Bahagian B(100%)
kepentingan
kesemua dalam bentuk KBAT : fikirkan...
Cara
perpaduan
|
kejiranan
|
Patriotism
|
Rukun negara(kesopanan dan kesusialaan)
|
-
|
|
Gagasan 1M – perkongsian ekonomi secara adil – Dasar Ekonomi Baharu-
tidak menimbulkan iri hati dan isu perkauman
|
-
|
Gagasan 1M – perkongsian ekonomi secara adil – Dasar Ekonomi Baharu-
tidak menimbulkan iri hati dan isu perkauman
|
Sejarah – bangunan bersejarah – perjuangan tokoh
|
-
|
|
Aktivi kemasyarakatan – PLKN, aktiviti kesularelawanan (MERCY, MALBAT,
PBSM..)
|
||
Akta
Pelajaran 1961, Laporan Tun Razak 1956, penggunaan BM dlm semua aliran
sekolah
RIMUP(Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)
|
-
|
Sistem pendidikan kurikulum dan kokurikulum diselaraskan mengikut
PPPM, melahirkan anak murid yang identiti nasional sejajar dengan FPN
Akta Pelajaran 1961, Laporan Tun Razak 1956, penggunaan BM dlm semua
aliran sekolah –sejarah sebagai mata pelajaran yg mesti lulus dlm SPM sejak
thn 2013
|
Skim Rukun Tetangga dipelopori oleh Tun Abdul Razak pada thn 1975.
Skim ROndaan Kenderaan, Skim Pengawasan Rumah..
Keselamatan dan kemajuan kampung
|
||
Rumah Terbuka kebangsaan Kementerian Dalam Negara di PWTC
|
Rumah terbuka kejiranan
|
Kesetiaan kepada raja dan negara – menghormati pemimpin dan tokoh yang
berjasa kpd negara
|
Jati diri bangsa – asimilasi budaya bangsa lain- pemakanan, cara
hidup, kepercayaan
|
Jati diri bangsa – asimilisi budaya bangsa masing-masing- cth org cina membakar colok, mmebakar
kertas sembahyang..
|
Kedaulatan undang2 – di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
|
Sukan wadah perpaduan
|
Pencapaian cemerlang dalam semua bidang utk mengharumkan nama –Malaysia
Boleh
|
kepentingan
Semangat kejiranan
|
Semangat kerjasama/ perpaduan
|
Padu ( jati diri bangsa)
|
Pembentukan modan insan yang patriotisme
|
Sekitar aman selamat (jenayah)
|
Melonjakkan ekonomi negara( pelabur asing)
|
Kerjasama( pelaksanaan kerajaan berjaya)
|
Kestabilan politik ( tidak dijajah)
|
Imej negara
|
Sosial ( jenayah)
|
Industri desa
|
Imej negara
|
punca
Semangat kejiranan
|
Semangat kerjasama/ perpaduan
|
Kekangan masa – sibuk berkerjaya
|
|
Perkembangan teknologi – kerja gotong-royong x
|
|
Sikap masyarakat apati
|
|
Pengaruh budaya barat – dunia liberalisme
|
|
Persekitaran - tembok
|
cara
kesemua dalam bentuk KBAT : fikirkan...
Anda
akan mewakili sekolah dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan
tersebut ialah 'Perpaduan Negara Bermula dengan Pendidikan di Sekolah’Tulis syarahan
itu selengkapnya.
Soalan 4 : Syarahan (Karangan
Berformat)
Pendahuluan
Kata
alu-aluan - memberikan definisi perpaduan
Isi-isi penting
1.Sekolah
ialah wadah perpaduan negara - melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.Sekolah
Wawasan perlu diperluas - berkongsi segala kemudahan bersama-sama
3.Sekolah
kebangsaan perlu diperkasakan agar menjadi pilihan utama ibu bapa menghantar
anak-anak mereka
4.berdasarkan
teras dalam Pelan Induk Pembangungan Pendidikan (PIPP)
5.Di
peringkat sekolah menengah, tiada iagi pengasingan sekolah mengikut kaum -
murid pelbagai kaum dapat berinteraksi dan berkomunikasi - mengeratkan hubungan
6.Interaksi
murid dalam kokurikulum - menggalakkan penyertaan murid pelbagai kaum dalam
aktiviti kokurikuium
7.Pengenalan
subjek Sivik dan Kewarganegaraan semula memupuk
semangat perpaduan
Penutup
Pihak
sekolah perlu bekerjasama dengan PIBG, ibu bapa, dan masyarakat dalam usaha
memupuk perpaduan melalui pendidikan di sekolah - ucapan terima kasih
Perpaduan
merupakan perkara asas dalam kehidupan bermasyarakat majmuk di Malaysia. Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa agar anak-anak cinta akan perpaduan.
Sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul
Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, beliau telah
menggagaskan konsep 1Malaysia, Konsep ini merupakan kesinambungan usaha-usaha
yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu untuk
memastikan perpaduan di negara ini terpelihara. Tan Sri Lee Lam Thye iaitu
seorang aktivis sosial pernah mengingatkan masyarakat bahawa perpaduan
merupakan asas kemajuan sesebuah negara. Beliau turut menyatakan bahawa
setiap tindakan kerajaan daiam melaksanakan sesuatu perkarai mesti bermatlamatkan
perpaduan. Walaupun pelbagai pihak sering menyatakan kepentingan perpaduan
tetapi tiada sesiapa yang yang dapat menafikan peranan ibu bapa dalam menanam
perasaan cinta akan perpaduan dalam diri anak-anak. Jadi, apakah usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak cinta akan perpaduan?
Salah satu usaha yang boleh dilakukan
oleh ibu bapa supaya anak- anak cinta akan perpaduan adalah dengan
mewujudkan keluarga bahagia. Keluarga bahagia ialah sebuah rumah tangga
yang aman damai, semua keperluan asas mencukupi, dan semua ahli keluarga
berbaik-baik antara satu sama lain. Apabila anak-anak dapat merasai kukuhnya
kasih sayang dan perpaduan sesama ahli keluarga, mereka akan peka akan
kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara. Sebagai contohnya, apabila keluarga
menghadapi masalah dan seluruh ahli keluarga saling membantu sebagai tanda
perpaduan terbentuk dalam institusi keluarga tersebut. Keadaan ini
menyebabkan mereka memahami jika rakyat di negara ini bersatu hati dan saling
membantu tentulah semua masalah negara akan mudah diselesaikan. Oleh itu,
dengan adanya keluarga bahagia, anak-anak akan berasa cinta akan perpaduan
kerana natijahnya dapat dilihat dengan mata sendiri.
Setelah ibu bapa berjaya mewujudkan
keluarga bahagia, ibu bapa juga perlu mengamalkan semangat kejiranan
supaya anak-anak cinta akan perpaduan. Dalam kehidupan masyarakat moden yang
tidak lagi berkesempatan untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. Ibu bapa
perlu mengajak anak-anak mengamalkan semangat kejiranan supaya mereka dapat merasai
sendiri kepentingan kesatuan hati dan perpaduan sesama jiran. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlu membawa anak-anak bertandang ke rumah jiran secara
bergilir-gilir supaya anak-anak dapat mengenali jiran dengan mesra. Apabila
anak-anak mengenali jiran, hati mereka akan tenang dan gembira kerana mereka
mempunyai ramai kenalan yang bersedia bersama-sama mereka ketika senang dan
susah. Perpaduan yang terbentuk dalam kawasan kejiranan akan dibawa dalam
konteks yang lebih luas seperti pada peringkat daerah, negeri, dan negara.
Jadi, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengamalkan semangat kejiranan supaya
anak- anak cinta akan perpaduan.
Ibu bapa juga boleh mengadakan rumah
terbuka pada setiap kali sambutan perayaan bagi menyerapkan perasaan cinta
akan perpaduan dalam diri anak-anak. Ketika mengadakan rumah terbuka, ibu bapa
dan anak-anak bolehlah mengundang rakan-rakan pelbagai bangsa bagi memeriahkan
majlis tersebut. Sebagai contohnya, ketika sambutan Hari raya Aidilfrtri, ibu
bapa dan anak-anak yang berbangsa Melayu akan mengundang kaum Cina dan India
untuk menghadirihya. Dalam majlis tersebut, tuan rumah dan tetamu pelbagai
bangsa akan dapat berkenalan dengan lebih rapat sambil memahami dan menyelami
budaya pelbagai kaum. Apabila setiap ahli masyarakat memahami budaya kaum
lain, mudahlah bagi mereka untuk hidup secara bertolak ansur dan hormat-
menghormati. Anak-anak pelbagai kaum juga akan terkesima melihat perpaduan
yang erat antara ibu bapa masing-masing. Hal ini demikian akan mendorong
anak-anak untuk turut cinta akan perpaduan. Jadi, ibu bapa yang mengadakan
rumah terbuka dan mengundang tetamu pelbagai kaum akan mendorong anak-anak
cinta akan perpaduan.
Bagi menanam perasaan cinta akan
perpaduan dalam kalangan anak- anak, ibu bapa perlulah menjelaskan kepada
anak-anak tentang jerit-perih perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan.
Anak-anak perlu diberitahu bahawa semua kaum telah bangun serentak dan
bersatu tenaga untuk mendapatkan kemerdekaan. Parti-parti politik yang
terdiri daripada UMNO, MIC, dan MCA yang mewakili kaum yang berlainan telah
bersepakat untuk menubuhkan Parti Perikatan yang memperjuangkan kemerdekaan. Ibu
bapa boleh menggunakan pelbagai cara untuk membentuk kefahaman dalam diri
anak-anak tentang kepentingan perpaduan. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh
membacakan anak sejarah perjuangan orang-orang terdahulu seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun Vanikamvasagam supaya anak-anak mengerti
bahawa perpaduan yang wujud ketika itu telah membawa kemerdekaan kepada negara.
Jika orang-orang terdahulu berjuang untuk kemerdekaan melalui wadah
perpaduan tentulah perjuangan untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan
memerlukan wadah yang sama. Sudah terang lagikan bersuluh, langkah ibu bapa
memberi kefahaman kepada anak-anak tentang perjuangan bagi mendapatkan
kemerdekaan akan dapat mewujudkan perasaan cinta akan perpaduan dalam kalangan
anak-anak.
Usaha
lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya anak-anak cinta akan perpaduan
adalah dengan cara mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan. Antara
contoh aktiviti kemasyarakatari yang boleh disertai ialah aktiviti
gotong-royong, Kebiasaannya aktiviti sedemikian melibatkan pelbagai kaum.
Apabila anak-anak melihat orang-orang dewasa daripada pelbagai kaum melakukan
aktiviti secara bersama-sama, mereka juga akan terdorong melakukan perkara yang
sama dalam kalangan rakan seusia mereka. Perasaan prejudis atau buruk sangka
antara kaum akan terhindar apabila anak-anak sering dibawa untuk melakukan akt:viti
yang sama dengan kaum lain. Anak-anak yang sudah biasa dengan aktiviti seperti
ini akan membesar sebagai seorang yang tidak kekok bergaul dengan kaum yang
berbeza. Oleh itu, jelaslah bahawa penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan
akan melahirkan anak-anak yang cinta akan perpaduan.
Secara keseluruhannya, perpaduan merupakan
tanggungjawab bersama. Perpaduan amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa
perpaduan, seluruh negara akan kacau-bilau. Tanpa perpaduan, semua urusan akan
terganggu. Rakyat tidak akan dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan
kerajaan juga tidak akan dapat memerintah dengan berkesan. Tanggungjawab untuk
memupuk perpaduan perlu digalas oleh semua pihak. Semua pihak yang berautoriti
perlulah memainkan peranan masing-masing dengan bijaksana dan bersungguh-sungguh.
Perkara yang lebih penting daripada perpaduan ialah prakarsa untuk mewujudkan
nilai cinta akan perpaduan dalam diri anak-anak. Peribahasa Melayu pernah
disebut, melentur buluh; biarlah dari rebungnya. Proses pemupukan
perasaan cinta akan perpaduan seharusnya bermula sejak anak-anak masih kecil.
Kesimpulannya, perpaduan perlu dijana dan dipelihara agar kemerdekaan yang kita
miliki ini berterusan sampai bila-bila.
1.Peranan remaja memupuk perpaduan
Ku go bawa rururu ra
1.
kunjung-mengunjungi – masa musibah/ kecemasan
2.
gotong2 – pasejike ( padu/ sekitar/ jimat kos/ kerjasama)
3.
bahasa Melayu/ budaya dan adat resam – jati diri bangsa
4.
sekolah wawasan
5.
rumah terbuka
6.
rukun tetangga
7.
rukun negara
8.
hari perayaan
Perpaduan merupakan agenda
yang diwara-warakan dalam Gagasan 1Malaysia supaya menyatupadukan rakyat Malaysia.(I)
Sekiranya mengimbau kembali pembangunan Malaysia, kejayaan pemimpin negara kita
untuk memperjuangkan kemerdekaan adalah berkat semangat perpaduan kaum. (I) Di
Malaysia, pembentukan Parti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC pada
tahun 1952 menunjukkan kejayaan yang terulung untuk mengumpulkan semua etnik
Malaysia di bawah satu payung yang sama. (I) Namun, semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia semakin tersirna ditelan arus globalisasi lantaran
pengaruh budaya barat dan perkembangan teknologi. (K) Tegal itu, Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah diamanahkan untuk
menghidupsuburkan semangat tersebut. (U) Persoalannya, apakah peranan anak
watan untuk menyemarakkan semangat perpaduan?
Sesungguhnya, aktiviti kemasyarakatan mestilah dipergiat supaya menggalakkan
remaja bergaul dengan semua lapisan masyarakat. (A) Aktiviti tersebut sudah
lama bersebati dan mendarah daging dalam masyarakat leluhur. (M) Contohnya,
semasa musim berderau dan menuai padi, semua lapisan masyarakat setempat akan
berkumpul tanpa mengira latar belakang sosioekonomi yang berbeza. (C) Lumrahnya,
amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran tetangga yang berbilang kaum pada masa
kecemasan atau bencana alam juga dapat membangkitkan perasaan kekitaan dan
saling membantu. (C) Secara langsung, semangat ke lurah sama dituruni, ke bukit
sama didaki akan terzahir semasa aktiviti kemasyarakatan itu dijalankan. (K)
Menurut Tun Dr Mahathir, semangat perpaduan merupakan pemangkin untuk
menjayakan cabaran Wawasan 2020 supaya membentuk masyarakat yang bersatu padu.
(T) Maka, aktiviti kemasyarakatan ini perlulah diwarisi kepada generasi muda
supaya perasaan kekitaan dan kerjasama tidak hilang tanpa berkubur.
Jika diselami lebih
lanjut lagi, pelibatan
remaja dalam aktiviti gotong-royong juga merupakan elemen maslahat untuk
mengembalikan semangat perpaduan kaum di negara kita. (A) Aktiviti ini
merupakan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan antara komuniti
yang berbilang kaum. (M) Semasa remaja berjinak-jinak dengan aktiviti rewang, perpaduan etnik
bukan sahaja dimangkinkan, bahkan mewujudkan persekitaran yang kondusif. (C)
Sedia kita maklum, vektor pembawa penyakit seperti Demam Denggi telah meragut
ratusan nyawa di negara kita baru-baru ini. Hal ini akan ditangani melalui
kerjasama antara generadi
muda dengan generasi tua di sesuatu kawasan kediaman seperti
membersihkan longkang dan semak samun. (C) Tambahan pula, dengan sumbangan jasa
golongan anak muda, kos penyelenggaraan kenduri-kendara kemasyarakatan dapat
dijimatkan. Jadi, kerja yang susah akan disenangi manakala kerja yang senang
akan dipercepat. Jelaslah ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semua
memanifestasikan bahawa perpaduan akan dijalinkan melalui aktiviti gotong-royong
yang diwarisi daripada nenek moyang.(P)
Ba- jati diri bangsa. Budaya – ATA, cara
Dari sudut lain, generasi
muda mestilah dididik supaya membentuk jati diri bangsa yang teguh terhadap
negara. (A) Dalam konteks ini, generasi muda mestilah menyelami budaya dan adat
resam setiap kaum sejak azali lagi. (C) Wahasil, budaya bermaksud peradaban,
tamadun dan akal budi yang termasuk cara hidup dan pemikiran. (C) Sebagai
contohnya, kaum Melayu terkenal dengan tarian Zapin manakala kaum Cina terkenal
dengan tarian naga. Kaum India pula terkenal dengan tarian Bhangra. Jadi,
setiap generasi muda perlulah mengasimilasi dan mengadaptasi budaya kaum lain
supaya membentuk identiti nasional yang unik. Busana kaum yang berbeza juga
menonjolkan keunikan negara kita sebagai negara yang saling memahami tanpa
sebarang persengketaan. (C) Khasnya, makanan tradisional kini telah
diakulturasi oleh kaum masing-masing sehinggalah makanan 1Malaysia berjaya
menjadi daya tarikan pelancong mancanegara. Izharnya, proses pengasimilasian
budaya bangsa perlulah diimplementasikan dalam kalangan remaja supaya
memangkinkan semangat perpaduan kaum.
Sementara itu, rumah
terbuka kebangsaan juga merupakan cara yang proaktif untuk menggalakkan remaja
menyemarakkan semangat perpaduan. (A) Sebagai contohnya, media massa berperanan
untuk menyiarkan temasya rumah terbuka kebangsaan semasa hari perayaan.
Baru-baru ini, sebanyak 20,000 orang pengunjung telah menghadiri majlis Rumah
Terbuka Kebangsaan Aidilfitri yang diadakan di PWTC. (C) Secara langsungnya,
generasi muda berpeluang mengenali pemimpin negara dan masyarakat dari seluruh
Malaysia. Selain menikmati juadah yang disajikan, generasi muda berpeluang
memahami budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Menurut YAB Dato’ Sri Najib Tun
Razak bahawa rumah terbuka kebangsaan merupakan senjata utama untuk
membangkitkan integrasi nasional di negara kita.
Akhir sekali, Skim
Rukun Tetangga juga perlulah digiatkan dalam kalangan generasi muda. (A) Rukun
Tetangga telah dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1975.
Pada awalnya, skim ini berfungsi untuk mengawal keselamatan di sesuatu kawasan
kejiranan. Namun kini, skim ini telah diperkasakan melalui Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) untuk mewujudkan persekitaran yang
selamat dan masyarakat yang berpadu. Contohnya, Skim Rondaan Sukarelawan
biasanya disertai oleh jiran tetnagga yang berbeza kaum. Secara implisit,
pergerakan meronda dan mengawasi kawasan kediaman telah menjalinkan wasilah
antara kaum berbeza dan sekali gus mengurangkan konflik perkauman. Menurut
aktivis terkenal Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat kejiranan merupakan tonik
mujarab untuk melahirkan komuniti yang bersatu padu. Permuafakatan ini ibarat
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa
perpaduan dalam kalangan generasi muda perlulah dilaksanakan melalui aktiviti
yg dijalankan oleh JKKK atau skim RT.
Tuntasnya, perpaduan
negara hanyalah akan terwujud sekiranya setiap lapisan masyarakat khasnya
generasi muda dididik sejak kecil lagi. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John
Kennedy pernah berkata, “ Janganlah tanya apa-apa yang boleh diberikan oleh
negara, tetapi tanyalah diri apa-apa yang boleh disumbangkan kepada negara.”
Jadi, anak watan pewaris bangsa menggalas obligasi mutlak untuk memastikan
kedaulatan negara terus mekar di persada dunia. Janganlah kita bersikap
cauvinis dan terlalu mengagung-agungkan perasaan perkauman. Peristiwa
demonstrasi jalanan yang diadakan oleh kumpulan
pakaian kuning dan merah menunjukkan semangat perpaduan semakin tergugat.
Khasnya, peristiwa Lowyat seakan-akan mengulangi peristiwa 13 Mei 1969 yang
memerlukan keinsafan generasi muda bahawa negaraku, tanah tumpah darahku.
ubah suai dengan formula yang sama dalam soalan
ubah suai dengan formula yang sama dalam soalan
Bahagian B(100%)
Peranan ibu bapa menyemarakkan semangat kejiranan
Ku go ba wa rururu ra
1.
mursyid – aktiviti keagamaan yg diadakan di kawasan kejiranan –
rumah terbuka
2.
teladan – BB – BA – kun - ks
3.
guru pertama – pendidikan bermula dari rumah – ba - gotong
4.
rakan karib – meluangkan masa menemani anak menjalankan aktiviti
xxx. – rukun tetangga -
5.
Rukun Negara – darurat – hari keluarga
6.
hari perayaan
Jiran ditakrifkan
sebagai manusia yang tinggal berhampiran dengan kita. Dalam konteks agama
Islam, jiran melangkau deretan rumah yang ke-40, iaitu rumah yang terletak di
sebelah kanan dan di kiri, di depan dan di belakang, di atas dan di bawah dari
rumah kita yang berhampiran. Sabda Hadis yang bermaksud, “ sebaik-baik manusia
ialah manusia yang berbaik dengan jiran dan tetamu. “ Terdapat hadis juga yang
bermaksud, “ orang yang beriman kepada Allah tidak sanggup kekenyangan sendiri tetapi
jirannya kelaparan. “ Jadi, kita maklumlah bahawa semua agama mementingkan
semangat kejiranan kerana jiran tetangga ialah saudara yang terdekat dengan
kita. Tun Dr Mahathir pernah berkata, “ orang yang
pertama menghulurkan bantuan kepada kita semasa kecemasan ialah jiran tetangga.
“ Namun sayang sekali, semangat kejiranan kini semakin tersirna ibarat hidup
segan mati tidak mahu. Maka, ibu bapa berperanan untuk menganjak paradigma
generasi muda yang berusia setahun jagung. Persoalannya, apakah peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa untuk memastikan semangat kejiranan terus subur dalam
kalangan masyarakat Malaysia?
Sesungguhnya, amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran
tetangga mestilah dipergiat oleh ibu bapa. (A) Aktiviti tersebut sudah lama
bersebati dan mendarah daging dalam masyarakat leluhur. (M) Contohnya, ibu bapa
menunjukkan teladan yang baik kepada anak dengan mengunjungi jiran tetangga pada
masa kecemasan. (C1) Ibu bapa bolehlah memberikan sedekah khairat kematian kepada
jiran tetangga atau membantu jiran semasa kebakaran atau kesakitan. (C2) Secara
langsung, perasaan empati akan terzahir semasa pertolongan diberikan kepada
jiran. (K) Situasi ini tersirat dalam maksud peribahasa betapa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul.(UM) Sabda Hadis yang bermaksud, “ anak Adam
yang meninggal dunia hanya meninggalkan tiga perkara, iaitu ilmu bermanfaat,
sedekah jariah dan anak soleh solehah.” (UM) Maka, ibu bapa mestilah mengamalkan
ketiga-tiga amalan ini khasnya kepada jiran tetangga supaya diwarisi kepada
generasi muda.(P) Bibit-bibit kasih sayang antara jiran tetangga akan diteladani
oleh anak muda. (P)Hal ini kerana benih yang baik dilontarkan ke laut menjadi
pulau. (P)
Jika diselami lebih
lanjut lagi, ibu bapa merupakan penguat kuasa undang-undang di rumah. Sejak
kecil lagi, ibu bapa wajarlah memastikan amalan gotong-royong dijadualkan dalam
rutin seharian. (A) Semasa ahli
keluarga berjinak-jinak dengan aktiviti rewang, perpaduan etnik bukan
sahaja dimangkinkan, bahkan mewujudkan persekitaran yang kondusif di kawasan
kejiranan. (K) Sedia kita maklum, vektor pembawa penyakit seperti Demam Denggi
telah meragut ratusan nyawa di negara kita baru-baru ini. Hal ini akan
ditangani melalui kerjasama antara generadi muda dengan generasi tua di sesuatu kawasan kediaman
seperti membersihkan longkang dan semak samun. (C1) Tambahan pula, ibu bapa
bolehlah menggalakkan anak muda untuk melibatkan diri dalam penyediaan kenduri-kendara
seperti majlis keagamaan di sesuatu kawasan kejiranan. (C2)Jadi, kos
penyelenggaraan akan dijimatkan dan hubungan kekeluargaan juga dieratkan.
Jelaslah semangat kejiranan akan diwujudkan melalui aktiviti gotong-royong yang
diwarisi daripada nenek moyang. Hal ini diterangkan dalam gurindam di bawah;
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jika semua bersatu hati,
Kerja payah menjadi senang.
Ba- jati diri bangsa. Budaya – ATA, cara
Dari sudut lain, ibu
bapa mestilah menyelami warisan budaya bangsa setiap kaum yang berbeza semasa
hidup berjiran. (A) Dalam konteks ini, anak muda akan meneladani ibu bapa supaya
menghayati budaya dan adat resam setiap kaum sejak azali lagi. (C) Walhasil,
budaya bermaksud peradaban, tamadun dan akal budi seperti cara hidup dan pemikiran.
(M) Sebagai contohnya, ibu bapa wajarlah memberitahu anak tentang pantang
larang jiran tetangga. (C) Jadi, setiap
generasi muda akan mengasimilasi dan mengadaptasi budaya masing-masing sejak
kecil lagi. (K) Khasnya, ibu bapa semasa menyediakan hidangan makanan
tradisional bolehlah berkongsi dengan jiran di sebelah. (C)Seyogianya, keluarga
mengadakan rumah terbuka semasa sambutan hari perayaan. (C) Secara langsungnya,
jiran tetangga akan sempat menikmati juadah yang disajikan, justeru berpeluang berkongsi
suka duka. (K) Situasi ini seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. (UM)
Jelaslah bahawa ibu bapa pencorak anak supaya membudayakan semangat kejiranan
sejak kecil lagi. (P)
Demi menyemarakkan
semangat kejiranan, ibu bapa mestilah menghayati doktrin dalam Rukun Negara. (A)
Sesungguhnya, peristiwa Darurat yang berlaku di Kampung Baru telah menimbulkan
perselisihan faham yang sengit antara kaum Melayu dengan kaum Cina. Maka, ibu
bapa mestilah menanamkan sikap berwaspada supaya tidak dicerobohi oleh sebarang
anasir perosak yang mampu menggugat semangat kejiranan yang berbeza kaum. Jadi,
ibu bapa seyogia mematuhi prinsip Rukun Negara seperti kesopanan dan kesusilaan
supaya mengeratkan wasilah antara jiran tetangga tanpa mengira warna kulit dan
budaya yang berbeza. Contohnya, ibu bapa menyokong Hari Keluarga yang
dianjurkan oleh Rukun Tetangga. Pelbagai acara sukaneka seperti senamrobik dan
beriadah akan memperkasakan persefahaman antara jiran tetangga mahupun ahli
keluarga. Pendek kata, pendidikan ibu bapa pembentuk minda anak muda sama ada
bersemangat nasionalise mahupun bersikap cauvinis.
Akhir sekali, ibu
bapa mestilah membawa anak bersama menyertai Skim Rukun Tetangga. (A) Rukun
Tetangga telah dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1975.
Pada awalnya, skim ini berfungsi untuk mengawal keselamatan di sesuatu kawasan
kejiranan. Namun kini, skim ini telah diperkasakan melalui Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) untuk mewujudkan persekitaran yang
selamat dan masyarakat yang berpadu. Contohnya, ibu bapa yang bergiat dalam Skim
Rondaan Sukarelawan akan menjadi ikutan kepada anak. Secara implisit,
pergerakan meronda dan mengawasi kawasan kediaman secara sukarela akan diwarisi
kepada anak muda. Menurut aktivis terkenal Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat
kejiranan merupakan tonik mujarab untuk melahirkan komuniti yang bersatu padu.
Permuafakatan ini ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Jelaslah bahawa perpaduan dalam kalangan generasi muda perlulah
dilaksanakan melalui aktiviti yg dijalankan oleh JKKK atau skim RT.
Tuntasnya, semangat
kejiranan hanyalah akan terwujud sekiranya setiap lapisan masyarakat khasnya generasi
muda dididik sejak kecil lagi. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John Kennedy pernah
berkata, “ Janganlah tanya apa-apa yang boleh diberikan oleh negara, tetapi
tanyalah diri apa-apa yang boleh disumbangkan kepada negara.” Jadi, anak watan
pewaris bangsa menggalas obligasi mutlak untuk memastikan semangat kejiranan terus
bercambah pada masa akan datang. Janganlah kita bersikap apati dan hanya
mementingkan diri. Jenayah indeks jalanan yang semakin mewabak menyedarkan kita
bahawa keselamatan di kawasan kediaman memerlukan sinergi antara jiran tetangga.
Ayuhlah kita teruskan usaha untuk memastikan semangat kejiranan dilestarikan
bagai tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Peranan ibu bapa ... semangat patriotik
Kugo bawa rururu ra
1.
Sejarah – ii ( iktibar, inspirasi) – bangunan bersejarah
2.
Ikon – pemimpin – mengisi
kemerdekaan – kepimpinan melaui
3.
Kempen membeli baranga tempatan
4.
Aktiviti kemasyarakatan –
Rakan Muda – Malbatt(JPA)- PLKN – aktiviti kemerdekaan ( mengibar jalur
gemilang)
5.
Rukun Negara – mematuhi undang2 – kesetiaan raja
Negaraku, tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu maju
Laungan Merdeka
sebanyak 7 kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman di Dataran Merdeka pada 31
Ogos 1957 telah melakarkan sejarah baharu kepada Malaysia. Kejayaan perjuangan
untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah asing telah menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia bersemangat waja. Sesungguhnya, semangat nasionalis
telah terbakar dalam sanubari rakyat Malaysia sejak 1900-an. Namun kini,
semangat patriotik jelasnya semakin tersirna di negara kita bagai hidup segan
mati tidak mahu. Demi mengisi kemerdekaan, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia berusaha untuk melahirkan anak watan yang beridentiti nasional. Ibu
bapa pula pembakar semangat ini. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa agar
semangat patriotik terus bercambah dalam sanubari anak muda?
Sesungguhnya, ibu
bapa perlulah menghayati sejarah pembangunan negara Malaysia dan menyalurkan
ilmu ini kepada anak mereka sejak kecil lagi. (A) Menurut Tun Dr Mahathir
bahawa sejarah menuntut kita tidak megulangi kesalahan yang pernah dialami. (M)
Contohnya, ibu bapa mestilah membawa anak melawati tempat bersejarah seperti
Pasir Salak, kota A Farmosa, Pulau Pangkor dan bandar raya Melaka. (C1) Pada
masa yang sama, ibu bapa wajarlah mengadakan takzirah
tentang kisah silam yang berlaku pada zaman perjuangan kemerdekaan selepas
bersolat jemaah bersama anak mereka. (C2) Seyogianya, ibu bapa menghadiahi anak
buku cerita tentang Bukit Kepong, Kapten Hassan, Leftenan Adnan dan Dolby
Rosli. (C3) Secara langsungnya, sejarah akan menjadi iktibar dan inspirasi
kepada generasi muda supaya membibitkan kecintaan yang mendalam terhadap tanah
air. (K) Bahawasanya, sejarah mencatatkan segala peristiwa yang benar sekali
gus merakamkan sebab dan akibat sesuatu tindak tanduk.(M) Mukhtasarnya, ibu
bapa yang mementingkan sejarah akan melahirkan anak yang menghormati negara dan
mengisi kemerdekaan dari masa ke masa.
Sementara itu, ibu
bapa perlulah mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan semasa di rumah.
(A) Pelbagai acara sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia perlulah
diraikan bersama ahli keluarga. Antaranya mengibarkan Jalur Gemilang dan
menyaksikan temasya perarakan di Dataran Merdeka.(C1) Seyogianya, ibu bapa
tidak menyebarkan fitnah-menfitnah tentang isu perkauman dan memburukkan nama
pemimpin di depan anak mereka. (C2) Sebagai uswah hasanah kepada anak, ibu bapa
sepatutnya memastikan ahli keluarga menyokong segala pelaksanaan agenda
kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia. (C3) Ibu bapa yang sanggup membiayai cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negara juga menunjukkan sikap kecintaan kepada negara. (C4) Lebih-lebih lagi, membeli barangan buatan Malaysia merupakan sokongan padu kepada negara. Ibu bapa seyogia membeli produk berjenama Malaysia seperti Proton, Pensonic, Pedini dan sebagainya. (C5) Dengan itu, anak muda akan mewarisi
pembawaan ibu bapa yang mencintai ibu pertiwi. (K1) Situasi ini ibarat ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (UM) Walhal, kecintaan terhadap negara
merupakan sebahagian kepada keimanan. Jadi, ibu bapa mestilah menjadi ikon
kepada anak mereka agar negara kita terus berdaulat pada masa akan datang. (P)
Dari sudut lain, ibu
bapa mestilah menghayati doktrin dalam Rukun Negara semasa menuntut anak mereka
mencintai ibu pertiwi. (A) Dalam erti kata lain, ibu bapa merupakan guru
pertama kepada anak. (M) Rukun Negara digubal oleh MAGERAN pada 18 Mei 1969
selepas peristiwa rusuhan kaum yang berdarah. (M) Sebagai bangsa yang
bermaruah, anak watan mestilah mendukung prinsip kesetiaan kepada raja dan
negara di samping kepercayaan kepada Tuhan. (C1) Ibu bapa yang mematuhi
Perlembagaan Persekutuan akan mengelakkan diri dan ahli keluarga daripada
sebarang angkara yang menderhakai negara. (C2) Ajaran yang tersirat dalam
peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung akan bersama-sama
diselami oleh ahli keluarga. (UM) Maka, sebarang anasir parasit yang akan menggugat
keamanan negara akan disematkan dalam hati anak watan kerana terbawa-bawa oleh sikap
orang tua di rumah yang mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang. (K)
Jelaslah ibu bapa penguat kuasa undang-undang di rumah mestilah mendirikan
teladan yang baik kepada anak mereka supaya memastikan anak kita bersyukur di
bawah teduhan negara yang berdaulat. (P)
Lain daripada itu,
ibu bapa perlulah menjadi kaunselor kepada anak supaya menggalakkan anak
menyertai aktiviti kenegaraan.(A) Dalam hal ini, PLKN yang dibentuk pada tahun
2004 telah berjaya menyuntik patriotisme dalam kalangan remaja. Modul
kenegaraan telah mendidik anak muda tentang modus operandi yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan. (C1) Jadi, ibu bapa mestilah menggalakkan anak mereka
menyertai Program Khidmat Latihan Negara atau aktiviti kesukarelawanan seperti
MERCY, PBSM, RELA dan sebagainya. Kejayaan MALBATT di Lebanon dan membantu
pelarian mangsa Roninya telah menyerlahkan kewibawaan Malaysia sebagai negara
yang penyayang. Seyogianya, ibu bapa memahami polisi kenegaraan agar
mendedahkan anak tentang pelbagai program kenegaraan sejak kecil lagi. (C2)
Oleh itu, ibu bapa mestilah menjadikan anak mereka menjadi ikon kenegaraan
dalam pelbagai bidang pada masa depan. Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,
Datuk Lee Chung Wei, Jimmy Choo dan sebagainya telah mengharumkan prestij
negara. Jika dikaji kejayaan mereka, tentulah disebabkan keberkatan ibu bapa
yang beriman kepada Tuhan.
Akhirnya, ibu bapa
mestilah meneguhkan jati diri bangsa anak mereka agar menanamkan kecintaan
terhadap negara. (A) Sebagai negara yang berbilang kaum, isu sensitiviti dan
perkauman akan meruntuhkan pembangunan negara kita. (M) Maka, ibu bapa mestilah
memastikan anak hidup secara bermaruah dan berbangga sebagai anak Malaysia. (C1)
‘ Harimau mampu mencengkam Geruda’ dan ‘ sudah kami tunggu 40 tahun’ pernah
tertera dalam kain rentang dan pelanduk dalam temasya karnival sukan
antarabangsa. Slogan ini menzahirkan perasaan kecintaan terhadap pencapaian
negara agar setanding dengan negara maju lain. (C2) Tanpa disedari, anak muda akan berusaha
untuk mengisi kemerdekaan dan menterjemahkan setiap aspirasi negara. (K1) Jati
diri bangsa atau identiti nasional merupakan inti pati dalam pelaksanaan
Gagasan 1Malaysia. Negara Malaysia akan maju sekiranya rakyat murba mencontohi
kejayaan Korea dan Jepun. Kejayaan sesebuah negara bergantung pada semangat patriotik
daripada setiap pelapis generasi muda. Maka, ibu bapa yang menyayangi negara
pastilah melahirkan anak yang berbakti kepada negara jua.
Tuntasnya, setiap
anak watan mestilah menghayati prinsip setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya
hinggap di belakang kerbau. Sejauh mana kita merantau, akhirnya akan balik ke
ibu pertiwi. Saya tetap bersyukur kepada pemimpin dan negara. Pelarian mangsa
Rohinya dan Bangalesh ke negara kita disebabkan kemiskinan di negara asal.
Jadi, rakyat Malaysia wajarlah mendabik dada kerana berteduh di bawah tampuk
kepimpinan negara yang adil dan integriti. Malaysia Boleh. Sekali-kali kita
laungkan semasa Datuk Lee Chung Wei berjuang untuk menggondol pingat emas yang
pertama buat Malaysia dalam Sukan Olimpik. Sungguhpun tertewas, namun semangat
akan terus mekar dalam hati setiap rakyat Malaysia. Yakinilah, Malaysia tetap
boleh sungguhpun dilanda badai kegawatan ekonomi dan konflik perkauman
baru-baru ini.
Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!
TAJUK 1 : KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN
RANGKA ISI:
- mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
- mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.
- mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.
- menjamin keselamatan kawasan kejiranan.
- memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.
- membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan negara.
- membantu menjayakan projek masyarakat setempat.
- mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan lain-lain.
- menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara jiran.
- menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.
- membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf dalam kawasan kejiranan.
- memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling, pelancong dan lain-lain.
Nusa
tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang
kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat yang hidup berjiran
di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung,
bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, jiran boleh ditakrifkan sebagai orang yang tinggal berhampiran dengan
rumah seseorang. Namun begitu, terdapat lakaran suram yang
menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa amalan kehidupan
berjiran dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin sirna
ibarat hidup segan mati tak mahu.
Sebahagian rakyat yang hidup dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan
teknologi ini lebih cenderung kepada sifat nafsi ataupun individualistik
dan bersilengah.
Mereka ini tidak menyedari akan kepentingan hidup berjiran terutamanya dalam
kehidupan hari ini yang berwarna-warni. Persoalan yang sering berlegar-legar di
gawang minda kita ialah apakah kepentingan hidup berjiran kepada individu,
masyarakat dan negara?
Salah
satu signifikan hidup berjiran ialah semangat kerjasama dalam kalangan
anggota masyarakat di sesuatu tempat dapat dipupuk. Semangat kerjasama amat
penting dalam kehidupan berkomuniti untuk mewujudkan kehidupan yang harmoni
dengan tolong-menolong antara satu sama lain. Tanpa kerjasama antara satu sama
lain sudah pasti sesuatu kerja yang sukar tidak dapat diselesaikan dengan
mudah. Kerjasama ini mampu dipupuk menerusi penglibatan anggota masyarakat
secara holistik dalam menjayakan aktiviti yang dilaksanakan di kawasan
perumahan mereka. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat
mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan
perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua
jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra,
saling membantu bagai aur dengan
tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Menurut
laporan majalah “The Times” di Australia, kegiatan gotong -royong yang
diamalkan di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Impaknya, dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti berfaedah seperti ini akan membawa anjakan paradigma bukan
sahaja kepada kawasan perumahan malah kepada kesihatan anggota masyarakat itu
sekali. Hal ini kerana dengan mengadakan aktiviti gotong-royong kawasan
perumahan bukan sahaja akan kelihatan kemas bahkan juga membawa kebaikan kepada
kesihatan masyarakat itu sendiri. Tegasnya, sikap kerjasama dapat dipupuk
melalui kehidupan berjiran dan seterusnya dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain
itu, hidup berjiran juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu. Hal ini kerana apabila setiap
rakyat hidup berjiran maka secara tidak langsung dapatlah menyahut proklamasi
Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia yang
menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Sinergi dan usahasama
sebeginilah sewajarnya dijadikan panduan dan diaplikasikan dalam
institusi masyarakat bagi mencetuskan semangat kejiranan yang utuh
persis
peribahasa Melayu, ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua’. Contoh
pendekatan yang boleh diambil untuk memupuk semangat perpaduan dan bersatu padu
dalam kalangan rakyat adalah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan semua kaum dalam pada masa yang sama seperti mengadakan “Rumah
Terbuka Kebangsaan” bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia. Melalui pengimplimentasian
program ini, semangat kejiranan dapat dijalinkan dalam masyarakat yang
berbilang kaum ini agar boleh meluaskan horizon pemikiran dek kerana
berpeluang mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain
seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat diterapkan dengan nilai
saling menghormati, bertolenrasi dan saling menyayangi antara satu sama
lain. Secara tidak langsung, tragedi 13 Mei 1969 yang merupakan sejarah
hitam negara di mana berlaku perbalahan antara kaum di Malaysia sehingga
mengakibatkan rakyat huru-hara dan negara kucar-kacir hanya akan berada dalam
kotak memori sahaja, dan bukan untuk diulangi lagi kelak. Ringkasnya, hidup
berjiran mampu membentuk masyarakat berbilang kaum yang stabil dari segi spiritual
serta fizikal dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah
kegemilangan.
Di
samping itu, hidup berjiran juga penting kepada negara kerana dapat memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai
program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan ’Negara Maju Rakyat Sihat’
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana
yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di
seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan
saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan
dan infrastruktur
di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif kehidupan berjiran
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan
tempat tinggal. Kesannya, bukan sahaja masyarakat akan menikmati pelbagai
keselesaan yang disediakan bahkan juga
masyarakat akan pembangunan modal insan yang seimbang dapat
dicapai. Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air. Jelaslah
bahawa kehiduppan berjiran penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu
kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak
kerajaan sekali gus membantu kerajaan melaksanakan pembagai program rakyat.
Kehidupan
berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara. Negara yang cemerlang lahir daripada
rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata. Jika
masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni
maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang. Melalui hubungan kejiranan,
pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan
seperti mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun
kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk
Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan
rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia
sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan
sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di
persada antarabangsa. Ringkasnya, anggota
masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan
negara dapat dilahirkan melalui kehidupan berjiran.
Dari
sudut yang berbeza, hidup berjiran yang wujud dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum juga penting
sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing
ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik,
mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik
kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar dan mampu memikat
hati barisan pemimpin dunia untuk mempelajari formula Malaysia dalam
mengekalkan perpaduan antara rakyat seperti yang diutarakan Mantan Timbalan
Perdana Menteri Britain, John Presscott suatu ketika dahulu. Sebagai contohnya,
pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta
tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang
amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan
bandar, produk pelancongan seperti Program ’Homestay’ atau Inap Desa di kawasan
luar bandar juga dapat menunjukkan kemaslahatan hidup berjiran dalam kalangan
masyarakatnya. Secara implisitnya, ekonomi negara yang memberangsangkan
akan dapat dicapai oleh Malaysia. Pendek kata, kehidupan berjiran dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dalam industri pelancongan
negara.
Kalau
ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan masyarakat akan
membawa impak positif kepada masyarakat konvensional itu sendiri iaitu kesedaran
hidup berjiran mampu membawa kepada jaminan keselamatan penduduk setempat.
Hal ini kerana dengan wujudnya Rukun Tetangga yang terdiri daripada ahli-ahli
masyarakat di kawasan kejiranan itu sendiri, mereka akan menjalankan rondaan
pada waktu malam secara berkumpulan bagi memastikan kawasan perumahan mereka
berada dalam keadaan selamat sejahtera. Program ini juga mampu membantu
pihak polis dalam usaha untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang biasa
berlaku di kawasan perumahan seperti pecah masuk rumah. Jika perkara ini tidak
ditegah secara serius, dikhuatiri akan membawa kepada banyak implikasi
seperti harta benda dirompak dan yang paling memilukan jika membawa maut kepada
ahli rumah yang menjadi mangsa keadaan dalam kegiatan kebejatan moral ini.
Maka, apabila terlaksananya program sebegini yang melibatkan semua pihak,
purata kes jenayah dalam negara akan berkurangan dari semasa ke semasa.
Secara tidak langsung, nama Malaysia juga harum di segenap seantero mayapada dek
kerana Malaysia merupakan antara negara paling selamat untuk didiami di dunia
hasil daripada kajian yang dilakukan oleh “The World Justice Project” yang
bertempat di New York, Amerika Syarikat. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran
sepakat membawa berkat”. Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
mampu menjana kawasan perumahan yang harmoni dan aman.
Secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa kehidupan berjiran merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang signifikan. Amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlu bangkit dan lari daripada kealpaan tentang mengamalkan kehidupan berjiran ini. Rakyat Malaysia tidak seharusnya mempunyai sikap evasif dan bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha untuk menjayakan amalan kejiranan ini. Diharapkan agar komitmen padu daripada semua pihak ini dapat memupuk dan meningkatkan lagi semangat perpaduan dan bekerjasama dalam sanubari setiap rakyat Malaysia yang sangat dituntut untuk mengekalkan keamanan yang telah dikecapi. Semoga aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 akan tercapai jua dengan terzahirnya permuafakatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa. Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!
Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara
berbilang bangsa yang bersatu padu. Kemukakan pendapat anda tentang
kepentingan perpaduan kaum di negara kita.
Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui
pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda,
Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi.
Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan
memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan
negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk
menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang
kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh
J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan
menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah
barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita
bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak
kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.
Semangat
nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat
memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini,
rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya
yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung
penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan
dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah
sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar
tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita
perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
berada di bangku sekolah.
Selain itu,
semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan
harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.
Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di
negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza
H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri
pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya
perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan
adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong
asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun
agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan
bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain
walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para
pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang
sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa
berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat
patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.
Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan
majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan
penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam
dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang
berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha
untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini
harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan
kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini
demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan
menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas
Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat.
Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara
kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan
India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep
perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini
seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan
sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang
dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan
nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.
Dasawarsa ini,
pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu.
Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa
‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi
pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar
ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan
yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah
bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang
mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang
dihasratkan oleh kerajaan.
Kurikulum yang
dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini
berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun
1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong,
bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan
santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita
bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di
negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita
semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat
perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh
musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara
kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang?
Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin
keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem
pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar
negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Sehubungan dengan
itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama
antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan
mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu
sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat
diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri
sama tinggi, duduk sama rendahdengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika
Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan
drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat
Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan memekakkan
telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan
negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan
bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya,
imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan
tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah
bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya
membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.
Jika semua
masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal
daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep
1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan
rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak
kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun
negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada
masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu,
kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa
depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang
seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat
sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara
satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih
gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di
negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian
2011N( Perpaduan
Rakyat Asas Kemajuan dan kemakmuran negara( pertandingan ceramah)
Isi
1.Mengamalkan sikap kejiranan – meluangkan masa untuk berinteraksi
dengan jiran tetangga – anak-anak haruslah diajar berkawan dengan anak-anak
jiran – dapat mengeratkan perpaduan sekali gus mengikis fahaman perkauman –
hubungan erat dan mesra akan mewujudkan negara yang harmoni.
2.menyambut dan merayakan hari kebesaran bersama-sama – amalan
kunjung-mengunjungi perlulah diteruskan – membolehkan kita saling bermaafan dan
menjalinkan semangat muhibah – tradisi rumah terbuka terus dikekalkan –
melambangkan keharmonian masyarakat yang berbilang kaum
3.penglibatan masyarakat dalam aktiviti sosial – bersatu hati untuk
menjayakan sebarang aktivti –keselamatan taman dan kampung juga dapat dijaga
melalui projek rkn tetangga – ikatan kerjasama yang mantap akan mewujudkan
suasana sejahtera – dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian
4.pemupukan sifat toleransi dan persefahaman dalam kalangan masy
- kita haruslah mengamalkan nilai murah
hati dgn bersedia menghulurkan sebarang bantuan – membuktikan keutuhan
perpaduan dan nilai murni jiwa kita – menjadi pemangkin untuk melahirkan masy
dan negara yg makmur dan sejhatera
5.persaingan sihat dlm kalangan masy majmuk – janganlah iri hati
terhadap kejayaan dan pencapaian kaum lain sebaliknya menjadikan kejayaan
mereka sebagai dorongan dan perangsang – amalkan konsep seia sekata – langkah
kerajaan membina negara melalui perkongsian kekayaan dan kuasa berjaya memupuk
perpaduan dan kestabilan politik