Sunday, October 12, 2014

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak(Sampel jawapan peperiksaan Akhir Tahun Jit Sin Tingkatan 4 2014)

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan.
          Disiplin ialah suatu sistem tatacara mengurus diri yang menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan kita. Justeru, disiplin ialah jurupandu untuk melunaskan rutin harian kita kerana mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. Ibu bapa pula merupakan sumber inspirasi atau pelindung kepada anak yang diibaratkan kain yang suci kudsi, ibu bapalah yang menentukan zuriatnya menjadi majusi atau nasrani. Dengan jurupandu yang berdisiplin, anak yang dilahirkan akan menjadi galang ganti nakhoda yang bakal mengendalikan bahtera rumah tangga selepas menuju ke alam kedewasaan. Anak-anak ibarat harta, bak kata gurindam:
Anak itu umpama sepohon yang rendang,
Lebat daun tumpang teduhannya,
Berbatang sasa teguh teras kayuannya,
Berakar serat berkhasiat majorabat,
Berbuah lebat manis madu aromanya,
Ibarat benih yang baik,
Sebiji jatuh ke laut menjadi pulau,
Sebiji terlontar ke udara menjadi kejora,
Sebiji jatuh ke darat menggunung sasa.
          Sesungguhnya, ibu bapa mestilah menyelami ilmu keibubapaan dan kursus perkahwinan semasa menuju ke hidup berumah tangga. Ibu bapa yang peka mengurus permasalahan isi rumah akan pandai berkomunikasi dengan ahli keluarga sekalipun dirundung dengan pelbagai kekangan dalam kehidupan yang akan menggugat keteguhan ikatan kekeluargaan. Ibu bapa ialah pakar kaunseling kepada anak. Walhasil, anak remaja pada era pascamodenisasi ini berada dalam fasa peralihan yang terserlah, mereka mengalami krisis kecelaruan identiti dan konflik jiwa kerana masyarakat kini seakan-akan berada dalam zaman jahiliah yang dahsyat dengan penjajahan minda oleh budaya globalisasi. Tanpa bimbingan dan dorongan yang sewajar, anak akan mencari-cari budaya yang berkiblatkan fahaman liberalisme dan hedonisme. Ibu bapa mestilah mendisiplinkan anak supaya pandai mengurus masa. Masa yang disia-siakan dengan budaya negatif bukan sahaja membejatkan akhlak malahan menggelapkan masa depan pelapis generasi muda. Masa ini seperti mata pedang, kita tidak memancung masa tetapi masa akan memancung kita. Bertangguh itu pencuri masa. Jikalau anak remaja tidak memahami kepentingan pengurusan masa, hidup kita akan bak seratus tahun bah melanda kapar tetap tidak berlalu. Tanpa disiplin diri yang pandai mengurus masa, hidup kita akan ketinggalan malahan kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Sebagai ibu bapa, jadual berkeluarga juga mesti ditetapkan untuk mengimbangi sesi pembelajaran dengan masa bersantai bersama ahli keluarga. Ijmalnya, ibu bapa yag mementingkan ilmu keibubapaan akan menghasilkan anak yang mementingkan ilmu juga.  Sesungguhnya, tanpa ilmu, hidup kita akan jumud bagai katak di bawah tempurung. Segala kekusutan tidak dapat dirungkai tanpa pemikiran yang waras dan kebijaksanaan yang kental. Bersuluh di tengah hari bahawa pendisiplinan penting untuk melahirkan anak yang pandai menghargai masa supaya rajin menuntut ilmu.  Kepentingan ilmu kepada ahli keluarga terbayanglah dalam syair pendeta Za’ba;
Ilmu alat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparannya luas terbentag saujana,
Sempadan ajal tepian fana.

          Dari skop pengurusan kawalan dalaman seseorang individu, ibu bapa mestilah melatih anak supaya menjadi insan yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan. Hal yang demikian itu amatlah penting kerana sifat takwa akan meneguhkan jati diri dan menenteramkan jiwa yang bergelodak. Segala tuntutan agama dan amalan ibadat meruapakan wahana untuk melahirkan insan yang istiqamah dengan akal budi yang analitis. Ibu bapa mestilah menjadi cermin perbandingan kepada anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi atau bapa borek anak rintik. Ibu bapa mestilah menunaikan solat sekurang-kurang lima kali sehari dan selepas bersolat, ahli keluarga mestilah bermusyawarah supaya selalu mendengar luahan hati masing-masing. Bahawasanya, tekanan emosi dan bebanan kewangan pada zaman ini semakin sengit melanda jiwa setiap individu.  Tanpa iman, diri akan hilang pedoman malah menjadi manusia nanar umpama layang-layang yang terputus talinya. Justeru, sifat takwa juga bakal mengajar kita erti kesabaran dan pengawalan emosi atau tingkah laku. Ibu bapa mestilah memantau dan mengawasi tingkah laku dan pengawalan emosi anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendek kata, pendisiplinan diri akan menzahirkan sikap yang mempunyai kawalan dalaman yang kental.

          Dari dimensi berkenaan penjagaan imej, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak. Ibu bapa mestilah menerapkan program 3K di keluarga, iaitu ketenangan, keselamatan dan keceriaan dalam keluarga. Pendisiplinan anak tentang tabiat yang suka mesra alam amatlah penting agar memastikan kesiambungan tamadun bangsa. Ibu bapa mestilah memastikan anak bukan sahaja menjadi kebersihan dari segi lahiriah, malahan kebersihan dari segi batiniah supaya memastikan segala tingkah laku akan membahagiakan setiap komuniti di sekelilin kita. Ibu bapa seyogia meluangkan masa menemani anak menjalankan aktiviti amal seperti berjinak-jinak dengan aktiviti Rukun Tetangga, Pasukan Sukarela dan Majlis Amal Kebudayaan Warisan dan Seni yang memastikan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan di kawasan setempat. Muktasarnya, kebersihan di keluarga akan melatih anak agar mementingkan pemuliharaan alam sekitar semasa meneuju ke alam kedewasaan. Ibu bapa juga perlu memastikan anak menjaga imej dan harga diri agar perbuatan yang mencerminkan air keruh dijauhi sama sekali. Sudah terang lagi bersuluh, pendisiplinan yang sewajar akan melahirkan anak yang bukan sahaja menjaga imej diri malahan keluarga, masyarakat dan negara kerana air yang bening akan terpancar bayang yang jernih.

          Dalam sudut sosial, hubungan harmonis sesama manusia atau alam sekitar seyogia digarisbawahi oleh ibu bapa. Ibu bapa merupakan guru terdekat kepada anak mestilah menaburkan nilai kasih sayang kepada anak dengan bijaksananya. Sifat kasih sayang merupakan limpahan rahmat daripada Tuhan kepada ciptaan-Nya. Tegal itu, kasih sayang merupakan sifat Tuhan yang seyogia menjadi anutan manusia supaya meluaskan nilai kasih sayang kepada semua makhluk di buana ini. Sewajarnya, ibu bapa mestilah memahami bahawa hukuman dan tohmahan hanya akan memporak-perandakan rumah tangga dan terpesong akidah. Kasih sayang akan mengeratkan talian ukhuwah dan menjadi teras kekuatan masyarakat supaya melahirkan keturunan yang bertamadun dan penyayang. Keluarga bahagia akan mewujudkan masyarakat penyayang yang bukan sahaja mensejahterakan rakyat Malaysia malahan meneruskan kesinambungan tamadun nusa dan bangsa. Izharnya, hubungan intim dan hubungan mawaddah antara ahli keluarga akan melahirkan anak yang memahami bahawa setiap makhluk di buana ini adalah hidup secara simbiosis umpama lagu dengan irama yang saling bergantungan demi membentuk suatu tempo yang artistik serta estetik. Pendisiplinan daripada ibu bapa akan memastikan anak yang menerapkan budaya hormat-menghormati dan menjalinkan hubungan harmonis sesama umat manusia.

            Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ibu bapa merupakan pengemudi untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam jiwa raga anak. Displin ialah peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Ibu bapa mestilah menggalakkan anak berkecimpung dalam aktiviti kesukanan atau aktiviti kokurikulum di sekolah. Untuk berhadapan dengan cabaran dunia tanpa sempadan, anak remaja hendaklah bersedia memperlengkap diri dengan pakej jasmani, intelek, emosi dan rohani yang sempurna. Semua pakej asas tersebut amatlah penting dalam hal membina ketahanan diri dari segi fizikal dan mental yang teguh agar tidak tewas dalam mengharung cabaran kerana usia yang masih muda ibarat darah baru setampuk pinang usia baru setahun jagung. Ibu bapa seyogia membawa anak menyertai aktiviti yang bermanfaat seperti ABIM, Rakan Cops, RELA, MERCY, Yayasan Belia, Rakan Muda dan persatuan keagamaan yang dianjurkan oleh pihak NGO atau swasta. Dorongan ibu bapa yang positif akan membina jati diri anak yang ampuh supaya menangani tekanan hidup yang semakin mencabar. Keputusan akademik bukan sekadar menjadi kayu ukur untuk menilai tahap kejayaan diri seseorang remaja, namun sahsiah diri yang ampuh sama ada mempunyai nilai karisme atau tidak merupakan pengaruh utama untuk menentukan kejayaan generasi muda pada masa hadapan. Jelaslah, pendisiplinan boleh dibentuk melalui pelibatan dalam aktiviti sihat sejak kecil lagi.  

          Sebagai penghias penutup birai bicara, memetik sepotong kata hadis,  Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, daging itulah hati.” Sebagai ibu bapa mithali, pencorakan disiplin diri anak bergantung pada akal budi dan inisiatif mereka. Jiwa raga anak yang sewarna pelangi atau segelap mendung terpulang pada budaya pendisiplinan ibu bapa dari segi gaya hidup sihat, pengurusan masa, perancangan kehidupan, penyelenggaraan personel, serta pengawalan emosi dan tingkah laku anak mereka. Pendek kata, anak remaja yang berdisiplin diungkapkan dalam lirik lagu nasyid oleh Unic;
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu. 

Saturday, October 11, 2014

Percubaan SPM Bahagian A - Kelantan 2014

       Sesungguhnya, disiplin ialah suatu sistem tatacara mengurus diri yang menatijahkan kejayaan dalam setiap urusan kita. Sebagai contohnya, kita mestilah menetapkan jadual belajar atau jadual ke perpustakaan. Jadual yang sistematik amatlah penting untuk membuat pengurusan masa, perancangan belajar dan penyelenggaran personel bersama dengan semua orang. Semasa di perpustakaan, kita akan dilatih memiliki kawalan dalaman diri seperti tidak melanggar peraturan yang ditetapkan, justeru mengawal tingkah laku yang suka mengikut hawa nafsu semata-mata. Jelaslah, disiplin ialah asas kejayaan.
      Dari skop lain, setiap pelajar mestilah mempunyai ikon yang baik. Memetik kata hadis, perumpamaan kepada kawan baik seperti penjual minyak wangi, manakala kawan buruk seperti tukang besi. Maka, kita mestilah mencari kawan yang sealiran seperti membentuk kumpulan perbincangan. Melalui sesi bermusyawarah, perasaan antagonis seperti salah faham, dendam kesumat dan sikap bersultan di hati, beraja di mata akan dikikis sesama kawan. Ijmalnya, aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan sifat setia kawan, malahan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berfikir supaya meningkatkan pencapaian akademik, bak kata pepatah bagai sambil menyelam minum air, atau muafakat membawa berkat.
      Jikalau meninjau dari akar umbinya, sikap kegigihan dan kerajinan merupakan prasyarat untuk meningkatkan prestasi akademik. Sebagai contohnya, setiap pelajar mestilah memahami isi tersirat di sebalik peribahasa, tak pecahkan ruyung, masakan dapat sagu. Oleh itu, setiap pelajar mestilah rajin mengulang kaji pelajaran sebelum waktu peperiksaan, kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tegasnya, setiap pelajar mestilah menetapkan cita-cita untuk mendapat 10A dalam peperiksaan SPM. Memetik kata Sukarno, “ .Gantunglah cita-cita di langit sekalipun kaki di perlimbahan.” Cecil B DeMille(pengarah filem terkenal di Amerika Syarikat) juga pernah berkata, tetaplah hala tuju dan tidak akan menyimpang lagi sebelum berjaya.

      Sebagai penghias penutup bicara, setiap pelajar mestilah bertawakal kepada Tuhan, justeru menjalinkan hubungan harmonis dengan guru. Sikap yang berani bertanya sebarang permasalahan dengan guru amatlah penting kerana segan bertanya sesat jalan, malas berkayuh perahu hanyut. Keinginan untuk berjaya dalam akademik mahupun sahsiah amatlah penting untuk memastikan kesejahteraan dan kecerahan hidup pada hari muka.

Friday, October 10, 2014

Percubaan SPM 2014- ICT

Percubaan 2o14
terengganu
peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK) dalam kekidupan.
Berkongsi pendapat
Memperoleh maklumat
Menjanakan pendapatan
MRSM
faedah-faedah menggunakan laman sosial
Menambah kenalan
Mempromosikan barangan
Menyebarkan maklumat
1.      Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin berleluasa. Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada pengguna. Pada pendapat anda, jelaskan kesan-kesan negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
3.      Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini banyak memberi manfaat kepada pelajar. Huraikan faedah yang anda peroleh dengan menguasai teknologi maklumat.



     Capaian perkhidmatan internet jalur lebar bagi setiap isi rumah di Malaysia kini mencecah kadar penembusannya 68 peratus iaitu antara yang paling pesat berkembang dalam kalangan negara membangun.  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil pengenalan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan pada tahun 2010. Malaysia juga mendapat pengiktirafan sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar paling murah dalam kalangan 46 negara membangun di Rantau Asia ini.  Sesungguhnya, KKMM telah meningkatkan kadar kelajuannya serta memastikan setiap rakyat mempunyai peranti yang akan menghubungkan semua orang.
            Golongan belia digesa memantapkan ilmu digital kerana bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu merangkumi penglibatan menyeluruh terhadap pembangunan aplikasi dan permainan siber. Permainan digital ialah industri kreatif yang  memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Industri ini meliputi bidang animasi serta pelbagai bidang baharu berteraskan ICT yang mampu mewujudkan peluang kerjaya. Selain doktor, peguam dan jurutera, kepakaran digital telah disenaraikan sebagai pilihan kerjaya utama golongan baharu kerana bidang ini diyakini mampu menjana pendapatan lumayan. Kampus Digital 2014 merupakan program berkaitan teknologi digital dan permainan elektronik siber pertama di Malaysia . Tegasnya, pendedahan literasi digital perlu diperluas agar anak-anak muda mendapat pendedahan menyeluruh tentang industri kreatif dan multimedia. Jelaslah, industri kreatif negara dijangka menjana hasil sebanyak RM600 juta tahun ini.
            Dari sudut strategi pemasaran, Bajet 2015 telah menekankan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam mempromosi barangan pengusaha kecil dan sederhana.(PKS). Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (Matrade) mengemukakan penggunaan laman sosial bagi melonjakkan nilai eksport barangan tempatan seperti produk makanan, industri digital dan sebagainya  ke pasaran antarabangsa. Jelaslah, laman sosial merupakan medan untuk memperkenalkan barangan jenama Malaysia di arena antarabangsa dan merangsang pelaburan melangkaui sempadan. Tamsilannya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menambah baik laman sesawang, agrobazaar.com.my sebagai kaedah pemasaran yang dige­rakkan secara dalam talian untuk mempromosi produk negara ke setiap pojok negara.

            Penguasaan media sosial seperti laman sesawang dan blog sebagai medium menyampaikan maklumat telah terselindung dengan seribu satu isu pro dan kontra. Sesungguhnya, prinsip buang keruh ambil jernih amatlah perlu untuk memanfaatkan media sesawang kerana ba­nyak pelabur asing akan mendapat  informasi dari hujung jari. Kini, banyak barangan tempatan dibeli oleh rakyat Singapura dan Negara Cina melalui perniagaan dalam talian. Justeru, inovasi sosial ini mampu membantu usahawan memasarkan produk secara lebih meluas dalam talian.

            Selain itu, sistem telekomunikasi telah mengasimilasi dan mengakulturasi kepelbagaian teknik pengajaran untuk  meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baharu dalam pengurusan organisasi di samping mewujudkan budaya kerja k-ekonomi yang lebih berdaya saing dan produktif. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 . Perkembangan pendidikan digital, permainan elektronik (e-gaming), dan robotik telah menjadi trend terbaharu dan menuntut generasi muda jangan bersikap kejumudan bagai sepuluh jong masuk ke pelabuhan, anjing masih bercawat ekor.

            Selain bidang ekonomi dan pendidikan maya, media sosial juga berperanan untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Dalam dunia digital hari ini, telefon mudah alih dan Internet sebagai dua alat teknologi paling penting bagi komunikasi. Kajian pusat Penyelidikan dan Inovasi Tricap, di Cyberjaya , rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit dan Internet untuk berhubung. Gabungan peranti teknologi ini diiktiraf secagai cara yang  lebih pantas dan mudah untuk berkomunikasi dan sekali gus berkongsi maklumat. Kini, percantuman teknologi telah menjadikan telefon bimbit sebuah telefon, komputer, alat muzik, konsol permainan dan juga landasan komunikasi yang membolehkan insan berinteraksi dan bertemu. Pendek kata, dunia kini semakin kecil dari segi hubungan insan. Sebagai peranti mudah alih yang paling penting dan serba guna telah meluaskan rangkaian sosial seperti mempererat hubungan rakan, ahli keluarga dan kenalan . Komuniti digital memberi ruang untuk bersosial dari rumah dan telah menjadi satu trend yang baharu dalam kalangan generasi muda.

            Tidak salah dikatakan populariti South Korea dalam industri digital merupakan satu ikon yang perlu diteladani. Media sosial seperti hiburan k-pop dari Korea Selatan dapat ditonton di mana-mana sahaja walaupun bahasanya tidak difahami oleh peminat. Sesungguhnya, Malaysia ada beberapa kandungan animasi yang ditonton seluruh dunia seperti Upin dan Ipin, Bola Kampung serta macam-macam lagi. Jikalau meninjau sudut kesan negatif, rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam sehari di alam siber . Antaranya, mereka melayari laman media sosial melalui telefon pintar sehingga menjadi  suatu ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, seperti tekanan emosi, keresahan dan kemurungan. Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti. Bahkan, beberapa insiden buruk disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara serata dunia. Antaranya, kematian seorang pemuda berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai akibat bermain permainan komputer tanpa henti-henti selama 15 jam pada akhir tahun lepas.  Begitu juga seorang pemuda berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing.

            Akhir kata sebagai penutup birai bicara, KKMM terus berusaha menumpukan penglibatan komuniti di luar bandar dengan dunia digital serta pembangunan bandar pintar sebagai hab digital di serantau. Infrastruktur telekomunikasi yang baik mampu mencetus transformasi,  menjana inovasi, melancarkan urusan dan meluaskan kerjasama diplomatik. Sesungguhnya, pembangunan sesebuah negara dan kemudahan telekomunikasi saling berkaitan seperti enjin dan jentera. Banyak kajian membuktikan bahawa pelaburan untuk membangunkan infrastruktur dapat meningkatkan produktiviti dan memacu pembangunan. Kejayaan pelancaran enam satelit MEASAT  telah meningkatkan kualiti telekomunikasi, penyiaran serta teknologi maklumat menjelang ambang 2o2o.


Thursday, October 9, 2014

Percubaan SPM 2014 - 13 Kelantan

Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan formal.  Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

          Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu memaksimumkan keberhasilan sistem pendidikan supaya memastikan kebolehpasaran pelajar dalam bidang kerjaya selepas tamat persekolahan. Kerajaan telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun untuk Kementerian Pelajaran.Walau bagaimanapun, pentafsiran dalam Programme for International Student Assessment atau PISA 2012, Malaysia berada pada kedudukan ke-52 bagi penguasaan Matematik manakala Sains(kedudukan pada ke-53) dan bacaan (kedudukan ke-59)  daripada 65 buah negara yang dinilai. Sesungguhnya, tidak ada tongkat ajaib atau azimat yang boleh menjelmakan impak maksimum dalam sekelip mata. Bertitik tolak daripada kesedaran ini, Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia(2013-2025) telah menyasarkan pelajar yang bercirikan aspirasi seperti pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional.
          
              Anjakan paradigma dominan pelan ini ialah menyediakan pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Hakikatnya, seseorang pelajar mestilah memenuhi ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.  Menurut Benjamin Franklin, “Genius yang tidak dididik adalah ibarat permata tenggelam di dalam lombong.” Maka, pelajar mestilah dilatih mempunyai kecekapan berfikir yang luar biasa semasa melayan pelbagai kerenah dalam kehidupan. Sesungguhnya, perkembangan kognitif termasuk berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, serta mengaplikasi ilmu secara kreatif. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi. Untuk menjamin akses pendidikan bertaraf antarabangsa kepada semua pelajar, Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menyasarkan 60 peratus daripada pelajar memilih pengajian dan kerjaya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) supaya mencapai status negara yang berdaya saing tinggi. Ijmalnya, kemahiran berfikir aras tinggi dalam pelbagai bidang merupakan kerangka untuk menebusi pasaran global selepas tamat persekolahan.
         
          Dari segi penguasaan bahasa, program LINUS bertujuan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris dengan melatih 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dan sekali gus memperkenalkan modul Sastera Inggeris kepada murid sekolah menengah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan seseorang individu untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pada masa ini disebabkan ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris. Beliau juga pernah menyifatkan bahawa pembubaran PPSMI pada tahun 2012 adalah satu kesalahan memandangkan penguasaan pelbagai bahasa adalah untuk memenuhi keperluan era globalisasi sejagat masa kini. Dalam era dunia tanpa sempadan sekarang, pelbagai bahasa utama dunia seperti Inggeris, Mandarin, Arab, Perancis dan Jepun perlu dikuasai untuk memudahkan seseorang itu merebut peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, Dasar MBMMBI yang digubal pada tahun 2011 bertujuan untuk melahirkan anak watan yang berupaya menguasai bahasa Inggeris tetapi masih mempunyai identiti nasional atau integrasi yang tinggi. Prakarsa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewajibkan setiap pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lulus dalam kursus Bahasa Inggeris sebelum menamatkan pengajian memanglah perlu kerana kemampuan berbahasa yang terhad akan menyebabkan kita tertinggal daripada arus perdana bak kata peribahasa, sepuluh jong masuk pelabuhan, anjing tetap bercawat ekor.

          Dalam melestarikan dunia tanpa sempadan kini, setiap individu yang memiliki kemahiran mengakses internet dan literasi komputer sudah tentu akan lebih kompetensi semasa memasuki pasaran kerja. Di bawah Dasar Langit Terbuka, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT merupakan wahana untuk memacu agenda pembangunan negara. Sebagai contohnya, Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan menyediakan pelajar ke alam pekerjaan di Cyberjaya dengan memberikan latihan dan pendedahan kepada pelajar yang celik komputer. Sesungguhnya, usaha melahirkan lebih ramai modal insan bertaraf antarabangsa dalam segala bidang terutama teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan kerangka ke arah status negara maju. Pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet dan akses kepada rangkaian 4G di sekolah memastikan kementerian akan memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kemahiran ini memanglah penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan serta sentiasa berada pada landasan yang betul dalam memenuhi perubahan landskap berkaitan usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkualiti serta memenuhi permintaan industri.
         
         
          PPPM juga menggarisbawahi ciri-ciri kemahiran memimpin. Ilmu dan kemahiran berfikir sebagai pelengkap untuk meningkatkan kemahiran memimpin pelajar. Sistem pendidikan negara akan menggilap potensi diri pelajar supaya bakat kepimpinan terbina. Nilai kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Tegal itu, pemimpin harus memiliki nilai etika yang tinggi dan mampu menyantuni cabaran yang semakin kompleks. Daya kepemimpinan ini bakal menjadi uswah hasanah kepada yang lain. Kualiti kepimpinan kini terserlah dalam  aspek kesukarelaan dan fahaman yang merentasi global. Seyogianya, kemahiran berkomunikasi memberi ruang kepada individu memperluas rangkaian pasaran global dan bakal menembusi peluang kerjaya.

          Selain itu, perhiasan diri atau kemahiran penampilan diri adalah menjadi sebahagian daripada perkara yang dinilai sama ada individu tersebut berketrampilan atau tidak. Pakej keterampilan diri amatlah penting kepada seseorang sejajar dengan kata-kata Imam al Ghazali, “Ingin mengenal wajah lihatlah cermin, ingin mengenal diri bercerminlah pada wajah, yakni cerminan peribadi seseorang adalah daripada penampilannya. Sehubungan dengan itu, sebagai penjawat profesional, diri kita bukan dinilai hanya pada kualiti kerja semata-mata, sebaliknya personaliti yang meyakinkan turut menjadi pertimbangan. Oleh itu, sebelum melamar sesuatu pekerjaan bersiaplah diri supaya dapat meyakinkan    pihak yang menilai diri kita. Wajar sekali diambil perhatian, dalam alam pekerjaan seseorang itu bukan hanya bertanggungjawab terhadap bidang tugasnya sahaja, sebaliknya perlu berkomunikasi dengan pelbagai peringkat klien. Sejajar dengan itu, agar kita senang untuk berkomunikasi dengan semua pihak perihal kekemasan diri sangatlah penting diambil kira kerana nilai peribadi kita akan dinilai dalam aspek rohani dan jasmani, bak kata peribahasa indah rupa dengan hiasnya, indah budi dengan bahasanya.


                 
           Intihannya, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan memaksimumkan kualiti pendidikan dan pentingnya kebolehpasaran tenaga kerja selepas tamat persekolahan. Ijmalnya, aspek  latihan kemahiran dan vokasional sangat relevan dalam lonjakan transformasi ke arah sebuah negara yang mempunyai tenaga pekerja yang berpendapatan tinggi. Sebagai pelajar, anjakan paradigma mengikut peringkat amatlah perlu supaya melahirkan barisan modal insan yang berfikir secara global tetapi bertindak secara lokal.

dekat di mata, jauh di hati

i m teaching this guy nearly nine months..i talked to him personnel today. I asked him for his problems and attitude, why never passed up any homework from beginning until now..

his answer made me in moody, although i knew this the answer i will get. No shocking, still tolerate n fully understanding

his answer was he totally dun understanding my teaching method, what he learned is from tuition teacher. Fine, actually when come to this situation, i need to ask myself, what can i do for this guy? If he is smart n sure can score in high marks, i acceptable, but whereas he only in the breaking point.

Hence, may i know where should i stop if the signal asking me to haul
thus, if you only playing in your own mind, then i should choose to surrender,
these the dilemma of students nowadays , tuition is payable, but school is FOC

guys, i surrender again to my profession, my tolerate is limited for your ego

hopefully you will get what you hope

bye
from your BM teacher 

Percubaan SPM 2014-Kuantan- Faktor-faktor kejayaan usahawan

Usahawan Malaysia yang tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon Siew dan Datuk Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah. Memetik kata tokoh tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan”. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menentukan kejayaan seseorang usahawan? Tepuk dada, tanya selera.
          Sesungguhnya, penguasaan ilmu pengetahuan merupakan kayu ukur untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya, setiap individu mestilah melengkapkan diri menjadi insan yang berilmu pada era milenium yang pantas bergolak ini. Ilmu keusahawanan seperti Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan memanglah penting untuk meningkatkan daya saing dan kemahiran insaniah seseorang individu. Tegal itu, ilmu akan meningkatka kualiti hidup masyarakat kita dan menguasai sosiolinguistik supaya dapat bergaul dengan seantero strata komuniti di persada dunia. Ijmalnya, memetik sepotong hadis, “ sesiapa yang menuntut ilmu, pintu syurga akan terbuka untuknya.”.
          Untuk memastikan impian menjadi realiti, setiap individu mestilah mengambil inisiatif yang gigih bagai genggam bara api sampai menjadi arang atau bagai hilang kapak berganti beliung tanpa mengenal erti putus asa. Setiap individu mestilah menerapkan disiplin diri bagai jurupandu untuk melunaskan rutin harian kita kerana mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. Segala kejayaan bukan sekadar takdiran tuhan, tetapi memerlukan suatu sistem atau tatatertib yang betul. Tanpa disiplin, hasrat akan longlai, impian akan berkecai. Kita akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Maka, kita perlulah memiliki hala tuju yang baik, cita-cita yang jelas, dan gigih menterjemahkan matlamat hidup dengan perancangan yang teliti. Jelas sekali bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua seperti menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang usahawan.
              Akhirnya, modal yang mencukupi merupakan prasyarat untuk memenuhi aspirasi seorang usahawan.  Tanpa modal, cita-cita bagai bahtera tanpa nakhoda di tengah samudera. Sejak di bangku sekolah lagi, kita mestilah mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau sebagai pembantu kedai pada waktu cuti persekolahan. Modal juga dapat dikumpul melalui pinjaman mikro atau insentif daripada agensi kewangan tertentu seperti TEKUN, Bank Rakyat, SIMEDEC dan sebagainya. Sebagai usahawan yang kreatif, kita diberi peluang untuk memulakan perniagaan dengan bantuan kerajaan atau sektor swasta kerana ada padi semua jadi, ada beras semua deras. Mukhtasarnya, modal dan inisiatif bagai melodi dengan irama yang saling bergantungan supaya menghasilkan tempo yang estetik.

              Sebagai penghias penutup bicara, prakrasa yang pragmatik bagai menarik rambut dalam tepung, tepung tidak selerak dan rambut tidak putus untuk memastikan segala aspirasi untuk menjadi usahawan akan menjadi realiti. Memetik kata hadis, 9 daripada 10 kekayaan adalah berasal daripada perniagaan. Oleh itu, penerokaan dalam bidang perniagaan memanglah halal dari sudut agama atau budaya dalam masyarakat kita.

Tuesday, October 7, 2014

SPM in the corner

To my dearest Stu
when entering to your class today, i still couldn't sense any environment to show your enthusiasm of scoring A in BM

is hilarious still loitering around not entered class punctually
you know, i always steady stand in front line, just waiting your step togethe with me

SPM just left 26 days, if you ask me whether you can scoring in your SPM in a short time
i ensured you, sure can
but you need to proceeding

again n again, trust my professional
strive together with me

again n again

you are not 欢喜哥, is a loser, only died in the end
make sure, success only come after you really put afford

gambateh
from... your BM teacher

RAMALAN PEMAHAMAN 2014

Jangkaan GC Cikgu Juilis
1. Drama 1400
2. Hikayat Opu Daeng Menambun
3. Gurindam 12 Fasal yang Keenam


Jangkaan GC Cikgu Ramli
1.       Hikyat khoja maimun..
2.       Cerpn Ibu dn ceper..
3.       Pelayarn yg penuh peristiwa..
4.       Pantun lapan kerat..
5.       drama 1400..
6.       Syair siti sianah..
7.       Cerpen penanggungan..

8.       Sajak mahsuri..



Percubaan SPM 2014 – 12(Kuantan/1)

Percubaan SPM 2014 – 12(Kuantan/1)
Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk menzahirkan rasa kasih sayang tersebut..
Tema : Kasih sayang
Isu : sambutan Hari Ibu menghargai jasa dan pengrbanan ibu
Kunci soalan: usaha-usaha anda menzahirkan kasih sayang kepada ibu

“ibu di hati, syurga menanti
          Slogan di atas telah dipilih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai tema Hari Ibu Kebangsaan 2014 kerana setiap agama di dunia amat memuliakan kedudukan seorang insan yang bergelar ibu. Seyogianya, tanggungjawab mutlak seorang anak adalah untuk memastikan keperluan ibu sama ada fizikal, mental dan emosi berada dalam kesejahteraan.Tema ini dipilih dengan tujuan mengingatkan anak-anak agar sentiasa menghormati ibu mereka dengan penuh kasih sayang serta menghargai pengorbanan mereka membesarkan anak dari kecil sehingga dewasa. Selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menjadi penggerak utama aktiviti kekeluargaan supaya menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menghargai, mengiktiraf dan berterima kasih atas pengorbanan ibu, dan sekali gus dapat memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan suami isteri, anak-anak dan menggalakkan pengukuhan ikatan kekeluargaan yang tiada galang ganti. Anak-anak ibarat harta, bak kata gurindam:
Anak itu umpama sepohon yang rendang,
Lebat daun tumpang teduhannya,
Berbatang sasa teguh teras kayuannya,
Berakar serat berkhasiat majorabat,
Berbuah lebat manis madu aromanya,
Ibarat benih yang baik,
Sebiji jatuh ke laut menjadi pulau,
Sebiji terlontar ke udara menjadi kejora,
Sebiji jatuh ke darat menggunung sasa.
          Sebagai anak penyayang, saya mestilah menyelami isi tersirat di sebalik mutiara kata, syurga di bawah telapak kaki ibu atau tangan kiri yang menggoyang buaian juga menggegarkan dunia dengan tangan kanan.Dalam proses melahirkan kita, ibulah yang paling tinggi pengorbanannya. Sembilan bulan sepuluh hari ibu menanggung derita dan sengsara mengandungkan kita. Pada saat getir seperti itu, ibu terpaksa melupakan keperitan sakit yang berbaur antara darah, peluh, dan air mata untuk melahirkan kita ke dunia ini. Seterusnya, ibu dan bapa akan menjaga kita bak menatang minyak yang penuh dan membentuk anak menjadi insan yang mulia. Sebagai kesinambungan nilai kasih sayang yang disifatkan sebagai limpahan rahmat daripada Tuhan, saya mestilah membalas jasa ibu dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Setinggi jasa ibu, setinggilah tanggungjawab saya untuk memperhambakan diri kepada jasa ibu agar menyerikan dan membahagiakan usia senja mereka dengan penuh erti kesyukuran yang tidak ternilai.
          Falsafah pernah menyebut, “jika benih yang baik jatuh ke dalam laut, maka benih itu akan menjadi pulau”. Falsafah ini memanifestasikan bahawa luhurnya akal budi anak-anak yang dibentuk adalah ekoran daripada komitmen yang dibajai oleh ibu bapa. Sebagai balasan kepada jasa asuhan ibu, saya mestilah berusaha melengkapkan diri menjadi insan yang berilmu sebagai satu penghargaan kepada ibu yang telah menaruh harapan yang setinggi gunung kepada anak sejak kecil lagi.  Dengan ilmu penuh di dada, setiap individu mampu  mengubah nasib keluarga. Memetik sepotong hadis, “ sesiapa yang menuntut ilmu, pintu syurga akan terbuka untuknya.”. Sesungguhnya, tanpa ilmu, hidup keluarga akan terus berada kejumudan bagai cacing di perlimbahan. Kejayaan anak semasa menggenggam segulung ijazah atau kecemerlangan prestasi akademik adalah terselit dengan keringat dan air jernih kesyukuran daripada insan yang bergelar sebagai ibu.
          Pesan orang tua-tua yang berbunyi, “Mengaji dari alif, membilang dari esa, hujan berpokok, dan kata berpangkal” jelas menunjukkan bahawa segala-galanya perlu melalui suatu sistem tatacara yang betul untuk meraih kejayaan kerana yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Seyogianya, sebagai anak penyayag, saya mestilah menghargai masa muda sebelum menjangkau masa tua, menikmati kesihataan sebelum jatuh sakit. Tentulah ibu bapa sudah menjangkau waktu senja selepas kita menamatkan pengajian, inilah waktu ibu bapa memerlukan penjagaan yang rapi.  Dalam konteks penjagaan kebajikan ibu, nafkah amatlah diperlukan untuk memastikan ibu bapa hidup tanpa sebarang keresahan dan bukan bagai melukut di tepi gantang. Pendek kata, masa itu ibarat mata pedang, jika kita tidak memancungnya, masa akan memancung kita. Saya mestilah berusaha gigih bagai hilang kapak ganti beliung untuk memastikan segala impian menjadi realiti sebelum masa itu berlalu. Jikalau tiada disiplin diri, segala pembalasan jasa hanya akan terpahat dalam kekesalan.
          Anak ialah sumber penyeri ibu bapa. Sebagai anak soleh atau solehah, saya hendaklah menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan yang Maha Esa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Ingatlah dengan bersungguh-sungguh bahawa anak-anak adalah sebagai penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu bapa. Membalas jasa ibu bapa merupakan tuntutan semua agama dan merupakan amalan ibadat yang akan direstu dan dilimpahi rahmat oleh Tuhan pada hari duniawi atau akhirat.  Seyogianya, saya mestilah memanjatkan doa kepada Tuhan agar kebahagiaan dan kesejahteraan ibu direda oleh Tuhan. Sesungguhnya, ibu tidak pernah meminta apa-apa balasan dalam bentuk fizikal daripada anak, tetapi hanyalah segala ketaatan yang mampu meredakan nafsu amarah yang tidak terhingga. Sifat istiqamah dengan akal budi akan menjadi resipi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan “Baiti Jannati”.
          Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, saya mestilah menghayati isi tersirat dalam peribahasa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul atau memiat daging, sama sakit sama rasa. Perkongsian jerih perih atau pahit maung ahli keluarga akan melestarikan warna-warni keharmonian sesebuah rumah tangga. Sebagai anak penyayang, saya mestilah berusaha untuk meringankan bebanan ibu. Sudah sewajarnya, anak-anak mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, “Hendak mengenal diri  lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah”. Oleh itu, saya akan mempunyai hati pemurah untuk menghulurkan bantuan berupa fizikal, masa, kudrat atau kewangan kepada ibu seperti membantu ibu mengendalikan bahtera rumah tangga. Saya juga akan menghormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi supaya tidak menimbulkan pertelingkahan antara adik-beradik. Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, nescaya lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.
          Sebagai penghias penutup bicara, kasih sayang dan hubungan umpama lagu dan melodi yang saling bergantungan demi membentuk suatu tempo yang artistik serta estetik. Dalam apa-apa jua situasi, hubungan kasih sayang menjadi pengikat hubungan darah daging dan kekeluargaan. Tanpa nilai kasih sayang, fenomena seperti salah faham, cemburu, dan dendam kesumat yang berpaksikan hukum beraja di mata dan bersultan di hati akan mengaburi minda dan emosi. Jasa ibu saya kekal tersemat dalam hati selagi hayat masih terkandung dalam tanah, ibu permata hati saya, umpama lirik lagu di bawah
Ibu, ibu,

Engkaulah ratu hatiku.

Saturday, October 4, 2014

peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.

Perak 2013
Belakangan ini, masyarakat sering digemparkan oleh berita yang melibatkan kehilangan, penculikan, dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. Huraikan peranan ahli keluarga dalam menjamin keselamatan anak-anak.

PESANAN KEPADA PELAJAR SAYA
(try to read sampel essay as below, my hand writing essay will be uploaded soon, btw keselamatan is tested on Jun SPM, for this year SPM is less important.)

PERANAN KELUARGA DALAM MELINDUNGI AHLINYA DARIPADA ANCAMAN DAN BAHAYA.

Keluarga boleh didefinasikan sebagai satu kelompok individu yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Institusi kekeluargaan yang cemerlang dan bahagia perlu dipelopori oleh ibu dan bapa dengan baik. Keluarga merupakan tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya dan pengaruh persekitaran. Namun begitu, mutakhir ini, kes-kes penderaan kanak-kanak dan kes buli pelajar sekolah sering terpampang di dada-dada akhbar  seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini amat membimbangkan kerana individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia yang alpa dengan arus globalisasi. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam melindungi ahli-ahlinya dan tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bapa merupakan ketua keluarga dan memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan keselamatan anak-anak dan isteri. Bapa berperanan dalam mengajar anak-anak dalam mempertahankan diri daripada bahaya dan perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak perlu dididik dari kecil seperti kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun begitu, ketegasan bapa haruslah berpada-pada dan tidak sampai ke tahap memukul anak-anak. Bapa juga perlu memastikan keselamatan anak-anak dan isteri semasa di luar kawasan rumah. Bapa tidak boleh membiarkan anak-anak pulang ke rumah dengan berjalan kaki bagi mengelakkan kes culik. Bapa harus sentiasa melengkapkan anak-anak dengan alat pertahanan diri bak kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan.

Ibu juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak dan tidak boleh hanya bersikap lepas tangan. Ibu bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak tentang ilmu agama dan ilmu fekah. Selain itu, ibu dan bapa juga harus bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjamin keselamatan anank-anak. Ibu bapa perlulah meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Hal ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak menghabiskan masa mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok dan melepak kerana terpengaruh dengan rakan sebaya. Kasih sayang yang mencukupi juga adalah perlu agar anak-anak tidak mencari alternatif lain bagi mendapatkan kasih sayang sehingga memudaratkan diri sendiri.



Di samping itu,ibu bapa juga perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak bagi menjamin keselamatn mereka. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak mereka tidak berkawan dengan orang yang berakhlak keji bagi mengelakkan pengaruh yang negatif. Ibu bapa perlu tegas dalam situasi ini agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau keselamatan anak-anak di luar rumah agar tidak menjadi mangsa buli di luar rumah. Pendekatan yang berhemah oleh ibu bapa juga adalah perlu seperti ibu bapa berkongsi masalah yang dihadapi oleh anak-anak agar anak-anak tidak tertekan dan mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang membahayakan diri.

Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,ibu bapa perlu membesarkan anak-anak dengan baik dan tidak bertengkar di hadapan anak-anak bagi meyakinkan anak-anak bahawa keluarga mereka merupakan tempat perlindungan yang selamat. Bapa juga tidak boleh memukul isteri dan anak-anak dengan sewenang-wenangnya disebabkan oleh sikapnya yang panas baran. Sebaliknya, bapa perlulah sentiasa melindungi ahli keluarga daripada bahaya. Ibu bapa juga tidak boleh bersikap alpa sehingga tidak mengendahkan keselamatan anak-anak. Anak-anak merupakan insan yang lemah dan perlu dilindungi. Justeru itu, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak tinggal bersendirian di rumah dan perlu ditemani oleh orang dewasa apabila mereka berada di luar kawasan rumah. Janganlah ibu bapa menyesal apabila berlaku  sesuatu yang buruk terhadap anak-anakseperti sudah terhantuk, baru terngadah. Oleh itu,ibu bapa haruslah prihatin terhadap keselamatan anak-anak walau di mana jua mereka berada.
          
Kesimpulannya, ibu bapa memikul tanggungjawab yang sama dalam memastikan keselamatan anak-anak. Namun begitu, tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk menjamin keselamatan mereka akan menjadi sia-sia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Justeru itu, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama dan mengamalkan sikap susah sama dipikul, ringan sama dijinjing bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang selamat. Sesunggguhnya, keluarga yang selamat dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan seterusnya menjamin keamanan Negara. Keselamatan seseorang individu dapat membantu dalam kstabilan fizikal dan mental . Oleh itu, anak-anak perlu diberikan pendidikan yang sempurna seiring dengan keselamatan bagi melahirkan individu yang cemerlang bagi memimpin Negara bak kata pujangga,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

 NUR AFIKAH BT ZAINAL ABIDIN
 5 SAINS 1

Contoh 2 sumber daripada Cikgu Khir Kassim 
Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.     Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.

                          "Di mana Sharlinei?"
Iklan ini disiarkan di setiap pojok nusa kita. Kes kehilangan kanak-kanak sudah menjadi berita basi dalam masyarakat kita. Anak merupakan cahaya mata yang tidak ternilai harganya, namun pada masa ini, masyarakat semakin hilang rasa kasih sayang dan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak. Hal in terbukti dengan berlakunya kes-kes kehilangan kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Perkara yang amat menyedihkan dan membimbangkan kita adalah terdapat kes kehilangan kanak-kanak, dan akhirnya mayat kanak-kanak itu sahaja yang ditemui. Masalah seperti ini berpunca daripada perbuatan orang yang tidak berhati perut. Oleh itu, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil oleh setiap pihak untuk menangani masalah kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan kita ini.

     Antara punca masalah kehilangan kanak-kanak ialah wujudnya sikap tamak dalam diri individu yang ingin mengejar kemewahan hidup. Oleh itu, individu tersebut tidak berfikir panjang dan hanya mengambil jalan mudah dengan menculik kanak-kanak untuk dijual kepada individu lain. Terdapat juga kanak-kanak yang diculik dan dijual ke luar negara dan dijadikan sebagai pengemis jalanan. Sikap pihak yang tidak berperikemanusiaan ini amat membimbangkan negara, lebih-lebih lagi ibu bapa. Hal ini demikian kerana, bukan sahaja ibu bapa berasa kehilangan terhadap anak tercinta, malah negara juga akan kehilangan aset yang amat berharga.

     Di samping itu, masalah psikologi atau mental turut menjadi salah satu punca kejadian kehilangan kanak-kanak yang berlaku. Perkara ini demikian kerana mengikut statistik, kebanyakan kes kehilangan kanak-kanak berkaitan dengan kes rogol dan bunuh. Keadaan ini boleh berlaku kerana terdapat segelintir individu yang memandang kanak-kanak seperti seseorang wanita yang pernah menolak cintanya. Hal ini terjadi berikutan dengan individu tersebut yang menyimpan perasaan dendam, sedih dan takut yang tidak terkawal ataupun mengalami penyakit jiwa. Oleh itu, pesakit ini berpotensi untuk membayangkan seseorang yang dilihatnya seperti seorang yang sentiasa berada dalam fikirannya. Kes seperti inilah yang akan menyebabkan kanak-kanak akan diculik, dirogol dan terus dibunuh sebagai mangsa keadaan.

     Punca lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak berlaku ialah masalah institusi kekeluargaan. Pada masa ini, banyak kes perceraian berlaku sehingga menyebabkan anak-anak terabai. Ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri mula mengabaikan tanggungjawab dan hanya melepaskan batuk di tangga. Anak-anak yang kurang kasih sayang ini hanya diberikan wang dan diberikan kebebasan. Oleh itu, anak-anak khususnya yang berumur 15 tahun ke bawah yang masih belum matang berpotensi untuk ditipu dan diculik. Sekiranya masalah ini berlaku, ibu bapa yang patut dipersalahkan kerana mereka yang menjadi punca anak-anak menjadi mangsa penculikan, rogol dan pembunuhan.

     Untuk mengatasi masalah ini, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil, antaranya dengan meningkatkan kawalan keselamatan. Pihak penguat kuasa seperti pihak polis perlu membuat rondaan di kawasan-kawasan hitam atau lebih dikenali sebagai kawasan yang sering berlakunya jenayah seperti di lorong-lorong kedai atau di jalan-jalan yang sunyi. Dengan cara yang lebih moden, pihak kerajaan seharusnya memasang kamera litar tertutup (cctv) di kawasan-kawasan tersebut agar dapat merakamkan sebarang jenayah yang berlaku, seperti penculikan kanak-kanak. Hal ini dapat memastikan kes kehilangan kanak-kanak dapat diatasi dan dikurangkan.

     Langkah seterusnya untuk mengurangkan kejadian kehilangan kanak-kanak adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Antara kempen yang boleh dianjurkan oleh pihak kerajaan atau mana-mana badan NGO ialah kempen ”Sayangilah Anak Anda”. Melalui kempen ini, banyak nilai murni yang boleh diterapkan, bukan sahaja kepada ibu bapa, malahan kepada setiap mesyarakat sekeliling. Antara budaya yang boleh diterapkan dalam setiap diri masyarakat ialah budaya “anak orang, anak kita”. Slogan ini bermaksud, walaupun kanak-kanak yang dilihat berseorangan tanpa arah tujuan, bukanlah anak kita, seharusnya sebagai anggota masyarakat, kita sepatutnya melindungi kanak-kanak tersebut daripada sebarang bahaya.

     Di samping itu, kursus ilmu keibubapaan juga harus diwujudkan oleh pihak yang sepatutnya. Hal ini demikian kerana pada masa ini kebanyakan ibu bapa kurang pendedahan tentang didikan yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak. Oleh itu, kehidupan anak-anak yang tidak terkawal akan menyebabkan anak-anak gemar bersiar-siar di luar tanpa pengetahuan ibu bapa. Keadaan ini amat membimbangkan kita kerana inilah masanya penjenayah atau penculik akan menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah. Perkara ini akan menyebabkan peningkatan terhadap kes kehilangan kanak-kanak akan terus meningkat. Oleh hal yang demikian, kursus ilmu keibubapaan amat penting dijalankan kepada setiap ibu bapa demi kebaikan dan keselamatan anak-anak.

     Sebagai kesimpulannya, masalah kehilangan kanak-kanak di negara ini perlulah dikurangkan dengan adanya kerjasama antara semua pihak. Hal ini demikian kerana anak-anak ialah harapan nengara yang paling berharga pada masa depan. Tanpa aset yang berharga ini, negara akan menanggung kerugian yang besar. Di samping itu, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan yang penting untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat terjamin seperti menyediakan payung sebelum hujan. Untuk memastikan kanak-kanak dapat menjalani saat-saat kehidupan yang bermakna dan bahagia, ibu bapalah tempat mereka berlindung. Oleh itu, ibu bapa khususnya berperanan penting untuk memastikan anak-anak hidup bahagia, selamat dan terjamin keselamatannya.