Wednesday, April 21, 2010

Latihan Pantun Nasihat
















1. Suaikan rangkap pantun di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Emas perak tembaga suasa,

Malas bergerak tidak merasa.

Buah cempedak dalam gantang,

Siapa hendak dia datang.

Periuk belanga pasu kuali.

Busuk nama menipu mencuri.

Saya kata itik, awak kata ayam,

Sudah kena jentik baru nak diam.

kalau tidak dipecahkan, ruyung manakan dapat sagunya.

Menconteng arang di muka sendiri,

Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

Sudah terhantuk baru tengadah.

2 Tuliskan pengajaran yang sesuai berdasarkan rangkap pantun di bawah.

  • Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa.

  • Kumbang jarak kumbang jagung, Berant buat berani tanggung.

  • Tunggu durian Teluk Emas, Stapa kemudian kena kemas.

  • Saya kata itik, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam.

3 Berikan maksud baris pantun di bawah.

  • (a) banyak cakap banyak bohong (rangkap 2)

  • (b) Hati terang senang faham (rangkap 5)

4. Baca pantun dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
I Mengapakah seseorang itu dijentik dalam rangkap terakhir pantun?
A Dia terlalu aktif.
  • B Dia terlalu bising.

    C Dia terlalu pendiam.

    D Dia membuat kacau.

    2 Apakah maksud rangkap ketiga pantun?

    A Seseorang yang menantikan suratnya dibalas.

    B Pembaca diharapkan agar memenuhi harapan seseorang.

    C Seseorang diharapkan agar segera memberi balasan yang setimpal.

    D Seseorang itu diharapkan agar membaca sesuatu yang diberikan kepadanya.

    3 Antara berikut ialah bentuk Pan tun Dua Kerat (Nasihat) kecuali

    A rima akhir setiap rangkap berbentuk aa

    B terdiri daripada dua bans setiap rangkap.

    C terdapat sembilan rangkap pantun sahaja.

    D terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan setiap bans.

    4 Busuk nama menipu mencuri

    Baris pantun di atas mempunyai unsur gaya bahasa

    A aliterasi.

    B asonansi.

    C anafora.

    D metafora.

    5 Kepada siapakah Pantun Dua Kerat (Nasihat) ini ditujukan’?

    A Kanak-kanak.

    B Golongan dewasa.

    C Para remaja yang liar.

    D Semua lapisan masyarakat.

    Nilai

    Pengajaran

    Rajin Kita hendaklah memupuk sikap rajin dalam pekerjaan supaya dapat merasai hasilnya.

    Kita perlulah rnenjaga narna baik din sendiri dan keluarga daripada gejala yang tidak sihat seperti mencuri dan menipu

    Kita mestilah mengucapkan terima kasih setelah menerima sesuatu pemberian.

    Kita mestilah berani bertanggungjawab terhadap perbuatan yang kita lakukan.

1 comment:

aNis haZiqah said...

salam..cikgu..nak tanya,
kumbang jarak kumbang jagung
adakah di kira betul jika saya kata unsur bunyi asonansi vokal a dan aliterasi untuk konsonan k dan g..