Thursday, May 3, 2012

ESEI PANDU




1. huraikan pendapat anda tentang manfaat aktiviti persatuan beruniform di sekolah.

Aktiviti persatuan beruniform bagai adik berkembar kurikulum di luar bilik darjah. Kemaslahatannya tidak berperi kepada diri, masyarakat mahupun negara.


Aktiviti ini bagai pemangkin untuk membina jati diri yang unggul. Melalui aktiviti lasak, seseorang pelajar akan bersemangat waja sehingga dapat menongkah arus globalisasi. Seterusnya, sahsiah yang mampan serta  sikap keberanian, kepimpinan, keyakinan dan iltizam akan disuntik dalam jiwa setiap pelajar. Nilai ini bagai perencah untuk membentuk remaja yang peka kepada tanggungjawab untuk memartabatkan imej negara.


Disiplin diri yang ampuh juga disebatikan dalam hidup mereka, justeru semangat kerjasama akan disemarakkan . Natijahnya, pelajar akan mencapai keseimbangan dalam perkembangan sosial, mental,psikologi dan fizikal. Walhasil, hubungan persaudaraan dapat dijalin tanpa mengenal erti perselisihan faham dal latar belakang yang berbeza.


Tuntasnya,  modal insan yang dibina serasi dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.(124 PATAH PERKATAAN)

No comments: