Friday, April 16, 2010

Hikmah- Latihan dan Nota


hikmah1. kebijaksanaan drpd Allah, kecer dikan: dakwah Islam yg dijalankan mestilah dgn penuh ~ serta bertepatan dgn budaya dan iklim kemalaysiaan; Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dgn ~ yg telah ditetapkan oleh-Nya;
2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di se balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb): rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya; poligami harus dilihat sbg syariat Allah yg pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu; berhikmah mempunyai hikmah (kebijak sanaan dsb): pendekatan yg ~ dan berhati-hati perlu diambil dlm usaha menyeragam kan undang-undang syariah itu; generasi muda yg sering diperkatakan sbg golongan yg bermasalah harus ditangani dgn cara yg ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang.
hikmat1 kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir.
2 erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar; hikmah: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~.

Bab 1: Sakit Hati

Amri melangkahmasuk ke dalam kelas dengan wajah yang selamba.Tiada sesiapa yang berani menyapa atau bertanya apa-apa kepadanya kecuali Siva kerana takut kalau-kalau Amri bertindak agresif terhadap mereka. Sebenarnya, Amri dikenakan hukuman rotan oleh Cikgu Salman akibat daripada aduan Sapura tentang salah laku Amri. Amri dianggap sebagai ketua kawan nakal kerana keberanian dan kenakalannya tiada tolok bandingan. Sapura mendakwa Amri membuli Saleh, seorang murid junior, dan mengutip wang perlindungan. Amri pula tidak berasa sakit oleh hukuman rotan itu kerana dia telah mengalaskan punggungnya dengan buku yang nipis.Siva kelihatan tercenggang-cenggang apabila Amri memberitahunya cikgu selain membebel, dia menghadiahi Amri “roti panjang.”(gaya bahasa:metafora) Siva terlopong apabila mengetahui Amri beralaskan buku. Siva tersengih-sengih seperti kerang busuk. (gaya bahasa:peribahasa) Amri berdendam terhadap Sapura dan merancang untuk mengenakannya. Bagi Amri pengawas sekolah itu mesti “diajar” agar dia tidak berani membuat aduan lagi pada masa depan. Lagipun Amri hendak memastikan murid-murid lain terus berasa takut terhadapnya. Siva berat hati (gaya bahasa:peribahasa)untuk membantu Amri kali ini kerana Sapura perempuan dan pengawas sekolah pula. Siva menyalahkan Saleh yang membuat kecoh sewaktu mereka meminta wang tadi. Namun, Amri bertekad untuk melakukannya tanpa mengira akibat, walaupun sendirian. Hatinya semakin membara(gaya bahasa:hiperbola)memikirkan Siva yang enggan bersekongkol untuk mengenakan Sapura. Dengan kegeraman ini, dia mengepal penumbuknya dan menumbuk-numbuk telapak tangannya. “Pembalasan akan tiba juga,” cetus hatinya.(teknik plot:monolog dalaman)Ketika guru sedang mengajar dan murid-murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru, Amri masih mengenangkan perbuatan Sapura (teknik plot:imbas kembali)yang campur tangan(gaya bahasa:peribahasa)ketika meminta wang perlindungan, dia langsung tidak mengendahkan pembelajaran yang sedang berlangsung. Dia sangat bimbang kerenah mengugut murid-murid junior membayar wang perlindungan untuk mengelakkan diri daripada dibelasah dan dibuli oleh Amri akan terbongkar. Hakikatnya, guru-guru sekolah mengetahui hal ini tetapi sekadar khabar angin(gaya bahasa:peribahasa)kerana tiada murid yang mengadunya. Kebanyakan guru diberitahu bahawa murid-murid junior ada perselisihan faham dengan Amri. Murid-murid junior mengakui berlaku pertengkaran kecil. Amri berkira-kira sendiri hendak mencari helah untuk mengenakan Sapura. Dia tidak boleh bertindak sekarang kerana dia pasti mengesyaki nya.

Bab 2: Berwaspada

asam garama) berbagai-bagai jenis asam ber serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);
sedangkan1 sungguhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan.
senang hatiberasa puas (gembira);
masakanmana boleh, tidak akan lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;
riak1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati;gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak.
memasang telingameneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll);
benak I1 isi tulang yg berwarna merah kehitam-hitaman; sumsum. 2 = otak ~ isi kepala; otak.
bentakherdik, tengking: “Mana boleh!” ~nya;membentak mengherdik, menengking: wanita itu ~ kpd kuli yg mengangkut barangnya;bentakan suara atau kata-kata yg keras dan kasar (utk memarahi seseorang), herdikan, tengkingan.
meluat1 berasa hendak muntah; meloya. 2 tidak suka pd sesuatu; benci: ~ saya melihat perangai budak itu.
menjelingmemandang dgn ekor mata, me ngerling: tidak ada antara mereka yg me mandang, kalau ada pun sekadar me malis dan ~; jelingan kerlingan.
muka masamrupa muka yg menyatakan tidak senang atau kecewa.
menarik muka masammenunjukkan muka yg masam.
merungut, berungutberleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi;
membelek-belekmemerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: ia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar.
tersengihterbuka sedikit mulutnya sehingga kelihatan giginya: Kami semua ~ melihat kelucuannya.
menjelirkanmengeluarkan (lidah dll): teng giling ini boleh ~ lidahnya keluar dgn panjang.
berpalingmengubah arah muka ke kiri, ke kanan atau ke belakang; bergerak menghadap ke arah lain: Sambil berjalan itu, ia ~ ke kiri dan ke kanan. ~ haluan a. bertukar haluan. b. berubah fikiran dll. ~ sembah tidak setia kpd sultan. ~ tadah berubah kesetiaan dan menyebelahi musuh; belot.
gelagat1. tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; 2. tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.
terserempak1. diserang (diserbu dll) dgn tiba-tiba; 2. bertemu (bersua) dgn tidak disangka-sangka: sesekali dia ~ dgn orang yg hendak ke kampung tempat dia berguru.
jelikburuk, hodoh, jahat, tidak baik: ke la kuannya ~; menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan; kejelikan keburukan: karya Ibrahim Omar ini menampakkan ~ hidup manusia Melayu di kota-kota.

Rozita menegur Sapura tentang tindakan Sapura yang membuat aduan tentang Amri. Sapura menegaskan bahawa dia menjalankan tugasnya sebagai pengawas. Rozita menasihati Sapura agar berwaspada terhadap Amri yang manjadi kepala samseng di sekolah. Sapura mengujar Amri akan dikutuk tindakannya. Takkan Sapura mengadu kepada Cikgu Salman sedangkanAmri belum bertindak. Selama ini ramai pengawas dikenakan oleh Amri tetapi Sapura tidak takut.Sebarang risiko yang bakal ditempuhi, harus diharungi dengan tenang. Dia tidak gentarakan ugutan atau amaran Amri. Sapura berfikir:” Itu semua asam garam( metafora) yang perludiharungi.”(teknik plot:monolog dalaman)

Sapura memejamkan mata dan teringat akan peristiwa dia ternampak Amri membuli seorang murid junior, Saleh,di kantin sekolah.(teknik plot imbas kembali) Pada mulanya, dia mendengar Saleh meminta tolong. Dari jauh, dia ternampak kelibat Amri sedang memarahi Saleh. Amrimengendahkan permintaan murid terbabit. Wajahnya bengis merenung tajam ke arah murid terbabit. Apabila Sapura mendapatkan mereka, Amri mengatakan bahawa dia mengajar budak itu agar menghormati murid yang lebih tua. Jelingan tajam Amri membuatkan Saleh mengiakankata-kata Amri.Sapura sambil mencekak pinggan memarahi Amri. Amri mengugut Sapura jika aduan sampai ke pengetahuan Cikgu Salman dan dihukum, Sapura akan berasa tidak senang hati.

Akhirnya, Sapura mengadukan hal tersebut kepada Cikgu Salman. Malangnya, di depan Cikgu Salman, Saleh mengakui bahawa dialah yang bersalah lantaran tidak menghormati Amri. Oleh sebab itu, Saleh diberi amaran oleh Cikgu Salman dan Amri pula dirotan di punggung. Walaupun disebat, Amri tersenyum sinis kepada Sapura ketika berjalan keluar dari bilik displin itu. Riak wajahnya langsung tidak menggambarkan kekesalan atau kesakitan.Sapura mengesyaki Amrimengalaskan punggungnya dengan sesuatu. Jika tidak masakan Amri kelihatan mangli dengan hukuman. Lamunan Sapura terhenti apabila seorang guru lelaki baharu masuk ke kelas.Sapura tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan dan pelajarannya terganggu oleh perkara remeh itu. Sapura membetulkan tempat dan memasang telinga(peribahasa) sambil menumpukan perhatiannya terhadap pembelajaran. Setiap ucapan guru itu melekat di benaknya.

Tengah hari itu, ketika hendak pulang ke rumah, Sapura ternampak Amri di tempat meletak basikal. Sapura bentakMeluatnya aku,” ketika ternampak Amri tersenyum sambil menjelingnakal ke arah Sapura. Apabila dia menoleh ke arah Sapura, Sapura menarik muka masamapabila Amri masih tersengih-sengih. Sapura berhati-hati kerana bimbang Amri hendakmengapa-apakannya dan bermain sesuatu di benaknya. Sapura merungut sambil membelek-belek setiap inci tubuh basikalnya. Amri tertawa dan menjelirkan lidahnya ke arah Sapura yangberpaling memandang dirinya. Sapura mengayuh dengan hati yang jelik, dia meluat melihatgelagat Amri.Sepanjang perjalanan, dia tidak terserempak dengan Amri.

Bab 3: Kesusahan Hidup

berlaukkan

menggunakan sesuatu (daging, ikan dll) sbg lauk: Di rumahnya tadi, kami makan nasi ~ ikan sembilang masak lemak.

tumpul

1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul.

kesempitan

1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~;

kesempitan

1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb).

cetus

bunyi spt bunyi besi digeselkan pd batu dgn cepat. ~ api pemantik api.
mencetus 1 meletus keluar (ttg bunga api). 2 = ~ api membuat api dgn menggunakan cetus api (menggeselkan besi pd batu dsb).
mencetuskan 1 mengeluarkan atau menerbitkan (bunga api dsb); menyalakan. 2 ki menimbulkan atau menerbitkan sesuatu keadaan: Hasrat mereka hendak ~ pemberontakan telah dpt dipatahkan.
tercetus timbul atau terjadi sesuatu keadaan: Persengketaan itu ~ kerana keangkuhan beberapa pihak. cetusan, = ~ api bunga api yg terbit; kilatan api.

gara-gara

1 akibat drpd sesuatu perbuatan, tindakan dsb: ~ meminjam wang, dia dibelasah kerana tidak mampu membayarnya. 2 suasana yg menggemparkan; huru-hara: Perkara ini akan menimbulkan ~ dlm rumah tangga.

jelas

1 terang pd pendengaran atau pd penglihatan; nyata: Suara budak menangis dr rumah itu ~ kedengaran. Penerangan yg diberikan itu tidak berapa ~.
2 selesai atau beres (ttg hutang, pekerjaan dll): Hutangnya di kedai kain itu sudah ~.
menjelaskan 1 menerangkan atau menghuraikan supaya jelas: Dia tidak mahu ~ maksud surat itu.
2 menyelesaikan (hutang, pekerjaan dll); menghabiskan; menyudahkan: Siapa yg akan ~ hutang itu nanti? kejelasan keadaan jelas: ~ makna adalah penting.

kucar-kacir

(keadaan) tidak teratur atau tidak berketentuan, kacau-bilau, kelam-kabut: ketenteraman rumah tangga menjadi ~ kerana perselisihan faham antara suami isteri; pentadbiran negeri itu ~; sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, masyarakat Arab jahiliah berada dlm ~;
mengucar-ngacirkan menjadikan kucar -kacir; kekucar-kaciran keadaan kucar-kacir: hidup dlm ~.

melepaskan

1. membiarkan lepas, membebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), menjadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya;
2. menghilangkan (
letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga;
3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah;
4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela;
5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak -anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya;
6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerah kan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain;
7. menguraikan
(rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal;
8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur;
9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini;
~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd;
~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang;
~ diri melarikan diri, membebaskan diri;
~ hati memuaskan hati;
~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati;
~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll);
~ layang-layang menaikkan layang-layang;
~ malu mengkhatankan;
~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya);
~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul);
~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksud nya, dll);
~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya;
~ pandangan memandang;
~ tembakan (meriam) menembak, memasang;
~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll);
~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing -masing;

memberontak

1. melawan pihak berkuasa atau kerajaan: orang Belanda yg bermazhab Protestan ~ melawan kekuasaan Sepanyol;
2. menunjukkan kemarahan atau penentangan terhadap sesuatu perkara: sikap majikan yg tidak bertimbang rasa itu membuat Hasyim ~; ia memaparkan perasaan peribadinya dgn gaya yg memperlihatkan pergolakan jiwanya yg ingin ~;

puas

1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke rana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia;
2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan;
3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati;

merana

1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidup-nya ~ akibat penyakit itu.

kerenah

(kerénah) ragam, tingkah laku, ke mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai for maliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat di luluskan atau dilaksanakan.

timpa

; bertimpa-timpa bersusun atau bertindih banyak-banyak; berturut-turut berlakunya: ~ suratnya datang. Kesusahan yg datang ~. menimpa 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. menimpakan 1 menjatuhkan supaya menindih atau menghempap sesuatu; menghempapkan. 2 menye babkan seseorang memikul beban, tanggungjawab dll; mengenakan hu kuman dll (kpd): Segala kesalahan itu ditimpakannya kpd temannya. tertimpa ditimpa oleh; tertanggung atau terkena sesuatu yg kurang baik (spt penyakit, hukuman).

geram

1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut;

panas baran

cepat naik darah, lekas marah, sangat pemarah: pemuda itu mempunyai resmi yg panas ~.

panas baran (bara, darah)

cepat marah, sangat pemarah;

pantang

, 1 = ~ larang perbuatan dll yg terlarang dilakukan menurut adat atau kepercayaan; larangan; tabu: Pd suatu masa dahulu, orang-orang Melayu terlalu banyak mengenakan ~ pd ibu-ibu yg sedang mengandung. 2 makanan yg terlarang bagi seseorang yg menghidap sesuatu penyakit; makanan yg sengaja tidak dimakan kerana sesuatu kepercayaan: Kalau menghidap penyakit gatal-gatal, apa ~nya? 3 tidak dibolehkan; terlarang: ~ Melayu surut pulang. 4 jangka masa lebih kurang 44 hari bagi wanita selepas melahirkan anak: dlm ~. memantangkan menjadikan sesuatu sbg pantang.

memeras ugut

meminta wang, barang ke mas, dll dgn mengugut (mengancam) secara paksa: samseng-samseng itu ~ pekedai utk mendapatkan duit;

galak I

1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~;
2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya:
3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu;
4. Kl gembira, ria;
5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;
menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb);
menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;
galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;
penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;
penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar.

entah

1 kata utk menyatakan tidak tahu: ~ siapa yg mengambil mesin taipnya itu. 2 = entahkan boleh jadi; barangkali; mungkin: ~ benar, ~ tidak. entah-entah jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi. berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan). entah-berentah anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan).

entah-entah

jangan-jangan; kalau-kalau: ~, dia sudah tidak ada di situ lagi.

seakan-akan

akan-akan, mirip, serupa, sama, imbas-imbas, seolah-olah, seperti, bagaikan, menyerupai, serasa, sama benar, selaku, imbas-imbas, bak, laksana

mengenangkan

menimbulkan kembali dlm ingatan; mengingat sesuatu: Sedih hati Bidin ~ nasib dirinya yg tidak mempunyai ayah lagi.

perihal

1 hal dan keadaan sesuatu: Saya ke mari hendak melihat temasya dan ~ negeri Melayu di sini. 2 sesuatu yg berlaku; peristiwa; kejadian: Telah dilihat baginda ~ itu, baginda pun terlalu murka. memerihalkan menceritakan atau menjelaskan sesuatu; menerangkan.

masakan

mana boleh, tidak akan lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;

kuak I

berkuak, terkuak terbuka (ke kiri ke kanan); menjadi renggang; terpisah.menguakkan membuka sesuatu dgn menolak ke kiri ke kanan; menghindarkan ke kiri ke kanan (supaya terbuka): Ia ~ daun pintu lebar-lebar. ~ kelambu.
berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar;
2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~;
3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah;

menjinjing

membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit: seorang daripadanya sedang ~ sebuah cerek besar;
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul prb tolong-menolong antara satu sama lain (baik dlm kesenangan mahupun dlm kesusahan);

menghulurkan

1. melepaskan sesuatu (spt tali dll) agar menjadi panjang: maka tali pun dihulurkan ke bawah dan raga pun di kosongkan; 2. mengeluarkan memanjang, menganjurkan, menjulurkan, menyembulkan (kepala dll): ~ lidah utk menjilat; lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan ~ daun-daun ke satu arah yg sesuai utk mendapat sebanyak-banyak cahaya; ia meman jang kan badannya yg di bahagian haluan dan ~ kepalanya; 3. memanjangkan, memperpan jang (masa, perbincangan, dll): jika perlu, waktu perundingan itu boleh dihulurkan sampai beberapa hari lagi; 4. mengun jukkan, memberikan (dgn tangan dianjurkan): ia mengambil segelas air dan ~nya kpd suaminya; ~ pertolongan; 5. Mn menghan tar atau membawa sesuatu utk: ~ makanan ayah ke kebun; 6. menuruti (kehendak, hawa nafsu, dll): jangan dihulurkan sangat kehendak orang itu; ~ tangan a) mengan jurkan tangan (utk bersalaman dll); b) mem berikan bantuan, membantu; c) berbaik-baik kembali;

kelat I

rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat; ~ dehe Kl, Tr terlalu kelat.

kelat IV

lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk): apabila mata mereka telah mula ~, barulah mereka berhenti berbual; matanya ~ berasa lekat (sehabis tidur); pengelat; jarum ~ jarum penyemat.

teguk; meneguk

menelan sesuatu benda cair: ~ air kopi. seteguk sebanyak yg ditelan sekali (ttg air dsb).

rakus

1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup;

muram

1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi;
2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~;
3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia;

mendengus

1. mengeluarkan bunyi spt bunyi hembusan nafas lembu (kerbau dll); 2. menghembuskan nafas dgn kuat (ber bunyi); 3. melahirkan perasaan marah (meng-hina dsb) dgn dengus: apabila kecil menyem bah-nyembah hendak meminta wang, apa bila besar bapak sendiri dianggap sepi, Pak Sudin ~.

mengeluh

melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~;

termenung

duduk diam sambil berfikir atau bertafakur ttg sesuatu; berfikir panjang.

segan I

1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; segan-segan malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk;

resah

tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan;keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~.

simpati

1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, ter utamanya apabila ditimpa kesusahan: ben cana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pen dapat, dsb bagi tujuan tertentu; bersimpati menunjukkan simpati, menaruh simpati: saya sangat ~ dgn nasib malang pelajar dr Bagan Serai itu.

terkeliru

tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis;

bingkas

; membingkas 1 bergerak dgn cepat kerana disebabkan oleh sesuatu; menganjal atau melenting dgn cepat: Jebaknya ~ lalu mengena. 2 bangkit atau berdiri dgn cepat: Apabila dipanggil, ia pun ~ dr kerusinya.

pujukan

kata-kata yg lemah lembut atau baik-baik utk melembutkan hati (memikat hati dll): Segala ~ dan rayunya tidak diendahkan oleh gadis itu.

mengekori

1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya

pamer

(pamér) mempertunjukkan (pakaian, kebolehan, dll); mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjuk kan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air; pameran pertunjukan (hasil seni, buku, dll); pempamer pihak atau orang yg mempamer kan sesuatu produk, barang dsb: pameran ini mencatat sejarah dgn penyertaan lebih enam ribu ~ dr kira-kira dua ratus buah negara.

kecap

; mengecap 1 merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya): ~ gulai. 2 ki menikmati; merasai: ~ nikmat. kecapan sesuatu yg dikecap dgn lidah; hasil mengecap. pengecap orang yg merasai atau yg menikmati sesuatu.

sementara

1 tidak tetap selama-lama nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan.



Amri mengheret dan menongkat basikalnya, dia melangkah ke atas rumahnya. Amri mengeluh sewaktu mengangkat tudung saji yang berlaukkan hidangan yang sama sejak seminggu. Selera Amri tumpul mengenangkan keadaan emak yang kurang sihat dan seringkesempitan wang, cetus dalam hati Amri, gara-gara bapanya yang sering meminta wang daripada ibunya telah menyebabkan hutang mereka kepada Pak Dollah belum dijelaskan lagi. Jika bukan kerana ayahnya, kehidupan keluarganya tidak akan kucar-kacir. Amri tidak berperangai seperti samseng di sekolah, dia geram dan ingin melepaskan kemarahannya yang terbuku dalam hatinya selama ini. Dia tidah tahan untuk memberontak, hatinya puas apabila melihat ada orang yang merana kerana kerenahnya. Selama ini, tiada halangan ditimpanya sewaktu di sekolah, namun halangan Sapura membuatkan hatinya bertambah geram.Dahulu Amri tidak begitu, dia budak baik.Namun sekarang dia bertukar menjadi panas baran. Pantang ada yang silap , memeras ugut murid-murid lain untuk bertindak balas. Dia makin galak membuli, tambahan dia mendapat sokongan daripada kawan- kawannya. entah mengapa, dia seronok berbuat begitu. Penduduk kampung kasihan mengenangkan nasib mereka dan menganggap masalah Amri bukan perihal yang besar, lagipun semasa di rumah Amri begitu menghormati dan taat kepada ibunya, malahan sentiasa membantu emaknya dan berusaha untuk membahagiakan emaknya , sifatnya penyayangsemasa di rumah, masakan dia seorang budak nakal di sekolah. Setika kemudian, kedengaran bunyi pintu hadapan dikuak. Amri bergegas menolong ibunya menjinjing bungkusan ke dapur dan menghulurkan gelas kepada ibunya yang kelihatan penat. Wajah emak yang baru balik dari kedai Pak Dollahkelihatan kelat sambil meneguk gelas air dengan rakus . Emaknya menyandarkan tuburnya pada dinding sambil terkenangkan budi dan hutang yang terlalu kepada Pak Dollah yang tidak pernah menuntut hutang. kemuraman terpancar pada wajah emaknya. Emak mendengus kecil dan mengeluh tentang nasib mereka yang tidak tentu dan mengeluh entah apa yang terjadi pada esok atau lusa. Amri termenung memikirkan Pak Dollah yang bersimpati mereka, dia segan dan hormat kepada Pak Dollah yang berhati mulia, tetapi dia resah juga mungkin satu hari nanti Pak Dollah tidak akan bersimpati nasib mereka lagi. Emaknya terkeliru juga semasa termenungkan kata-kata jiran. Dia bingkas bangun ke dapur selepas mendengar pujukan anaknya. Amri mengekori keluhan emaknya. Kemesraan terpamer dalam diri dua beranak itu tetapi kebahagiaan yang dikecap oleh mereka hanya sementara.

Bab 4: Kekalutan

kalut

tidak tenteram (keadaan dlm negeri dll); tidak aman; kacau; huru-hara: Rumah tangganya ~. ~-malut, = ~-marut kacau-bilau; kelam-kabut; huru-hara. berkalut bercakap yg bukan-bukan; meracau (spt keadaan orang sakit tenat dll): Kerana sakit, maka ia ~. mengalutkan menjadikan kalut; menyebabkan kacau: Tindakan spt itu hanya akan ~ rakyat saja. kekalutan keadaan atau hal kalut; kekacauan.

menjelang

1 pergi atau datang melihat; menghadap (raja dll); mengunjungi; menziarahi: Sejak pulang dr luar negara, dia belum ~ neneknya lagi. 2 sudah dekat waktunya; sudah hampir masanya: ~ subuh, barulah ia pulang. 3 dlm masa atau dlm proses wujudnya sesuatu; sementara menanti: ~ terasasnya sistem Residen dlm tahun 1874, perusahaan timah telah merosot dgn hebatnya.

kelibat

rupa sesuatu yg kelihatan sepintas lalu; bayang: Usahkan orangnya, ~nya pun tak nampak. sekelibat sekali imbas; sepintas; sekelip mata.

menelaah

1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebabkan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3.menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan;

hidang

; menghidangkan 1. = berhidang menyajikan atau menyediakan makanan (minuman dll): air kopi yg dihidangkan oleh isterinya sudah habis diminumnya; apabila kita berhidang utk tamu hari raya tentulah tidak ketinggalan kita menyediakan minum an; 2. ki mengutarakan atau mengemukakan sesuatu perkara (dlm mesyuarat dll): penga rang surat khabar ~ masalah pengangguran dlm tajuk rencananya; 3. ki memperdengar kan, mempertunjukkan dsb kpd orang ramai, mempersembahkan: penyanyi itu telah ~ lima buah lagu dlm pertunjukan itu; hidangan 1. makanan yg disediakan, sajian: maka didapatinya Mak Andeh masih bersiap menyajikan ~; ~ Melayu makanan masakan Melayu; 2. sesuatu (spt lagu, muzik, drama) yg diperdengarkan, diperlihatkan, dsb: ma sing-masing menyandar ke kerusi menden gar ~ lagu-lagu merdu drpd peti radio; sehidangan 1. satu hidangan: anak gadisnya muncul membawa ~ kopi dan kuih-muih; 2. sama hidangan (sewaktu makan): makan sehidang(an); penghidangan perihal menghidangkan, pe nya jian.

bergegas

bergerak dgn cepat; pergi atau datang dgn lekas; berkejar: Setelah menyaksikan kecantikan Puteri Priangan, utusan itu pun ~ balik ke Majapahit.

menyapa

mengajak bercakap-cakap, me negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia;

masam

1 (be)rasa spt rasa cuka, lemon, mempelam muda dsb: Orang yg sedang mengandung kebanyakannya suka memakan buah-buahan yg ~. 2 tidak jernih air mukanya kerana marah dll: Mukanya ~ mendengar jawapanku itu. 3 terdapat asid di dlmnya (bkn tanah): Pokok markisah tidak boleh hidup di tanah yg ~. bermasam; ~ muka tidak bertegur sapa antara satu dgn yg lain (kerana berkelahi dll). memasamkan menjadikan (menyebabkan) masam: Dia ~ mukanya kerana terlalu marah. kemasaman keadaan masam. kemasam-masaman masam sedikit; agak masam.

mengintai

melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll, mengintip, memata-matai: ia ~ dr celah-celah dinding; kapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam;

mengintai-intaikan

mengamat-amati, memerhati, memata-matai: sudah lama kami intaikan, tuan bertambah kaya dgn barang larangan semacam ini;

celah

1. tempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda; ~ dinding tempat yg terbuka di antara dua papan pd dinding (sela-sela dinding); ~ jari ruang di antara jari (sela sela jari); 2. sampuk, perkataan (cakap) yg menyelang atau memenggal (perkataan orang): “Jemputlah minum,” ~ isterinya; 3. masa terluang (antara dua pekerjaan dll): tak ada ~ hendak pergi ke rumahmu; 4. ruang yg terluang: sesungguhnya dunia Islam, di ~ kelemahannya akan menjadi dunia sekular; ~ daun sudut atas di antara daun dan dahan (ranting) tempat tumbuhnya atau di antara dahan dan batang pokok; ~ suara Id lubang dlm halkum yg menerbitkan suara; ditaruh di ~ gigi pun tak cukup ki sangat sedikit (bkn makanan dll); mencelah 1. masuk di celah (orang dll), berada di celah-celah: perempuan itu ~ di antara kedua-dua anaknya yg sedang berkelahi itu; 2. memotong cakap orang, me nyampuk: belum sempat saya menghabiskan perkataan saya, dia pun ~; saya tidak mahu ~ kata-katanya; 3. mulai masak dgn per ubahan warna sedikit-sedikit tetapi belum merata (bkn buah-buahan spt rambutan, langsat dan duku); mencelah-celah masuk melalui celah-celah (orang ramai dsb).

ternganga

1 terbuka luas-luas atau lebar-lebar (bkn mulut, pintu dll): Mulutnya ~. Pintu rumah itu ~. 2 ki hairan dan tercengang (kerana mendengar sesuatu dll): Dia ~ men dengar berita yg memeranjatkan itu.

tengkar I

bantah, cekcok, selisih; ~ dan selisih berbagai-bagai percekcokan (perselisihan);

kerut

kedut pd kulit dahi dll. berkerut tidak licin (bkn kulit dll); berkedut: Dahinya sudah mula ~. mengerut menjadi semakin kecil atau pendek; mengecut (bkn otot dll). mengerutkan menjadikan sesuatu berkerut; mengecutkan atau memendekkan sesuatu.

tergamam

menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;

terkebil-kebil

terkelip-kelip (mata), sekejap celik sekejap pejam (spt mata orang yg kehairanan, terperanjat, dll): anak-anaknya juga tercengang sambil mata mereka ~.

melilau

memandang ke sana ke mari, mengalih-alih pandangan: sesekali mereka ~ tidak tentu arah mencari paip besar utk menyedut air.

melilau

pergi ke merata-rata, merayau: Mamk Cik Ayang ~ mencarinya di sekeliling rumah.

mengeluh

melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~;

sampai hati

tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain.

desak

; berdesak berasak-asak (kerana sempit): Mereka ~ utk membeli tiket wayang. berdesak-desakan berasak-asakan; berebut-rebut (tempat dll): Dlm masa ~ mencari tempat, loket berliannya direnggut orang. mendesak 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. terdesak 1 terhimpit; terasak: Kanak-kanak itu menjerit kesakitan apabila ~ ketika berebut-rebut mencari tempat dlm panggung wayang. 2 tertindas; tertekan; dlm kesusahan: Apabila sudah ~, barulah dia kenal akan saudara, kalau tidak, dia tidak pernah datang ke rumah. 3 terpaksa; tidak boleh tidak; mesti: Walaupun saya tidak bersetuju dgn tugas itu, saya ~ menjalankannya. desakan 1 permintaan atau tuntutan yg keras (seolah-olah memaksa): Dia membeli basikal itu oleh sebab ~ anaknya yg tidak mahu bertolak ansur lagi. 2 tekanan yg kuat: Akhirnya pintu pondok itu roboh kerana ~ orang ramai dr luar. 3 dorongan (yg kuat): Dia belajar sungguh-sungguh kerana ~ ingin berjaya dlm hidupnya. pendesakan perbuatan atau hal mendesak. pendesak orang yg mendesak.

mengherdik

mengeluarkan kata-kata yg keras dan kasar, menengking, menghamun: anak itu menyembunyikan diri kerana takut diherdik ayahnya;

lesu

1. lemah (kerana tidak puas tidur, kurang makan, dsb), tidak cergas, letih: aku melihat rakyat tani dgn kaki ayam berjalan ~ menuju pondoknya yg buruk; letih ~ letih sekali; 2. ki merosot (perniagaan dll), sepi (perniagaan): sejak akhir-akhir ini, perniagaannya semakin ~; melesukan menyebabkan (badan dsb) men jadi lesu, melemahkan; kelesuan 1. perihal (keadaan) lesu, keletihan; 2. berasa lesu atau lemah, keletihan: Zaini yg ~ tidur dgn lenanya.

terhinggut-hinggut

bergoyang-goyang, (ber ge rak) berayun-ayun, bergoncang-goncang: kereta itu ~ ketika melalui jalan yg lekuk-lekak.

sendu

sl 1. sedih dan pilu: dgn hati yg ~, kutulis surat kepadanya; 2. sedu: Lajos mengeluh dlm ~ yg menyayat; bersendu bersedih hati: ~ diri; kesenduan perihal sedih dan pilu: kpd siapa-kah lagi hendak dicurahkan kerinduan dan ~ hatinya?

menyerahkan

1. memberikan (melepaskan, menyampaikan, dsb) sesuatu kpd: ayahnya telah ~ wang yg diminta itu; tempat ini dan orangnya sudah diserahkan oleh Raja Kelantan kpd sahaya; ~ kehormatan mem-biarkan diri dinodai (dicabuli); 2. mem-percayakan (kpd), mengamanahkan sesuatu (kpd): mana pekerjaan yg diserahkannya kerjakan olehmu; 3. = ~ diri menyerah diri: ia ~ dirinya kpd aku; 4. = ~ diri meng-gantungkan (mempertaruhkan) nasib dll kpd, bertawakal kpd: hendaklah engkau sangat-sangat ~ dirinya ke hadrat Allah Taala;

biarpun

meskipun; walaupun.

keciciran

1. keadaan atau hal tercicir: masalah ~ dlm pelajaran. 2. kehilangan sesuatu kerana tercicir.

cicir

tumpah atau jatuh sedikit-sedikit (bkn barang yg berbiji-biji atau kecil-kecil);
tercicir 1. tertumpah berciciran; 2. jatuh (hilang) di tengah jalan (wang dll yg dibawa); 3. tertinggal (di belakang) drpd kumpulan atau drpd teman-temannya; 4. ki ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), ditinggalkan oleh orang (negara dll) yg terus mencapai kemajuan atau kejayaan; keciciran ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), tercicir.

menyelongkar

mencari (meme riksa dll) dgn membongkar-bongkar, mem bongkar-bongkar atau mengaduk-aduk utk mencari (memeriksa dll) sesuatu: polis Thai baru-baru ini telah ~ satu pangkalan komunis;

gerobok

1 almari utk menyimpan makanan. 2 peti utk menyimpan pakaian.

bersepah-sepah

1. = tersepah berserak-serak (dgn tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat: rambut dan habuk ~ di lantai; 2. = menyepah bp banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat): bukankah banyak buah belolok dlm kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;

bersepah

1 bertabur di merata-rata tempat; berselerak: Bangkai binatang ~ dan berbau busuk. 2 dpt diperoleh di merata-rata tempat kerana banyak; banyak sekali: Sekarang ini buah durian ~ di mana-mana.

arwah

Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg diguna kan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengada kan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia.

merentap

menarik dgn paksa atau ke kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

merentap-rentap

menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat;

Malam menjelang,namun kelibat ayahnya masih belum kelihatan.Amri menelaah pelajarannya di dalam bilik manakala ibunya menunggu ayahnya untuk dihidangkan makan malam. Apabila kedengaran pintu diketuk, ibunya bergegas membuka pintu dan menyapa ayah, namun ayahnya mendengus dengan wajah yang masam mencuka. Amri bingkas bangun lalu mengintai dari celah pintu yang ternganga sedikit, apabila pertengkaran berlaku. Ayahnya meminta duit daripada emak Amri. Dahi emak berkerut dan tergamam memandang ayahnya dengan mata yang terkebil-kebil. Amri mengeluh memikirkan ayahnya yang sampai hati mengendahkan perbelanjaannya. Suasana di dalam rumah semakin kalut selepas ayah tidak berhenti mendeksadan mengherdik ibu. Emak tertunduk lesu , bahunya terhinggut-hinggut menahan sendu. Amri berasa kasihan melihat ibunya diherdik dan sampai hati diperlakukan ayah. Emaknya berat hati menyerahkan wang simpanan biarpun jumlahnya tidak banyak lagi. Wang simpanan ini untuk Amri, dia tidak sampai hati Amri berpoket dan berperut kosong ke sekolah tanpa bekalan wang saku. Emak tidak mahu Amri keciciran dalam pelajaran, Mata ayah melilau dan beredar masuk ke dalam bilik untuk menyelongkar gerobok baju. Habis bersepah pakaian dilipat ibu. Emak tersedu-sedu apabila ayah terus mendesak ibu dengan nada yang tinggi. Tubuh ibu sedikit menggigil dan hatinya sebak meminta ihsan daripada ayah yang menanya-tanya di mana wang itu sorokkan. Emak Amri mencuba untuk mencapai wang dalam genggaman ayah tetapi tangan emak pantas ditepis ayah. Ayah terus menyelongkar barangan sehingga tunggang-langgang dan ayah tercungap-cungap.

Apabila ternampak gelang emas pusaka nenek yang dipakai emak Amri, ayah Amri merentap gelang emas itu. Emak Amri hendak mengambilnya kembali, ayah menjadi bentak dan wajahnya menyinga. Emak merayu dan memohon simpati tetapi ayah langsung tidak menghiraukan rayuannya. Mata ayah membuntang dan membelek-belek gelang itu berkali-kali dengan rakus. Emak tidak berdaya lagi, itulah peninggalan arwah nenek. Pusaka nenek sudah habis digadai ayah. Apabila ayah bergegas menuju pintu, emak mengejar dari belakang,namun dia tersungkur, hampir tersembam apabila kakinya tersadung di bendul. Ayah menoleh sekilas tetapi tiada belas kasihan kepada ibu. Amri geram lalu mendepangkan tangannya terus menghalang ayahnya daripada keluar. Amri menghalang ayahnya. Amri memeluk ibunya sambil melepaskan keluhan, dia malu berayahkan orang sepertinya. Emak Amri menegurnya agar bersabar dengan gara-gara ayahnya. Kepanasan hati Amri diredakan. Amri tidak menyangga emak begitu tabah dan setia, hati ibunya memang mulia, cetus hatinya( teknik plot:monolog dalaman) Dia memapah emaknya duduk sambil akur akan kata-katanya dan meminta maaf kerana tidak dapat melindung emaknya. Dia berjanji akan rela mati demi mempertahankan(membela ) emaknya. Emak mendoakan moga-moga ayah akan sedar daripada kesilapan.

Bab 5: Rintihan Hati

hati kecil

perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya);

hati kecil

pe rasaan yg terkandung dlm batin (hati).

keruh I

1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~;

2. tidak menyenang kan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn ke adaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn pe rasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata -kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik;

terkilan

1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.

Amri ke sekolah dengan kesan lebam pada pipi. Tiada orang berani menanyanyamelainkan guru-guru dan rakan rapatnya. Amri mengatakan bahawa dia lebam disebabkan tergelincir. Amri tidak mahu bercerita tentang penderitaan jiwanya dan kisah keluarganya kepada sesiapa pun kerana tidak ingin membuka pekung di dada. (peribahasa) Dia mengetahui jiran bersebelahan dengannya menghidukeadaan yang berlaku. Bentak Amri dalam hati kecilnya, jangan keruhkankeadaan yang sememangnya sudah keruh. Dia berasa andainya murid-murid mengetahui kisahnya dia dibelasah oleh ayahnya mereka akanmentertawakannya. Sewaktu loceng berbunyi, siang-siang lagi Amri menyusupdari celahan murid-murid yang leka membuat kerja. Amri mengasingkan diri, dia takut Sapura akan terserempaknya. Dia memencilkan diri di hujung padang sekolah lalu merintih sendirian kerana dia berasa tidak adil kerana ramai muridbergelak ketawa di rumah. ***Dia memberi alasan bahawa dia ingin menjalankan urusan sulit yang dihadiri oleh orang yang terbabit sahaja. Dia berasa lega kerana tidak terserempak dengan kawannya, tetapi semasa melintasi tandas perempuan, dia terserempak dengan Sapura. Dia sengaja tidak berpaling memandang Sapura kerana bimbang kelibatnya dicam oleh Sapura. Dia tidak mempedulikan dengan sapaan Sapura.***(bahagian ini salah, sepatutnya disisip di depan, iaitu selepas …leka membuat kerja.)

Di hujung padang, Amri mengenangkan kejadian semalam, dia mengamuk dan ingin memukul orang . Dia mahu peritnya dan sengsara ibunya dirasakan oleh orang lain. Amri bermonolog ,dia tidak tahu kepada siapakah dia dapat menceritakan kisah sedihnya. Amri bagaikan menjerit namun jeritan itu hanya kedengaran dari dalam hatinya. (gaya bahasa:simile) Lantaran jeritan hati Amri, matanya mula berkaca. Titisan air jernih mengalir dari kelopak matanya. Hal ini menyebabkan Amri tertekan dan tidak berupaya untuk membebaskan perasaannya daripada belenggu hatinya bagaikan sengsara yang terantai padatangkai jiwanya. (simile) Amri cuba meronta-ronta dalam gelap jiwanya(metafora) yang terikat oleh derita, makin merah hatinya. Dia harus bertindak sebelum panas membakar dirinya( hiperbola).

Amri cemburu melihat kegembiraan orang lain, sedangkan dia menanggung masalah keluarga. Dia mulai mencari mangsa untuk meredakan resah hatinya dengan menyakiti orang lain. Barulah dia akan berasa puas hati. Dalam senduyang masih berbaki, Amri teringatkan Sapura sebagai sasaran derita ditanggungnya. Amri mencari jalan untuk_mengenakan Sapura yang bakalmenerima _padahnya. . Amri sedar bahawa dia tidak patut memukul atau mencederakan Sapura. Namun apabila ternampak basikal, Amri mendapat akal untuk mengenakan Sapura. Dia masih waras , dia tidak akan keterlajuran yang nanti membawa padah kepada dirinya, dia semata-mata ingin melepaskan geram. Bergema suara dalam hati Amri ingin Sapura berasa sakit hati.

Waktu rehat tamat, dia bingkas bangun dan menyusup dari tepi bangunan. Amrimenjenguk di beranda tangga yang menghadap ke arah pintu sekolah. Diamerangka satu perancangan apabila melihat petak-petak basikal yang disediakan. Dia tersenyum mengenangkan reaksi Sapura yang bakal menjadi mangsanya.

.

Bab 6: Mengenakan Sapura

Sapura menggalas begnya ke arah tempat meletak basikal. Amri menunggu Sapura di tempat meletak basikal ketika waktu persekolahan sudah tamat pada hari itu. Sapura hairan melihat gelagat Amri yang tercegat di situ, dia mengesyaki bahawa Amri cuba melakukan sesuatu terhadap basikalnya dan mengenakannya. Sapura getus dalam hati “Budak ini dah miring agaknya ”Sapura sengaja berjalan perlahan-lahan menuju basikalnya namun Amri tidak mahu berganjak. Dari jauh, Amri melambai-lambai ke arahnya dengan senyuman manis. Namun, Amri meminta maaf kepada Sapura kerana bersikap sombong pada waktu rehat tadi dan menerangkan dia tidak ada niat untuk mengenakan Sapura, dia harapkan Sapura jangan berprasangka terhadapnya.

Apabila Sapura memaafkannya, Sapura menyorong basikalnya manakala Amri menunggang basikal beriringan dengan Sapura. Dia mengatakan bahawa dia telah berubah sikap dan tidak seperti dulu lagi. Dia berseloroh mengatakan dia tidak mahu menjadi" jaga" di sekolah. Sapura berasa pelik dengan perubahan kerenah Amri, namun dia terus menunggang beriringan dengan Amri. Fikiran Sapura cuba memberi amaran agar tidak mempercayai Amri, namun hatinya bergolak untuk memberi Amri peluang menebus kesilapannya. Hati dan fikirannya berperang( teknik:konflik dalaman ) , dia bertambah keliru. Semasa tersedar daripada khayalan, basikalnya hampir berlaga dengan basikal Amri. Sapura teriak menanya mengapa tiba-tiba Amri perubahan sikapnya.

Ketika melalui jalan sempit di sebelah sawah bendang, Amri berada di hadapan Sapura. Amri membrek basikalnya secara tiba-tiba. Hal ini menyebabkan Sapura terjatuh ke dalam sawah kerana hendak _mengelak daripada melanggar basikal Amri. Bedebus! Sapura bergolek ke dalam bendang yang _berlumpur. Habis pakaian seragam sekolahnya bermandikan lumpur. Amri mentertawakan dan bergelak melihat Sapura. Sapura mengesat lumpur pada mukanya. Sapura berang dengan telatah Amri. Sapura terpinga-pinga melihat Amri beredar meninggalkan Sapura. Dia memarahi diri sendiri kerana membiarkan diri terpedava dengan helah Amri. Rupa-rupanya _ada udang di sebalik batu(peribahasa), mempunyai maksud yang tersirat oleh Amri. Dalam kewaspadaannya, dia terkena juga. Sapura terkial-kial mengangkat basikalnya yang terbenam di dalam lumpur.Mujurnya beg sekolahnya kalis air. Ikrar hatinya, ada ubi, ada batas, Sapura membebel ingin membalas perbuatan Amri itu juga.Sepanjang merentas kampung, celopar mulut mentertawakannya, kelakarnya mereka nampak budak terjatuh ke dalam sawah.

Bab 7 Bersimpati

Amri bersiul kecil menyusuri lorong yang bersemak. Apabila sampai di rumah, Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak. Emaknya menangis dan dahi emaknya berdarah.Emak terkejut melihat Amri sudah pulang, dia mengelap air matanya dan mengukir senyuman.(paradoks). Amri membelek-belek luka emaknya. Menurut emak Amri, ada kucing masuk di dalam rumah dan menyelongkar kain jemuran, dia terhantuk dan _tersembam ketika mengejar kucing. Amri mengetahui ini perbuatan bapanya, _masakan kucing boleh menyelongkar sehingga emaknya tersembam meja kopi di ruang tamu. Amri begitu geram memikirkan bapanya yang tidak berhati perut. Akhirnya amaknya mengaku bapanya ingin mengambil satu-satunya barang kemas pusaka nenek yang tinggal. Rantai ini untuk kegunaan masa _kecemasan. Kemarahan hati Amri_memuncak, dia _meleleh air matanya memikir akan perbuatan ayah terhadap emaknya. Emak Amri tetap memintanya bersabar dan ingatkan Amri jangan bertindak meluru_, dia tetap ayahnya. Emaknya memujuk sambil __mengusap-usap kepala Amri.

Segala hal yang berlaku di rumah Amri ketika itu rupa-rupanya telah diketahui oleh Sapura secara kebetulan. Dia terkejut mengetahui perjalanan hidup Amri yang begitu _perit_. Sapura datang ke rumah Amri dengan niat untuk mengadukan kenakalan Amri kepada ibu bapa Amri.Sapura tertunduk membisu__. Dia tidak menyangka Amri __tersepit_ antara kasih seorang ibu dengan kekejaman seorang bapa. Sapura terasa _sabak_, dia menginsafi _dirinya__ Amri berkelakuan samseng di sekolah kerana mengalami satu tekanan _emosi_ , dia ingin membantu Amri mendapat kembali keyakinan diri. Sapura berfikiran _logik, dia _seolah-olah_ dapat menyelami hati Amri. Daripada _pengamatannya_, dia tahu bahawa Amri budak baik, jika tidak _masakan_ Amri segera meminta maaf kepada amaknya hanya kerana _nada suaranya yang sedikit tinggi. Air matanya ingin _meluncur_ keluar, sebelum meninggal, dia menjeling__ke arah rumah itudan berdoa moga-moga mereka mendapat _pembelaan sewajarnya.

Sepanjang perjalanan pulang, Fikiran Sapura _melayang__memikirkan Amri dan emaknya. Dia berfikir, mengapa mereka beranak harus _menempuhi_ hidup yang kejam. Tuhan sengaja menguji _kesabaran___mereka sejauh mana keimanan mereka terhadap pencipta-Nya. Dia dapat memahami _hikmah_ di sebalik setiap kejadian. Selama ini, dia tersilap __mentafsir_ diri Amri.Sapura _mengimbas_ kembali saat-saat dia mula terpandang Amri, dia sering _tersenyum_ dan __peramah_.

Hatinya mulai _dihujani_ rasa simpati terhadap mereka dan ingin membantu, namun Sapura bimbang niatnya itu disalahertikan dan _serba salah. Dia takut nanti ada orang yang akan menuduhnya menjaga tepi kain orang lain(bahasa kiasan:mengambil tahu hal orang lain;).

Bab 8: Mendapatkan Ubat

menerpa1. menyerbu dan menerkam (me-nye rang dll): ia ~ memeluk pinggang Cik Salmah dr belakang; 2. meluru masuk, berkejar: dia ~ masuk hendak merampas kertas yg berada di tangan Rosnah;
selisih1. beza, perbezaan, kelainan: tidak jauh ~ umurnya dgn umur kakaknya;
2. tidak sama (pendapat, fikiran, dll), berbeza atau berlainan (pendapat dll); ~ basah simpang-siur (perahu dll); ~ faham (pendapat) berlainan faham (pendapat);
berselisih 1. tidak sama (jumlah dll), berbeza: isi padu kedua-dua benda itu ~ 20 cm padu;
2. berlainan pendapat (fikiran dll), berbantah, bermusuh, tidak sesuai (antara satu dgn yg lain): siapa menyangka kedua-duanya akan ~ faham; mendamaikan orang-orang yg ~; ~ semat Mn salah faham;
3. bertemu di jalan dll (tetapi berlainan hala), berpapasan: sekali-sekala kereta kami ~ dgn kereta kenalan;
lali I1. tidak berasa apa-apa (pd kulit dll), hilang perasaan: selepas diberi ubat dia pun ~; buku ~ mata kaki;
2. sudah biasa benar dgn sesuatu hal (hingga tidak terasa lagi akan kesusahan, kepayahan, dll): suara jerit pekik itu telah ~ pd telinganya;

Amri meminta izin kepada ibunya untuk pergi membeli ubat di pekan. Pada mulanya emak Amri keberatan untuk membenarkan Amri pergi memandangkan mereka tidak mempunyai wang. Namun, Amri memberitahu bahawa dia mempunyai wang simpanan. Emak Amri mengingatkannya bahawa dia hanya reda jika Amri menggunakan wang sendiri. Sebaliknya, jika wang itu bukan miliknya, Amri perlu memulangkannya kepada pemiliknya. Duit daripada sumber yang tidak _berkat itu tidak _halal_. Sebenarnya, wang yang ada pada Amri ialah wang simpanannya dan bercampur _aduk_dengan wang hasil _simpanan dan wang _peras ugut_ yang dibayar oleh murid-murid lain kepadanya. Walaupun Amri mula berasa serba-salah untuk menggunakan wang tersebut, namun, Amri tiada pilihan. Dia terpaksa menggunakan kesemua wang tersebut untuk membeli ubat kerana bimbang akan kesihatan ibunya.Emaknya bimbang akan wang itu bukan simpanan Amri _sedangkan_ wang diterimanya setiap hari tidak sampai 50sen. Amri _seakan-akan_ memahami dan mengakuri_apa yang __tersirat dalam hati emaknya. Walaupun selama _sebulan Amri mengutip wang perlindungan_, namun dia tidak pernah menggunakan wang tersebut. Amri tidak _berniat untuk memeras ugut , namun ada salah seorang daripada murid yang memberi wang kepadanya secara suka hati. Pemberian itu menjadikannya _seolah-olah kelihatan lebih __berkuasa dan dihormati. Cetus dalam hati dan akur kepada kata-kata ibunya. Amri masih _berbelah bahagi_, dia keliru sama ada hendak memulangkan wang tersebut. Apabila Amri menukar baju, dia terdengar bunyi kaca yang berkecai di dapur, soalan Amri _menerpa emaknya yang jatuh ke lantai. Rupa-rupanya emaknya pening, Amri _memapah emaknya bangun serta __menduduki_ diri di atas kerusi. Amri segera meminta _izin_ ke __pekan_ untuk membelikan emaknya ubat _demam__ dan ubat _luka.

Amri _berbekalkan_ wang yang ada menuju ke pekan. Cuaca panas _terik_ tidak menjadi penghalang buat Amri kerana dia sudah lali berpanas begitu.Sepanjang perjalanan sejauh sepuluh kilometer ke pekan, fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa lepas yang telah dilakukannya.Semuanya berlegar-legar__ di __benaknya. Ingatan-ingatan begitu galak _terpapar_ dalam __mindanya telah membuatkan hatinya _membakar dan __terkilan_. Perasaan Amri__bercampur-baur_. Dia geram dan marah apabila teringatkan perbuatan ayahnya. Sebaliknya, Amri gembira dan berpuas hati kerana berjaya mengenakan Sapura. _Khayalan itu hampir __meragut nyawanya kerana _tersasar_ ke jalan besar. Mujurlah tiada kenderaan yang __berselisih_ dengannya, Amri _mengurut-urut_ dadanya, dia berasa__lega_ dan tidak ingin kegopohannya membawa _kecelakaan_.

Bab 9: Cedera Disamun

Pakaiannya tidak ~.
terurussudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik;
senak1. berasa sesak dlm perut (kerana terlalu kenyang, kerana ditumbuk dll): dia mempercepat langkahnya sehingga terasa ~ pula perutnya; 2. berasa sesak dada (kerana susah bernafas dll); 3. ki berasa sesak (hati, fikiran, perasaan, dll); 4. tergenang dan menjadi penuh (air);
lekang1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti -henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal);
melakukan gerakan yg mengelirukan lawan atau binatang buruan; berpura-pura melakukan sesuatu tetapi melakukan yg lain pula.
mengacahmelakukan gerak utk mengeliru kan atau menyesatkan lawan;
mengacah-acahmengacah berulang kali: lembaga itu semakin hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak;
patah hatia) tawar hati, hilang keberanian (kemahuan); b) = ~ lesu putus harapan, kecewa (dlm percintaan dll);
susuk tubuhbentuk atau sikap tubuh; bangun tubuh.

Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk emaknya di sebuah farmasi. Amri _tersengih apabila pembantu farmasi mentertawakannya. Pembantu farmasi _mengesyorkan_ Amri memilih ubat yang _dijamin kualitinya. Setelah membayar harga ubat tersebut, dia __beredar dari _premis_ itu untuk pulang. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Amri telah __ditahan_ oleh seorang pemuda di sebatang lorong.

Pemuda tersebut kurus, rambut tidak _terurus_ meminta bantuan daripada Amri. Dia memberitahu bahawa ada orang pengsan di belakang lorong tersebut. Dia meminta Amri membantunya untuk membawa orang yang pengsan itu ke klinik. Amri ingin membantu. Namun, apabila sampai di lorong, Amri tidak nampak orang yang pengsan sebaliknya ada seorang pemuda lain yang sedang tersenyum kepada pemuda tadi. Amri mula berasa curiga_ dan mengagak dia sedang __diperangkap__ oleh pemuda tadi. Pemuda _mencekak baju Amri dan menyamunnya,manakala pemuda lain __mengacukan_ pisau ke leher Amri, Amri mula_menggeletar, dia ditumbuk, disepak dan _dibelasah hingga hampir _pitam_. Amri __meraung_ kesakitan, perutnya terasa begitu __senak.. Kedua-dua pemuda itu tidak lekang _memaki_ Amri dan tidak __menghiraukan_ rayuan Amri. Akhirnya Amri _terkulai_ ke jalan tar kerana tidak terdaya untuk menahan lagi. Mata Amri _terkelip-kelip__ melihat salah seorang pemuda menyeluk saku seluarnya, lelaki itu _mengacah_ hendak menumbuk muka Amri apabila mendapati sia-sia saja __menyamun Amri. Apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta, penyamun itu turut __mencurahkan ubat yang dibeli Amri tadi ke tubuhnya.___Patah hatinya(peribahasa) mengenangkan susah payah dia __mengayuh____ basikal untuk mendapatkan ubat dan mengenangkan nasib emaknya. ___Berpinar__ matanya apabila satu tumbukan _hinggap ke mukanya lagi. Tiba-tiba satu __jeritan_ kuat _bergema__ dan menyebabkan kedua-dua pemuda itu lari_bertempiaran_. Amri menarik nafas _lega_Seseorang datang untuk membantu Amri. Amri melihat ada __sesusuk_ tubuh menghampirinya tetapi __kelibat_ itu tidak jelas. Dia cuba _memejam celik matanya kerana __seakan-akan cam suara itu. Amri terkejut apabila mendapati bahawa orang itu ialah Sapura.

Bab 10: Keinsafan

undung; merundung 1. mengacau, meng ganggu, menyusahkan: ia ~ suaminya dgn meminta dibelikan itu dan ini; 2. menimpa (bkn kemalangan, kesusahan, dll): selalu dirundung malang.

Sapura berkata kepada Amri bahawa dia __menyusuli__nya ke pekan. Dia menyangka Sapura ingin membalas dendam, Sapura _berseloroh dengan Amri untuk __menenangkan perasaan Amri. Amri tidak dapat menahan _sebak_ dalam hatinya lalu menangis apabila mendapati ubat yang dibelinya tadi sudah habis kerana dituang keluar oleh dua penyamun. Sapura memujuk Amri jangan menangis sedangkan dia budak lelaki, Amri tertunduk _tersipu-sipu_.

Hati Amri _dirundung_ resah apabila mendengar emaknya selamat dan bapa Sapura telah membawanya ke hospital. Emak Amri mengalami demam biasa. Amri tidak _menyangka_ Sapura begitu baik hati dan menolongnya yang dalam kesusahan. Amri _tersengih_ melihat _gelagat_ Sapura yang merajuk. Amri __mengaku_ dan _menyesal_segala perbuatannya selama ini. Amri menyatakan kekesalannya kerana menganiayai Sapura sebelum ini. Dia meminta maaf kepada Sapura. Pengalamannya ketika diperas ugut oleh penyamun tadi menyedarkannya tentang perasaan murid-murid yang dibuli dan diperas ugutnya selama ini. Amri _berikrar__untuk membuang segala tabiat buruknya. Selepas itu. ayah Sapura muncul dan membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu dengan ibunya.Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka.

Sejak kejadian itu, Amri dan Sapura berkawan baik. Amri berubah menjadi baik. Dia tidak lagi membuli murid-murid yang lain. Sebaliknya, dia menjadi __pelindung_kepada murid-murid yãñg dibulinya dulu.Ayah Amri pula tidak lagi pulang ke rumah. Dia dipenjarakan kerana terlibat dalam ___perjudian haram__dan dadah. Ayah Amri insaf dan memohon maaf kepada Amri dan emaknya dan meminta mereka memberi peluang kepadanya untuk __menebus_ segala kesilapan. Emaknya tetap___tabah_, setia, walaupun hudup _terseksa, dia sudi __memaafkan_ suaminya. Amri memaafkan ayahnya dan tidak __berdendam_ lagi kepada ayahnya. Segala yang berlaku diterimanya dengan _reda_. Keluarga Sapura dan Amri semakin __akrab_ dan sering _kunjung-mengunjungi_. Berakhirlah derita yang __bersarang__ dalam hatinya. Amri sudah berjaya mengawal emosinya. Dia berazam untuk menjadi insan yang berguna dan tidak akan mensia-siakan masa depannya. Segala yang berlaku mempunyai __hikmah_ yang tidak diketahui.





1 Tema dan persoalan merupakan unsur yang penting dalam sesebuah cerita.Nyatakan tema dan jelaskan tga persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Tema novel ini ialah __kesengsaraan__ dalam keluarga yang menyebabkan anak _memberontak_dan berubah_sikapnya_. Sebagai buktinya, Amri ialah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarganya. Malangnya, sikap ayahnya yang berubah menjadi kejam dan tidak bertanggungjawab terhadap keluarga menyebabkan Amri yang berubah sikap. Ayahnya yang terlibat dalam _____________dan ________sering ___________wang dan ____________daripada ibu Amri. Amri yang melihat ____________ayah terhadap ibunya merasa marah. Untuk melepaskan ___________dan ___________nya, Amri ______________pelajar yang lemah dan meminta_____________.

Persoalan novel adalah seperti _____________ ibu terhadap anaknya.Contohnya, Emak Amri sangat sayang dan _____________ terhadap Amri. Segala keperluan Amri, ____________ dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan lemah. Selain itu, ______________ anak terhadap kedua-dua orang tuanya. Contohnya, Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap ibunya. Dia sanggup ___________basikal sejauh sepuluh kilometer __________untuk membeli ubat buat ibunya di pekan. Lebih-lebih lagi, _____________dalam melaksanakan____________ sekolah. Contohnya,Sapura dilambangkan sebagai pengawas yang ___________dan ________dalam __________tugasnya. Dia tidak takut akan ________dan ancaman. Dia berani melaporkan kegiatan Amri yang ______________Saleh kepada guru disiplin. Seterusnya, __________dan ___________ terhadap _______ yang memerlukan bantuan. Contohnya Sapura dan ayahnya bersimpati akan nasib yang __________Amri dan ibunya. Mereka sekeluarga menghantar ibu Amri yang cedera di ______dan Amri yang cedera dipukul ___________ke hospital. Di samping, __________________ atas kesilapan lampau. Contohnya, Amri sedar dan insaf atas kesalahannya terhadap Sapura. Sapura memaafkan kesalahan Amri. Begitu juga dengan bapa Amri yang sudah dihukum dan insaf atas kesilapannya. Amri dan emaknya sudah memaafkannya dan akan menunggu kepulangannya. Akhirnya, ____________ bapa terhadap ___________ keluarga. Contohnya, sebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab menyediakan segala keperluan buat keluarganya. Namun, kegagalan melaksanakannya akan menyebabkan keluarganya____________. Dalam novel ini, bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam hingga sanggup memukul ibunya. Keadaan itu menyebabkan Amri berubah sikap dan menjadi nakal di sekolah.

2 Watak sampingan penting juga dalam mengembangkan cerita.

(a) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan watak-watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

(b) Huraikan tiga perwatakan salah satu watak sampingan yang telah anda nyatakan itu.

(a)Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Watak-watak sampingannya terdiri daripada _______________________

(bi) Watak yang saya pilih ialah Sapura. Perwatakannya adalah seperti ___________. Contohnya, (i) tegas — contohnya, Sapura tegas dalammeiaksanakanundang-undang sekolah. Dia tidak berkompromi dengan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin di sekolsh. Dia mengarahkan murid yang melakukan kesalahan untuk menghadap guru disiplin. Selain itu, dia(ii) berani — contohnya, Sapura berani dan tidak takut akan sebarang ugutan dan ancaman, walaupun ancaman itu datangnya daripada Amri, ketua pembuli di sekolah. Dalam pada itu,(iii) baik hati —contohnya, Sapura tidak mendendami Amri walaupunAmri telah mengenakannya hingga dia terjatuh ke dalam bendang yang berlumpur. Akhirnya, dia (iv) ____________. Contohnya dia sudi memaafkan Amri hingga mereka menjadi sahabat yang baik.

(bii) Watak yang saya pilih ialah Emak Amri, Perwatakannya adalah seperti sifat kasih sayang. Contohnya dia selalu terkenangkan perasaan Amri dan sanggup membela anaknya dengan merampas balik wang daripada suaminya agar membekalkan wang saku Amri di sekolah. Selain itu, dia __________ dan ________. Contohnya, sungguhpun tertekan oleh sikap suami yang kejam, dia masih setia kepada suaminya dan berdikari untuk membela keluarganya. Seterusnya, ___________ dan __________. Contohnya emak Amri tetap menunggu kepulangan ayah Amri untuk dihidangkan makan malam sungguhpun malam sudah larut. Emak Amri tidak memburukkan bapa Amri kerana tidak mahu anaknya hilang hormat terhadap bapanya. Di samping, ____________. Contohnya emak Amri bersedia memaafkan bapa Amri dan menerima lelaki itu dalam hidupnya semula.

(biii) Watak yang saya pilih ialah Bapa Amri. Perwatakannya adalah seperti berikut:

1. Bapa Amri terlibat dengan perjudian dan dadah.

2. Bapa Amri tidak bertanggungjawab dan kejam.

3. Bapa Amri sering meminta wang daripada isterinya.

4. Bapa Amri sanggup mencederakan isterinya.

5. Bapa Amri sedar dan insaf setelah menerima hukuman daripada pihak berkuasa. Dia dipenjarakan selama beberapa tahun.

(biii) Cikgu Salman

1. Cikgu Salman ialah guru disiplin di sekolah Amri.

2. Cikgu Salman tegas dalam melaksanakan disiplin sekolah.

3. Cikgu Salman tidak berkompromi dengan murid yang melanggar disiplin sekolah. Beliau mengenakan hukuman rotan terhadap Amri yang disyaki memeras ugut pelajar.

3. Setiap watak utama mempunyai nilai murni yang boleh dicontohi.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, berikan tiga nilai murni watak utama berserta contoh.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Nilai murni Amri ialah penyayang, contohnya Amri anak tunggal dalam keluarganya. Amri amat menyayangi ibunya hingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometer ___________untuk membeli ubat ibunya. Selain itu, nilai murni Amri ialah anak yang baik, taat, dan bertanggungjawab terhadap ibunya. Amri sangat kasihan dan selalu ingin ______________ibunya.Akhirnya Amri berani meminta maaf, Amri berubah menjadi insan yang degil, keras kepala, suka___________, dan _____________ apabila berada di sekolah. Amri ________________perasaan marah dan geramnya terhadap bapanya yang tidak bertanggungjawab.Amri ditakuti oleh murid-murid yang lain oleh sebab kenakalannya. Amri ______________murid yang lemah agar membayar wang perlindungan kepadanya. Jika enggan, pelajar terbabit akan___________.Amri sering dihukum oleh guru disiplin. Namun, dia tidak __________dan bersikap ____________ .Amri akhirnya sedar dan insaf apabila melalui kejadian ngeri dalam hidupnya. Dia ____________dan ____________dua orang lelaki. Pada ketika itulah Amri dapat menggambarkan perasaan orang yang pernah dibulinya selama ini. Dia meminta maaf kepada Sapura yang pernah dianiayainya.

4. Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa yang terdapat dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar tempat berserta contoh peristiwa bagi setiap latar yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Latar tempatnya adalah seperti di Kelas Amri, contohnya tempat Amri berbual-bual dengan ________ mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Amri oleh___________. Amri dengan bangga mengatakan bahawa dia tidak langsung berasa sakit apabila dirotan oleh guru disiplin itu. Hal ini demikian kerana dia sudah ____________ punggungnya dengan buku yang nipis. Selain itu, di Bilik___________— tempat Amri disoal oleh Cikgu Salman tentang dakwaan bahawa dia memeras ugut__________. Di situ jugalah Amri telah dikenakan hukuman rotan. Tambahan lagi, Rumah Amri — tempat bapa Amri meminta wang daripada emak Amri pada suatu malam. Apabila tidak diberi wang, bapa Amri ___________ _____________pakaian hingga menemukan wang. Bapa Amri ___________pula __________________yang dipakai emak Amri apabila mendapati wang itu terlalu sedikit. Apabila Amri menghalang bapanya dari keluar rumah dan memulangkan gelang pusaka emak. Amri ____________oleh bapanya. Di samping, Lorong di sebelah ____________— tempat Amri sengaja _____________basikalnya secara mengejut hingga menyebabkan Sapura yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu ____________ke dalam____________. Itulah rancangan Amri untuk mengenakan Sapura. Seterusnya, Farmasi di pekan — tempat Amri membeli ____________dan ______________ untuk emaknya. Lebih-lebih lagi,Lorong di pekan — tempat Amri ____________oleh dua orang lelaki. Oleh sebab wang Amri sudah habis digunakan untuk membeli ubat, dua orang penyamun itu tidak memperoleh wang daripada Amri. Kerana marah, mereka telah ____________Amri. Sapura datang dan menyelamatkan Amri daripada terus dibelasah.Akhirnya,Hospital — tempat Amri dan emaknya menerima_____________. Mereka berdua telah dibawa ke hospital oleh bapa Sapura. Mulanva emak Sapura dibawa ke hospital kerana demam, kemudian Amri dibawa ke hospital setelah dia tercedera akibat dibelasah penyamun.

5.. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar masa berserta contoh peristiwa bagi setiap latar yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Latar masa yang pertama adalah pada_____________, contohnya Amri membuli dan memeras ugut ________di sekolah. Kejadian itu dilihat oleh Sapura yang ketika itu dalam perjalanan ke kantin untuk ________________. Latar masa yang kedua adalah pada ____________,contohnya Amri mengayuh basikalnya sejauh sepuluh kilometer untuk ke pekan kerana hendak membelikan uhat demam dan ubat luka buat emaknya.Latar masa yang ketiga adalah pada _____________, contohnya, peristiwa bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila emak Amri tidak memberinya wang. dia menyelongkar gerobok pakaian hingga menemukan wang. Oleh sebab wang itu sedikit, bapa Amri sanggup merentap gelang emas yang dipakai emak Amri.

6.. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat berserta contoh peristiwa bagi setiap latar yang anda nyatakan itu.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat __________ di sekolah. Contohnya, Amri, Sapura, Siva, dan Rozita mewakili golongan pelajar di sekolah dalam novel ini. Latar Masyarakat guru yang__________. Contohnya, Cikgu Salman tidak ___________dalam soal disiplin. Dia telah mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.Latar Masyarakat yang ketiga, pelajar yang __________ dan ___________ pelajar yang lebih muda. Contohnya, Amri dan ___________meminta wang perlindungan daripada pelajar yang lebih muda.

Latar yang keempat ialah Masyarakat pelajar yang takut terhadap ___________. Contohnya, pelajar-pelajar di sekolah itu tidak berani mengadukan tindak-tanduk Amri sebagai pembuli di sekolah kepada guru disiplin. Mereka bimbang akan dibuli dengan lebih teruk lagi jika membuat aduan. Latar masyarakat yang kelima ialah masyarakat yang ___________dan berani dalam menjalankan tugas. Contohnya, Sapura sebagai pengawas berani mengadukan salah laku Amri kepada guru disiplin walaupun dia sedar akan risiko yang _____menimpanya.

Latar masyarakat keenam ialah masyarakat yang terlibat dengan kegiatan yang tidak_________. Contohnya bapa Amri yang terlibat dengan judi dan dadah. Hal ini menjadikannya suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab, malah banyak menyusahkan isterinya kerana selalu meminta wang daripada isterinya. Latar masyarakat yang ketujuh ialah masyarakat yang ___________terhadap kesusahan orang lain dan sanggup membantu. Contohnya, Sapura yang telah mengetahui kesusahan hidup Amri dan berusaha ___________untuk membantu Amri dan emaknya. Malah, bapa dan ibu Sapura pun sudi membantu Amri dan emaknya.

7. Teknik plot membantu menjadikan sesuatu cerita berkembang menjadi lebih menarik.Huraikan tiga teknik plot berserta contohnya berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Teknik Plot yang pertama ialah teknik __________,Contohnya dialog antara Amri dengan Siva:“Biasalah. Selain membebel, dia menghadiahkan aku ‘roti panjang’ pada punggung aku, “jawab Amri.

“Tidak sakitkah? Engkau kelihatan seperti biasa sahaja? tanya Siva “Ala, biasalah. Bukan engkau tidak tahu. Awal-awal lagi aku dah bersedia,” terang Amri sedikit tersenyum. Selain itu, pengarang turut menggunakan teknik ______________untuk rnengembangkan cerita. Contohnya, __________ teringat akan peristiwa yang berlaku pada pagi kejadian _________ diperas ugut oleh Amri. Ketika itu, Sapura sedang dalam perjalanan ke kantin sekolah untuk__________. Dari jauh, Sapura melihat __________ Amri sedang memarahi Saleh. Peristiwa itu membawa kepada pengaduan tentang perbuatan Amri kepada guru disiplin. Akhirnya Amri dikenakan _________________

Teknik yang ketiga ialah teknik ___________,. Contohnya:“Lauk ikan gelama goreng dengan sayur pucuk ubi lagi,” keluh Amri.

Teknik yang keempat ialah Teknik __________,kemunculan sesuatu peristiwa secara ___________menjadikan cerita berkembang lancar dan menarik perhatian pembaca. Antara peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik tersebut termasuklah peristiwa Amri membrekkan basikalnya secara mengejut. Tindakannya itu menyebabkan Sapura tidak dapat mengawal basikalnya lalu membuatnya terjatuh ke dalam bendang. Rupa-rupanya itulah cara Amri melunaskan dendamnya terhadap Sapura.

Teknik yang keempat ialah teknik __________ yang menyebabkan pembaca ______________ apa yang akan berlaku kepada Amri setelah Amri ditahan oleh lelaki yang tidak dikenal di suatu lorong di pekan. Pembaca juga ingin tahu apa yang akan terjadi kepada Amri yang dibelasah oleh dua orang lelaki itu. Selain itu, pengarang banyak menggunakan ______________ dalam novel ini.Contohnya pengarang ______________ tindak-tanduk Sapura yang membetulkan tempat duduknya di dalam kelas dan mula ______________ untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran gurunya.Contohnya:Sapura tidak mahu pelajarannya terganggu disebabkan perkara remeh seperti itu.Sapura membetulkan tempat duduknya dan pasang telinga sambil menumpukan perhatiannya terhadap pembelajaran. Satu persatu ucapan serta ajaran guru itu masuk dan melekat di benaknya.

(a) Teknik dialog — contohnya, perbualan antara Rozita dengan Sapura. Rozita menegur Sapura tentang tindakan berani Sapura yang melaporkan kejadian buli yang melibatkan Amri kepada Cikgu Salman. Rozita melahirkan kebimbangannya kerana Amri nakal dan lelaki pula.

(b) Teknik saspens — contohnya, selepas keluar dan farmasi untuk membeli ubat untuk ibunya, Amri telah ditahan oleh seorang lelaki. Lelaki itu membawa Amri ke suatu lorong lalu mengugut dan meminta wang daripada Amri. Wang Amri sudab habis kerana membeli ubat. Pemuda itu dan kawannya telah bertindak membelasab Amri hingga Amri lemah terbaring.

(c) Teknik pemerian — contohnya, penulis menceritakan sikap Amri yang berbeza. Di rumab, Amri anak yang baik, taat, dan penyayang terhadap ibunya. Namun, sikapnya itu berubah menjadi panas baran apabila berada di sekolah. Oleh sebab itulah, ibu Amri tidak mempercayai desas-desus yang mengatakan anaknya suka membuli di sekolah.

8. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal Pengajaran yang pertama ialah kita haruslah ________ atau _________ dalam _____________dugaan hidup. Contohnya: ibu Amri begitu cekal menerima dugaan apabila suaminya berubah sikap dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia diperlakukan dengan kejam, namun wanita ini tetap cekal dan tetap menghorrnati suaminya. Dia juga tetap _____________suaminya agar Amri tidak ___________bapanya.Pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah ___________atau ___________ terhadap insan yang sedang dalam kesusahan. Contohnya: Sapura dan bapanya ____________terhadap Amri dan ibunya yang ditimpa__________. Sapura sanggup melupakan perbuatan Amri terhadapnya dan ikhlas membantu Amri sekeluarga.Pengajaran yang ketiga adalah sebagai ibu bapa, kita haruslah __________anak-anak dan menjaga __________mereka. Contohnya: ibu Amri sangat sayang akan Amri dan sanggup berkorban demi kesejahteraan anaknya itu. Sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab pula menyebabkan keluarganya _____________dan_________.Pengajaran yang keempat ialah kita harus sedar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan pasti akan __________dengan kejahatan juga. Contohnya: Amri sedar akan ketakutan dan kesakitan yang ditanggung oleh mangsa peras ugutnya selepas kejadian dia disamun oleh dua orang lelaki. Dia tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah kerana sedar akan akibatnya.Pengajaran yang kelima ialah kita haruslah melaksanakan __________dengan sebaik-baik mungkin. Contohnya: Sapura melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengawas sekolah dengan amanah dan penuh ___________. Dia tidak takut dengan sebarang _____________.Pengajaran yang keenam ialah kita haruslah bersedia ______________ kesalahan orang lain. Contohnya:Sapura bersedia memaafkan kesilapan Amri meskipun Amri pernah mengenakannya. Ibu Amri juga sudah memaafkan kesalahan bapa Amri dan bersedia menerimanya semula.Pengajaran yang ketujuh ialah kita mesti berusahalah untuk mencari ________yang _______ dan janganlah mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Contohnya, sikap memeras ugut bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah hasilnya haram di sisi agama.

9.Rajah di atas menunjukkan watak utama dan watak sampingan yang terdapat dalam novel-novel tersebut. Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga perwatakan watak utama dan watak sampingan

Watak utama: Amri

(a) Nakal dan suka memeras ugut pelajar junior. (b) Panas baran dan pendendam.

(c) Anak yang malang; mempunyai bapa yang kejam.(d) Anak yang baik dan taat terhadap ibunya.

Watak sampingan: Sapura

(a) Pengawas yang berdedikasi dan amanah. (b) Berani melaporkan kegiatan Amri kepada guru.

(c) Tegas dalam melaksanakan undang-undang sekolah. (d) Tidak takut akan ancaman dan ugutan


10. Dalam sesebuah novel, lazimnya terdapat watak yang berkonflik.

(a) Nyatakan watak-watak yang berkonflik itu.

(b) Huraikan sebab-sebab watak tersebut berkonflik.

(a) Watak-watak yang berkonflik dalam cerpen ini ialah watak Arnri dengan Sapura.

(b) Sebab-sebab watak tersebut berkonflik ialah Amri menaruh dendam terhadap Sapura kerana Sapura melaporkan kepada Cikgu Salman tentang sikap Amri yang nakal dan suka membuli pelajar junior.

11. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, berikan contoh bagi setiap peringkat plot novel yang kaji.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Dalam bahagian permulaan atau eksposisi, pengarang menceritakan sifat Amri yang _____________dan ___________walaupun baru sahaja dihukum rotan oleh Cikgu Salman. Amri ketua pembuli di sekolahnya. Pengarang juga menggambarkan perasaan dendam Amri tehadap Sapura yang melaporkan kegiatan negatifnya kepada guru disiplin. Amri ingin ___________Sapura.Pada bahagian perkembangan, pembaca mula didedahkan kepada __________yang dialami oleh Amri yang __________oleh sebab sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab. Amri sangat kasihan terhadap emaknya yang _______ oleh sikap bapanya. Walaupun Amri nakal di sekolah, namun Amri sebenarnya anak yang baik dan sangat sayang akan emaknya.Pada bahagian pertengahan, konflik berlaku apabila bapa Amri merampas __________dan ____________yang dipakai emak Amri. Amri yang mencuba untuk menghalang tindakan bapanya itu telah ___________bapanya. Amri benar-benar tertekan dan ___________Dia mahu melepaskan __________dan kemarahannya kepada Sapura.Pada bahagian klimaks, Amri telah ___________oleh dua orang lelaki yang ingin ___________nya di suatu lorong selepas membeli ubat untuk emaknya di pekan. Dia dibelasah kerana penyamun itu tidak memperoleh wang daripadanya. Mujurlah Sapura ada untuk membantu. Kejadian itu benar-benar menginsafkan Amri akan tindak-tanduknya selama ini.Pada bahagian peleraian, digambarkan Amri sudah berubah menjadi insan yang lebih baik dan tidak lagi memeras ugut pelajar yang lemah, malah dia menjadi ____________mereka. Amri dan Sapura juga berkawan baik. Bapa Amri pula telah ditangkap atas kesalahan terlibat dengan dadah dan perjudian. Bapa Amri telah dihukum penjara. Dia sudah sedar dan insaf. Dia berharap agar isreri dan anaknya dapat memaafkannya dan menerimanya semula. Amri dan ibunya bersedia memaafkan bapa Amri dan menerimanya semula.

12. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal Diksi, iaitu pemilihan perkataan yang digunakan oleh pengarang mudah difahami dan bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kehidupan pelajar. Contohnya, murid-murid junior, murid senior, membuli, mengadukan, dan lain-lain lagi, selain pengarang turut menggunakan beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti junior, senior, dan hero.Selain itu, terdapat juga penggunaan perkataan bahasa Arab seperti Masya-Allah. Penggunaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek. Contonnva: • Siva terlopong. • “Engkau ini dah gilakah?”... • “Kau nak mati?”, selain pengarang menggunakan ayat-ayat panjang juga. Contohnva:• Mungkin hari ini orang seperti Pak DoIlah bersimpati dengan mereka tetapi mungkin suatu hari nanti orang seperti Pak Dollah juga tidak mahu bersimpati lagi akan nasib mereka. • Bukan tidak ada penduduk kampung yang bercerita tentang perihal anak mereka dibuli oleh Amri, namun mereka tidaklah menganggap perkara itu suatu perihal yang besar. Di samping, personifikasi - • Ada antara kenangan itu yang membakar hatinya. • Khayalan itu hampir meragut nyawanya sendiri. Sementara, peribahasa• Siva tersengih-sengih seperti kerang busuk. • Dia tidak lagi menunjukkan sikap baiknya sebaliknya bertukar menjadi orang yang panas baran. • Itu bermakna membuka pekung di dada. , Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. Ada udang (= berudang) di balik batu. patah hati. celik mata. menjaga tepi kain orang. hati kecil.pasang telinga. hati perut . Metafora• Selain membebel, dia menghadiahkan aku ‘roti panjang’ pada punggung aku. • Lantaran jeritan hati Amri, matanya mula berkaca. Simile-Ayahnya tidak berhati perut sehingga sanggup memperlakukan emak seperti haiwan. Inversi-Peduli apa aku siapa dia.

13. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Hikmah karyaan Mohd Faris Ikmal. Kasih sayang ,Contohnya: Amri sangat sayang akan ibunya. Dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer untuk pergi ke farmasi di pekan semata-mata mahu membelikan ubat demam dan ubat luka untuk ibunya yang sakit. Simpati/belas kasihan/prihatin,Contohnya: Sapura bersimpati dengan apa-apa yang berlaku terhadap Amri dan ibunya. Dia dan ayahnya membawa ibu Amri yang sakit dan Amri yang cedera menerima rawatan di hospital. Pak Dollah juga bersimpati dengan Amri dan ibunya. Dia sanggup memberikan ibu Amri berhutang barang dapur di kedainya. Amanah, Contohnya: Sapura pengawas sekolah yang amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Berani, Contohnya: Sapura tidak takut dengan sebarang ancaman daripada Amri. Dia sanggup menerima risiko diapa-apakan oleh Amri dan konco-konconya.Tegas ,Contohnya: Cikgu Salman ialah guru disiplin yang tegas. Dia tidak berkompromi dalam melaksanakan hukuman terhadap murid yang melanggar undang-undang sekolah. Dia telah merotan Amri yang memeras ugut Saleh.Cekal/tabah ,Contohnya: ibu Amri cekal dan tabah menghadapi dugaan hidup. Dia bertahan dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan kejam. Meskipun dia cedera dipukul suami, namun dia tetap mempertahankan suaminya di depan Amri kerana tidak mahu Amri memusuhi bapanya.Bersyukur/berterima kasih, Contohnya: Amri berterima kasih kepada Sapura dan bapanya yang telah membantunya dan ibunya yang sedang dalam kesusahan.Baik hati ,Contohnya: Sapura melupakan apa-apa yang telah dilakukan oleh Amri kepadanya. Malah, dia sanggup membantu Amri dan ibunya yang sakit.Insaf, Contohnya: peristiwa Amri dibelasah oleh dua orang penyamun telah menginsafkan Amri hingga dia berubah menjadi “ insan yang lebih baik. Begitu juga dengan bapa Amri yang sudah menjalani hukuman penjara telah insaf dan mahu kembali kepada keluarganya sernula.

Jawapan Bab 3:

Mengheret, menongkat, melangkah, mengeluh,tudung saji,tumpul,kesempitan,cetus,gara-gara,wang,dijelaskan,kucar-kacir, samseng, melepaskan,terbuku, memberontak,puas,merana,ditimpa,geram,panas baran,memeras ugut,galak,sokongan,entah,seakan-akan, mengenangkan,menganggap,perihal,taat,membahagiakan,penyayang,masakan,dikuak,menjinjing,menghulurkan,penat,Pak Dollah , kelat,meneguk,rakus,menyandarkan,kemuraman,mendengus,mengeluh,entah,termenung, bersimpati, segan, mulia, terkeliru, bingkas, pujukan,mengekori,terpamer,dikecap,sementara,

3 comments:

Live Guy said...

i din get d 12. n 13.

Leenie said...

Ya loh!
I go print... :D

Loh said...
This comment has been removed by the author.