Wednesday, August 11, 2010

kemerosotan sukan bola sepak

Suatu masa dahulu, negara kita terkenäl sebagai pasukan gergasi bola sepak Asia. Namun begitu, belakangan ini, mutu sukan bola sepak negara sering dikritik pelbagai pihak. Jelaskan sebab-sebab kemerosotan sukan yang paling popular ini.

Bola sepak juga merupakan sukan yang paling popular dan banyak pengikutnya. Para pemain negara dikatakan mempunyai kualiti permainan dan komitmen yang sangat tinggi. Namun begitu, hari ini Malaysia pada suatu masa dahulu merupakan antara kuasa besar bola sepak di rantau Asia. Mutu permainan bola sepak kita semakin merosot. Apakah punca-punca kemerosotan ini?

Antara yang paling ketara diperkatakan sejak kita memasuki era profesionalisme dalam sukan bola sepak adalah kurangnya semangat patriotik dalam diri para pemain. Kalau dahulu para pemain bermain kerana minat dan cinta akan sukan ini dan tanah air, kini para pemain kebanyakannya bermain kerana mengutamakan ganjaran. Apabila hal ini berlaku, wujudlah pemain yang terlibat dengan skandal rasuah. Hal ini sama sekali menjejaskan mutu bola sepak negara kita.

Tahap kecergasan pemain-pemain sedia ada juga tidak seperti dahulu. Kebanyakan mereka sering dibelenggu kecederaan dan agak “manja” dengan sistem latihan yang keras. Akibatnya, kemahiran mereka agak kurang dan prestasi mereka juga tidak konsisten. Adakalanya mereka menunjukkan mentaliti dan daya saing yang lemah. Semua ini telah merendahkan mutu bola sepak negara.

Seterusnya, kemerosotan ini dikaitkan dengan program pencarian bakat baru yang tidak sistematik. Tidak seperti negara-negara Eropah, program sebegini agak kurang ditekankan di negara kita. Jika ada sekalipun, program ini bagaikan tidak ada kesinambungannya. Bakat-bakat cilik yang dikesan sering kali tercicir separuh jalan disebabkan pelbagai faktor. Secara tidak langsung, kita ketandusan bakat baru dalam kalangan pemain muda kerana bakat mereka tidak dapat dieksploitasikan sepenuhnya.

Faktor kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan bola sepak negeri turut menghancurkan mutu bola sepak negara. Hal ini berlaku akibat kegagalan mereka membayar gaji pemain hingga menjejaskan semangat dan keinginan pemain untuk bermain habis-habisan. Dalam konteks ini, kurangnya penajaan sektor swasta di samping kutipan tiket perlawanan yang rendah menjadi sebab utama pekara ini berlaku.

Natijahnya, mutu sukan ini perlu diperbaik agar nama negara kembali sebaris dengan negara-negara lain dalam permainan ini. Oleh itu, pelbagai usaha daripada semua pihak wajar digembleng untuk menjadikan harapan ini suatu kenyataan.

rantau — kawasan yang luas
komitmen — sikap memberikan sepenuh tenaga dan perhaban terhadap sesuatu
ganjaran — hadiah atau balasan atas sesuatu perbuatan
skandal — perkara atau perbuatan keji
konsisten — tekal; tetap
mentaliti — keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir
cilik — kecil
dieksploitasikan -- tindakan yang diambil dengan sepenuhnya terhadap sesuatu sumber untuk mendatangkan keuntungan

No comments: