Friday, May 14, 2010

Cara Menulis Karangan Bahagian C (40%)

CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI

PANDUAN:

Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah

A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu

· Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur:

  1. Unsur 1 (ayat utama)
  2. Unsur 2 (ayat huraian)
  3. Unsur 3 (ayat contoh)
  4. Unsur 4 (ayat penegas)

B. AKSESORI KARANGAN

  1. Kosa Kata Menarik
  2. Penanda Wacana Menarik
  3. Ungkapan Menarik
  4. Frasa Menarik

PERENGGAN 4 UNSUR:

1. Ayat Utama:

·

Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

· Gunakan ayat mudah.

2. Ayat Huraian:

·

Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

· Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

· Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

· Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

3. Ayat Contoh:

Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

· Data statistik

· Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati

· Penemuan atau kajian sains.

· Contoh langsung

4. Ayat Penegas:

Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

· Penutup kepada perenggan

· Menegaskan semula isi utama

Rumusan( setiap perenggan terdapat 4 hingga 5 ayat)
(A1) Apa?Ayat Utama:
-
Apakah isi pokok yang mahu disampaikan

(A2)
Mengapa?Ayat Huraian:
-
Mengapa boleh berlaku (isi pokok)

(A3)
Bagaimana/ Kesan daripada apa?Ayat Huraian
-
Bagaimana boleh berlaku (isi pokok)

(A4)
Contoh/ BuktiAyat Contoh:
-
Apakah contoh yang dapat menunjukkan (isi pokok)

(A5)
PenegasanAyat Penegas:
-
Kesimpulan daripada isi-kembali kepada persoalan pokok






Contoh Soalan Karangan:

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk. (TUGASAN)

Contoh Perenggan 4 Unsur

  1. · Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA).
  2. · Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian)
  3. · Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH).
  4. · Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja termasuklah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK) justeru sebarang pertengkaran dan perselisihan faham hendaklah dihindarkan.(ayat huraian) Menurut kajian menyatakan bahawa institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS) (100patah perkataan)

1 comment:

Cikgu Phong From SMK Jalan Damai, Bukit Mertajam said...

cuba mengembangkan isi yang kedua, iaitu peranan guru(pihak sekolah) , pihak kerajaan...