Monday, April 9, 2012

jawaban capa rengat

Capa Rengat Baharuddin Kahar
Tema: Pengalaman ketika berada di kampung. Persoalan
(a) Kehidupan di desa yang tidak terkongkong.“Aku” membandingkan kehidupannya di bandar yang sentiasa terkongkong, tidak seperti kehidupan di desa yang bebas.
(b) Keikhlasan dan kemesraan dalam persahabatan.Su berkawan dengan “aku” tanpa mengira asal usul “aku” yang datang dari kota. Su dan kawan-kawannya mengajak “aku” bermain bersama-sama.
(c) Keindahan alam sekitar di kampung yang masih kekal terpelihara. Di kampung itu, masih terdapat kawasan hutan dan gunung yang terpelihara daripada pembangunan dan pencemaran, misalnya bunga capa rengat atau melur hutan yang diberikan oleh Su kepada “aku”.
Teknik Plot
dialog Percakapan antara “aku” dan Pak Cik Kinto. “Itu burung apa, pak cik?” “Merbah jambul”
Pemerian/ simile Cuaca agak baik. Matahari yang bagaikan bola api itu tergantung empat puluh darjah di atas gunung kapur di sebalik bukit-bukit. Angin berhembus dan arah selatan bagaikan mahu menepis-nepis jarum-jarum panas yang sudah mulai kendur itu. (hal. 77)
Monolog dalaman kesayuan apa ini?Mengapa jadi sayu? (hal. 82)
Imbas kembali Diam-diam aku mula membezakan mereka daripada kawan-kawan yang sombong-sombong
dan terkongkong di kota. Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya hidup di kota, dan betapa pula bebasnya hidup di sini. (hal. 79)
saspens itulah kali pertama aku pulang ke kampong.Sebelum itu aku tidak pernah kenal kampung. Aku tidak tahu keadaan kampung. Kata ibu, kampung itu penderitaan dan kesepian. Entahlah, entah mengapa ibu memomokkan begitu, aku sendiri tidak tahu. (hal. 76)
kejutan “Urusan kita dah selesai, tanah dan rumah pusaka tu dah diserahkan kepada Pak Cik Kinto.
Latar Tempat
1. Sebuah kampung yang terpencil – Terdapat jalan raya yang belum berturap. Jalan berdebu pada waktu siang.
2. Rumah Pak Cik Kinto — Di kelilingi bukit-bukau, gunung-ganang dan hutan belukar.
3. Paya - Terdapat sebatang pokok sepam tumbuh di tepi paya.
Latar Masa
1. Petang - Aku mandi-manda dengan budak-budak kampung di paya.
2. Malam - Aku tidur di dalam bilik. Botol yang berisi bunga capa rengat diletakkan berhampirannya.
3. Pagi - Ibu menyuruh aku berkemas-kemas untuk pulang ke kota dengan menaiki sebuah teksi.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat kanak-kanak yang suka bermain-main dengan rakan sebaya.Aku bermain dengan budak-budak kampung di kawasan paya. Mereka bermain kejar-kejar, mencari kulit kijing dan mandi-manda. Mereka cepat mesra dengan rakan sebaya.
2. Masyarakat yang memburu bmatang di dalam hutan. Pak Cik Kinto menembak denak dan belibis (burung yang menyerupai itik) dengan menggunakan senapang patah. Denak dan belibis itu dimasak untuk hidangan keluarga.
3. Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman. Pak Cik Kinto tinggal di kawasan pedalaman. Kehidupan penduduk di kawasan pedalaman amat menyeronokkan kerana mereka dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
4. Masyarakat yang mencintai alana sekitar. Aku mengikut Pak Cik Kinto berjalan-jalan di dalam hutan. Aku kagum melihat ikan kelah, tengas, selimang berenang-renang di dalam sungai.
Gaya Bahasa
Diksi menarik (a) Kawan-kawanku, anak-anak kampung itu,baik-baik tetapi bercakap bebas lampas belaka. (hal. 78)
(b) Aku mahu menyerapi bau wanginya yang nipis itu ke dalam tidurku. (hal. 81)
(c) “Letih,”jawabku jengkel. (hal. 82)
personifikasi
(a) Angin berhembus dari arah selatan bagaikan mahu menepis-nepis jarum-jarum panas yang sudah mulai kendur itu. (hal. 77)
.. ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. (hal. 82)
(b) Matanya tajam menikam padaku. (hal. 80)
(c) Burung-burung sudah kedengaran panggil memanggil kawan. (hal. 81)
simile
a) Matahari yang bagaikan bola api itu tergantung empat puluh darjah di atas gunung kapur di sebalik bukit-bukit. (hal. 77)
(b) Aku tiba-tiba berasa suatu macam kehibaan dan kesayuan yang asing dan aneh, seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. (hal. 82)
(c) Pohonan dan tiang-tiang telefon kelihatan bagaikan tumbang ke belakang kerana derasnya gerakan kereta. (hal. 82)
metafora (a) Keadaan ini terasa dalam naluriku, sedikit sebanyak melahirkan sinar cemburu pada mata ibu. (hal. 77
)
peribahasa (a) Selama di kampung itu, aku dan Pak Cik Kinto dapatlah dikatakan bagai belangkas. (77)
Hiperbola
...menikam rasa sepi dan sayu... (hal. 83)
perlambangan
Kata ibu, kampung itu penderitaan dan kesepian. (hal. 76)
Bahasa Inggeris
adventure (hal. 76)
sinkope
“Oooii. . . tak mahu main dengan kami? “(hal. 78)Kubiarkan kaki dan seluarku dipenuhi lumpur dan lumut. (hal. 78)
Paralisme/pengulangan
Aku bagaikan kehilangan sesuatu. Aku bagaikan tertinggalkan sesuatu,... (hal. 82)
1 Susun semula ayat-ayat di bawah mengikut urutan cerita yang betul.
a)Pertama kali aku pulang ke kampung kerana ibu mempunyai urusan di kampung dan aku tidak mengetahui punca ibu menyatakan kampung penuh penderitaan.(1)
b)Pak Cik Kinto ke kota bertemu peguam atas sesuatu urusan yang tidak aku ketahui dan ibu pula aku lihat begitu murung dan aku tidak tahu puncanya.(4)
c)Pak Cik Kinto membawa aku keluar bersiar-siar di kawasan kampung yang dikelilingi gunung-ganang.(2)
d)Aku mulai senang dengan kehidupan di kampung yang penuh ketenangan.(3)
e)Aku menemui Su dan kawan-kawannya di tepi paya sedang mandi-manda dan turut serta bermain bersama-sama Su dan kawan-kawannya.(5)
f)Aku begitu gembira dan Su menghadiahi aku bunga capa rengat.(6)
g)Pagi-pagi ibu mendesak Pak Cik Kinto menguruskan kepulangan kami ke kota walaupun cuba dihalang (8
h)Aku tidak lagi berjumpa Su setelah dia dipanggil pulang oleh ibu tirinya yang garang ketika kami sedang mandi.(7)
i)Aku begitu sedih apabila mendengar kata-kata ibu bahawa kami tidak akan pulang lagi ke kampung dan air mataku menitis apabila melihat bunga capa rengat yang semakin layu di dalam begku dan aku teringat akan Su.(10)
j)Dalam perjalanan, ibu menyatakan kami tidak akan pulang lagi ke kampung kerana tanah dan rumah pusaka sudah diserahkan kepada Pak Cik Kinto.(9)
2 Nyatakan pengajaran yang sesuai berdasarkan petikan di bawah.
a)Mula-mula tiba dulu aku berasa agak kesepian juga, tetapi setelah satu dua hari menyesuaikan diri, kesannya ternyata berubah. (hal. 76)
Kita mestilah pandai menyesuaikan diri/ betah
(b) “Aku pulanglah ... mak aku panggil!” kata budak perempuan itu setelah berpaling pada kami. (hal. 81)
kita mestilah taat kepada ibu bapa
3 Berikan maksud perkataan yang bercetak tebal di bawah.
a)Budak perempuan itu bergaun merah jambu yang sudah luntur warnanya. (hal.78)
pudar/lusuh
(b )“Hei..., nanti kau jatuh!” aku menjerit apabila melihat tangannya tergewang-gewang meniti batang cenderai. (hal. 79)
tergoyang-goyang
4.Berdasarkan cerpen “Capa Rengat”, tulis urutan nombor bagi sinopsis di bawah ini.
a) Aku berjalan-jalan sendirian kerana Pak Cik Kinto ke kota atas suatu urusan.
2
(h) Ibu memberitahu aku bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung lagi
5
(c) Pada waktu petang, Pak Cik Kinto rajin membawa “aku” ke bukit-bukit di belakang rumah pusaka mereka dan melayani semua pertanyaan aku
1
(d) Apabila aku terpandang akan capa rengat itu tiba tiba aku teringat akan Su
6
(e) “Aku” menyertai anak-anak kampung itu bermain pelbagai jenis permainan dengan gembira.
3
(f) Ketika dalam perjalanan meninggalkan kampung, “aku” berasa hiba.
4
2 Nyatakan empat jenis permainan yang “aku” sertai berdasarkan cerpen “Capa Rengat”.Permainan yang “aku” sertai semasa di kampung.
(a)kejar-kejar dan acah-mengacah
(b)terjun ke dalam paya sambil simbah-menyimbah air
(c)mencari kulit kijing paya
(d)membina rumah-rumah katak dengan menggunakan kaki di pasir yang bercampur lumpur
3 Tandakan (/) pada pernyataan yang betul dan tandakan (x) pada pernyataan yang salah berdasarkan cerpen ini
(a) Inilah kali pertama “aku” dibawa ibu pulang ke kampung.
(betul)
(b) Pak Cik Kinto agak berat hati untuk membenarkan “aku” pulang ke kota.
(B)
(c) Ibu mahu pulang kerana bapa “aku” sudah menelefon meminta kami pulang segera.
(K)
(d) Tanah dan rumah pusaka di kampung itu tidak jadi diserahkan kepada Pak Cik Kinto.
(K)
perkembangan ms77-78
Itulah kali pertama aku pulang ke kampung. Sebelum itu aku tidak pernah kenal kampung. Aku tidak tahu keadaan kampung. Kata ibu, kampung itu penderitaan dan kesepian. Entahlah, entah mengapa ibu memomokkan- menakutkan begitu, aku sendiri tidak tahu. Mula-mula tiba dulu aku berasa agak kesepian juga, tetapi setelah satu dua hari menyesuaikan diri, kesannya ternyata berubah. Ada semacam keistimewaan yang belum pernah aku rasakan di kampung itu. Apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu hilang. Timbul suatu macam rasa adventure yang menyenangkan. Waktu petang aku selalu dibawa Pak Cik Kinto, bapa saudaraku ke bukit-bukit di belakang rumah pusaka kami. Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung berterbangan.Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak- burung umpan.Kalau bertemu, Pak Cik Kinto akan menembaknya. Pak Cik Kinto ialah penembak yang.baik juga. “Itu burung apa, pak cik?” “Merbahjambul.” — “sungai itu, ada ikan, pak cik?” “Ada.” “Ikan apa?” “Ikan kelah, tengas, selimang...” Begitulah, setiap pertanyaanku selalu dijawab Pak Cik Kinto dengan amat memuaskan. Aku tidak tahu sama ada dia bosan atau tidak dengan pertanyaanku yang pelbagai itu. Tetapi yang nyata Pak Cik Kinto melayani aku begitu baik. Justeru tidak hairanlah kalau aku sudah mula jatuh sayang padanya. Selama di kampung itu, aku dan Pak Cik Kinto dapatlah dikatakan bagai belangkas. Sering saja berdua-duaan ke mana-mana. Keadaan ini terasa dalam naluriku, sedikit sebanyak melahirkan sinar cemburu pada mata ibu. Petang itu aku tidak dapat ke mana-mana mengikut Pak Cik Kinto. Pak Cik Kinto telah turun ke kota bertemu peguam atas sesuatu urusan itu. Oleh itu, aku merayau-rayau seorang din mengelilingi kampung itu. Aku masih ingat lagi ketika meninggalkan rumah tadi, ibu sedang tercegat di tingkap. Betapa murungnya wajah ibu. Hal ini pun aku tidak tahu sebabnya. Barangkali ibu sudah amat merindu akan bapa di kota, atau barangkali ibu memang tidak suka pada kampung yang mula membosankannya. Cuaca agak baik. Matahari yang bagaikan bola api itu tergantung 40darjah di atas gunung kapur di sebalik bukit-bukit. Angin berhempus sari selatan bagaikan mahu menepis-nepis jarum-jarum panas yang sudah mulai kendur itu. Aku menyusup masuk ke bawah sepohon sepam yang amat rendang. Di depanku terbentang sebidang paya yang luas.(inversi) Sebenarnya aku bagaikan mencari-cari sesuatu. Tiba-tiba aku tertarik untuk berdiri di situ kerana ada empat atau lima orang anak kampung sedang bermain-main di bahagian tepi paya itu. Mereka menyimbah-nyimbah air sesama sendiri sambil ketawa. Keadaan sekeliling begitu tenang. “Oooii... tak mahu main dengan kami?” Tiba-tiba seorang budak perempuan berambut ketak-ketak panjang menegurku. Aku memandang tepat padanya. Bagaikan resapan aliran elektrik aku diserang ragu-ragu dan menjadi teragak-agak. Apakah harus aku jawab? Budak perempuan itu bergaun merah jambu yang sudah luntur warnanya. Wajahnya kecil dengan mata yang jernih berbulu lentik. Hidungnya agak mancung dan senyumannya yang melebar menampakkan giginya yang berbaris cantik. Dia berkulit hitam manis dan kelihatan mesra sekali. “Tak apalah.” Aku cuba pastikan suaraku tidak gugup dan tidak pula begitu sombong. “Eeiii... takut pada air, ya?” “Tidak!” “Kalau tidak mengapa tak mahu?” Apabila mendengarkan itu, aku melangkah perlahan-lahan ke arah mereka. Keadaan ini mungkin didorong oleh naluri bawah sedarku yang tidak rela dikatakan takut pada air. Mereka tersenyum-senyum menyambut aku datang. “Main apa?” tanyaku. “Macam-macam,” jawab budak perempuan itu. Ketika aku masih terpinga-pinga tanganku ditariknya. Kami pun mula bermain. Mula-mula aku berasa agak kekok juga, tetapi, oleh sebab pandainya anak-anak kampung itu melayan dan bermesra, segala kekekokan itu cepat hilang. Tidak lama kemudian, aku sudah berasa sebagai salah seorang daripada mereka. Kubiarkan kaki dan seluarku dipenuhi lumpur dan lumut. Bajuku sudah basah. Terasa suatu macam kenikmatan menyerap masuk ke dalam perasaan dan urat-urat darahku(personifikasi). Kawan-kawanku, anak-anak kampung itu, baik-baik tetapi bercakap bebas lampas belaka. Diam-diam aku mula membezakan mereka daripada kawan-kawan yang sombong-sombong dan terkongkong di kota. Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah, atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya tinggal di kota. dan betapa pula bebasnya hidup di sini. Kami terus bermain. Macam-macam yang kami main. Kadang-kadang kami main kejar-kejar dan acah-mengacah. Kadang-kadang kami terjun ke dalam paya sambil simbah-menyimbah air ke muka sesama sendiri. Apabila sudah letih begitu, kami mencari kulit kijing paya untuk dikumpulkan .Pada akhirnya, dengan ghairah kami membina rumah-rumah katak dengan menggunakan kaki di pasir yang bercampur lumpur itu di tepi paya. Aku sudah membuat tiga buah rumah katak yang kukuh dan cantik, terapi setiap kali rumah itu siap, setiap itu juga budak perempuan tadi datang memecahkannya. Aku berasa agak marah juga, tetapi ketawanya yang lucu dan manja itu menyebabkan marahku tidak menjadi. Sungguh nakal dia. Sungguh berani dan terus terang. Aku cuba menangkapnya. Dia ketawa terkekeh-kekeh sambil melarikan diri. “Kau jahat!” hamburku. “Kaulah jahat!” “Mengapa?” “Kaupecahkan rumah aku!” “Emm .. sudah main itu, kau nanti situ, ya?” Dia tiba-tiba berenang masuk paya dan menaiki batang cenderai tumbang yang menganjur ke pulau kedil di tengah-tengah paya itu.“Hei ..., nanti kau jatuh!” aku menjerit apabila melihat rangannya tergewang-gewang meniti barang cenderai. tergoyang-goyang: Si Galak rebah ke tanah dgn kedua-dua kakinya ~ di udara; belalainya ~ “Tidak, jangan takut!” Dia terus meniti hingga ke hujung. Aku berasa agak ngeri juga. Aku yakin air paya di bawah itu sudah pasti dalam. Kalau dia jatuh sudah tentu lemas. Dia kemudian melompar lain memijak pulau kecil yang diserabuti benta itu. Akhirnya dia hilang ke sebelah sana paya. Aku menunggu-nunggu, dan mula menduga-duga-meramalkan perkara yang hendak dilakukannya. Tidak lama kemudian budak perempuan itu muncul. Dia datang mendapatkan aku. Pada tangannya terdapat sejambak bunga bertampuk 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pe¬mimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya.ungu dan berkelompak putih. Bunga itu besar. lebih kurang sebesar sanggul ibu. Tanpa disedari, aku telahpun menyambutnya.“Ooh, cantik! Bunga apa ini?”“Capa rengat, setengah-setengah orang panggil melur hutan.”“Emm... wangi... tapi tentu bunga itu akan layu.”“Taruh-bubuh, letak lah di dalam botol berisi air, kaurenjis-renjislah, biar bunga itu tahan lama.” Aku mengangguk-angguk. Aku letakkan bunga itu baik-baik pada pangkal sebatang pokok, menjaganya daripada terpijak. Kemudian aku pun terus bermain semula, membina rumah-rumah katak. Kali ini budak perempuan itu tidak memecahkannya. Sebaliknya dia sendiri menyerahkan kakinya untuk dijadikan acuan. Belum lama kami sudah berjaya membuat beberapa buah rumah katak. Di sekelilingnya kami binakan tembok yang melengkung luas empat persegi. Kawasan itu benar-benar menjadi sebagai sebuah kota sekarang.
ms81-82
“Aku pulanglah... mak aku panggil!” kata budak perempuan itu setelah berpaling pada kami. Sebelum berlalu, dia sempat tersenyum padaku. Itulah kali terakhir aku melihatnya. Selepas itu aku tidak pernah menemuinya lagi Melalui kawan kawan aku dapat tahu budak lelaki yang memanggilnya itu ialah adik tirinya Su mempunya seorang mak tiri yang bengis. Mereka tinggal berhampiran gunung kapur itu. Kami berpisah ketika matahari yang semakin merah itu mencecah puncak gunung kapur. (personifikasi) Burung- burung sudah kedengaran panggil- memanggil kawan. Malam itu aku tidur dengan nyenyknya kerana terlalu letih. Bunga capa rengat yang sudahpun aku taruh di dalam botol berisi air, aku letak baik-baik berhampiran kepala. Aku mahu menyerapi-meresapi bau wanginya yang nipis itu ke dalam tidurku. Biar besok paginya aku bangun dengan kesegaran dan keaslian sekuntum bunga hutan. Setelah sehari menghabiskan masa di kampung itu waktu untuk kami berangkat pulang ke kota pun tiba. Ibulah yang bertanggungjawab memendekkan siri lawatan itu. Ibu mendesak-desak juga mahu pulang, walaupun ditahan oleh mak cik dan Pak Cik Kinto. Pagi- pagi lagi kami sudah bangun mengemaskan barang- barang. Mak cik dan Pak Cik kinto membungkuskan kami rendang pedas belibis hasil perburuan aku dan Pak Cik Kinto petang semalam. Mereka juga membekalkan kami sedikit nasi dan telur rebus. Aku lihat Pak Cik Kinto agak berat hendak melepaskan-mengizinkan aku pulang. Aku juga berasa terharu untuk meninggalkan mereka; meninggalkan kampung yang terpencil itu, tetapi apakan daya, aku mesti pulang juga. Bapa menunggu di kota. Sekolahku juga menantiku. Tepat pada masa yang ditetapkan teksi yang kami sewa khas itupun datang menjemput kami. Teksi itu bergerak perlahan-lahan pada mulanya, tetapi semakin lama semakin meluncur laju. Sedar-sedar kampung itu sudah tertinggal jauh di belakang. Aku cuba memandang ke belakang, tetapi debu daripada jalan tanah itu menutup pandangan. Aku tiba-tiba berasa suatu macam kehibaan dan kesayuan yang asing dan aneh, seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku. Kesayuan apa ini?
ms82-83
Apabila teksi itu sudah membelok masuk ke jalan tar, aku rasa kesayuan itu ditindih pula oleh rasa sepi yang begitu tajam. Aku menjadi seorang yang pendiam. Kubiarkan ibu mengelamun sendirian di sebelahku. Aku memandang keluar, seolah-olah mencari sesuatu. Sayu apa ini? Mengapa jadi kesepian? Pohonan dan tiang-tiang telefon kelihatan bagaikan tumbang ke belakang kerana derasnya gerakan kereta. “Kau nampaknya macam tak suka hendak balik,” kata ibu tiba-tiba. “Letih,” jawabku jengkel. berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, men-dongkol: Memang aku amat terganggu dengan pertanyaan dan perbualan ibu. Dengan jawapan begitu aku harap ibu akan diam. Aku terus memandang keluar. Masih bagaikan mencari sesuatu. Tiba-tiba aku berpaling pada ibu. “Bila kita akan balik kampung lagi, mak?” tanyaku separuh tidak sedar. “Kita tak akan balik lagi,” jawab ibu sambil mengenakan kain tudung kepala supaya rambutnya tidak dikusut-masaikan oleh angin. “Mengapa?” “Urusan kita dah selesai, tanah dan rumah pusaka tu dah diserahkan kepada Pak Cik Kinto.” Mata ibu terkelip-kelip. Bibir ibu yang masih segar dan cantik itu tersenyum. Aku terdiam dan membungkam. 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). Penerangan ibu itu, entah mengapa, tambah tajam menikam rasa sepi dan sayu yang aneh di hatiku.(personifikasi) Aku tunduk perlahan-lahan. Mataku terpandang capa rengat yang disumbatkan baik-baik bersama-sama botolnya di dalam beg. Bunga itu sudah semakin layu sekarang. Aku lihat banyak kelopaknya yang sudah lerai gugur dr tangkai (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus spt langsat, rambai); di sana sini. Tiba-tiba air mataku menitis perlahan-lahan bagaikan cuba merenjis bunga itu: Bagaikan membentuk wajah Su!
92. Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai bagi situasi yang berikut.
(i) Aku tidak tahu sama ada dia bosan atau tidak dengan pertanyaanku yang pelbagai itu. (halaman 77)
banyak cakap
(ii) “Eeiii ... takut pada air, ya?”
“Tidak!” “Kalau tidak mengapa tak mahu?” Apabila mendengarkan itu, aku melangkah perlahan-lahan ke arah mereka. (halaman 78)
ambil peluang
(iii) Ketika aku masih terpinga-pinga, tanganku ditariknya. Kami pun mula bermain. Mula-mula aku berasa agak kekok juga, tetapi oleh sebab pandainya anak-anak kampung itu melayan dan bermesra, segala kekekokan itu cepat hilang. (halaman 78
) kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup
(iv) Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah, atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya tinggal di kota. (halaman 79)
laksana burung di dalam sangkar
(v) Aku berasa agak marah juga, tetapi ketawanya yang lucu dan manja itu menyebabkan marahku tidak menjadi. (halaman 79)
beri muka
Capa Rengat Baharuddin Kahar
memomokkan
1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan2. mem¬benci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik;
belukar
tanah yg ditumbuhi pokok-pokok kecil, hutan kecil; hutan ~ hutan kecil;
denak
1. burung atau binatang pemikat (utk menarik burung atau binatang yg hendak diperangkap dsb), umpan: ~ tekukur
belangkas
I sj ketam (betina) yg besar dan berekor spt sangkur (biasanya didapati berpasang-pasangan), macam ~ ki selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dll);
naluri
1. desakan hati utk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi: keinginan mahu tahu adalah suatu ~; 2. ark adat yg diwarisi turun-temurun, tradisi;
Ma yg digunakan utk mengangkut barang-barang.

No comments: