Wednesday, March 9, 2011

pihak kerajaan(aspek semangat kejiranan)

henry liew..

panduan kepada pelajar: saya akan membiasakan diri dengan point-point yang berisi, dan hafalkan ayat-ayat berkenaan dengan penaakulan yang mentah-mentah. lepas itu, saya akan menjalankan plagiat kepada jenis essei yang lain, contohnya aspek kesihatan: merokok/ gejala sosial..cubalah dulu, lepas itu saya akan uploadkan jawapan saya untuk rujukan kepada anda semua 

contoh: Merokok (plagiat)
Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam kesedaran impak negatif merokok dalam kalangan rakyat. Sinergi dan usaha sama daripada semua pihak  wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan anjakan paradigma tentang kelangsungan tamadun bangsa yang mementingkan perkembangan jati diri dan menjauhkan diri daripada anasir negatif seperti merokok. Bak kata pepatah, “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua”.Ungkapan ini menegaskan bahawa teladan atau tabiat negatif dapat merebak dengan berleluasa kepada segenap lapisan masyarakat kompenporari, baik warga di kota-kota kosmopolitan, mahupun rata-rata masyarakat di luar bandar.

Pihak kerajaan:
1) Kempen di peringkat kebangsaan
a)      Afdalnya, pihak kerajaan boleh menjalankan kempen-kempen yang bersesuaian di peringkat kebangsaan.
b)      Mengapa? Kempen dijalankan…nilai murni
Modus operandi utama kempen ini dijalankan adalah untuk menanam sifat perpaduan dan bersatu padu dalam kalangan rakyat. Sinergi dan usaha sama sebeginilah yang wajar diambil contoh dan diaplikasikan dalam institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh. Bak kata pepatah, “ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua”.
c)      Apakah contoh?
Tamsilannya, proklamasi Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia.
d)     Tegasan?
Oleh itu., kempen-kempen anjuran kerajaan ini amat vital bagi menyemai semangat kejiranan agar masyarakat bercitra dengan nilai-nilai murni.

2) melaksanakan program-program
a) Selain itu, pihak kerajaan juga boleh melaksanakan program-program yang melibatkan   semua kaum di setiap peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.
b) mengapa program dijalankan?...semangat perpaduan  
Hal ini demikian kerana punca utama kelunturan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bertitik tolak daripada kurangnya semangat perpaduan.
c) apakah contoh program dan apakah tujuan program ini?
Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain, ibarat kata pepatah, “serumpun bagai serai, seikat bagai sirih, sedencing bagai besi”.
e)      Tegasan
Jelaslah, usaha kerajaan ini amat sesuai bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan warga Malaysia.

No comments: