Usahawan Malaysia yang tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary,
Tan Seri Loh Boon Siew dan Datuk Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan memulakan peniagaan dari bawah.
Memetik kata tokoh tersohor Sukarno,
“Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi
perlimbahan”. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menentukan kejayaan
seseorang usahawan? Tepuk dada, tanya selera.
Sesungguhnya, penguasaan
ilmu pengetahuan merupakan kayu ukur untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Untuk
menjadi usahawan yang berjaya, setiap individu mestilah melengkapkan diri
menjadi insan yang berilmu pada era milenium yang pantas bergolak ini. Ilmu keusahawanan
seperti Ekonomi, Perakaunan dan Perdagangan memanglah penting untuk meningkatkan
daya saing dan kemahiran insaniah seseorang individu. Tegal itu, ilmu akan
meningkatka kualiti hidup masyarakat kita dan menguasai sosiolinguistik supaya
dapat bergaul dengan seantero strata komuniti di persada dunia. Ijmalnya, memetik
sepotong hadis, “ sesiapa yang menuntut ilmu, pintu syurga akan terbuka
untuknya.”.
Untuk memastikan impian
menjadi realiti, setiap individu mestilah mengambil inisiatif yang gigih bagai
genggam bara api sampai menjadi arang atau bagai hilang kapak berganti beliung
tanpa mengenal erti putus asa. Setiap individu mestilah menerapkan disiplin
diri bagai jurupandu untuk melunaskan rutin harian kita kerana mengaji dari
alif, membilang dari esa, hujan berpokok, kata berpangkal. Segala kejayaan
bukan sekadar takdiran tuhan, tetapi memerlukan suatu sistem atau tatatertib
yang betul. Tanpa disiplin, hasrat akan longlai, impian akan berkecai. Kita
akan kecundang di tengah-tengah medan perjuangan. Maka, kita perlulah memiliki
hala tuju yang baik, cita-cita yang jelas, dan gigih menterjemahkan matlamat
hidup dengan perancangan yang teliti. Jelas sekali bahawa disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua seperti
menepati masa, menguruskan hal-hal kewangan serta mengelak daripada melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu penting bagi seseorang usahawan.
Akhirnya,
modal yang mencukupi merupakan prasyarat untuk memenuhi aspirasi seorang
usahawan. Tanpa modal, cita-cita bagai
bahtera tanpa nakhoda di tengah samudera. Sejak di bangku sekolah lagi, kita
mestilah mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan atau
sebagai pembantu kedai pada waktu cuti persekolahan. Modal juga dapat dikumpul
melalui pinjaman mikro atau insentif daripada agensi kewangan tertentu seperti
TEKUN, Bank Rakyat, SIMEDEC dan sebagainya. Sebagai usahawan yang kreatif, kita
diberi peluang untuk memulakan perniagaan dengan bantuan kerajaan atau sektor
swasta kerana ada padi semua jadi, ada beras semua deras. Mukhtasarnya, modal
dan inisiatif bagai melodi dengan irama yang saling bergantungan supaya
menghasilkan tempo yang estetik.
Sebagai
penghias penutup bicara, prakrasa yang pragmatik bagai menarik rambut dalam
tepung, tepung tidak selerak dan rambut tidak putus untuk memastikan segala
aspirasi untuk menjadi usahawan akan menjadi realiti. Memetik kata hadis, 9
daripada 10 kekayaan adalah berasal daripada perniagaan. Oleh itu, penerokaan
dalam bidang perniagaan memanglah halal dari sudut agama atau budaya dalam
masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment