Saturday, August 21, 2010

kESALAHAN frasa

1. Pembuangan sampah-sarap dan sisa toksid oleh kebanyakan pengusaha kilang akan menyebabkan
pencemaran.
Kesalahan : sampah-sarap= sampah sarap( ** semak nota penggunaan sempang) dan toksid = toksik

toksik
beracun: bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam.

2. Mereka membincangkan tentang pertemuan beberapa peti yang mengandungi wang emas di dalam laut itu.

kesalahan: membincangkan ialah kata kerja transitif, iaitu mesti diikuti dengan objek. tentang = kata sendi
maka, tentang disingkirkan atau berbincang tentang
kesalahan(2): pertemuan - penemuan
pertemuan kata nama terbitan daripada bertemu, penemuan kata nama terbitan daripada menemui, menemukan atau mempertemukan, di sini membincangkan penemuan, kerana proses bertemu dengan beberapa peti, iaitu menemui beberapa peti ...

No comments: