Sunday, October 7, 2012

karangan PMR

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM DIRI ANAK2

Kebelakangna ini,kegawatan ekonomi melanda dunia.Malaysia turut tidak terkecuali dalam terkena tempiasnya.Situasi ini memaksa peniaga menaikkan harga barangan.Pada masa inilah,kita dapat melihat pelbagai ragam manusia mengharungi detik getir ini.Ada yang selesa kerana sudah bersedia,ada yang tercungap-cungap bagi meneruskan hidup.Setiap ibu bapa pasti seboleh-bolehnya tidak menginginkan permasalahan kewangan mengganggu pemikiran anak2 mereka.Justeru,amalan berjimat-cermat perlu diterapkan dalam diri anak2 oleh ibu bapa bagi menyiapkan diri mereka seandainya peristiwa ini berulang.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2 adalah menjadikan ia sebagai budaya keluarga.Hal ini kerana suasana keluarga adalah cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak2.

Ibu bapa sebagai orang yang paling berpengaruh dalam diri anak2 perlu menjadi contoh yang terbaik kerana anak2 yang meningkat remaja akan meniru gaya dan perlakuan orang dewasa bagi mencari identiti mereka yang sebenar.Justeru,ibu bapa yang menginginkananak2 mereka agar mengamalkan amalan berjimat-cermat perlu menunjukkan contoh yang terbaik dalam amalan ini  sebelum menerapkannya kepada anak2 bagi mengelakkan kejadian umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga.Kadangkala,terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orang2 sekeliling walaupun hakikat sebenarnya adalah tidak.Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya.Jika ada ibu bapa yang menjadikan ini sebagai budaya keluarga,diharapkan dapat menukar perspektif hidup secepat mungkin bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak2.

Aktiviti membeli-belah merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan.Pada masa inilah waktu yang terbaik bagi ibu bapa mendidik anak2 amalan berjimat-cermat.Menyediakan belanjawan dan menyenaraikan barang yang ingin dibeli dapat membezakan antara keperluan dan keinginan.Hal ini juga dapat membantu anak2 menyediakan anggaran perbelanjaan yang akan dikeluarkan.Percayalah,akitiviti tanbahan ini tidak akan menjejaskan aktiviti bersama keluarga.

Membuka akaun bank untuk anak2 merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan mereka ke arah berjimat-cermat.Malah,langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi.Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak2 untuk menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak.

Pemberian wang saku secara bulanan dan bukannya harian adalah ujian penetuan sama ada segala asuhan dan didikan yang diberikan tertanam dengan baik ataupun tidak.Ibu bapa dapat menggunakan cara ini apabila mereka merasakan anak2 sudah cukup besar dan matang bagi menguruskan belanjawan diri sendiri.

Akhir kata,amalan berjimat-cermat adalah satu amalan yang mulia.Tidak mudah bagi setiap ibu bapa memainkan peranan dalam menerapkan amalan ini dalam diri anak2.Namun,kesabaran mereka menjalankan tanggungjawab menepis segala keluh-kesah.
  Oleh : razliqah raghazli


Soalan : Sikap berjimat cermat merupakan nilai murni yang harus disemai dalam jiwa setiap orang dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Ulaskan pendapat ini dengan selengkapnya.

Pendahuluan

Jenis 1

-   Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. 
-   Marcapada ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi dan kemelut kejatuhan nilai mata wang. 
-   Bagi mengatasi senario ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat dalam mengendalikan bahtera hidup agar tidak kecundang pada kemudian hari.
-   Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakini satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barangan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. 
-   Sikap boros dilarang oleh Allah. 
-   Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama, tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. 
-   Oleh itu, alpukah-alpukah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya agar insiden yang tidak diingini tidak berulang iaitu pisang berbuah dua kali.
-   Menurut Frank Tibolt, “seseorang yang mempunyai perancangan dapat mengatasi sepuluh orang yang tidak mempunyai perancangan”.

Amalan berjimat cermat dan menabung.


............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.
............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

No comments: