Tuesday, October 20, 2015

Ramalan 2015 oleh cikgu julius



berikutlah ramalan drpd cikgu Julius 

Bil
Bahagian A:ISU POPULAR  SPM 2015
Tugasan : Faedah, kepentingan, manfaat, usaha
Isu
01
Kejiranan
02
Faedah berjimat cermat
03
Alam sekitar
04
Amalan menabung
05
Pengguna bijak
06
Ciri-ciri murid berkualiti
07
Langkah-langkah memupuk budaya membaca (bibliohisme)



Bahagian B
Bil
Isu Popular
01
Budaya membaca (bibliohisme)
02
Gaya hidup sihat
03
Implikasi penggunaan telefon bimbit
04
Kepentingan perpaduan kaum
05
Peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik
06
Peranan pelbagai pihak membantu OKU
07
Pelancongan

1.Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” menunjukkan bahawa untuk menjadikan aktiviti membaca mendatangkan pelbagai faedah kepada seseorang. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup.
Pendahuluan :
Ketika Malaikat Jibril memeluknya dan mengajarkan baginda membaca, Nabi Muhamad SAW sebelum itu adalah buta huruf. Namun, dengan berkat membaca yang bermula dengan surah Iqra, baginda telah bangkit sebagai pemimpin agung yang memancari seluruh jazirah Arab dan dunia amnya dengan wadah keilmuan yang tiada tolok bandingannya. Demikianlah suatu keajaiban ilmu dengan wasilah membaca. Membaca Jambatan Ilmu adalah antara slogan yang menyatakan sekiranya mahu berada dalam alam bijaksana pilihlah wadah membaca. Demi merealisasikan tradisi keilmuan itu, wajarlah pelbagai langkah dan strategi diambil oleh seseorang untuk mengangkat martabat diri ke persada ilmu.
Isi 1 : Memupuk diri sendiri untuk mencintai ilmu dan membudayakan ilmu - ilmu dijadikan alat mengubah cara berfikir dan gaya hidup
Isi 2 : Memilih kawan dan khalayak yang gemar membaca dan menuntut ilmu - menjadi motivasi agar saling menyokong dan bersaing dalam kegiatan yang berfaedah
Isi 3 : Menyediakan sendiri perpustakaan mini di rumah - sentiasa berbangga dengan koleksi buku-buku
Isi 4 : Mengunjungi pusat-pusat pameran buku, kedai buku, dan pusat sumber - dapat membentuk jiwa yang cenderung dan berminat kepada segala jenis maklumat yang dihidangkan di dalam buku
Isi 5 : Menyimpan impian agar pada suatu hari kelak anda akan berjaya menjadi seorang ilmuwan dan menyumbangkan idea dengan menulis buku-buku - anda sebagai pewaris ilmu dan penyebar ilmu (peribahasa gajah mati dikenali tulang, harimau mati dikenali tulang, dan manusia dikenali jasa)
Kesimpulan :
Sesungguhnya, insan yang paling bijaksana ialah insan yang dpat mengenali dirinya. Langkah untuk mengenali diri hendaklah dengan wadah ilmu. Tuntutlah ilmu sama ada dunia mahupun akhirat kerana ilmu
“Membaca Jambatan Ilmu” merupakan frasa hikmat bagi individu yang mahu meraih kejayaan dalam hidup. Manusia yang berjaya ialah manusia yang gemar mencari ilmu walau sesusah mana sekali pun. Jika disoroti kisah hidup Imam Al-Ghazali, beliau, mula belajar membaca dan menuntut ilmu ketika berusia lima tahun. Anak yatim ini telah dihantar oleh ibunya berguru dengan seorang tokoh agama yang warak semata-mata mahu beliau menjadi seorang yang mantap ilmunya dalam bidang agama. Kesannya, Imam Al-Ghazali berjaya menguasai ilmu agama dengan jayanya sehingga mampu  menghasilkan sebuah buku rujukan unggul bagi umat Islam sedunia sehingga  hari ini iaitu Ihya Ulumuddin walupun karyanya sudah berusia lebih daripada seribu tahun. Berdasarkan ketokohan Imam Al-Ghazali ini, tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun bahawa membaca merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan ilmu pengetahuan yang mampu melahirkan manusia yang berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.
Antara inisiatif yang boleh saya lakukan                                                                             
i. sentiasa mengunjungi perpustakaan sekolah/awam saya......
mesti melatih dan mebiasakan diri untuk mengunjungi perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam
aktiviti ini dapat mendekatkan diri saya dengan ilmu.
 sekurang-kurangnya 5 kali sehari pada waktu rehat di sekolah, saya akan mengunjungi perpustakaan sekolah
 membuat kerja sekolah di perpustakaan kerana terdapat pelbagai buku rujukan yang boleh saya gunakan sebagai bahan bantu belajar.
 mengajak ahli keluarga mengunjungi perpustakaan awam pada hari minggu untuk sama-sama melakukan aktiviti membaca .
ii. Mengambil bahagian secara aktif dalam program NILAM
Program NILAM merupakan program yang wajib dilaksanakan oleh pihak sekolah.
NILAM yang membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang dipantau sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program NILAM merupakan inisiatif kerajaan untuk memupuk sifat suka membaca dalam kalangan rakyat sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Oleh sebab itu saya...
Mesti mengambil bahagian secara aktif dalam program NILAM.
 Saya mesti berusaha keras untuk membaca sekurang-kurangnya 70 puluh buah buku bagi mendapat pengiktirafan oleh pihak sekolah.
 Namun yang lebih penting, pembacaan pelbagai bahan ilmiah yang berkualiti akan menjadikan saya berilmu pengetahuan yang luas tentang isu-isu penting negara ataupun isu di peringkat global.
Membaca buku secara sukarela di rumah, perpustakaan atau di mana-mana sahaja dan merekodkan pembacaan di dalam buku laporan NILAM.
Menjadikan tokoh NILAM Negara sebagai idola saya kerana mereka merupakan golongan pelajar yang sangat berjaya dalam bidang akademik.
Contoh tokoh NILAM 2010 peringkat kebangsaan bagi sekolah menengah ialah Nur Adillah binti Abdul Rahim dari Pulau Pinang.
 iii. menyertai aktiviti-aktiviti membaca yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Saya....
peka akan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembacaan yang disebarkan melalui media massa dan pihak sekolah.
 menyertai pertandingan menulis esei, pengucapan awam, pidato dan forum yang memerlukan saya membaca bagi mendapatkan maklumat dan bahan untuk aktiviti tersebut.
 Contoh:menyertai pertandingan menulis esei 1Malaysia anjuran Jabatan  Perdana Menteri . Penulisan esei ini memerlukan saya membaca maklumat-maklumat yang berkaitan sama ada daripada buku, majalah atau lama sesawang yang berkaitan.  Sudah pasti , ilmu , pengetahuan dan kefahaman saya tentang konsep 1Malaysia bertambah baik.
iv. Rajin mengunjungi ekspo  pameran buku dan kedai-kedai buku . Saya...
Perlu rajin mengunjungi ekspo atau pameran buku dan kedai buku Pelbagai bahan bacaan daripada pelbagai penerbitan boleh dibeli kerana harga yang lebih murah berbanding harga pasaran biasa
Ramai penulis buku akan berada di ekspo dan pameran buku untuk bertemu dan memberi penerangan tentang hasil penulisan mereka
Terdapat sesi bual bicara bersama-sama penulis-penulis buku; sama ada tentang faktor kejayaan ataupun kelebihan-kelebihan yang ada pada hasil karya mereka.
Ramai penulis di Malaysia merupakan tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang masing-masing.
Kegemaran membaca dalam kalangan tokoh-tokoh ini dapat menyuntik semangat kepada saya untuk mencontohi minat dan kejayaan mereka.
Contoh tokoh yang berjaya menghasilkan karya yang pelbagai genre ialah Datuk A. Samad Said iaitu seorang Sasterawan Negara.
Sejak kecil beliau gemar membaca cerita-cerita rakyat dan kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya.  Minatnya terus berkembang,  beliau mula menulis cerita-cerita yang ringkas dan kini merupakan penulis profesional yang telah diisytiharkan sebagai pemenang “South East Asia Writer Arward”.
v.Menjadikan amalan membaca sebagai hobi semasa waktu lapang
Masa lapang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin maka saya....
Mengisi masa lapang dengan membaca walaupun hanya sebuah rencana  daripada sebuah majalah ilmiah seperti Dewan Masyarakat
mengajak adik-beradik atau rakan-rakan untuk bersama-sama membaca dan  bertukar-tukar maklumat dan pendapat tentang isu yang dibincangkan.
Menjadikan isu yang dibaca lebih menarik
 Isu yang menarik juga boleh disiarkan dalam blog atau laman web tokoh-tokoh akademik untuk bertanyakan pandangan mereka.
Melalui cara ini, lebih banyak maklumat dan ilmu akan diperoleh kerana tokoh-tokoh akademik merupakan golongan profesional yang luas pengetahuan mereka dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja
 Contoh: isu tentang kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja boleh diutarakan kepada seorang tokoh kaunseling yang terkenal iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah melalui laman blogspotnya bagi mendapatkan pandangannya.
Dengan cara yang menarik ini, masa lapang dapat dihabiskan dengan membaca tanpa bosan.
vii.  Menyediakan peruntukan untuk membeli bahan bacaan pada setiap bulan. Saya...
Meminta ibu bapa menyediakan peruntukan khas untuk membeli sebuah atau beberapa buah buku ilmiah dan berkualiti untuk saya pada setiap bulan
Saya sendiri memperuntukkan sebahagian wang belanja sekolah untuk membeli bahan bacaan seperti majalah Dewan Siswa pada setiap bulan
Saya berkongsi wang dengan adik-beradik yang lain untuk membeli bahan bacaan bagi keluarga kami.
Meminta ibu bapa menyediakan satu ruangan khas di rumah untuk menyimpan buku yang boleh dijadikan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah.
Memudahkan kami sekeluarga mencari bahan bacaan yang diperlukan.
Kesimpulan
Kata-kata hikmat ‘bangsa berjaya bangsa berjaya’ sewajarnya saya amalkan demi kejayaan saya pada masa depan.
Usaha yang kecil sekarang mampu menjadikan saya insan yang berjaya nanti.
Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha hambanya lebih-lebih lagi Allah SWT sendiri telah menyuruh manusia membaca melalui surah Al-A’la.
 Saya yakin usaha ini mampu merealisasikan mesej yang terdapat dalam slogan “Membaca Jambatan Ilmu”.


No comments: