Saturday, July 31, 2010

inspirasi seorang guru BM

hari ini, saya menyemak esei panjang dari kelas tingkatan 1. kelemahan pelajar memang sangat jelas, dan boleh dikatakan 90% mendapat markah dalam lingkungan 15/40 sahaja. Saya hairan, selepas 7 bulan mengajar kamu semua, nampaknya tiada sebarang perubahan dan kemajuan. Degil, egoistik dan kemalasan menyebabkan kemunduran dalam BM. Saya tertanya-tanya, apakah masalah utama? Perkara yang sama sekali-kala saya berulang, tetapi masih sama. Saya sudi meluangkan masa untuk membimbing pelajar yang lemah. tetapi mereka masih enggan mendaftarkan diri untuk menerima kelas tambahan dengan sukarela. Saya kagum melihat bilangan pelajar yang sudi untuk menghadiri kelas tambahan hanya beberapa orang sahaja. Sambutan dingin ini mematahkan saya lagi selepas menyemak esei kamu semua.

kemalasan, kedegilan adakah punca pelajar saya merosot tanpa mencapai sebarang kemajuan? Saya insaf, mungkinlah pengajaran saya kurang efektif sampai menemui jalan buntu.

malam ini, saya sedar, kalau anak didik saya enggan belajar, enggan menerima apa yang saya beri...pengorbanan saya sudah tidak bererti.

3 comments:

Anonymous said...

kami sudi berusaha lagi..kerana saya tahu esei saya memang lemah...

Anonymous said...

erm..cikgu, boleh murid kelas yang bukan cikgu ajar menghadiri kelas tambahan cikgu?

Anonymous said...

cikgu bukan saya tak nak,saya hendak tetapi ada banyak perkara bukan saya boleh mengubah saya tidak boleh hadir