Saturday, September 21, 2013

pendahuluan lagi

PERENGGAN PENDAHULUAN 
Permainan tradisional seperti wau, gasing, dan congkak merupakan lambang bangsa dan identiti negara kita yang diwarisi sejak zaman leluhur lagi.(D) Pada era pascakemodenan ini, negara kita telah menongkah arus globalisasi dan mampu berhadapan dengan arus modenisasi dengan gah dan bangga. Sayang seribu kali sayang, warisan pusaka yang melambangkan kebanggan negara telah hanyut ditelan arus. (K) Memanglah, zaman beralih musim berubah sekalipun, warisan budaya ini patut dilestarikan kerana tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Siapakah yang patut dituding jari menganaktirikan warisan tradisional ini? Tepuk dada, tanyalah selera. Hanya dengan penggemblenggan kudrat semua strata komuniti, warisan tradisional ini akan terus dilestarikan sebagai tatapan generasi akan datang. (U)Oleh itu, kepentingan permainan tradisional wajarlah ditelusuri sebelum sirna dalam pandangan. 

saya guna teknik:
definisi
keadaan
usaha---kali ini, agak panjang, saya guna teknik persoalan + cadangan dalam usaha melestarikan
Kunci soalan

Bangunan tradisional seperti Dataran Merdeka, A Farmosa, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Perak di Taiping,Gereja St George, Pulau Pinang merupakan lambang bangsa dan identiti negara kita yang diwarisi sejak zaman leluhur lagi.(D) Pada era pascakemodenan ini, negara kita telah menongkah arus globalisasi dan mampu berhadapan dengan arus modenisasi dengan gah dan bangga. Sayang seribu kali sayang, warisan pusaka yang melambangkan kebanggan negara telah hanyut ditelan arus. (K) Memanglah, zaman beralih musim berubah sekalipun, warisan budaya ini patut dilestarikan kerana tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Siapakah yang patut dituding jari menganaktirikan warisan tradisional ini? Tepuk dada, tanyalah selera. Hanya dengan penggemblenggan kudrat semua strata komuniti, warisan tradisional ini akan terus dilestarikan sebagai tatapan generasi akan datang. (U)Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan tradisional wajarlah ditelusuri sebelum sirna dalam pandangan. 


No comments: