Percubaan
2o14
terengganu
|
peranan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( TMK) dalam kekidupan.
|
|||
MRSM
|
faedah-faedah menggunakan laman sosial
|
1.
Sejak belakangan ini, penggunaan telefon bimbit semakin
berleluasa. Penggunaan telefon bimbit telah mendatangkan pelbagai kesan kepada
pengguna. Pada pendapat anda, jelaskan kesan-kesan
negatif penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah.
2. Pengaruh
media massa pada alaf ini
banyak mengubah cara berfikir rakyat Malaysia. Huraikan
faedah-faedah media massa kepada diri anda.
3.
Perkembangan teknologi maklumat pada hari ini banyak memberi manfaat
kepada pelajar. Huraikan faedah yang anda peroleh dengan menguasai teknologi maklumat.
Capaian perkhidmatan
internet jalur lebar bagi setiap isi rumah di Malaysia kini mencecah kadar
penembusannya 68 peratus iaitu antara yang paling pesat berkembang dalam
kalangan negara membangun. Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan tersebut merupakan
hasil pengenalan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan pada tahun 2010. Malaysia juga
mendapat pengiktirafan sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar paling murah
dalam kalangan 46 negara membangun di Rantau Asia ini. Sesungguhnya, KKMM telah meningkatkan kadar
kelajuannya serta memastikan setiap rakyat mempunyai peranti yang akan
menghubungkan semua orang.
Golongan belia digesa memantapkan ilmu digital kerana bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu merangkumi penglibatan menyeluruh terhadap pembangunan aplikasi dan permainan siber. Permainan digital ialah industri kreatif yang memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Industri ini meliputi bidang animasi serta pelbagai bidang baharu berteraskan ICT yang mampu mewujudkan peluang kerjaya. Selain doktor, peguam dan jurutera, kepakaran digital telah disenaraikan sebagai pilihan kerjaya utama golongan baharu kerana bidang ini diyakini mampu menjana pendapatan lumayan. Kampus Digital 2014 merupakan program berkaitan teknologi digital dan permainan elektronik siber pertama di Malaysia . Tegasnya, pendedahan literasi digital perlu diperluas agar anak-anak muda mendapat pendedahan menyeluruh tentang industri kreatif dan multimedia. Jelaslah, industri kreatif negara dijangka menjana hasil sebanyak RM600 juta tahun ini.
Golongan belia digesa memantapkan ilmu digital kerana bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu merangkumi penglibatan menyeluruh terhadap pembangunan aplikasi dan permainan siber. Permainan digital ialah industri kreatif yang memerlukan kepakaran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Industri ini meliputi bidang animasi serta pelbagai bidang baharu berteraskan ICT yang mampu mewujudkan peluang kerjaya. Selain doktor, peguam dan jurutera, kepakaran digital telah disenaraikan sebagai pilihan kerjaya utama golongan baharu kerana bidang ini diyakini mampu menjana pendapatan lumayan. Kampus Digital 2014 merupakan program berkaitan teknologi digital dan permainan elektronik siber pertama di Malaysia . Tegasnya, pendedahan literasi digital perlu diperluas agar anak-anak muda mendapat pendedahan menyeluruh tentang industri kreatif dan multimedia. Jelaslah, industri kreatif negara dijangka menjana hasil sebanyak RM600 juta tahun ini.
Dari sudut strategi pemasaran, Bajet
2015 telah menekankan penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam mempromosi
barangan pengusaha kecil dan sederhana.(PKS). Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar (Matrade) mengemukakan penggunaan laman sosial bagi
melonjakkan nilai eksport barangan tempatan seperti produk makanan, industri
digital dan sebagainya ke pasaran
antarabangsa. Jelaslah, laman sosial merupakan medan untuk memperkenalkan
barangan jenama Malaysia di arena antarabangsa dan merangsang pelaburan
melangkaui sempadan. Tamsilannya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) menambah baik laman sesawang, agrobazaar.com.my sebagai kaedah pemasaran
yang digerakkan secara dalam talian untuk mempromosi produk negara ke setiap
pojok negara.
Penguasaan media sosial seperti
laman sesawang dan blog sebagai medium menyampaikan maklumat telah terselindung
dengan seribu satu isu pro dan kontra. Sesungguhnya, prinsip buang keruh ambil
jernih amatlah perlu untuk memanfaatkan media sesawang kerana banyak pelabur
asing akan mendapat informasi dari
hujung jari. Kini, banyak barangan tempatan dibeli oleh rakyat Singapura dan
Negara Cina melalui perniagaan dalam talian. Justeru, inovasi sosial ini mampu
membantu usahawan memasarkan produk secara lebih meluas dalam talian.
Selain itu, sistem telekomunikasi
telah mengasimilasi dan mengakulturasi kepelbagaian teknik pengajaran untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan murid. Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baharu dalam
pengurusan organisasi di samping mewujudkan budaya kerja k-ekonomi yang lebih
berdaya saing dan produktif. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk
melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 . Perkembangan
pendidikan digital, permainan elektronik (e-gaming), dan robotik telah menjadi
trend terbaharu dan menuntut generasi muda jangan bersikap kejumudan bagai
sepuluh jong masuk ke pelabuhan, anjing masih bercawat ekor.
Selain bidang ekonomi dan pendidikan
maya, media sosial juga berperanan untuk berkongsi pendapat dan menambah
kenalan. Dalam dunia digital hari ini, telefon mudah alih dan Internet sebagai
dua alat teknologi paling penting bagi komunikasi. Kajian pusat Penyelidikan
dan Inovasi Tricap, di Cyberjaya , rakyat Malaysia menggunakan telefon bimbit
dan Internet untuk berhubung. Gabungan peranti teknologi ini diiktiraf secagai
cara yang lebih pantas dan mudah untuk
berkomunikasi dan sekali gus berkongsi maklumat. Kini, percantuman teknologi
telah menjadikan telefon bimbit sebuah telefon, komputer, alat muzik, konsol
permainan dan juga landasan komunikasi yang membolehkan insan berinteraksi dan
bertemu. Pendek kata, dunia kini semakin kecil dari segi hubungan insan. Sebagai
peranti mudah alih yang paling penting dan serba guna telah meluaskan rangkaian
sosial seperti mempererat hubungan rakan, ahli keluarga dan kenalan . Komuniti
digital memberi ruang untuk bersosial dari rumah dan telah menjadi satu trend
yang baharu dalam kalangan generasi muda.
Tidak salah dikatakan populariti
South Korea dalam industri digital merupakan satu ikon yang perlu diteladani.
Media sosial seperti hiburan k-pop dari Korea Selatan dapat ditonton di
mana-mana sahaja walaupun bahasanya tidak difahami oleh peminat. Sesungguhnya,
Malaysia ada beberapa kandungan animasi yang ditonton seluruh dunia seperti
Upin dan Ipin, Bola Kampung serta macam-macam lagi. Jikalau meninjau sudut
kesan negatif, rakyat Malaysia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam
sehari di alam siber . Antaranya, mereka melayari laman media sosial melalui
telefon pintar sehingga menjadi suatu
ketagihan dan mengundang masalah kesihatan mental, seperti tekanan emosi,
keresahan dan kemurungan. Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh
menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan
jantung serta menyumbang kepada obesiti. Bahkan, beberapa insiden buruk
disebabkan ketagihan serius internet turut dilaporkan di negara serata dunia.
Antaranya, kematian seorang pemuda berusia 23 tahun di Pulau Pinang dipercayai
akibat bermain permainan komputer tanpa henti-henti selama 15 jam pada akhir
tahun lepas. Begitu juga seorang pemuda
berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia di China akibat bermain permainan
komputer dalam talian selama tiga hari tanpa henti di sebuah kafe siber di
pinggir bandar Beijing.
Akhir kata sebagai penutup birai bicara,
KKMM terus berusaha menumpukan penglibatan komuniti di luar bandar dengan dunia
digital serta pembangunan bandar pintar sebagai hab digital di serantau.
Infrastruktur telekomunikasi yang baik mampu mencetus transformasi, menjana inovasi, melancarkan urusan dan
meluaskan kerjasama diplomatik. Sesungguhnya, pembangunan sesebuah negara dan
kemudahan telekomunikasi saling berkaitan seperti enjin dan jentera. Banyak
kajian membuktikan bahawa pelaburan untuk membangunkan infrastruktur dapat
meningkatkan produktiviti dan memacu pembangunan. Kejayaan pelancaran enam
satelit MEASAT telah meningkatkan
kualiti telekomunikasi, penyiaran serta teknologi maklumat menjelang ambang 2o2o.
No comments:
Post a Comment