Thursday, September 19, 2013

tingkatan satu-menulis sepucuk surat untuk berkongsi cara anda mendapat keputusan baik dalam peperiksaan

Seorang pelajar cemerlang telah dianugerahi Pelajar Cemerlang dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Sebagai pengarang majalah Siswa, anda berpeluang untuk menemu ramah murid yang berkenaan.

Menjadi pelajar yang cemerlangsama ada dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun sahsiah memang ialah impian setiap pelajar. Pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menganjurkan satu pertandingan memilih seorang pelajar untuk dianugerahi pelajar cemerlang bagi daerah Kuantan. Kenny Tan dari SMK TP telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Berikut ialah wawancara saya dengan Kenny Tan.

Selamat pagi. Saya Sharon selaku Ketua Pengarang Majalah 'Siswa ' ingin mewawancara saudara. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan saudara memenangi anugerah Pelajar Cemerlang daerah Kuantan pada tahun ini.

Selamat pagi. Terima kasih saya ucapkan atas ucapan tahniah tadi.

Sebelum itu, bolehkah saudara ceritakan serba sedikit latar belakang persekolahan saudara?

Saya menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu dari darjah satu hingga darjah enam. Setelah lulus peperiksaan UPSR saya meneruskan pelajaran di SMK TP.

Pada pendapat saudara, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang?

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, seseorang itu perlulah mencapai prestasi yang cemerlang, bukan sahaja dalam bidang pelajaran, tetapi turut memiliki akhlak serta disiplin yang tinggi. Individu itu hendaklah tahu dan bijak mengimbangkan pelajaran dengan perkembangan sahsiahnya. Tiada gunanya seseorang pelajar itu cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, tetapi tahap disiplin dirinya rendah

Pendapat saudara jelas menunjukkan bahawa disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi, sahsiah, dankecemerlangan seseorang pelajar.

Ya, memang betul.

Saya difahamkan bahawa saudara memegang banyak jawatan penting di sekolah, antaranya ialah Ketua Pengawas, juga mewakili sekolah dalam pertandingan yang melibatkan akademik, kokurikulum, sukan, dan permainan. Bolehkah saudara jelaskan bagaimanakah saudara dapat melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan tersebut? Tidakkah ini akan menjejaskan pelajaran saudara?

Seseorang pelajar hendaklah menguruskan masa dengan baik. Oleh itu, saya menyediakan jadual waktu peribadi yang memudahkan saya merancang waktu bagi memenuhi tuntutan kegiatan-kegiatan tersebut. Bagi saya, pelajaran dan aktiviti kokurikulum tidak boleh dipisahkan daripada rutin kehidupan seseorang pelajar. Saya menumpukan sepenuh perhatian sewaktu belajar, manakala bagi kegiatan di luar bilik darjah, saya cuba menonjolkan diri sebaik mungkin. Pendirian inilah yang menjadi prinsip hidup saya.

Bolehkah saudara terangkan bagaimanakah untuk mencapai kecemerlangan dari segi akhlak dan sahsiah?

Untuk membentuk sahsiah dan akhlak yang cemerlang, seseorang individu hendaklah kembali kepada ajaran agamanya. Maksud saya, kita perlulah berpegang dan mematuhi tuntutan agama. Agama mengajar kita supaya menjadi individu yang berguna kepada bangsa, negara, dan yang paling penting kepada agama itu sendiri. Secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk keperibadian seseorang supaya berakhlak mulia, sesuai dengan tuntutan agama.

Saudara telah menyebut beberapa faktor yang menjadi kunci kejayaan saudara. Apakah faktor lain yang turut mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar?

Pada pendapat saya, sesungguhnya ibu bapa memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan anak untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan seterusnya menjadi anak yang soleh. Ibu bapa harus prihatin akan peranan mereka dan yang penting sekali jangan mengabaikan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Faktor persekitaran yang kondusif dan rakan sebaya juga turut mempengaruhi seseorang pelajar. Para pelajar perlu tahu membataskan diri dalam pergaulan dan bijak membezakan baik buruk sesuatu hal.

Sebelum saya mengakhiri wawancara saya, apakah pesanan saudara untuk rakan-rakan seperjuangan, khususnya pelajar sekolah ini yang akan menghadapi peperiksaan?

Saya berharap agar rakan-rakan akan belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang. Ingatlah jasa kedua-dua ibu bapa yang bersusah payah mendidik dan membesarkan kita. Balaslah jasa mereka dengan menunjukkan kesungguhan anda dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Tanamkanlah semangat untuk berjaya dalam hati anda.

Sidang Redaksi Majalah 'Siswa ' mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara. Semoga saudara akan terus mencapai kejayaan yang dalam bidang yang diceburi pada masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Sama-sama.

Cara menjadi Pelajar cemerlang/tokoh pelajar/ mendapat keputusan cemerlang

I
Impian/inisiatif
I
Iman
I
Inovatif
I
Imej positif
G
Gaya hidup sihat

Persekitaran kondusif/ kawan positif

No comments: