D: Peribahasa ( cuba dulu..answer will be posted later.)
1. Choong dan Raja dinasihati oleh guru kaunseling itu agar berbaik-baik semula dan melupakan segala persengketaan yang wujud antara mereka.
2. Zafir tidak senang duduk di dalam kelasnya, terutama selepas dia dipanggil oleh guru kelasnya masuk ke bilik pengetua.
3. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai murni sejak kecil lagi agar mereka menjadi insan yang berguna.
4. Aiman membuat kerja yang disuruh oleh ayahnya sambil lewa sahaja. Dia melakukannya hanya kerana terpaksa dan tidak bersungguh-sungguh. Sikapnya bagai
Mepaskan bauk di tangga
5. Jamal telah membuka kedai perabotnya sendiri setelah bekerja di kedai Haji Sapudin sekian lama. Sikap Jamal itu ibarat
Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
6. Kawasan melupuskan sampah itu akan dipindah ke tempat lain selepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat.
7. Encik Tan memarahi anaknya kerana merokok tetapi dia sering merokok di hadapan anak-anaknya. Sikapnya samalah seperti
8. Air digenggam tiada tiris=
9. Danial berazam untuk menjadi seorang doktor tetapi dia tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Peribahasa ini ialah
10. Oleh sebab Ali telah melakukan suatu perbuatan yang tidak baik, semua keluarganya telah mendapat malu. Keadaan ini diibaratkan
No comments:
Post a Comment