MENYUBURKAN BUDAYA PENYAYANG
Pendahuluan
Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan
masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun
Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai
sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan
kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan, tetapi
sekeliling keluarga yang kukuh. Dengan kata lain, masyarakat penyayang ialah
masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang
rasa, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi,
melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan. Setiap orang
saling memahami dan hormat-menghormati, iaitu yang muda menghormati yang tua
dan yang tua mengasihi yang muda. Cara hidup ini juga dikenali sebagai “budaya
ikram”. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat
bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang
perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk
berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Islam amat menekankan usaha mewujudkan masyarakat
penyayang. Dalam menjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang
menjadi dasar pembentukan masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan
pembentukan masyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar, iaitu hubungan
manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia
dengan alam. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan sebuah negara
yang aman tidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individu yang
berteraskan Islam terlebih dahulu. Keperibadian yang mulia dan pegangan agama
yang mantap adalah faktor penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Walau
bagaimanapun tahap kesedaran masyarakat terhadap konsep masyarakat penyayang
masih rendah. Masalah penganiayaan dan penculikan kanak-kanak, serta penderaan
isteri masih menjadi isu serius yang diperkatakan oleh media massa dan menjadi
buah mulut masyarakat. Begitu juga, dengan kes pembuangan bayi dan pengabaian
terhadap orang-orang tua. Keadaan ini semua memenlukan perhatian serius
daripada setiap anggota masyarakat. Persoalan inilah yang perlu dirungkai
supaya masing-masing membuka mata agar masyarakat sebegini akan terus menjadi
amalan dan berkekalan di negara kita.
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya
penyayang ialah menerusi institusi keluarga. Pembangunan pesat yang dinikmati
negara khususnya dan segi ekonomi sedikit sebanyak telah memberi tekanan
terhadap institusi keluarga yang secara tidak langsung berupaya menggugat
keutuhan masyarakat. Gejala-gejala yang merosakkan seperti pengabaian
anak-anak, keganasan rumah tangga, penderaan dan perceraian meningkat gara-gara
masyarakat alpa mengejar kebendaan dalam kehidupan serba pantas ini. Kebejatan
akhlak terutama golongan remaja hari ini turut mengundang gundah, apatah lagi
apabila generasi yang sepatutnya menjadi waris negara rebah sebelum waktunya.
Malah, senanio ini jika tidak ditangani secara bijak mampu memusnahkan harapan
negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan penyayang.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada
anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih sayang
dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu yang berkualiti.
Anak-anak ni akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilai-nilai murni daripada
ibu bapa mereka. Kempen konsep “Keluarga Bahagia”, “Rumahku Syurgaku” (Baiti
Jannati) diharapkan dapat melahirkan generasi yang bertanggungjawab sekali gus
membentuk
masyarakat penyayang.
Selain itu, konsep masyarakat penyayang dapat
direalisasikan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah
memasukkan nflai-nilai murni yang perlu ada pada individu ke dalam sukatan
pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Pendidikan Agama Islam, dan
sebagainya. Selain itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyemaikan
nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan
dapat pendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di
sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan kearah mewujudkan masyarakat penyayang
kerana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan
bermasalah. Tegasnya, pendidikan adalah wahana pembentukan dan perkembangan
ilmu, kemahiran, kerohanian, dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung
golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang
berketerampilan, di samping melahirkan insan yang intelektual.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran
memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar
berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid. Konsep Sekolah
Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia.
Konsep ini mempunyai hubungan yang cukup eratdengan cabaran ketujuh dalam
Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah
Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang
dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani, dan mempunyai disiplin diri yang
tinggi. Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak
kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila
wujudnya sekolah penyayang. Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pelajaran menyarankan agar pihak
sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan
Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih
sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, murid akan
terpikat, terpanggil, dan tergerak untuk ke sekolah. Tegasnya, Sekolah Penyayang
jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung
masalah sosial murid dan melahirkan individu yang baik dari segi amalan,
sahsiah, dan tingkah laku.
Selain itu, pada awal bulan Oktober 2012 Kementerian
Pelajaran turut merancang membudayakan Program Guru Penyayang di setiap sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara kerana pelaksanaannya terbukti berkesan
dalam menangani gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Program yang
diperkenalkan sejak Februari 2012,jelas terbukti memberi impak positif terhadap
perkembangan pembelajaran pelajar. lmpaknya, pelajar lebih berminat untuk
datang ke sekolah setiap hari tanpa berasa sebarang tekanan senta mempunyai hubungan akrab
dengan guru dan pihak sekolah.Minat itu didorong oleh rasa selesa dengan guru
yang sebelum ini dikatakan bersikap garang atau terlalu tegas dengan anak murid
mereka. Konsep Guru Penyayang tersebut bertujuan untuk membudayakan sikap kasih
sayang dalam kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan
harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan
disayangi setiap masa. Program tersebut dilaksanakan melalui tiga amalan, iaitu
dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan
kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee. Hasil kaji selidik
Indeks Persepsi Murid (IPM) yang dijalankan Bahagian Pendidikan Kementerian
Pelajaran mendapati lebih 87.5 peratus guru di negara mi mengamalkan budaya
kasih sayang dan mengambil berat terhadap murid mereka di sekolah. Peratusan
itu hasil maklum balas lebih 2,000 murid sekolah di seluruh negara yang
melaksanakan Program Guru Penyayang sejak diperkenalkan. Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan badan sukarela
juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Pada
asasnya, NGO ialah kumpulan berdaftar yang sah bagi kegiatan bukan politik dan
bukan berorientasikan keuntungan. NGO tempatan yang jelas intipati
perjuangan mereka ialah persatuan pengguna, belia, alam sekitar, badan
kebajikan warga tua, dan anak yatim, serta persatuan rekreasi. Sebagai contoh,
badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary,dan Kelab Interact merupakan
beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif sekian lama dalam membantu golongan yang
kurang bernasib baik. Selain menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka
juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan ini supaya mereka
tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Kerajaan sentiasa menghargai
sumbangan NGO dalam melaksanakan kegiatan kebajikan serta menyanjung tinggi
semangat kesukarelawan mereka sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan diri
demi melaksanakan misi mereka. Kita telah menyaksikan ketabahan dan
keberanian MERCY semasa misi damai mereka menyampaikan bantuan kepada mangsa
perang di Afghanistan dan Iraq. Di samping itu, terdapat juga beberapa NGO lain
yang telah bersama-sama kerajaan membanteras masalah sosial seperti
penagihan dadah, HIV atau AIDS,serta membela mereka yang kurang bernasib baik
seperti golongan tua dan terbiar, orang kurang upaya, dan mereka yang ditimpa
penyakit kronik.
Sebenarnya, pembentukan masyarakat yang penyayang
secara tidak langsung akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, masyarakat penyayang menggambarkan
masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Mereka saling membantu
kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam dalam naluri dan sanubari mereka.
Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan agama pada musim
perayaan merupakan salah satu contoh amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah
dan perpaduan. Begitu juga halnya, ketika rakan-rakan atau saudara-mara yang
ditimpa musibah, kita akan memberikan bantuan yang sewajarnya dan berkongsi
suka duka dengan mereka kerana masing-masing mengamalkan sikap cubit paha
kanan, paha kin terasa juga. Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka
mengamalkan hhdup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai
dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan cetusan
idea Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk melahirkan
masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu Malaysia akan terlaksana
dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment