Monday, August 27, 2012

Syair Siti Sianah- Raja Ali Haji


Latihan(pastikan anda tulis jawaban dalam ayat penuh)
1.    Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah
Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening.
Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki.

2.    Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.
Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak . Selain itu,  persoalan ketaaatan kepada Allah .

3. Berikan dua gambaran wanita yang terdapat dalam syair ini.[2M]
...wanita yang berperangai janggal kerana mencukur bulu roma di muka dan kening sehingga tajam
 ... wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan menunjuk-nunjukkan mukanya kepada lelaki
 ... wanita yang suka bersolek, berdandan, atau berhias

4.Golongan lelaki wajar bertanggungjawab terhadap golongan wanita.Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab tersebut?Nyatakan tiga bentuk tanggungjawab itu.  [3 markah]
... tidak menindas atau mengeksploitasi golongan wanita
... membimbing golongan wanita ke jalan yang benar
... menjaga kehormatan seseorang wanita

5. Jelaskan empat bentuk syair tersebut.[4M]
... terdiri daripada sebelas rangkap... setiap rangkap terdiri daripada empat baris ... mempunyai tiga hingga lima patah kata dalam setiap baris ... rima akhirnya aaaa

6. Nyatakan tiga sifat buruk perempuan yang cuba diingatkan oleh penyair.
..ketawa hingga mengilai-ilai...asyik bersolek dan berdandan...suka menunjuk-nunjuk barangan kemas yang dimiliki...suka berjudi sehingga bergadai

7. Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya rakan perempuan di sekolah anda berperangai buruk?Nyatakan tiga tindakan tersebut.  [3 markah]
...menasihatinya agar meninggalkan perangai buruknya ... memberitahu ibu bapanya supaya mereka dapat
membimbingnya - mendoakannya agar diberikan petunjuk

8. Bincangkan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam syair di atas.
...masyarakat yang terlalu mementingkan kecantikan diri... masyarakat
gila judi - masyarakat yang lalai akan perintah Allah dan ajaran agama


9. Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah\
Supaya mereka kelihatan cantik pada pandangan lelaki.

10.Berdasarkan rangkap kedua, apakah tujuan sesetengah perempuan itu bersolek? [2 markah\
Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong sesetengah remaja bergaul secara bebas?
Berikan tiga punca.     [3 markah]
terpengaruh oleh rakan sebaya...terpengaruh oleh media massa - suka mencuba sesuatu yang baharu..gagal membezakan yang baik dengan yang buruk

11. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam syair tersebut.08/06            [4 markah]
..memelihara maruah diri(tidak melakukan perkara yang tidak bermoral)...kesyukuran(berterima kasih kepada Tuhan atas apa-apa yang telah dikurniakan kepada kita)

12. Berikan maksud jangan menjadi betina sempolah.[2M]
...wanita dilarang agar tidak menjadi sampah masyarakat/tidak berguna.

13.Mengapakah seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan?
Berikan tiga pendapat anda tentang perkara tersebut.[3 markah]
...menimbulkan tarikan kepada lelaki untuk berbuat jahat
...menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita
..dilarang oleh agama
...merosakkan sistem atau norma masyarakat

14.Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.
...hubungan antara perempuan dengan lelaki yang melampaui batasan perlu dielakkan agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat
...tabiat suka berjudi bukan sahaja membawa kemudaratan kepada diri tetapi menghancurkan institusi kekeluargaan

15. Berikan maksud cemara.[2M]
...rambut palsu

(2 markah)
16.Dalam rangkap kesebelas syair ini, dinyatakan perlakuan antara lelaki dan perempuan yang tidak patut dilakukan.Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular dalam kalangan anak-anak?      (3 markah)
Pada pendapat saya, cara terbaik untuk mengelakkan gejala ini daripada menular ialah mendidik anak-anak sedari kecil tentang kesopanan diri. Selain menyatakan keburukan dan akibat yang mungkin berlaku daripada perlakuan seperti itu. Akhirnya sentiasa berusaha memberi perhatian dan mengawasi pergaulan anak-anak dan mengambil sikap menegur jika berlaku

17. Mengapakah seseorang perempuan itu dilarang berhias secara keterlaluan?Berikan tiga pendapat anda tentang perkara tersebut.[3 markah]


18. Berikan maksud memakai cemara berjela-jela dalam syair ini.[2M]
... memakai rambut palsu ... rambut palsu itu pula terlalu panjang

19.Jelaskan tiga kesan pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.[3 markah]
... pergauian bebas dilaknati oleh Tuhan/menyalahi nilai moral
... mendorong kepada perlakuan zina
... wanita mengandung anak luar nikah
... bayi yang tidak berdosa dibuang di merata-rata tempat

20.Huraikan dua persoalan yang tersirat dalam syair ini.       [4 markah
... sesetengah perempuan berperangai buruk seperti mencukur bulu kening dan bulu roma
... sesetengah perempuan suka membuang masa membelek-belek diri di hadapan cermin
 ... terdapat perempuan yang suka berpeleseran dengan kaum lelaki
... pergaulan antara perempuan dengan lelaki tanpa batas akan menyebabkan berbagai-bagai perbuatan negatif berlaku

No comments: