Saturday, September 21, 2013

aplikasi formula ( jangan hafal karangan, kalau tak, anda panik)

karanga 2013 peperiksaan akhir tahun 2013 tingkatan 1

kepentingan penguasaan bahasa inggeris ( aplikasi formula dalam karangan tanpa hafalan)
1) pi-sai-mai-gaul/kua-pomis-mai-jeri-cbk

Penguasaan Bahasa Inggeris dapat meningkatkan pengalaman dan ilmu kepada setiap individu. Degan itu, seseorang yang mampu berbahasa Inggeris akan dapat bersaing dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah. Sesungguhnya, penguasaan Bahasa Inggeris akan memperkasakan kemahiran berinteraksi dan bergaul dengan semua orang dari seantero pelosok dunia justeru menguasai semua bidang yang diceburi. Contohnya, perniagaan antarabangsa, penyelidikan dan pembangunan, sains dan teknologi.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran bahasa inggeris dapat mencungkil potensi seseorang individu kerana berpeluang mencekau maklumat yang dibukukan dalam Bahasa Inggeris. Tegal itu, visi negara untuk melahirkan modal insan sempurna dari segi emosi, mental, dan intelek akan tercapai. Akhir kata, penguasaan Bahasa Inggeris dapat mencernakan bakat dan kreativiti seseorang individu dalam pelbagai bidang agar melonjakkan ekonomi negara justeru mengharumkan nama negara sebagai negara yang bertamadun dan bertaraf antarabangsa.

2) BM-sofitmen-ps iii-sipeme-betahan- x


3) sasimini fiti kkr biawak
Penguasaan Bahasa Ingeris dapat menjanakan sahsiah diri yang ampuh dan bersikap positif semasa menghadapi sebarang rintangan dalam hidup. Contohnya, sikap berkeyakinan tinggi, berkarisma, keberanian, akan terpancar dalam sanubari setiap individu apabila berjaya berkomunikasi dengan semua orang dalam bahasa Inggeris tanpa halangan. Natijahnya, minda yang terbuka luas dan sikap yang keterbukaan akan membolehkan kita menongkah arus dan berhadapan di mana-mana sahaja kita berada. Fikiran yang kritis, kreatif, dan rasional akan memastikan setiap individu untuk bercabar dengan sesiapa sahaja, bak kata bujur lalu lintang patah. Pendek kata,  seseorang yang berminda kelas pertama sekali gus mampu berbahasa Inggeris akan memastikan kita mendapat pekerjaan dari syarikat multinasional seperti Intel, Dell, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bahasa ibunda melambangkan budaya, identiti, dan adat sesebuah negara untuk mewarisi peradaban nenek moyang kita. Oleh itu, selain memperkaya bahasa Inggeris, bahasa ibunda kita mestilah dilestarikan.


4) jadi(x)


5) pa(padu) - pro ma cbk mis ho kom mmpp mpk - semak ape an psl mona lembata
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa pada era pascamodenisasi ini, sekali gus merupakan alat penghubung dengan semua orang merentasi rantau dan bangsa. Bahasa Inggeris mampu memartabatkan profesionalisme(ma pro) seseorang dalam pelbagai bidang, khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi. Pendidikan holistik (ho)yang dilancarkan dalam kebanyakan sekolah antarabangsa menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Memanglah tidak dapat disangkal bahawa alat komunikasi(kom) ini mampu merangsang minda dan minat setiap individu untuk meneruskan pengajian dan penyelidikan(MMPP) mereka. Dalam erti kata lain, bahasa Inggeris sekiranya dikuasai dengan sebaik-baiknya, hubungan mesra sesama manusia akan terjalin tanpa mengira status dan negara. Jika negara kita mampu melahirkan barisan modal insan yang berminda kelas pertama dan mampu berkomunikasi dengan pelbagai bahasa, khasnya bahasa Inggeris, pembangunan negara akan terus melonjak. Izharnya, bahasa inggeris ialah alat penyebar maklumat dan arus perdana yang signifikan untuk mendominasi minda setiap individu agar dapat menjulang nama di puncak jagatraya seperti Sila( jaguh Super Idol Asia 2011) yang menyerlahkan bakatnya, yakni mampu bertutur fasih dalam bahasa Inggeris tetapi masih kuat jati dirinya dengan acuan sendiri.


soalan 2: punca dan cadangan kemalangan jalan raya

a) kerajaan - KKKK
Kementerian Pengangkutan Jalan Raya wajar melancarkan kempen antikemalangan secara konsisten di peringkat kebangsaan. Kempen yang berterusan ini akan membangkitkan kesedaran khalayak ramai tentang bahasa kemalangan jalan raya yang akan meragut nyawa ahli keluarga yang dikasihi. Sekiranya kempen ini berjaya dijalankan dengan bukan sekadar bermusim atau hangat-hangat tahi ayam saja, dipercayai bahawa khalayak ramai akan menerapkan nilai menghargai nyawa dan bertolak ansur agar memandang setiap nyawa sebagai nadi penyambung keharmonian rumah tangga. Nahas akan membawa kekesalan yang tidak terhingga baik kepada ahli keluarga mahupun pembangunan negara. Jelaslah bahawa media massa merupakan platform dominan untuk mempropagandakan nilai menghargai jiwa dalam sanubari setiap individu. Sesungguhnya, kempen ini wajar berketiak ular dengan sedaya upaya agar menggamit kerjasama dan perhatian setiap individu di negara kita.

b) kerajaan-KKKK
penguatkuasaan akta tentang kesalahan yang melanggar keselamatan jalan raya wajar dirombak dan diguball dari masa ke masa. Pihak berkuasa wajar mempergiat akta ini agar menyerikkan si pesalah yang memandu melebihi had laju, melanggar lampu keselamatan dan memandu tanpa lesen. Sikap pemandu yang bernafsi-nafsi bagai raja di mata, sultan di hati wajar dikenakan hukuman mandatori, denda, kompaun,, sebat, atau khidmat nasihat. Operasi pemantauan dan pengawasan daripada penguat kuasa wajar secara telus dan tegas. Contohnya, Ops Tegas, Ops sifar kemalangan wajar diadakan di seluruh ceruk rantau. Gejala mat rempit wajar dibendung sama sekali kerana setiap perilaku yang melanggar kesemalantan jalan raya akan membawa kekesalan pada hari akhirat. Semua strata komuniti mesti memahami setiap kesalahan yang dilakukan akan menerima bara api dari neraka kerana berbuat baik diberi ganjaran, berbuat jahat diberi balasan atau lengkuas di tepi kangang, tegak puas badan menyandang.

c) media massa- semak ape an psl mona lembata
Media massa ialah alat penyebar maklumat yang dominan untuk membendung kemalangan jalan raya. Modus operandi daripada pihak kerajaan untuk membendung nahas jalan raya perlu disebar luas melalui arus perdana ini. Dengan itu anjakan paradigma ahli masyarakat akan memahami bahawa setiap nyawa perlu dihargai kerana telur sesangkak, pecah satu pecah semua. Lebih-lebih lagi, rancangan yang positif seperti propaganda "cintailah nyawa", "ahli keluarga menanti-nanti kepulangan anda" , "hidup hanya satu kali sahaja' akan menyemat dalam dada setiap individu. Contohnya, rancangan motivasi dan nasihat akan diambil iktibar oleh setiap penonton agar mengelakkan kekesalan pada hari akhirat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Akhir kata Lembaga Penapisan Filem mesti menapis tayangan tentang gejala mat rempit, memandu melepasi had laju dan angkara yang melanggar keselamatan jalan raya.

d) punca----- kesedaran diri(his pen has tekan cibaj)
Kesedaran diri yang kurang telah menyebabkan kemalangan jalan raya tidak dapat dielakkan. Pemandu sering menganggap keselamatan bagai melukut di tepi gantang sahaja kerana sikap yang mengagungkan budaya hedonisme dan individualistik. Akibatnya, mereka akan dipengaruhi oleh desakan kawan untuk melepaskan tekanan mereka di jalan raya. Contohnya, pemandu yang berjiwa agresif dan memberontak akan meniru hero antogonis di filem dengan berlumba-lumba di jalan raya.Menurut kajian, kemalangan jalan raya rata-ratanya berpunca daripada sikap yang tidak bertanggungjwab. Ada pula yang mencari identiti dengan merempit di jalan raya kerana ingin menunjuk-nunjuk kedewasaan mereka. Akhir kata, kereta yang tidak diselenggara, persekitaran yang tidak dijaga, dan cuaca yang hujan juga menyebabkan kemalangan jalan raya kerana sering kali dikatakan, malang tak berbau, guruh tak berbunyi.

soalan 3: nilai kepentingan hari ibu bapa
soalan ini keng, i like it

No comments: