Monday, April 4, 2011

penggunaan kosa kata set 8

Pengunaan Kosa Kata(sambungan pg 31)




28. _______dalam majlis penyampaian hadiah kecermelangan pelajar itu telah menjalankan tugasnya dengan berkesan.

A Juruulas B Jurucakap C Juruhebah D Juruacara

29. Program motivasi yang diadakan _______dapat menyakinkan calon-calon yang akan menduduki peperiksaan itu.

A sebaik-baiknya B setidak-tidaknya C seboleh-bolehnya D seolah-olahnya

30. Ramli_______daripada lamunannya apabila terdengar ketukan di pintu.

A terjaga B tergamam C tersentak D terkejut

31. Rencana yang berkaitan dengan masalah kekeliruan dalam penggunaan bahasa itu_______dalam majalah Pelita Bahasa bulan lepas.

A disiarkan B dimuatkan C diterbitkan D dilampirkan

32. Sebagai tanda_______kepada anggota tentera yang telah bersara, kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM5 juta untuk kebajikan mereka.

A pengorbanan B penghormatan C peringatan D penghargaan

33. Rumah pangsa yang ___itu disahkan tidak selamat untuk didiami.

A sendeng C serong B miring D condong

34. Punca rusuhan itu berlaku adalah kerana penunjuk perasaan tidak dapat___perasaan mereka.

A mengawas C menjaga B mengawal D meneliti

35.Khabar angin tentang peletakan jawatan Perdana Menteri ______ ke seluruh negara.

A terdedah C terbayang B tersebar D terbongkar

36.Keropok yang dibelinya itu sedap dimakan kerana_____.

A reput C lunak B empuk D rangup

37.Hidup kedua-dua orang adik-beradik itu ______setelah ibu bapa mereka bercerai setahun yang lalu.

A kelam-kabut B lintang-pukang C mundar-mandir D kucar-kacir

38.Perempuan tua itu___ sebaldi susu lembu di atas kepalanya.

A mengangkat C menjunjung B memikul D mengusung

39. Dunia luar akan ___________perkembangan pesat ekonomi Malaysia.

A kaget C megah B kagum D khuatir

40. Akibat kesesakan di Perhentian Bas Puduraya, saya tidak dapat mengelakkan diri daripada__________orang ramai yang berhampiran dengan saya.

A tersentuh B tersinggung C teraba D tercuit

41. Beberapa kali dia_______rusa di kawasan itu tetapi tidak pernah mengenai sasaran.

A membidik B memburu C menangkap D menjerat

membidik 1. mengarahkan sesuatu (senapang dll) ke sasaran: dia betul-betul sudah ~ batang tubuh salah seorang pengiring musuhnya; 2. mengarahkan pandangan dgn tetap kpd sesuatu;

42. peningkatan masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak harus dipandang________oleh masyarakat.

A sepi B remeh C ringan D sinis E enteng

43. Ayah________beberapa batang buluh untuk dibuat lemang menjelang hari raya.

A mengerat-ngerat B memarang-marang C mengatam-ngatam D mematah-matah

katam potong, ruas; se~ tebu seruas tebu; mengatam memotong, mengerat: ~ dan menyiang daging; tulang kau akan dikatam-katam dan disedekahkan.

44. Cik Susan amat kesal kerana perjalannya ke negara Eropah itu_________.

A kelam-kabut B huru-hara C pincang-pincung D terumbang-ambing

pincang I 1. tempang (kaki atau jalannya), incut; 2. ada kekurangannya (cacatnya dll), tidak seimbang, tidak setimpal, tidak sbg yg sepatutnya (keadaan dll): manusia terjepit kerana susunan masyarakat yg kucar-kacir dan ~ itu; 3. tidak tetap peraturan jalannya atau bunyinya (enjin kereta, jam, dll); ~-pincung tidak teratur (perjalanannya);

45. Bayi yang baru selesai menyusu itu terlena di _________ibunya.

A dukungan B pelukan C dakapan D pangkuan

pangkuan 1 bahagian badan dr pinggang ke lutut ketika seseorang duduk bertimpuh atau bersila; riba: Anak itu datang berlari-lari lalu duduk di atas ~ ibunya. 2 lengan yg dibengkokkan ke depan utk membawa atau utk mendukung sesuatu: Bayi itu terlena di atas ~ ibunya. 3. ki kalangan, lingkungan: Irian Barat telah kembali ke ~ ibu pertiwi; ia membaca doa perlahan-lahan supaya Jospin dikembalikan semula ke ~ mereka;

46. Semasa Ahmad tiba di pintu depan sekolah, dia__________dengan pengetua.

A berpapasan B beriringan C berturutan D berjajaran

papas II ; berpapasan bertemu sewaktu ber¬selisih lalu: ketika melalui lorong kabin jurumudi, Ramli ~ dgn serang kapal; apakah aku tidak boleh menegurmu kalau kebetulan kita ~ dijalan? memapas menyongsong, menongkah: ~ angin.

berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, ber¬banjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu;

47. Kerja-kerja penurapan jalan itu_______ beberapa jam kerana lori yang membawa tar tersebut telah terbabit dalam suatu kemalangan. A tertunda B terhalang C tergendala D terbengkalai

tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah.

terbengkalai 1. terabai, terlantar, tersia-sia: banyak pekerjaannya yg terbengkalai; 2. ark terdiam, senyap: duduk terbengkalai;

tunda I ; menunda menghentikan buat sementara waktu dan di¬langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge¬rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan.

48. Mata Si Comei________ memerhatikan tali yang digerak-gerakkan oleh adik.

A lincah B pantas C ligat D cepat

ligat 1. = meligat berpusing dgn pantas (kipas dll): matanya bulat memandang kipas yg berputar ~ di atas meja; 2. sangat giat (aktif): sebaliknya, apabila di luar, masih ~ ber¬pelesiran ke sana sini dgn pakaian ala kebaratan;

lincah 1. tidak boleh diam (perangai dll), ber¬gerak selalu: ~ sungguh urinya gasing itu; 2. tidak tetap (fikiran, pekerjaan, tempat tinggal, dll), bertukar-tukar selalu (isteri dll): gadis itu pun mulalah ~ dan tidak begitu endahkan tunangannya lagi; 3. cergas, giat, pantas, tangkas, rancak: mereka menjalani hidup dgn keyakinan sendiri, lebih berani dan lebih ~ drpd angkatan tua; begitu keanak-anakan isi suratnya, tetapi begitu ~;

49. Beberapa orang kakitangan dari syarikat televisyen itu dihantar ke Jerman untuk membuat_______ secara langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2006. A laporan B liputan C siaran D rencana



liputan 1. sesuatu yg meliputi (menyeliputi, memenuhi, menutupi) sesuatu: ~ salji di kemuncak gunung; 2. = ~ berita perihal membuat laporan tentang sesuatu peristiwa atau satu siri peristiwa (dlm jurnal, akhbar, dsb): dia ditugaskan membuat ~ dlm persidangan itu.

50. Penerima Anugerah Penyanyi Paling Popular itu telah_____ dengan pelbagai soalan oelh para wartawan.

A dilempari B duhujani C diusulkan D dikemukakan

menghujani 1. mendatangkan (melepas¬kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta¬nya¬an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan;

51.Pencuri itu_______peti besi orang kaya itu dan Berjaya melarikan wang dan barang-arang kemas kepunyaan isterinya. A menyelerak B memunggah C membongkar D membuka

52.Setelah bersara daripada menjadi guru, Cikgu Sharar bergiat cergas sebagai________ masyarakat.

A penggiat B perancang C aktif D aktivis

53.Hafiz begitu______kerana dia akan bertemu dengan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia. A bergemuruh B gusar C dukacita D takut



jawapan: upload later

No comments: