Tuesday, May 25, 2010

penanda wacana

Penanda Wacana

i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini,d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu,f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakal

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka,e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza

a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut
lain,
x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ....... c) Bak kata orang tua-tua, ......d) Bak kata mutiara, .......
e) Bak peribahasa, ....f) Bak kata cendekiawan, ........g) Persis kata peribahasa, ............h) Persis kata peribahasa Melayu, .
i) Persis kata orang tua-tua, ....j) Persis kata mutiara, ............k) Persis peribahasa, ..........l) Persis kata cendekiawan, ........
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

1.PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN
- Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu
· Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….
· Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan - pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
· Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.
· Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …
· Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan …

2. PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
· Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
· Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
· Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
· Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….
· Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
3.PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN
· Lazimnya, dalam keadaan …· Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah …
· Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa …· Sebagaimana yang kita ketahui· Sebagaimana yang kita maklumi
4.PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN
· Dalam hal ini …· Dalam konteks ini ..· Dalam zaman yang serba canggih ini …· Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa …
· Hal ini berlaku disebabkan· Hal ini penting dalam· Hal ini serupa dengan· Hal yang serupa berlaku apabila
· Kita sering menonton di kaca televisyen· Kita sering membaca di dada-dada akhbar · Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih· Yang paling nyata ialah· Yang perlu kita pastikan ialah

5. PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK
· Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak
· Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan
· Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian ….. pada tahun …… menunjukkan bahawa sebanyak …………
6.PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
· Sebagai contohnya· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah· Sebagai analoginya,
7.
PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas· Konklusinya,
· Dengan ini diharapkan· Mudah-mudahan perkara ini· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama diturunil, perkara ini akan …
· Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

1. Media massa –

muatkan/ perbanyak kempen-kempen kesedaran antidadah/ antivandalisme/ antilepak, dll) dalam akhbar perdana/ iklan waktu puncak -disebabkan kehidupan remaja berdamping rapat dengan media seperti televisyen dan majalah -adakan sesi perbincangan/ wawancara bincang isu –jemput tokoh berwibawa/ profesional -rancangan berunsur pendidikan pupuk nilai -jangan utamakan keuntungan material semata-mata -perlu penuhi juga tanggungjawab sosial sebagai agenda terpenting mengangkat maruah generasi muda -memberi fokus secara berterusan kepada isu supaya masyarakat sedar/ beri perhatian

2. Masyarakat

-prihatin setiap masa -menegur dengan baik dan berhemah, umpama menarik rambut di dalam tepung… -melaporkan kes dengan segera kepada (Sekretariat Antivandalisme/ Talian Teledera) -kikis sikap tidak endah/ enggan ‘jaga tepi kain orang’/ individualistik -bekerjasama erat demi kebaikan bersama/ tanggungjawab bersama -anggap remaja/ mangsa sebagai ahli keluarga -aktiviti peringkat kawasan/ gotong-royong/ sukan/ rekreasi -> libatkan seluruh penduduk setempat

3. Rakan sebaya

-anggap semua remaja sebagai rakan -tidak sanggup/ tidk patut biar dan melihat masa depan mereka hancur begitu saja kerana tiada sokongan -perlu bimbing ke arah kebenaran -prihatin dan peka akan kesan buruk demi masa depan

4.Ibu bapa

-kesedaran -kepentingan mendidik anak -memastikan anak menginsafi kesalahan/ tanggungjawab -tanggungjawab sebagai ketua keluarga -anak yang dididik dengan nilai-nilai murni -tidak akan sanggup melakukan perbuatan yang tidak bermoral -tidak akan melakukan perbuatan yang menyusahkan orang lain -tidak akan memalukan nama baik ibu bapa

-tidak akan menjejaskan nama baik keluarga/ sekolah/ bangsa/ negara -jangan pendam/ sorok masalah; harus dapatkan bantuan jika tidak mampu selesaikan sendiri sebelum parah -pendidikan bermula dari rumah: -agama/ moral -contoh terbaik/ ‘role model’- ikutan/ tiru sikap/ watak/ tindak tanduk -lentur buluh biar dari rebung -masa anak di rumah lebih panjang -anak berpendidikan sempurna lahir daripada ibu bapa cemerlang akhlak -jiwa manusia hanya boleh kenyang dengan makanan rohani, iaitu didikan mengenai Tuhannya -ibu bapa perlu bertindak selaku pendidik, bukan sekadar penjaga makan minum anak-anak
5. kerajaan

Dalam hal ini, kerajaan sedar akan perkembangan yang berlaku dan telah mengambil langkah untuk menanganinya. Kempen kejiranan dengan slogan `Jiran Sepakat Membawa Berkat’ dilancarkan bagi mengatasi masalah menentingkan diri sendiri yang wujud di kalangan warga kota ini.

Kesimpulan
-Kesimpulannya, .... -semua pihak mestilah… -krisis sosial ini perlu... -Masalah … tidak akan berkesudahan selagi … -Kerjasama antara ... perlu dilipatgandakan. -Kita tidak perlu menunggu .... untuk bertindak dengan tegas. -Tanpa kesedaran yang menyeluruh… sudah pasti...-Kesungguhan mempertingkatkan .../ menangani … -Oleh itu -…hendaklah -merancang -…mestilah -mengambil langkah drastik/ mesti segera -…wajar sekali -bertindak segera dengan -Usaha ……. menuntut kesabaran/ keterbukaan fikiran -Perbincangan dua hala perlu dibuat antara … dengan … -Persoalannya, sanggupkah kita berlapang dada/ berfikiran terbuka dalam menangani… -Justeru itu, ….-Dengan adanya penglibatan yang menyeluruh oleh…, maka ...
-Masyarakat mestilah ... -Mereka tidak sepatutnya ... -Adakah kita mahu ........?-Jika..., maka ... -Kita tidak boleh semata-mata ....(berfikir/ mengharapkan...) -Hanya dengan usaha yang bersepadu, harapan untuk … dapat direalisasikan. -(Peribahasa slogan, dsb.)

Penyataan soalan(atau) takrif/ definisi(atau) penegasan(atau) umum

Semangat kejiranan bermaksud semangat bersatu padu yang perlu dipupuk dalam sesebuah masyarakat seperti amalan bekerjasama, bertimbang rasa, tolong-menolong dan menghormati jiran.(atau)Dewasa ini, persoalan tentang kelonggaran semangat kejiranan dalam masyarakat semakin hangat diperkatakan

Isu semasa (atau) umum

Berdasarkan situasi semasa, kita sedar bahawa masyarakat di bandar sudah tidak mementingkan semangat kejiranan lagi.(atau)Masyarakat di bandar khususnya menganggap isu kelonggaran semangat kejiranan merupakan perkara yang remeh dan hanya membebankan dan mengongkong kehidupan mereka.

Isu semasa

Oleh itu, mereka bersikap individualistik dan tidak mahu bergaul dengan jiran mereka.(atau)Masing-masing membawa haluan sendiri kerana kononnya mereka `tidak mahu menjaga tepi kain orang’

Pertanyaan *

Mungkinkah hal ini berlaku kerana arus kemodenan yang begitu pesat?/ Persoalannya, mengapakah masalah ini menjadi semakin kritikal?/Masalahnya, mengapakah sikap negatif ini semakin menebal dalam jiwa masyarakat, khususnya di bandar-bandar?

Pendapat tokoh(atau) pendapat kerajaan(atau) pendapat umum(atau) peribahasa(atau) slogan

Dalam hal ini, kerajaan sedar akan perkembangan yang berlaku dan telah mengambil langkah untuk menanganinya. Kempen kejiranan dengan slogan `Jiran Sepakat Membawa Berkat’ dilancarkan bagi mengatasi masalah menentingkan diri sendiri yang wujud di kalangan warga kota ini.

Pendirian(atau) nyatakan gambaran isi

Sebagai anggota masyarakat, kempen yang dilancarkan oleh kerajaan itu perlu dijayakan dengan bersungguh-sungguh kerana manfaatnya yang cukup besar

Cohtoh karangan 2: permainan tradisional.

Dasawarsa ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot permainan ini tanpa menyedari kepentingannya. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional seperti congkak, guli, wau, gasing dan ting ting memainkan peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang.

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan permainan tradisional.(A1) Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. (A2)Janganlah kita merindui permainan tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. (A3)Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk mempertahankannya.(A4) Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.(A5) Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. (A6)

Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.

Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, permainan tradisional di Malaysia wajar dijadikan carta kehidupan rakyat dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah.

Frasa menarik:

1. Pembentukan akhlak dari pelbagai perspektif amat penting dalam menjamin status kita pada masa akan datang.

2. Membaca jambatan ilmu, amalan membaca membentuk budaya intelek sejajar dengan usaha untuk merealisasikan Wawasan 2020.

3. Melalui________, ilmu pengetahuan dapat diperluas, fikiran yang konservatif akan berubah menjadi komprehensif dari pelbagai aspek.

4. Melalui___________, taakulan dan analisis yang mantap diperoleh, justeru membantu usaha memperkasa misi dan visi.

5. __________ dapat menjadi pedoman yang sepatutnya termaktub dalam kehidupan.

6. Amalan--------- dipasakkan dalam sanubari masyarakat.

7. Secara holistik, penguasaan dan pengukuhan _________ secara komprehensif melalui__________ amat penting dalam proses penyelidikan, perbincangan, pemikiran dan pengajian.

8. Melentur aur biarlah dari rebungnya, institusi keluarga pasak utama untuk menentukan sikap, kelakuan, keperibadian anak.

9. Festival ini menjadi wahana untuk memartabatkan laying-layang tempatan

10. Lagu irama tradisional masih menjadi halwa telinga orang ramai.

11. Budaya kita tidak akan luntur seperti pepatah”tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.”, sekiranya

masyarakat sentiasa memberikan sokongan yang positif terhadap unsur budaya Melayu

1. Pelbagai alternatif yang proaktif dapat ditonjolkan untuk memartabatkan warisan ini agar sentiasa mekar sepanjang zaman.

¥ Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pentingnya kemudahan awam kepada masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

¥

¥ (A1)Kini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk keselesaan rakyat. (A2)Antaranya termasuklah sekolah, telefon awam, pengangkutan awam, dan pondok menunggu bas. (A3)Kemudahan yang disediakan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

¥ (A1)Bangunan sekolah yang yang mempunyai pelbagai kemudahan amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (A2)Sebagai contoh, bangunan sekolah yang dilengkapi kemudahan air, elektrik, dan tandas .(A3)Hal ini membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang selesa.

¥ (A1)Pengangkutan awam juga tidak kurang pentingnya kepada mereka yang berulang-alik ke sekolah atau ke tempat kerja. (A2)Sebagai contoh, pengangkutan awam yang kerap digunakan ialah bas awam. (A3)Pengangkutan ini menjimatkan wang bagi golongan yang berpendapatan rendah.

¥ A1)Selain itu, telefon merupakan alat perhubungan yang penting pada masa ini. (A2)Sebagai contoh, telefon awam amat diperlukan di kawasan luar bandar. (A3) Kemudahan ini diperlukan terutamanya ketika berlaku sesuatu kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.

¥ (A1)Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menjaga kemudahan awam. (A2)Caranya, dengan menggunakannya sebaik mungkin kerana kemudahan tersebut adalah milik bersama.

(120 patah kata)

LAPORAN KEM KEPIMPINAN PELAJAR ANJURAN PERSATUAN RAKAN SEBAYA DI HUTAN REKREASI SUNGAI CONGKAK,SELANGOR

Persatuan Rakan Sebaya(S) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya telah rnengadakan satu Kem Kepimpinan Pelajar di Hutan Rekreasi Sungai, Congkak, Hulu Langat, Selangor pada cuti persekolahan yang lalu iaitu pada I hingga 3 Jun 2005. Tujuan utama __________________________________________________________________________

Pada 1 Jun 2005, ahli-ahli PRS telah berkumpul di dataran perhimpunan sekolah untuk menaiki bas ke Hutan Rekreasi Sungai Congkak. Tepat pukul 10.00 pagi kami telah bertolak dan tiba di Hutan Rekreasi Sungai Congkak tepat pada pukul 11.00 pagi. Keadaan air terjun yang mengalir jernih dengan bunyi unggas yang bersahutan seolah-olah mengucapkan selamat datang kepada kami. ________________________________________________________

Setibanya kami di sana, kami telah mendirikan khemah. Setelah makan tengah hari dan solat, kami telah berkumpul di Dataran Sungai Congkak untuk taklimat daripada guru penasihat PRS iaitu Puan Norliah Yusri. Kami telah diterangkan oleh Puan Norliah tentang perjalanan Kem Kepimpinan. Sepanjang tiga hari dua malam kami di sini, jadual kami amat padat.______________________________________________________________

Tepat pukul 8.00 malam, sesi motivasi oleh pakar kaunseling iaitu Dr. Farid Sulaiman telah diberikan. Banyak ilmu yang diperoleh dalam sesi ini pada pukul 12.00 tengah malam kami telah balik ke khemah masing-masing untuk tidur.

Pada 2 Jun 2005, selepas bersarapan pagi kami telah menjalani aktiviti merentas hutan dengan diketuai oleh Encik Kamal Hassan, seorang renjer hutan. Pelbagai rintangan telah kami harungi sewaktu aktiviti ini seperti merentasi kawasan paya, berjalaƱ mengikut denai-denai yang telah lama tidak dilalui dan rnenggunakan jambatan tali untuk menyeberangi sungai. Sesungguhnya aktiviti ini dapat menguji tahap kecergasan fizikal kami.

Pada sebelah petang kami telah mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Haji Yaakob Selaat.

Setelah sesi ceramah, kami telah mengadaka bengkel mengikut kumpulan-kumpalan yang telah ditetapkan Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil bengkel.

Pada sebelah malamnya, kami telah diberi sekali lagi sesi kaunseling oleh guru penasihat sendiri dengan dibantu oleh beberapa guru yang lain iaitu Puan Eliza, Puan Afidab, Puan Hamimah, Ustaz Nazri dan Encik Sani. Sesi kaunseling yang telah diadakan memberi kesedaran kepada kami.

Pada 3 Jun 2005, kami telah bersiap untuk pulang. Tepat jam 12.00 tenga hari kami pulang dengan menaiki bas. Kem yang diadakan inl telah dapat mendedah kan kami tentang ilmu yang tidak dapat kami peroleh dari dalam kelas.

No comments: