang lain daripada biasa. “mungkin taktik baru” suara hatinya(monolog dalaman). Semasa makan malam, Si Timah merebahkan badannya, tetapi aneh, tiada kedengaran “selamat malam”. Pak Talib tersentak apabila isterinya merapatinya. Mak Lamah berbisik dengannya, rupa-rupanya, Si Timah anak gadis mereka telah dirisik oleh Manas..Pak Talib ternganga, hati Pak Talib berasa ketenteraman kerana…

Tema

Kepayahan hidup yang terpaksa dilalui oleh tukang rumah sebagai akibat peredaran zaman yang sudah jauh berubah.

Persoalan

(a) Khidmat tukang rumah secara tradisional semakin dipinggirkan.

(b) Kepayahan hidup masyarakat kampung dalam mencari rezeki yang halal.

(c) Selera masyarakat masa kini yang lebih cenderung untuk memilih khidmat tukang yang menggunakan teknologi moden untuk memperoleh hasil yang cepat dengan reka bentuk yang cantik.

(d) Kerenah isteri yang suka berleter dan menyalahkan suami atas kesempitan hidup.

(e) Tanggungjawab seorang suami dan ayah demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.

(f) Pendidikan dan kemahiran dapat menjamin kelangsungan hidup yang lebih baik.

Watak

a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Pak Talib. -

b) Watak sampingan terdiri daripada Mak Lamah dan Che Mamat. Watak sampingan (tersembunyi) ialah Timah dan Manas.

Perwatakan

Pak Talib

(a) Beliau suami Mak Lamah, bapa kepada Timah.

b) Usianya hampir setengah abad(50)

(c) Beliau belajar pertukangan daripada tukang tua dan tidak pernah pergi ke sekolah pertukangan moden.

d) Beliau sudah lama menjadi tukang rumah.

(e) Pak Talib penyabar walaupun sering dileteri oleh Mak Lamah.

(f) Beliau tabah menghadapi kepayahan hidup.

Mak Lamah

a) Beliau isteri Pak Talib, ibu Timah.

b) Mak Lamah kuat berleter. Sasaran utamanya ialah Pak Talib.

c) Leteran sudah sebati dengan hidupnya. Ironinya, Pak Talib pula akan berasa kesepian jika tidak mendengar leteran Mak Lamah.

d) Mak Lamah tidak faham akan masalah yang dihadapi suaminya.

Encik Mamat

( a) Dia pemilik ladang ayam.

(b) Encik Mamat agak berkira tentang duit; membayar upah yang terlalu murah kepada Pak Talib yang telah membina reban ayam kampungnya.

Si Timah

(a) Dia anak perempuan tunggal Pak Talib dan Mak Lamah.

(b) Dia baru berhenti sekolah.

Manas

(a) Manas berkenan dengan anak Pak Talib lalu merisik Si Timah.

(b) Dia tukang muda yang berkelulusan tinggi dalam bidang pertukangan dari Sekolah Seni Bangunan.

Plot Binaan

Plot cerpen ini berbentuk _kronologi kerana peristiwa-peristiwanya disusun mengikut tertib masa.

(a) Permulaan:

Kepulangan tukang muda, Manas, menyebabkan rezeki Pak Talib sebagai tukang rumah mulai merosot. Leteran Mak Lamah pula semakin menjadi-jadi. Agak lama juga Pak Talib tidak bekerja kerana tidak ada permintaan untuk khidmat ketukangannya. Pak Talib terpaksa menggunakan wang simpanan untuk berbelanja. Dia juga terpaksa menjual barang rumah untuk membayar hutang dan meneruskan hidup.

(b) Perkembangan:

Pak Talib mendapat tempahan menyiapkan reban ayam di rumah Che Mamat. Semasa dalam perjalanan ke rumah Che Mamat, Pak Talib mengenangkan hidupnya yang menghampiri usia 50 tahun. Selama itulah, dia tidak pernah merasai kesenangan hidup. Semasa selepas perang dulu, hidupnya agak mewah juga, tetapi sekarang, lebih-lebih lagi selepas kehadiran tukang muda Manas, hidupnya kembali susah. Pernah berlaku pertengkaran kecil antara Pak Talib dengan Mak Lamah. Mak Lamah pernah menyuruh Pak Talib menukar cara bertukangnya. Namun, Pak Talib menyanggah cadangan Mak Lamah dengan mengatakan bahawa kerja itu bukanlah mudah.

(c) Klimaks (Kemuncak):

Pak Talib hanya dibayar sepuluh ringgit atas khidmatnya menyiapkan reban ayam Che Mamat. Dia telah meluangkan masa empat hari untuk kerja itu. Oleh itu, Pak Talib berasa sangat kecewa. Dia memikirkan apa-apa yang dapat dibelinya dengan wang sebanyak itu. Dia khuatir untuk berhadapan dengan isterinya nanti. Setibanya di rumah, Pak Talib terkejut melihat perubahan sikap isterinya. Mak Lamah tidak lagi bising-bising dan suaranya juga lembut.

d) Peleraian:

Mak Lamah memberitahu Pak Talib bahawa anak gadis mereka, Timah telah dirisik oleh Manas. Pak Talib berasa sangat tenteram mendengar khabar baik itu. Pak Talib berasa lapang dada bukan kerana anak tunggalnya dilamar orang, tetapi hatinya senang melihat wajah Mak Lamah yang manis.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian.:

Dalam perjalanan pulang itu Pak Talib menyeluk sakunya.Dikiranya dengan jari, beberapa helai wang kertas seringgit.

b) Teknik dialog:

“Apa khabarnya?” Pak Talib sudah mula tenang. Dia mula merapati Mak Lamah. “Awak tahu anak kita telah dirisik, “ Mak Lamah menambah. “Siapa kawannya” Pak Talib ternganga. “Si Manas tukang muda itulah!”

(c) Teknik monolog:

“Rupa-rupanya diri aku ini telah jauh benar," Pak Talib bercakap dalam hatinya sambil mengetuk paku di dinding.

d) Teknik imbas muka:

Dia menanti sahaja sumpahan yang akan diberi oleh Mak Lamah ketika....

Latar

Latar Masa

Latar masa dalam cerpen ini ialah pada zaman moden. Hal ini terbukti melalui hasil kerja Manas yang menggunakan teknologi moden yang memberikan hasil yang lebih cepat dan cantik.

Latar Tempat

a) Cerita ini paling banyak dilatari rumah Pak Talib:

Pak Talib terpaksa mendengar leteran isterinya ketika dia mengasah ketam rumahnya

b) Di rumah Che Mamat:

Pak Talib mengambil upah menyiapkan reban ayam kampung dalam tempoh empat hari.

Latar Masyarakat

(a) Tukang generasi lama yang masih menggunakan peralatan dan teknologi lama.

Contohnya, Pak Talib masih bertukang dengan cara lama, cara rumah yang memakai “tunjuk langit”, dan kebanyakan ukurannya mengikut ekor mata.

(b) Tukang generasi baru yang menggunakan peralatan dan teknologi moden.

Contohnya: Manas mewakili golongan muda yang belajar pertukangan di sekolah khas, menggunakan teknologi moden, dan mengeluarkan hasil yang lebih cepat.

(c) Masyarakat yang kurang hormat akan suami.

Contohnya: Mak Lamah sering melepaskan kemarahan dan rasa tidak puas hatinya kepada Pak Talib tanpa memikirkan kesusahan dan perasaan Pak Talib.

(d) Masyarakat yang beralih selera kepada teknologi dan reka bentuk moden.

Contohnya: Che Mamat memilih Manas untuk menyiapkan reban ayam Eropahnya.

Gaya Bahasa

(a) Paradoks.

Contohnya: Pak Talib berasa kesepian kalau sehari tidak dapat menikmati leteran isterinya itu.

(b) Simile.

Contohnya: Rumah awak sendiri sarang ayam
Pak Talib cepat-cepat tunduk seperti membilang anak tangga

(c) Personifikasi.

Contohnya: Kira-kira tidak akan mati

(d) Metafora.

Contohnya: wang masuk

(e) Peribahasi Contohnya: orang pingitan, ulat dalam batu pun rezekinya sentiasa asa

f)Sindiran.

Contohnya: nampaknya awak sekarang jadi tukang reban ayam saja.

(g) Puisi (pantun). Contohnya:

Pak Talib gedang-gedang, Mak Lamah gulai labu; Pak Talib banyak hutang, Mak Lamah jual kelambu

Nilai

a)kesabaran.

Contohnya: Pak Talib sabar mendengar leteran isterinya saban hari.

b)bertanggungjawab.

Contohnya: Pak Talib bertanggungjawab menjaga kebajikan anak dan isterinya.

c)Redha

Contohnya: Pak Talib Redha akan suratan hidupnya dan tetap bersyukur dengan apa-apa yang ada
d)Gigih
Contohnya: Pak Talib gigih mengambil upah dengan bertukang meskipun upah yang diterimanya tidak seberapa.

Pengajaran

a) Kita hendaklah senantiasa menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan perubahan masa.

b) Janganlah kita hanya pandai mengkritik, tetapi berilah idea dan tunjuk cara bagaimana hendak mengatasi sesuatu masalah.

c)Isteri haruslah memahami perasaan dan kesusahan suami.

d) Kita haruslah cekal dalam menghadapi dugaan dan kepayahan hidup.

e)Kita haruslah rajin dan gigih mencari rezeki yang halal. Janganlah suka berhutang kerana amalan berhutang buruk padahnya.

2 comments:

loving star said...

cikgu i mark until wan die....

stupid eden said...

waliao cikgu so many. i wan die alredy