Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja
adalah pendirian keberanian dan ilmu.
Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’ di atas,
terangkan kepentingan menjaga maruah diri sendiri.
1.
Meneguhkan jati diri
2.
Memartabatkan maruah keluarga
3.
Mempertahankan warisan budaya bangsa
4.
Memelihara maruah negara
5.
Melahirkan modal insan yang holistik
Maruah
ditakrifkan sebagai harga diri yang melambangkan keperibadian dan status
seseorang individu dalam komuniti. (I) Sesungguhnya, maruah diri sinonim dengan
sendi ikatan kesatuan antara individu dengan masyarakat. (I) Namun, statistik
remaja yang terjerumus dalam pidana juvenil telah mencecah tahap yang kritikal
sehingga merimaskan seantero strata komuniti bagai cacing kepanasan. (K)
Fenomena ini menunjukkan tahap disiplin dalam kalangan generasi muda semakin
merosot lantaran terlalu dihanyutkan badai pengaruh budaya asing. (K) Menurut pandangan
Dr Rais Yatim bahawa kelunturan budaya dan kenipisan keimanan menyebabkan kebejatan
akhlak dalam generasi muda. Jelaslah bahawa fenomena yang membelakangi norma
masyarakat ketimuran seyogia dibetulkan melalui usaha kolaborasi semua pihak.
(U) Hasilnya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggarisi 6 aspirasi
murid supaya melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran berfikrah, kemahiran
dwibahasa, kemahiran memimpin selain berilmu, beridentiti nasional dan
beretika. (U) Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan sistem pendidikan kini
untuk mempertahankan maruah remaja dan apakah kepentingan menjaga maruah diri
kepada nusa dan bangsa?
Memanglah bertepatan dengan kehendak semasa bahawa
maruah diri perlulah dipertahankan demi mendapat pengiktirafan dan penghormatan
daripada orang ramai.(A) Mengikut ilmu antropologi, jati diri merupakan
perwatakan yang dikenali oleh mata masyarakat secara kasar. Makin tingginya
maruah diri, makin tinggilah status seseorang pada mata masyarakat. (M) Dengan
pengukuhan jati diri melalui didikan agama dan moral, maruah diri akan
dipertahankan dan berkemampuan untuk menangkis pengaruh budaya asing. (K1)
Secara langsung, pendirian yang teguh akan menjauhkan diri daripada alam fata
morgana yang hanya memesongkan diri daripada landasan akidah. (K2) Peribahasa ibarat ikan di lautan masin badan
tetap tawar menjelaskan bahawa ketinggian jati diri yang teguh akan menjauhkan
diri daripada sifat egoistik dan ekstremis yang hanya membejatkan akhlak diri.
(C) Tegasnya, sifat mempertahankan maruah diri bukan sahaja berikhtiar untuk
mengelakkan diri daripada godaan syaitan malahan menerapkan sikap keterbukaan
untuk merentasi multidisiplin ilmu supaya terus megah dan teguh bertapak di
bumi yang berdaulat ini. (P)
Sekiranya diselami lebih lanjut lagi, menjaga
maruah diri penting untuk memartabatkan imej keluarga yang tersayang. (A)
Walhal, benih yang baik dicampakkan ke laut menjadi pulau, dilontarkan ke udara
menjadi kejora. Manifestasinya, pendidikan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu
untuk mewarnai perwatakan anak muda sama ada menjadi Majusi, Nasrani atau
Yahudi.(M) Namun, keganasan rumah tangga seperti penderaan kanak-kanak,
pembuangan bayi haram dan perceraian yang mendadak dalam masyarakat kita
menunjukkan tahap maruah diri yang rendah dalam masyarakat kita.(C) Menurut
pakar psikologi tersohor negara, Tuan HM Iskandar al-Haj bahawa peningkatan kes
kepincangan rumah tangga dikenal pasti berpunca daripada ketandusan kasih
sayang dan pengaruh trauma yang diwarisi daripada perilaku ibu bapa sendiri.
Maknanya, pembawaan ibu bapa yang tidak bermaruah akan dicontohi oleh darah
daging sendiri. (K) Sedia kita maklum bahawa kebahagiaan rumah tangga penjana
kemakmuran masyarakat. Maka, ibu bapa pencorak keperibadian anak mereka
mestilah memastikan bahawa anak mempunyai pendirian yang teguh di samping
mempertahankan maruah diri dan keluarga agar tidak mencontengkan arang pada
muka keluarga. Maklumlah, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
Sehubungan dengan itu, anak yang berusaha menjaga maruah diri sendiri
senantiasa mengenang jasa orang tua dan berusaha untuk membalas budi dengan
pemartabatan diri dalam semua bidang yang dikecimpungi. (P)
Walhasil, seseorang remaja yang berusaha memelihara
maruah diri akan memahami maksud yang tersirat dalam peribahasa sebab nila
setitik, rosak susu sebelangga. (A) Selangkah ke masyarakat, pelbagai dugaan
akan melanda kehidupan generasi muda.(M) Dalam konteks ini, remaja yang bakal menerajui
tampuk kepimpinan negara bertanggungjawab untuk memastikan kelestarian warisan
budaya bangsa di bumi yang bertuah ini.(M) Menurut tafsiran, budaya merupakan
akal budi, peradaban dan tamadun yang melibatkan cara hidup, pemikiran dan
pergaulan dalam kehidupan. (M) Peninggalan budaya bangsa wajarlah dilestarikan
kerana tanpa budaya lenyaplah bangsa. (K) Dr Naquid Al-Attas pernah menukilkan bahawa
kecelaruan minda dan krisis identiti yang melanda kehidupan generasi Y menyebabkan
kepupusan budaya dan bahasa. (C) Dalam kata lain, warisan budaya ini merupakan
lambang keunikan negara kita yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan bangsa. Status
warisan yang unik ini perlulah dipertahankan demi menjaga maruah bangsa kita. Mukhtasarnya,
generasi muda sejak bangku sekolah lagi perlulah didedahkan dengan kepelbagaian
kebudayaan agar berasa berbanggsa dan bermaruah tinggi hidup di negara yang
bertuah ini. (P)
Dalam hidup bernegara, menjaga maruah diri
melambangkan sekelompok manusia yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara
sendiri. Sebagai anologi, semangat nasionalis dan perjuangan yang membara dalam
kalangan marhaen tempatan pada zaman pramerdeka telah berjaya menjulang maruah
negara di mercu kegemilangan pada peringkat antarabangsa. Kini, remaja perlulah
disuntik semangat kekitaan dan perjuangan ini demi menjanakan kelangsungan
bangsa yang bermaruah tinggi. Ironisnya, isu provokasi dan pecah belah masih
melanda masyarakat kita melalui laman sosial. Fenomena ini seakan-akan
menunjukkan negara kita yang kaya dengan perkembangan iktisad namun kemuflisan
dalam keperibadian. Sebagai contohnya, Namewee yang berani merombak lagu
kebangsaan Negaraku kepada Negarakuku dengan izharnya menunjukkan sifat
kecintaan dan identiti nasional yang menipis dalam kalangan generasi muda.
Dalam PPPM, aspirasi murid untuk melahirkan kemahiran memimpin memanglah
bertepatan masa kerana generasi muda cerucuk fundamental kepimpinan sesebuah
negara pada hari muka. Janganlah harapkan pagar, pagar makan padi. Fenomena
yang salah dari sudut keagamaan seperti vandalisme, kes ragut dan rasuah
menunjukkan keperibadian golongan marhaen tempatan yang tidak mementingkan
maruah negara sehingga sanggup bergadai golok imej negara dengan menggodam
profil pemimpin negara. Wajarlah generasi muda disulami ajaran tentang sifat
empunya terhadap negera tercinta kerana setinggi-tinggi bangau menerbang,
akhirnya hingga di belakang kerbau jua.
Akhirnya, seseorang yang menjaga maruah diri akan
berusaha untuk mencapai kecemerlangan yang hoistik dalam aspek akademik,
koakademik, kerjaya mahupun dalam rumah tangga. Menurut kata Imam Al-Ghazali, “
ingin mengenali diri lihatlah pada cermin, ingin mengenali peribadi lihatlah
pada perwatakan.” Maklumlah bahawa agama, ilmu dan budi pekerti adalah saling
bergantungan. Hal ini dibuktikan oleh Albert Eistein, “ilmu tanpa agama bagai
lumpuh, agama tanpa ilmu bagai buta.” Manakala kata orang tua-tua, “ adat
bersendikan syarak, syarak bersendikan adat.” Maka, seseorang remaja yang
berusaha untuk memelihara maruah diri seyogia melengkapkan diri dengan kriteria
keluhuran peribadi, keimanan yang kental dan ketinggian dalam akal budi. Nabi
Muhammad pernah menjelajah ke negara Cina untuk menimba ilmu. Manakala
Al-Biruni mempelajari bahasa Hindu di negara India demi menerokai multidisiplin
ilmu. Kejayaan kedua-dua tokoh ilmuan ini menjelaskan penghormatan akan
diberikan daripada seluruh dunia apabila berjaya mencipta sejarah dalam riwayat
diri sendiri. Budaya inovasi dan kreativiti semakin dikenal pasti kepentingannya
agar menjadi pencipta teknologi yang mampu mengharumkan nama diri dan negara.
Dalam hal ini, seseorang yang ingin hidup bermaruah akan memerah otak untuk
mencipta sesuatu agar dapat berbakti kepada umat sejagat. Pendek kata, manusia
yang bermaruah tinggi adalah berpotensi untuk membongkar layar rahsia yang
menyeliputi alam sejagat ini. Kejayaan tokoh-tokoh wajarlah diteladani oleh
setiap anak watan pewaris bangsa bahawa “Malaysia, Boleh”
Akhirulkalam, di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung. Manusia yang bermaruah tinggi pastilah akan menghormati setiap
peraturan dan pantang larang yang ditetapkan. Hidup di buana ini adalah secara
simbiosis dan saling bergantungan ibarat lagu yang didendangkan oleh P Ramlee,
lagu dengan irama. Surah al-Bukhari yang bermaksud “ dalam jasad manusia
sesungguhnya ada seketul daging, jika sebahagian rosak maka rosaklah jasad itu.
Jika baik maka baiklah seluruh jasad ini. Daging itu ialah hati” Justifikasinya,
maruah diri dan hubungan antara manusia adalah saling berkait ibarat simpulan
tali yang diikat bersama. Makin tinggi maruah diri seseorang, makin baiklah
keperibadiannya seperti mempunyai kesabaran, kewarasan pemikiran dan
kebijaksanaan. Ingatlah wahai remaja, biar putih tulang, jangan putih mata.
Kita perlu melangkah dan menongkah arus globalisasi untuk memastikan ibu
pertiwi kita terus megah di pentas dunia. Kibarlah Jalur Gemilang di setiap
acara antarabangsa, inilah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment