Isi
:
1.
Inovasi
Sesungguhnya,
saya perlu mengambil iktibar daripada tokoh usahawan yang berjaya menerokai bidang
perniagaan seperti Datuk Lim Gok Tong, Jack Ma, Bill gates dan sebagainya yg
bergelar sebagai insan yg berinovatif dan kreatif. (AJ) Menurut Prof Dr Zaini
Ujang bahawa kreativiti merupakan GIM yang baharu. Dengan kreativiti, proses
penambahbaikan idea dan pemikiran akan menghasilkan nilai tambah baru kepada produk yg dapat
dikomersialkan. (M) Amsalnya, saya mestilah berani dan mempunyai keyakinan diri
untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan. (C) Sememangnya,
angan-angan among kosong hanyalah akan menghanyutkan diri saya sebagai Mat
Jenin, jadi saya mestilah mengikut strategi, struktur organisasi dan budaya
berfikir yg berkesan. (C) Sebagai impaknya, saya akan mereka cipta segala pembaharuan untuk
menghasilkan produk yg dapat dikomersialkan dalam pasaran lokal mahupun global,
seperti Jack Ma yg memperdagangkan produknya melalui e-dagang atau e-lelong.
(C) Menurut Albert Einstein bahawa imaginasi lebih penting daripada ilmu pengetahuan, namun segala strategi mestilah berpijak
di bumi nyata dan menurut kehendak mahupun minat saya dalam bidang yg dapat
mengasah bakat saya. Tegasnya, KI menjamin kekayaan dan produktiviti kepada
diri, keluarga mahupun negara, seperti yg telah direncanakan dalam RM ke-11.(P)