Saturday, April 2, 2011

polemik latihan tatabahasa lagi***INGAT

perhatikan soalan di bawah:

1.mereka melepaskan keletihan selepas bersenam.

bagi rata-rata pelajar atau cikgu akan bersetuju dengan gramatis ini dan berasa betul.

hmm...

sila tengok ..

ayat ini adalah salah
Melepaskan antara maksudnya dalam kamus termasuklah menghilangkan, penat lelah, letih dan sebagainya. Keletihan bermaksud keadaan atau rasa letih. Oleh itu, frasa yang betul ialah melepaskan letih tetapi ungkapan ini tidak lazim digunakan, yang lazim digunakan ialah 'melepaskan (menghilangkan) penat lelah'.


2. dia begitu cermat dan prihatin ketika berbelanja.


semasa tuition, saya berasa waswas dengan soalan ini, walhal saya berasa prihatin adalah betul. prihatin=mengambil berat /perhatian kepada sesuatu perkara


namun, prihatin tidak sesuai digunakan untuk perbuatan berbelanja, maka prihatin di sini wajarlah ditukarkan kepada hemah.


3. kerja-kerja pembaikan jambatan itu akan dijalankan oleh syarikat yang terlantik oleh kerajaan.


sekali lagi, terdapat kekeliruan dengan pengguna ter- oleh
saya berasa memang terlantik oleh adalah betul, tapi sebanarnya salah..

Kata terbitan yang betul ialah dilantik, kata kerja pasif dan pelakunya orang ketiga (dari kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek sebagai pelengkap). Kata kerja 'terlantik' tidak ada dalam contoh penggunaannya dalam sumber rujukan dewan bahasa dan pustaka.

4. sehubungan dengan itu atau sehubungan itu , yang mana satu betul?

Mengikut Kamus Dewan, istilah sehubungan bermaksud berkaitan dengan. Sehubungan dengan itu bermajksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa 'sehubungan itu' dan 'sehubungan dengan itu' sama, kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun, yang lebih tepat antara sehubungan itu dan sehubungan dengan itu ialah sehubungan dengan itu, kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu...perlu ada dengan.


5. dia terpaksa berpindah mengikuti keluarganya setelah ayahnya membeli sebuah rumah baharu.


semalam, sebenarnya saya hendak menyatakan kekeliruan antara mengikut dengan mengikuti, mengikut kamus dewan, mengikuti bermakna turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi contoh;Dia mengikuti ayahnya berjalan kakai ke masjid.


maka padahalnya, saya berasa ayat ini adalah betul..tetapi...


 Manakala mengikut bermaksud 'pergi bersama-sama dengan' dalam ayat ini berpindah bersama-sama dengan keluarganya bukan turut di belakang keluarganya sahaja.


maka yang betul ialah dia terpaksa berpindah mengikut keluarganya setelah ayahnya membeli sebuah rumah baharu.

6. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.

masih ingat soalan ini? jawapan yang saya beri ialah diketengahkan salah dan patut menggunakan tampil 

ok..saya minta maaf, memang ayat ini tiada kesalahan sebagaimana saya terangkan semalam

iaitu, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan

diketengahkan bermaksud 1. membawa ke tengah: ~ perahu, 2. ditampilkan/dikemukakan

No comments: