Saturday, March 31, 2012

BUKU TEKS : T2; Industri Sukan Di Malaysia

tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan sukan lasak.
Hujung minggu ialah masa yang dinantikan oleh penggemar sukan lasak. Destinasi yang akan dituju oleh mereka sama ada di Banting, Ulu Yam, atau Kemensah di Selangor. Tempat-tempat itu telah lama menjadi medan penggemar sukan lasak mempamerkan aksi bergaya ‘terbang’ dengan menggunakan motosikal lasak masing-masing.
Aktiviti permotoran lasak ini banyak memberikan faedah kepada penggemarnya selain menguji ketahanan fizikal dan mental mereka. Aktiviti ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Komuniti peminat sukan ini lazimnya bersifat bersatu padu, tolong-menolong, dan berdisiplin. Semua sifat itu mendidik kita agar menjadi insan yang berguna dan teguh pendirian.
Pada masa yang sama, kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan baharu tidak mengira bangsa mahupun usia. Perkenalan ini semestinya dipenuhi dengan pertukaran idea dan pendapat mengenai dunia permotoran. Sukan lasak bukan sahaja memupuk semangat keberanian malah melibatkan kemahiran kawalan. Kemahiran itu amat diperlukan dalam mengendalikan motosikal sewaktu melalui laluan-laluan sukar seperti mendaki bukit, laluan tidak rata, dan berselut.
Kepuasan akan lebih dirasai apabila mendengar deruman bunyi enjin motosikal yang nyaring. Bunyi tersebut mengiringi aksi penunggang-penunggangnya yang melambung tinggi ke udara. Sorakan rakan-rakan yang menyokong dianggap sebagai pembakar semangat untuk terus beraksi.
Sukan ini turut mendidik kita supaya bersikap sentiasa mematuhi peraturan atau panduan. Terdapat beberapa panduan bagi mereka yang ingin menyertai aktiviti ini. Antaranya termasuklah jangan mencuba menunjuk lagak dengan melakukan pergerakan di luar kemampuan. Tidak kira apa-apa jua aktiviti yang dilakukan, keselamatan ialah perkara utama. Begitu juga dalam sukan lasak ini, para penunggang berhadapan dengan banyak risiko terutamanya apabila menunggang motosikal di kawasan yang berpermukaan tidak menentu dan berbahaya.
Sesungguhnya, sukan lasak seperti ini banyak memberikan faedah kepada para penggemarnya. Oleh itu, sesiapa juga boleh menyertai sukan ini sekiranya mempunyai minat dalam aktiviti sukan lasak. 1.Berikan maksud teguh pendirian.
____________________________________________________________________________________________________
2 Bagaimanakah cara untuk menyertai sukan motosikal lasak yang terhindar daripada bahaya?
___________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
  3 Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengembangkan aktiviti sukan lasak?
___________________________________________________________________________________________________
BUKU TEKS MS 63
PERLUMBAAN KERETA FORMULA 1 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG
FRASA
1. medan perlumbaan kereta Formula 1
2. menyahut cabaran
BUKU TEKS T3 Kelab Sukan dan Rekreasi sekolah anda telah menjemput Shahrol Yuzy, iaitu pelumba motosikal negara yang terkenal, untuk menyampaikan ucapan kepada miuid-murid di sekolah anda.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua, Encik Abu Bakar Sidik, guru-guru, dan ahli Kelab Sukan dan Rĕkreasi yang dikasihi. Selamat pagi dan selamat sejahtera.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penasihat Kelab Sukan dan Rekreasi sekolah ini kerana sudi menjemput saya bagi menyampaikan ucapan, khasnya yang berkaitan dengan pembabitan saya dalan dunia perlumbaan motosikal.
Hadirin sekalian,
Semasa zaman remaja, saya gemar menunggang motosikal tetapi yang pasti, saya tidak pernah terlibat dalam lumba haram. Bagi meneruskan minat saya, saya memberanikan diri untuk berlatih di litar lumba. Saya berbuat demikian kerana jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau. Akhirnya, pada tahun 1994, iaitu pada usia 19 tahun, saya menyertai perlumbaan pertama untuk kategori 135cc. Perlumbaan demi perlumbaan telah saya sertai dan pada tahun 1995 saya telah terpilih untuk menyertai pasukan Petronas Sprinta. Bersama- sama dengan pasukan ini, saya telah diberi peluang untuk mewakili Malaysia di peringkat Asia.
Pada tahun 1996, saya mencipta kejayaan pertama dalam perlumbaan di peringkat Asia. Saya menjadi juara dalam F.I.M. Asia Pacific Road Race Championship untuk kategori 250cc. Pada tahun berikutnya, saya berpeluang menyertai perlumbaan peringkat Eropah. Di sini saya dapat membuktikan bakat dan kemampuan saya dalam sukan ini. Sememangnya hal ini amat mencabar kebolehan dan mental saya kerana kepercayaan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya amat berat untuk dipikul.Tetapi saya berkeyakinan bahawa pelumba-pelumba dari negara lain tidak jauh bezanya dengan pelumba negara kita. Saya sesungguhnya tidak mahu dianggap sebagai gembala diberi keris oleh peminat lumba motosikal tanah air.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Seperti sukan lain, persediaan rapi dari segi mental dan fizikal amat penting sebelum menghadapi sesuatu perlumbaan. Daya tumpuan yang tinggi dan badan yang cergas banyak membantu seseorang pelumba untuk berjaya. Oleh itu, saya harus menjaga kesihatan, pemakanan, dan tahap kecergasan supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perlumbaan yang bakal saya hadapi. Satu lagi pegangan saya adalah apabila berada di litar, saya akan melupakan segala masalah agar tumpuan tidak terganggu. Saya juga mementingkan disiplin diri. Saya percaya bahawa disiplin amat penting dalam apa-apa jua bidang kerana sikap itu menggambarkan kesungguhan kita. Di j samping itu, saya juga banyak dibantu oleh krew Petronas Sprinta Racing untuk persiapan dari awal hingga akhir. Sebenarnya, kejayaan yang saya kecap bukannya atas usaha saya sahaja tetapi krew dan pihak pengurusan juga memainkan peranan yang penting. Pada hemat saya, mereka itu diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini, saya ingin menasihati adik-adik yang ingin menyertai perlumbaan motosikal supaya ke litar untuk mendapatkan bimbingan jurulatih dan bukannya melepaskan geram di jalan raya. Percayalah, jika kita terjebak dalam lumba haram, akhirnya arang habis, besi binasa. Selain itu, lengkapkanlah dada kita dengan ilmu agar pencapaian kita dalam bidang akademik dan sukan seimbang. Oleh itu, belajarlah bersungguh-sungguh. Kita seharusnya berpegang pada prinsip bagai air mencari jenisnya.Akhir kata, saya berharap agar lebih banyak murid sekolah ini menjadi ahli sukan yang dapat mengharumkan nama negara. Janganlah kita hanya banyak bercakap kerana air beriak tanda tak dalam.
Frasa:
1. Saya berbuat demikian kerana jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau.
Takrif
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar).
2. Saya sesungguhnya tidak mahu dianggap sebagai gembala diberi keris oleh peminat lumba motosikal tanah air.
Bagai gembala diberi keris.
Takrif
Pemberian yang tidak berfaedah.
3. Pada hemat saya, mereka itu diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh.
~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan
tumpil Jk sesuatu yg digunakan utk menyo¬kong (menyangga, menopang, dll), galas, sangga, sokong, tunjang; menumpil menopang sesuatu (supaya jangan rebah, runtuh, dll), menyangga, menyokong, menunjang.
anduh kain yg digantung pd leher utk mengam¬pu tangan yg cedera (patah, retak, dll); beranduh memakai atau menggunakan an¬duh: tangan kanannya yg patah itu masih kelihatan ~; menganduh mengikat sesuatu supaya tergan¬tung atau tidak jatuh terkulai, meng¬ampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera dlm kemalangan itu; ~ kajang meren¬tangkan tali tempat digantungkan kajang; anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal; penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg patah.
4. jika kita terjebak dalam lumba haram, akhirnya arang habis, besi binasa.
arang habis besi binasa, tukang hembus penat saja = tuba binasa, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi
5. Kita seharusnya berpegang pada prinsip bagai air mencari jenisnya.
Bagai air mencari jenisnya.
Takrif
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
6. Janganlah kita hanya banyak bercakap kerana air beriak tanda tak dalam

No comments: