Friday, August 20, 2010

penanda wacana(2)

Penanda Wacana Tambahan
Contoh 1.
Sementelahan dan tambahan pula
Sudah tidak sabar lagi dia mencari, sementelahannya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan, tambahan pula hari hujan.


Contoh 2
Apa lagi, usahkan dengan, selain itu
Usahkan dengan menaiki motosikal,dengan kereta sahaja dia sudah mabuk, apa lagi dengan kapal terbang. Selain itu, dia juga bukannya seorang yang kaki berjalan.


Penanda Wacana Akibat
Oleh itu
Unsur terakhir dalam suatu deretan isyarat penghantaran bersiri bagi aksara atau bingkai. Unsur henti adalah berlawanan aras dengan unsur mula. Oleh itu, permulaan penghantaran sah dapat dikesan tanpa kekeliruan disebabkan oleh peralihan aras logik daripada aras unsur henti.


dengan yang demikian

Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer akan membolehkan kita memahami bahasa tabii manusia dan dengan yang demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii.

Oleh hal yang demikian
Para wanita diwajibkan menjauhi setiap perkara yang boleh mendekati kepada fitnah. Apabila mereka memperdengarkan suara, kemudian dengan itu terfitnahlah kaum lelaki, maka seharusnya mereka menghentikan ucapan. Oleh hal yang demikian itu, para wanita diperintahkan untuk tidak mengeraskan suara mereka ketika bertarbiah. Ketika mengingatkan imam yang keliru dalam solatnya, wanita tidak boleh memperdengarkan suaranya dengan bertasbih sebagaimana lelaki, tetapi cukup sekadar menepukkan tangannya, sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Ucapan tasbih itu untuk lelaki, manakala tepuk tangan untuk wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penanda Wacana Contoh
Sebagai contoh

Seperti termaklum penggunaan komputer yang pertama dalam tahun 1965 di Lembaga Letrik Negara, Kerajaan telah mengorak langkah yang aktif dalam penggunaan teknologi maklumat. Sehingga kini, Kerajaan telah membelanjakan lebih satu billion ringgit dalam pembelian perkakasan dan perkhidmatan teknologi maklumat. Pelaburan yang begitu banyak didapati telah menghasilkan faedah-faedah seperti pengurangan kos, penjimatan masa, peningkatan hasil jabatan dan penjimatan penggunaan tenaga manusia.Sebagai contoh, saya difahamkan bahawa masa yang diambil bagi pengeluaran Lesen Memandu 'L' di Jabatan Pengangkutan Jalan dapat dikurangkan dari satu hari kepada satu jam dan pembaharuan Lesen Memandu dari 20 minit kepada 5 minit.

khususnya
Sesungguhnya patik dan seluruh warga Kementerian Pertahanan, khususnya bagi pihak Panglima TUDM dan seluruh anggota TUDM ingin mengucapkan junjung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas limpah perkenan tuanku sudi mencemar duli berangkat untuk bertitah dan seterusnya merasmikan Masjid Pangkalan Udara TUDM Subang pada tanggal yang mulia iaitu hari ini 27 Julai 2007 bersamaan 12 Rejab 1428 Hijrah.

Penanda Wacana Kesimpulan

Intihanya
Kajian mendapati rakyat Malaysia kurang berminat untuk membaca berbanding dengan aktiviti lain seperti hiburan. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memastikan minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini semakin meningkat.Intihanya, terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Konklusinya

Konklusinya, pelbagai usaha dapat dilakukan bagi mengatasi masalah kemerosotan mutu sukan negara. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disiplin diri dan bermotivasi tinggi semasa sesi latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu untuk menangani masalah ini, sudah tentu kualiti sukan negara akan dapat ditingkatkan.Jelaslah bahawa usaha yang proaktif perlu diambil segera demi meningkatkan mutu sukan negara.

Penanda Wacana Keterangan

Dengan kata lain
Informasi yang penulis peroleh bahawa ke depan SSD akan diproduksi secara manual oleh Industri Komputer, dengan kata lain penggunaan SSD akan meningkat dan ini tentunya akan terkandas pada media penyimpan Harddisk yang boleh jadi akan dihentikan produksinya oleh Industri.


Secara ringkas
Secara ringkas lelaki itu harus berani bangkit menjadi pemimpin kepada isteri. Usah dayus atau penakut untuk mengatakan kebenaran kepada isteri. Usah takut menyatakan hakikat bahawa wanita itu dari tulang rusuk kita. Bukan kita ego tetapi kita bersandar kepada hukum kejadian wanita dan seharusnya wanita itu harus taat kepada suami yang dijadikan suami untuk wanita itu.

Penanda Wacana Penghubung Musabab

Oleh, kerana, oleh sebab, oleh yang demikian, dengan itu

Semalam, Hock Nam dan Chew June serta dua akhbar berbahasa Cina telah diminta oleh Perkasa agar memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.
Selain itu, Perkasa turut mendesak Hock Nam dan Chew June untuk memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana melabelkan ucapan beliau sebagai menjijikkan dan bersifat perkauman semasa merasmikan mesyuarat agung berkenaan.
Hock Nam berkata, persidangan tersebut ada menyebut bahawa kaum Cina akan merampas Malaysia pada masa akan datang dan ini sama sekali tidak benar.
“ dengan itu jelas bahawa ungkapan yang menyentuh isu perkauman dan tidak wajar dilakukan oleh seseorang pemimpin. Dalam perlembagaan ada menyebut bahawa tiada diskriminasi ke atas mana-mana kaum dan agama di negara ini,” jelasnya.
Hock Nam turut menafikan beliau menyebut ucapan Dr. Mahathir sebagai menjijikkan sebaliknya berkata, kenyataannya telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu.
Oleh yang demikian, desakan perkasa itu tidak wajar dipatuhi. Sebaliknya sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan konsep perkongsian. Sesungguhnya, amalan itu penting oleh sebab lebih menjurus kepada banyak manfaatnya untuk generasi akan datang.

Penanda Wacana Penghubung Tambahan
dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, selanjutnya, di samping itu, untuk, jika

Hanya beberapa orang pesakit, jika ada pun, yang berharap sangat untuk berkunjung ke hospital. Tambahan pula, Kami mahu anda berasa seselesa mungkin ketika berada di sini, dan atas alasan inilah kami mereka bentuk kemudahan kami mengikut keperluan anda. Di samping itu, IJN juga menawarkan kemudahan rawatan klinikal yang paling canggih dan komprehensif bagi pelbagai jenis keadaan jantung dan paru-paru; malahan semasa anda berada di sini, anda akan dijaga rapi di dalam bilik berkelengkapan penuh untuk mencapai paras keselesaan yang menenangkan. Selanjutnya, antara Kemudahan-kemudahan ini termasuk:
• Lapan wad biasa bagi kes kardiologi dan kardiotoraks dengan pilihan suit daripada katil bujang kepada enam katil sebilik yang dilengkapi televisyen, telefon, bilik mandi berkembar dan sistem panggilan jururawat. Setiap wad dilengkapi satu bilik pengasingan bagi kes-kes yang memerlukan perhatian khas.
• Unit Rawatan Rapi (ICU) 18 katil disediakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi selepas pembedahan.
• Unit Rawatan Koronari (CCU) 12 katil disediakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi.
• Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) 10 katil disediakan untuk pesakit pediatrik, terutamanya neonat yang memerlukan rawatan rapi
• Bahagian Kecemasan 24 jam dengan Unit Cerapan enam katil bagi kes angina tak stabil, infarksi miokardium dan sakit dada
• Lima Bilik Pembedahan
• Empat Makmal Kardiovaskular Invasif
• Wad Jagaan Harian pemantauan penuh 11 katil bagi pesakit yang menjalani prosedur kardiovaskular invasif yang hanya perlu duduk beberapa jam sebelum dibenarkan pulang ke rumah

Lebih-lebih lagi, di bawah program pembangunan berterusan kami, kami sedang melabur semula sumber dan dana kami untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan kemudahan supaya meningkat baik lagi kualiti penjagaan.

Penanda Wacana Penghubung Tempoh
Pertama, seterusnya, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, kemudian

Pertamanya, kelangsungan Melayu Pulau Pinang mesti diteruskan. Ekonomi mereka mesti dibantu dan diperkukuh menerusi bajet besar dan pelan induk bersepadu untuk menyekat ‘aliran’ keluar dari pulau itu. Selepas itu, mereka mesti menjadi pemain ekonomi yang aktif supaya taraf kehidupan meningkat yang kemudian memberi kesan kepada sosial khususnya pendidikan generasi muda. Ketika ini, sebahagian besar Melayu di negeri itu pekerja kilang dan sektor perkhidmatan selain berniaga kecil-kecilan sehingga wujud fenomena masyarakat kelas ketiga yang menyumbang kepada pelbagai gejala sosial. Selanjutnya, bagi mewujudkan Unit Usahawan Bumiputera, ia mesti membabitkan sokongan organisasi dan institusi Melayu.

Seterusnya, Ia juga perlu membabitkan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu, selain ada sentuhan daripada Umno Pulau Pinang. Mungkin, dalam keadaan sosioekonomi Melayu negeri itu yang kritikal, Akhirnya, Kerajaan Persekutuan juga perlu melihat kemungkinan menubuhkan Jabatan Pembangunan Khas Pulau Pinang supaya segenap peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan boleh diselaras dan pembangunannya disepadukan. Kelewatan melakar pelan menyelamatkan Melayu di negeri itu bakal menyaksikan proses ‘pengaliran keluar’ berlaku lebih pantas, sekali gus meninggalkan semua ruang dan peluang ekonomi kepada monopoli kaum tertentu. Maka , Kerajaan Persekutuan perlu melihat potensi membangunkan tanah wakaf untuk menjana ekuiti kepada orang Melayu tanpa menjejas peranan asal dan statusnya sebagai wakaf

Penanda Wacana Penghubung tentangan
tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun

Tahun ini menyaksikan tempoh kontrak sebilangan peneraju utama syarikat milik kerajaan (GLC) akan tamat. Namun, persoalan timbul sama ada perkhidmatan mereka bakal dilanjutkan ataupun sebaliknya.
Antara penerajunya termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Hassan Marican (kontrak berakhir pada Februari); Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd., Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (Jun); Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar (Mei) dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar (Mac).
Sumber dalaman menyatakan ada antara peneraju tersebut telah dilanjutkan tempoh kontraknya tetapi pengumuman rasmi belum dibuat.
Walau bagaimanapun, kita berkeyakinan penuh bahawa dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini, kerja belum bercadang untuk menamatkan perkhidmatan. Namun begitu, keputusan terakhirnya bergantung dengan kehendak suara kabinet.

Penanda Wacana Perbandingan
demikian juga

Sebenarnya, pendidikan ini telah pun berlaku secara tidak langsung di peringkat pra sekolah. Misalnya, apabila kita memperkenalkan anggota badan kepada anak-anak, mengajar mereka bahawa yang boleh membersihkan anggota sulit mereka apabila ke tandas ialah ibu bapa atau guru. Demikian juga sewaktu kita memperkenalkan perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Secara perbandingan
Kanser nasofarinks merupakan suatu yang bukannya begitu jarang berlaku. Walaupun secara keseluruhannya, kanser nasofarinks berlaku pada kadar yang rendah berbanding dengan kanser-kanser lain di seluruh badan manusia, ia adalah antara kanser yang agak ketara jumlahnya dalam kalangan kanser yang difokuskan pada bahagian kepala. Bilangannya lebih ketara terutamanya bagi penduduk di kawasan Asia jika dibandingkan dengan negara-negara barat. Secara perbandingan juga, peratusannya lebih tinggi di kalangan penduduk yang berketurunan Cina.

No comments: