Friday, April 16, 2010

Taju'l Muluk


musafir

orang yg masih dlm perjalanan; pengembara.

susuk jijak

sikap dan perawakan;

Almarhum

Ar Allahyarham (digunakan pd raja dan kerabat lelaki yg terdekat dgn raja), yg telah meninggal (bkn raja dan kerabat lelaki raja yg terdekat).

gerangan

agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya.

gerangan

kata yg ditambahkan pd kata tanya utk menunjukkan masih berasa bimbang atau waswas; agaknya; barangkali: Siapakah ~ yg mengambilnya?

mahligai

istana tempat kediaman raja (permaisuri atau putera-puteri raja).

onar II

sl akal busuk, tipu daya.

onar

tidak aman atau tidak tenteram; kacau; huru-hara.

muslihat

1 daya upaya; ikhtiar: Ia mencari ~ utk melepaskan dirinya. 2 = tipu ~ tipu daya; helah: tipu ~ perang taktik perang.

~ diri mengasingkan diri ke tempat yg jauh

latah I

1 penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa disedarinya apabila dirangsang. 2 berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah.

sauk II

† keluh, erang. 1 alat yg digunakan utk mencedok sesuatu.

leta I

hina atau keji (orang, perbuatan), cacat, cela: apalah guna hamba yg ~; memberi ~ memberi malu (kpd orang), menghinakan;meletakan memberi leta, memalukan, mengejikan, menghinakan.

haram

1. ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2. ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1.memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah:Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2. melarang drpd melakukan sesuatu; menegah:Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan.

kalbu

hati (pusat segala perasaan batin).

azab

1. seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2. susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengsara segala jenis kesusahan yg diderita. keazabankeadaan azab; kesengsaraan.

bala

bencana, kemalangan, kecelakaan, malapetaka, musibat, halangan, bahaya; pasukan, gerombolan

khadam

orang yg bekerja di rumah orang lain; orang gaji; orang suruhan.

cenderung

1 ada minat pd sesuatu; suka akan: Ia ~ membaca. 2 tidak tegak; condong; senget. kecenderungan 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu.

akhirat

alam yg kekal selepas kehidupan di dunia.

menyembah

1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah.

menyembah

2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg dianggap berkuasa; memuja: ~ api.

menyembah

3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya.

menyembah

4 mengaku tertakluk kpd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam.

dinar

mata wang di negara-negara Arab.

laksa II

sepuluh ribu.

dirham

† mata wang emas atau perak (masa dahulu).

perbendaharaan

1. tempat menyimpan harta benda negara. 2. kekayaan (spt harta benda, barang-barang dsb). ~ kata a. keseluruhan kata yg membentuk sesuatu bahasa. b. kata-kata yg diketahui atau yg digunakan oleh seseorang: Penyusun kamus mestilah mempunyai ~ kata yg luas.

seperangguan

selengkap (pakaian dll).

berkenan di hati

disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir;

genta

1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll);~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng; bergenta mempunyai genta: perisainya ~.

taulan

kawan; sahabat; teman.

pendayang

1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. † perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu!

mambang I

1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di sebelah barat); 3. ki perem puan (yg belum bersuami), anak gadis: dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~.

indera

1. roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2. raja yang berkuasa; yg amat mulia:mahkota ~ mahkota raja. 3.. gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4.rupa atau bentuk menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat.keinderaan tempat segala dewa kayangan.

cendera I

1. sl bulan; 2. sl dewa atau setengah dewa: mambang dewa, ~ dan indera.

peri I

1 sifat atau keadaan sesuatu; hal: Terdengarlah ke Singapura ~ kecantikan paras puteri itu. 2 cara berbuat sesuatu; laku: ~ yg layak bagi manusia. 3sesuatu yg berlaku; peristiwa: Jika negeri Melaka sesuatu ~ , datang juga patik mengadap Duli Yang Dipertuan.

peri III

jin yg dpt merupakan dirinya spt perempuan yg cantik.

jangankan

usahkan, bukan sahaja, bukan hanya

raksasa

1 makhluk yg dipercayai serupa manusia tetapi jauh lebih besar dan lebih tinggi badannya; gergasi; bota. 2 sangat besar; besar sekali: kemajuan ~; rapat ~.

alkisah

ceritanya (digunakan utk memulakan hikayat); riwayatnya: ~ makaceritanya ialah ......

dewata

(déwata) sl 1. dewa; dewa ~ = Sang yang ~ sl peri yg berkuasa; D~ Mulia Rayasl dewa yg tertinggi; 2. perihal (bersifat) dewa; burung (manuk, paksi, unggas)~ sl burung cenderawasih;mendewatakan mendewakan;kedewataankedewaan.

terkam; menerkam

melompat ke arah sesuatu utk menangkap atau utk menyerang (spt harimau yg hendak menangkap mangsanya dll); menerpa: Singa itu ~ mangsanya.

belenggu

1. alat utk mengekang kaki atau tangan; gari; sengkela. 2. ki sesuatu yg mengikat sehingga menyebabkan tidak bebas lagi: ~ penjajahan.membelenggu 1. mengenakan belenggu pd. 2. ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat.

adat

peraturan, amalan, kebiasaan, resam, hukum, kelaziman

seru I; berseru

1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: sbg ~ di padang pasir.

seru I; berseru

2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin.

pelik

1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: barang yg ~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: perkataan yg ~-~. 3 berasa hairan: Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik.

berpura-pura

berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir berpura-pura menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat;

sekalipun

meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

jika... sekalipun

meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

walau... sekalipun

meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;

pembengis

pemarah: dia ~ orangnya.

penganiaya

orang yg menganiayai, pe nyeksa, penindas.

dakwa

tuduh, tuntut, adu, saman

hukum

peraturan, adat, undang-undang, piagam, tatacara, ketentuan, ketetapan, kaedah, kepastian, keputusan, pertimbangan, denda, seksa, azab, cela, dera

mustahil

tidak masuk akal; tidak mungkin: Syarat-syarat yg dikemukakan oleh tuan puteri itu ~ dpt dipenuhi. memustahilkan menganggap mustahil; tidak memungkinkan. kemustahilan 1 sesuatu yg mustahil; sesuatu yg tidak mungkin. 2 keadaan mustahil.

masakan

mana boleh, tidak akan lah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;

perangkap

perkakas utk menangkap binatang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang).

teguh

1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya

. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~.

3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya.

4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~.

berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata kan.

meneguhkan 1 menjadikan te guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji.

memperteguh men jadikan lebih teguh.

keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan.

peneguhan hal atau perbuatan mene guhkan; pengukuhan.

peneguh se suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga.

sakal II

pukul, bantai; kena ~ kena pukul; samun ~ menyamun serta menganiaya; menyakal memukul, membantai: aku mesti sakal kepala engkau kali ini.

senduk

alat spt sudu tetapi lebih besar yg digunakan utk mencedok nasi (gulai dll); centong: ~ nasi; ~ gulai.

kiamat

1. kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2. berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada sesiapa yg tahu bila dunia ini akan ~.

menoleh

berpaling atau berpusing muka ke kiri (ke kanan atau ke belakang) utk melihat, menengok ke sisi atau ke belakang: dia berjalan terus dgn tidak ~ ke kiri ke kanan pun;

belukar

(kawasan tanah yg ditumbuhi) pohon-pohon kecil dan rendah; kayu-kayuan yg kecil dan rendah: Kami melangkah dgn hati-hati meredah semak samun dan ~ menuju ke tempat air terjun.

hikmat

1. kuasa luar biasa (ghaib) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu; sakti; ilmu sihir. 2. erti atau maksud yg dalam; tujuan sebenar: Kejadian itu mungkin mempunyai ~ yg besar. berhikmat mempunyai hikmat; bertuah: Keris Tamingsari dipercayai ~.

jogi

pertapa Hindu.

rimba

hutan, belantara, belukar, semak, semak-samun

mengembara

pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain;

terjun

melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak.air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi.

nescaya

tidak boleh tidak; sudah tentu: Kalau tidak ada undang-undang, ~ negeri menjadi huru-hara. Tiap-tiap yg bernyawa, ~ akan mati.

tempuh

; menempuh 1 maju menye rang musuh dll; menyerbu; melanggar: Mereka bersiap-siap utk ~ barisan pertahanan musuh.

2 berjalan masuk ke hutan rimba dll dgn susah payah; meredah (hutan); mengharung (lautan): Dr situ, rombongan itu belayar ke selatan ~ lautan yg bergelora.

3 menanggung kesusahan; menderita kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah ~ berbagai-bagai kesulitan.

4 turut serta; mengikuti (kursus dll); menjalani peperiksaan, ujian dsb; menyertai: Tiap-tiap tahun, beribu-ribu orang murid akan ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

hancur

1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi.

2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~.

3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali.

menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan.

hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan.

kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan.

penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas.

penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan.

onak

duri yg bengkok (spt kait).

bulang

1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan.

bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala.

berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan).

membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang.

bulang-bulang

apa-apa saja yg diikatkan pd kepala.

berdandan

1 berhias; bersolek: Dia asyik ~ saja. 2 berpintal atau berjalin (bkn rambut); berhias dgn dandan: Budak-budak sekolah lebih elok dan kemas jika ~.

azab

1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan.

berpadan

1. sepadan (dgn), sesuai (dgn): kekuatan peribadinya ~ dgn rupa lahirnya; 2. bermuafakat, bermesyuarat, berunding: maka Pak Si Molong pun ~lah dgn juara Raja Jalan itu; setelah sudah ~, maka hayam pun dibalang oranglah;

berbidan

memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri;

merata

1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung.

kapan

kain (biasanya kain putih) yg digunakan utk membalut mayat. berkapan berbungkus dgn kain kapan: Mayat itu ~ kain putih. mengapan membungkus mayat dgn kapan: Mayat itu sudah dikapan. mengapankan menggunakan sesuatu sbg kapan utk membungkus mayat.

merangkak

1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan.

samak

zat yg digunakan utk memasak serta mewarnai kulit binatang: kulit ~ kulit yg sudah dimasak dan diwarnai. menyamak 1 memasak kulit supaya lembut dan berwarna. 2 menggosok tali layang-layang dgn kaca. 3 membersihkan najis mughallazah dgn air tanah sekali dan air mutlak enam kali. penyamakan 1 perbuatan atau hal menyamak kulit. 2 tempat menyamak kulit. penyamak 1 orang yg kerjanya menyamak kulit. 2 bahan yg digunakan utk menyamak kulit.

mengapakan

, mengapa-apakan, mem peng apakan 1. melakukan apa atau bagai mana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melaku kan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apa kannya sekira­nya adiknya tidak dijumpai.

bahawasanya

1. bahawa; 2. bahawa sesungguhnya, sesungguhnya, sebenarnya.

berketi-keti

beratus-ratus ribu.

unggas

segala jenis burung.

mergastua

binatang-binatang hutan; binatang liar: Jabatan ~ jabatan yg mengendalikan (mengurus) hal-hal binatang hutan.

Tak ada lalat langau.

Tak ada orang.

langau

nama sj lalat besar: ~ hijau lalat yg berwarna hijau dan berdengung-dengung bunyinya.

kudrat

1 kuasa (Allah): ~ Tuhan. 2 kekuatan atau tenaga utk mengerjakan sesuatu; kuasa.

istifham

Ar pemeriksaan, pertanyaan.

istifham

Ar pengujian kefahaman.

musykil

Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa

menghendapmerendahkan diri (membong kok dsb) atau menyembunyikan diri (me nyorok) supaya tidak kelihatan (dgn maksud hendak mengintai, menangkap, dsb): mereka berjalan ~ melalui pinggir hutan itu; ~ di balik lalang sehelai prb menyem bunyikan (merahsiakan) sesuatu, tetapi tidak ada gunanya kerana mudah diketahui orang;
taulankawan; sahabat; teman.
seperangguanselengkap (pakaian dll).
Beranak tiada berbidan.Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.
kapan Ikain pembungkus mayat (biasanya kain putih); hantu ~ hantu yg berbungkus; berkapan berbungkus (dgn kain kapan): mayat itu ~ kain putih; mengapan ark mendermakan kapan kpd orang yg kematian; mengapani membungkus mayat: bagi orang Islam, wajibnya mayat dikapani; mengapankan 1. membungkus mayat utk orang lain; 2. menggunakan sesuatu utk membungkus mayat, mengapani dgn sesuatu.

Taju’l Muluk SINOPSIS

Raja Zainu’l Muluk yang memerintah Syarqastan mempunyai lima orang putera telah jatuh gering. Menurut ramalan nujum, penyakit baginda akan menyembuh sekiranya memperoleh bunga bakawali. Keempat-empat anak baginda pergi mencari bunga bakawali, melainkan Taju’l Muluk. Sudah lama merantau, keempat-empat putera baginda termasuk perangkap Puteri Jenuh Hati, yang pandai bermain catur. Untuk menyelamatkan adik-adiknya, dia bekerja dengan seorang amir dan setiap hari selama dua jam dihabiskan bermain catur. Setelah dia mahir, dia pun pergi ke mahligai Puteri Jenuh Hati untuk menyelamatkan adik-adiknya. Untuk mendapat masuk ke mahligai tersebut, Taju’l Muluk terjumpa seorang perempuan sebagai penghulu mahligai ini, dia mencari muslihat daripada perempuan tua itu sekiranya dapat mengetahui onar puteri itu. Taju’l Muluk tunduk menyembah seraya menangis mengatakan dia tiada sanak saudara di dalam negeri ini, dia seorang musafir yang dipelihara besar oleh neneknya yang seiras dengan susuk jijak dan usul sifat perempuan tua itu. Dia menipu seolah-olah merasakan perempuan tua itu gerangan ialah almarhum neneknya yang diturunkan oleh Allah. Perempuan tua itu telah terkena perangkap Taju’l Muluk dan menerimanya sebagai cucu. Nenek itu memanggil Taju’l Muluk usahlah mencari nafkah lagi, kesemua harta bendanya tidak terkira dan semuanya akan diberikan kepada Taju’l Muluk. Sejurus kembali, Taju’l meminta pulang balik ke rumah amirnya, setiap hari dia berulang-alik menemui neneknya. Hubungan mereka semakin mesra, Taju’l menanya nenek tentang rahsia Tuan Puteri, neneknya tiada terdaya seraya memberitahu Taju’l Muluk tentang rahsia kehebatan Puteri Jenuh Hati bermain catur. Nenek meminta jangan membocorkan rahsia ini, kalau tidak akan binasalah pekerjaan Puteri Jenuh Hati. Menurut nenek, Puteri Jenuh Hati memelihara seekor kucing dan tikus. Sekiranya baginda hendak kalah, segera diisyaratkan kepada kucing, kemudian kucing akan menggoyangkan kepalanya,pelita di atas kepala kucing akan padam, lalu tikus yang menghendap di belakang pelita itu akan keluar mengacau buah catur. Strategi ini digunakan menyebabkan baginda dapat mengalahkan beratus-ratus orang raja.

Apabila mengetahui rahsia itu. Taju’l Muluk membeli seekor musang dan diajar anak musang itu. Apabila dia memetik tangan, keluarlah musang itu. Setelah musang itu tahu akan isyaratnya, dia pergi mendapatkan neneknya lagi. Taju’l Muluk meminta selaksa dirham daripada nenek untuk cuba berniaga. Nenek tua memimpin tangan Taju’l dan membawanya ke perbendaharaan seraya memberikan semua harta kepadanya. Akan tetapi sebenarnya Taju’l Muluk mengambilkan wang itu untuk mendapatkan tuan amir. Selepas tunduk menyembah di hadapan amir, dia seraya memohon untuk mendapatkan sepersalinan pakaian dan seekor kuda dengan menipu bahawa taulannya akan berkahwin. Selepas memakai seperangguan pakaian lengkap, Taju’l Muluk memilih kuda yang berkenan di hati. Kemudian, dia menuju ke mahligai Puteri Jenuh Hati tanpa menggoyang genta . Puteri Jenuh Hati mengalu-alukan kedatangan Taju’l muluk dengan ketakutan dan mempersilakan Taju’l Muluk masuk. Taju’l Muluk mencabar Tuan puteri dengan mengatakan “Hai pendayang, puaslah sudah gerangan engkau menipu sekalian dagang…” Kemudian Taju’l Muluk mengajak Puteri Jenuh Hati bermain catur tetapi tuan puteri berdalih pada awalnya. Dalam pusingan yang pertama, Taju’l Muluk kalah . Ketika pusingan kedua, Puteri Jenuh Hati hampir kalah, lalu baginda memberi isyarat kepada kucing, menyebabkan pelita terpadam dengan sendirinya. Taju’l Muluk kemudian memberi isyarat kepada anak musangnya, lalu anak musangnya itu mengejar tikus yang hendak mengacau catur. Oleh sebab Puteri Jenih Hati tidak dapat menipu, baginda kalah kesemua harta di tangan Taju’l Muluk.Setelah harta benda Puteri Jenuh Hati habis, Taju’l Muluk mengikat pertaruhan empat orang raja dengan Puteri Jenuh Hati. Menurutnya, jika dia kalah, tuan puteri boleh mengambil harta yang dimenanginya. Manakala, sekiranya tuan puteri yang kalah, dia akan mengambil semula harta yang tinggal milik Puteri Jenuh Hati. Akhirnya pertandingan itu memihak kepada Taju’l Muluk. Tuan puteri memperhamba diri dan menjadi pemicit kaki kepada Taju’l Muluk. Dia meminta tuan puteri menunggunya selama 12 tahun kemudian dia menceritakan tujuannya datang ke mahligai tersebut. Akhirnya, adik Taju’l Muluk dibebaskan. Menurut cerita Tuan Puteri , Bakawali merupakan anak raja yang besar kerajaannya. Di dalam taman puteri itu terdapat sebuah kolam dan di tengah kolam tersebut terdapat bunga bakawali yang dicari Taju’l Muluk selama ini. Namun, jangankan manusia, dewa,peri, mambang _pun_ tidak dapat melintasi kolam ini kerana barangkali dijagai oleh beribu-ribu raksasa dan dewa. Untuk mencari kekuatan, Taju’l Muluk menceritakan kisah seekor harimau dengan Brahman. Seekor harimau yang terjerat dalam perangkap meminta belas kasihan daripada Brahman yang melalui, namun harimau itu menerkam Brahman selepas diselamatkan daripada belenggu. Menurut adat harimau, jika orang berbuat baik, dibalas dengan jahat. Akhirnya, mereka mencari Sang Kancil sebagai hakim, Sang kancil mengetahui kisah sebenar dan berpura-pura ketakutan. Sang Kancil mengatakan kalau baik atau jahat, sekalipun dari jauh , dia lengkap melihat seorang pembengis dan seorang penganiaya. Masakan Brahman terlebih gagah daripada Sang Pahlawan(harimau) ? Sang Kancil akhirnya menggunakan muslihat memerangkapkan harimau dan Brahman mengikatnya teguh-teguh. Sang Kancil menyeru Brahman harus menyakal akal Brahman dengan senduk dan memerangkapkan harimau sehingga kiamat. Taju’l Muluk menggunakan kisah ini menyakinkan Tuan Puteri tentang betapa hikmat Tuhan menyeru sekalian alam ini. Setelah berpesan Tuan puteri menjaga adik-adiknya, dia menyalin baju jogi dan mengembara di dalam hutan rimba.Apabila menempuh hutan yang besar, dia bermonolog akan “ikatlah pinggan kukuh-kukuh dan buangkan diri seperti menerjun ke dalam lautan. …”, kakinya hancur ditikam duri dan badannya luka dikait onak dan _bulang. Taju’l Muluk menangisi kemalangannya laksana beranak sengsara di rimba tiada berbidan, (peribahasa) dia akan mati terkapan duri dan anak. Setelah menempuh azab sengsara, dia keluar dari hutan belantara, lalu menjumpai belukar yang berisi dengan pelbagai jenis ular besar, mulut ternganga dan mulut bernyala-nyala api bisa. Dengan semangat yang kuat, Taju’l Muluk pergi ke sempadan negeri Bakawali dan ternampak di hadapannya bagai sebuah gunung terdiri dengan hitam legamnya ( gaya bahasa:kata ganda) , kononnya gunung ini ialah raksasa yang ingin makannya. Akan tetapi raksasa itu tidak sanggup memakan Taju’l Muluk dan menerimanya sebagai anak , raksasa berjanji akan bersumpah menunaikan hajat Taju’l Muluk kelak. Suatu hari, raksasa mencari makanan untuk anaknya, dia bertemu dengan kafilah dan seekor unta yang penuh sarat dengan bekalan. Raksasa menyerbu kesemua makanan dan membawa kepada Taju’l. Taju’l membuat roti dan kebab daging unta untuk dihidangkan oleh raksasa. Selepas menikmati makanan yang sedap, raksasa berjanji menyampaikan hasrat anaknya. Namun, Taju’l menyeru raksasa bersumpah, selepas mengetahui niat anaknya, raksasa pengsan dan keluh-kesah panjang bahawasanya ajal Taju’l dan raksasa menjelang kerana Bakawali ialah anak raja peri yang terdapat berketi-keti dewa, peri, mambang yang membela-Nya, jangankan manusia, unggas mergastau, lalat langau sekalipun tidak dapat menghampiri sempadan taman itu. Raksasa rela menolong Taju’l Muluk sehingga hajat anaknya disampaikan dengan berkat kudrat Dewata Mulia Raya. Selepas dihidangkan makanan, Raksasa 1 meminta pertolongan kakandanya agar membantu Taju’l Muluk pergi ke Taman Bakawali. Raksasa 2 tercengang melihat dengan takjub kerana raksasa tidak pernah bersama dengan manusia. Menurut penerangan raksasa 1, hatinya telah belenggu dengan rantai kasih dan tulus mesra. , selepas mengecap roti dan kebab daging, raksasa 2 tertari-tari laksana orang gila. Kakanda raksasa(raksasa 2) itu menyuruh jin utusannya menghantar Muluk kepada seorang lagi saudaranya, iaitu Dewi Hamalah. Dewi Hamalah ialah raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa lain supaya menjaga Taman Bakawali. Taju’l Muluk menunjukkan warkah yang ditulis oleh raksasa. Dewi Hamalah sangat gembira apabila saudaranya menghantar Taju’l Muluk kepadanya. Dewi Hamalah menganggap Tuhan telah mengutus jodoh yang sangat sesuai untuk Puteri Mahmudah, iaitu puteri raja yang diculiknya ketika puteri itu masih kecil. Kemudian, Dewi Hamalah pun mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

Tema

Tema petikan ialah pengembaraan dan pengorbanan seorang putera raja untuk menyelamatkan ayahanda dan empat saudaranya yang hilang, contohnya Taju’l Muluk sanggup menempuhi pelbagai cabaran untuk mendapatkan bunga bakawali bagi menyembuhkan penyakit ayahandanya yang gering dan menyelamatkan saudaranya yang diculik oleh Puteri Jenuh Hati.

Persoalan

(a) Tanggungjawab seorang anak menjaga keluarganya.

(b) Sanggup berkorban demi menyelamatkan saudara kaudungnya. Contohnya, Taju’l Muluk belajar bermain catur semata-mata untuk mengalahkan Puteri Jenuh Hati dan membebaskan keempat-empat orang abangnya daripada menjadi hamba kepada Puteri Jenuh Hati.

(c) kebijaksanaan dalam menempuh cabaran.

(d) keberanian dalam menghadapi segala cabaran.

e) kekuasaan sebuah pemerintahan, contohnya Bakawali seorang pemerintah yang hebat, sehinggakan manusia, jin, dan semua kehidupan tidak mampu mengalahkannya.

Watak

1. Watak utama dalam cerita ini ialah Taju'l Muluk

2. Watak sampingan dalam cerita ini pula ialah Tuan Puteri Jenuh Hati, Perempuan Tua, Raksasa 1, Raksasa 2, Dewi Hamalah, amir

Perwatakan

Taju’l Muluk

(a) Ayahandanya bernama Zainu'l Muluk, iaitu raja yang memerintah negeri Syarqastan.

(b) Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik.

(c) Sanggup belajar bermain catur semata-mata hendak menewaskan Puteri Jenuh Hati. Baginda berjaya menewaskan puteri tersebut

apabila mengetahui onar(muslihat/helah) yang digunakan oleh puteri itu.

(d) Seorang putera raja yang bijaksana. Buktinya, Taju’l Muluk bijak mengenakan muslihatnya kepada perempuan tua dan Raksasa 1 sehingga mereka menganggap Taju’l Muluk sebagai anak.

(e) Seorang putera raja yang berani. Buktinya, Taju’l Muluk berani mengembara seorang diri dan menempuh pelbagai halangan untuk pergi ke negeri Bakawali.

Puteri Jenuh Hati

a) Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihat dalam permainan catur.

b) Banyak memerangkap putera raja yang kalah bermain catur hingga menjadi hambanya.

c) Berjaya ditewaskan oleh Taju’l Muluk dalam permainan catur dan terpaksa berkhidmat kepada Taju’l Muluk.

Perempuan Tua

a) Bersimpati dengan Taju’l Muluk dengan menjadikan Taju’l Muluk sebagai cucunya.

b) Seseorang yang amat kaya. Buktinya, dia mempunyai harta yang tidak terhingga banyaknya.

c) Sangat sayang akan Taju’l Muluk. Buktinya, dia tidak membenarkan Taju’l Muluk bekerja dan sanggup rnenyerahkan semua hartanya kepada Taju’l Muluk.

d) Menceritakan rahsia Puteri Jenuh Hati yang selalu menang dalam permainan catur kepada Taju’l Muluk.

Raksasa 1

a) Mempunyai tubuh badan yang amat besar. Buktinya, Taju’l Muluk menyangka bahawa raksasa yang sedang berdiri di hadapannya itu seakan-akan gunung.

b) Mengambil Taju’l Muluk menjadi anak angkatnya. Sangat sayang akan Taju’l Muluk. Raksasa 1 tidak dapat berpisah dengan Taju’l

c) Sangat suka makan makanan yang dimasak oleh Taju’l Muluk. Raksasa 1 telah bersumpah dengan nama Nabi Allah Sulaiman hendak membantu Taju’l Muluk untuk mendapatkan bunga bakawali.

Raksasa 2

a) Kakanda Raksasa 1.

b) Mula menyayangi Taju’l Muluk setelah menikmati roti dan kebab yang dimasak oleh Taju’l Muluk.

c) Membantu Taju’l Muluk untuk pergi ke Taman Bakawali.

d)Menyuruh jin utusannya menghantar Taju’l Muluk kepada saudaranya, iaitu Dewi Hamalah.

Dewi Hamalah

(a) Saudara kepada Raksasa 1 dan Raksasa 2.

(b) Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa supaya menjaga Taman Bakawali.

(c) Menculik puteri raja yang sangat cantik yang diberi nama Puteri Mahmudah ketika puteri itu masih kecil.

(d) Menjodohkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

Binaan Plot

(a) Permulaan:

Raja negeri Syarqastan, iaitu Zainu’l Muluk menjadi buta secara tiba-tiba. Pada pendapat ahli nujum, hanya bunga bakawali yang dapat mengembalikan penglihatan baginda semula. Empat orang putera baginda keluar mengembara untuk mencari bunga bakawali. Malangnya, keempat-empat mereka telah menjadi hamba kepada Puteri Jenuh Hati apabila gagal menewaskan Puteri Jenuh Hati dalam permainan catur.

(b) Perkembangan:

Selepas keempat-empat orang abangnya tidak pulang. Taju’l Muluk keluar mencari bunga bakawali. Taju’l Muluk bertemu dengan perempuan tua. Baginda mengetahui rahsia Puteri Jenuh Hati yang menipu dalam permainan catur daripada perempuan tua itu. Taju’l Muluk berjaya membongkar helah Puteri Jenuh Hati yang selalu menang bermain catur. Taju’l Muluk berjaya mengalahkan puteri tersebut dan menyelamatkan empat orang saudaranya.

(c) Klimaks:

Taju’l Muluk bertemu dengan Raksasa 1. Raksasa itu menjadikan Taju’l Muluk sebagai anak angkatnya.

(d) Peleraian:

Selepas itu, Taju’l Muluk bertemu dengan raksasa Dewi Hamalah, iaitu raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa dan penjaga Taman Bakawali. Dewi Hamalah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan Puteri Mahmudah.

Teknik Plot

(a) Teknik dialog. Contohnya:

Pada suatu hari, kata raksasa itu, “Hai anakku Taju’l Muluk, apakah yang boleh dimakan oleh manusia?”“Ya ayahanda, makanan manusia tiada lain ban yak tepung, gula,dan minyak sapi,” jawab Taju’l Muluk.

Gaya Bahasa

Diksi

a) Penggunaan kata-kata Melayu lama. Contohnya:

— berketi-keti yang bermaksud beratus-ratus ribu

— seraya yang bermaksud sambil atau serta

— leta yang bermaksud hina atau keji

(b) Penggunaan kata bahasa Arab: Ghafururrahim, almarhum, kdadam, amir, astaghfirullah, rabbulalamin

c) Hiperbola:

Dan kelihatan bernyala-nyala api bisa daripada mulutnya.

d) simile

Contohnya:

Demi dilihat oleh raksasa, maka tertawalah dia seperti gunung runtuh bunyinya bunyinya Demi didengar oleh raksasa akan kata-kata Taju’l Muluk itu, maka bangkitlah dia berjalan seperti ribut taufan bunyinya pergi mencari makanan untuk anaknya itu.

e) Puisi

wahai nasib permintaan badan, Sudahlah kecil tiada berdandan Arab di rimba tiada berpadan, Laksana beranak tiada berbidan

Ayat

a) Laras Bahasa Kiasik

Contohnya:

Sesungguhnya sekalian susuk jijaknya dan usul sifatnya itu hamba dapati sepenuh-penuh kepada nenekandalah. Oleh sebab terlihat oleh sifat itu mesralah kasih hamba kepada nenekanda.

b) Teknik monolog dalaman. Contohnya:

“Hai Taju’l Muluk, ikatlah pinggangmu kukuh-kukuh serta buangkan dirimu Seperti menerjun ke dalam lautan. Jikalau ada lagi hayatmu, nescaya sampailah engkau ke seberang dan kehendakmu pun akan beroleh,” kata Taju’l Muluk di dalam hatinya.

c)Laras Bahasa Istana

Contohnya:

Maka dia pun menyembah sambil berkata, “Ampun tuanku, sudahlah. Jangan lagi tuanku sebut nama bunga bakawali itu kerana sebenarnya Bakawali itu ialah anak raja yang amat besar kerajaannya.

Latar

Latar Tempat

(a) Negeri Syarqastan, di istana Raja Zainu’l Muluk,yakni tempat tinggal Taju’l Muluk dan keluarganya.

(b) Istana Puteri Jenuh Hati.

(c) Hutan rimba, yakni tempat tinggal raksasa.

Latar Masa

(a) Kisahnya berlaku pada zaman dahulu kala.

(b) Peristiwa dalam cerita ini berlaku pada waktu siang dan malam.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat istana, yakni raja serta kaum kerabat

(b) Masyarakat kayangan, yakni yang terdiri daripada raksasa, dewa-dewa, peri, mambang, dan jin

(c) Masyarakat haiwan yang memahami arahan manusia.

Nilai

(a) Bijaksana. Contohnya,

Taju’l Muluk mengajar seekor anak musang untuk menggagalkan helah Puteri Jenuh Hati.

(b) Berani. Contohnya,

Taju’l Muluk berani menempuh hutan belantara semata-mata kerana ingin mendapatkan bunga bakawali.

(c) Kasih sayang. Buktinya,

Taju’l Muluk berusahá untuk mencari bunga bakawali agar penyakit ayahandanya dapat diubati.

(d)Baik hati. Contohnya,

amir memberikan sepersalinan pakaian dan seekor kuda kepada Taju’l Muluk.

(e) Berpegang pada janji. Contohnya,

raksasa telah bersumpah dengan nama Nabi Allah Sulaiman untuk menolong Taju’l Muluk mendapatkan bunga bakawali itu.

(f) gigih Contohnya,

Taju’l Muluk gigih bermain catur di merata-rata tempat kerana ingin mengalahkan Puteri Jenuh Hati.

Pengajaran

a)Kita hendaklah berani menempuh pelbagai dugaan Contohnya,

Taju’l Muluk berani menempuh pelbagai halangan dan dugaan kerana ingin mendapatkan bunga bakawali.

b)Kita hendaklah mempunyai rasa kasih sayang dan tanggungjawab kepada keluarga. Contohnya,

Taju’l Muluk sanggup mengembara kerana hendak mengubati penyakit ayahandanya dan membebaskan abang-abangnya.

c)Kita hendaklah mengenang budi orang yang telah berjasa kepada kita. Contohnya,

raksasa berterima kasih kepada Taju’l Muluk kerana menjamunya roti dan kebab yang sangat lazat dan bersumpah akan membantu Taju’l Muluk.

d)Kita mestilah bijak ketika menghadapi sesuatu kesulitan. Contohnya,

Taju’l Muluk bijak membuat helah ketika berhadapan dengan perempuan tua dan raksasa sehingga mereka sayang akan Taju’l Muluk.
e)Kita janganlah suka memperdayakan orang lain. Contohnya,
Puteri Jenuh Hati menggunakan muslihat untuk memenangi permainan catur supaya semua lawannya yang kalah menjadi hambanya.

4 comments:

BM Class said...

jawapan boleh submit for marking...

Live Guy said...

nt pretty phong mie

MJ said...

Cikgu!
Bukan www.Beautyphong.blogspot.com me?

Loh said...

Cikgu,saya juz copy o!!!!!!!!