|     keinderaan  |        tempat segala dewa kayangan.  |   
|     keinderaan  |        inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka   tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~.  |   
|     betara  |        1. sl dewa: dewa-dewa dan ~; 2. gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~   Majapahit.  |   
|     Betara Indera  |        dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu);  |   
|     kesaktian  |        kuasa atau kebolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak   lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa;   mempunyai hikmat: keris ~.  |   
|     paduka  |        1. sl kasut, sepatu; 2. panggilan kpd sultan dan raja: Seri P~   Baginda Yang di-Pertuan Agong; 3. panggilan kpd orang yg dimuliakan: surat ~   ayahanda sudah anak-anda terima; 4. gelaran orang yg berpangkat (mulia-mulia   dll): Bendahara P~ Raja; Dato P~; Imam P~ Tuan.  |   
|     kurnia  |        1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang   Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn   kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda   kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda;  |   
|     ampun  |        kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah   dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan;  |   
|     temasya  |        1. peristiwa yg kelihatan, pertunjuk-an, tontonan: beliau akan   menyampaikan hadiah kpd yg berjaya pd akhir ~ sukan tersebut;  2. pemandangan yg menarik hati, keindahan alam: baginda belayar mengembara ke   sebelah barat melihat ~ negeri-negeri orang; bertemasya pergi mengembara utk   menghiburkan hati (melihat-lihat pemandangan yg indah-indah dll): ~ ke pulau   yg indah dan permai.  |   
|     murka  |        bd marah; meradang.  |   
|     perkenan  |        izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja   persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang   Dipertua Negeri dsb  |   
|     kenan I  |        ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati,   senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd =   ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat   masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan   utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu,   menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~   meletakkan batu asas bangunan itu. perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan,   kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang   di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang   di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan   oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta.  |   
|     nescaya  |        tidak boleh tidak, sudah tentu: sekiranya undang-undang tidak ada, ~ masyarakat   akan menjadi kacau-bilau; menescayakan menjadikan tidak boleh tidak;   kenescayaan perihal tidak boleh tidak.  |   
|     masyghul  |        Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung,   sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun   terlalu ~; 2. kesal hati, sebal hati; sugul, murung, benguk, kesal hati  |   
|     hatta maka  |        sesudah itu; selepas itu; kemudian dr itu.  |   
|     mendapatkan  |        1. pergi bertemu   atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~   suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang   baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu   pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor   pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg   permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;  |   
|     adinda  |        bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm   surat-menyurat dsb).  |   
|     menemani  |        1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang   melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi   memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur   pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng;  |   
|     menemani  |        menjadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar.   |   
|     jangankan  |        usahkan: ~ hendak makan, minum pun dia tak mahu;  |   
|     walau... sekalipun  |        meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan   sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~,   tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;  |   
|     jika... sekalipun  |        meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu   menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar   kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang;  |   
|     sekalipun  |        walaupun; sungguhpun; meskipun.  |   
|     ufti  |        persembahan (wang, emas, dll) yg wajib dibayar kpd raja atau   negara yg berkuasa (menaklukkan): maka segala negeri takluk pd tanah Melaka   itu pun sekaliannya mem-beri ~ kpd Melaka pd tiap-tiap tahun.  |   
|     takluk  |        takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah   kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~   kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~   jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri;   |   
|     menghadap  |        1. (bahagian muka atau depannya) menghala ke: orang Islam   sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke   belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada   atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang   Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda   sedang dihadap orang banyak; 3. datang ke (mahkamah, pejabat, dll): ia   diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd   (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd:   ~ ke hadapan ayahanda;  |   
|     penghadapan  |        tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~   dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat menghadap raja di dlm istana atau   di tempat raja bersemayam.  |   
|     hulubalang  |        1. ketua pasukan askar, pemimpin pasukan; 2. (Acheh) kepala   negeri (daerah); 3. Pr gelaran orang besar yg delapan; 4. askar pengawal; 5.   pengawal keamanan kampung, dubalang; ~ asal sl kepala bentara yg dr kanan;   habis ~ bersiak prb apabila tiba masa, jika perlu wang, dijual apa saja yg   ada.  |   
|     rombang-rambing  |        compang-camping, robak-rabik. rebek, tersetai-setai, bersepai,   rompang-ramping (pakaian dll),   |   
Friday, July 16, 2010
Hikayat Marakarma- bab 1
kosa kata bab 1:  
  
•1. Betara angkasa indera Dewa- kesaktian-gagah-berani-dermawan,budiman, setiawan- besar.
  •Maharaja keinderaan bernama Betara angkasa indera Dewa terkenal dengan kesaktian, gagah, berani, dermawan, budiman, setiawan dan kerajaan baginda amat besar.
  •2. menghadap-betara guru-Paduka Sri Betara-memohon-dunia-temasya 
  •Baginda menghadap ke Betara Guru dan bertitah, jika baginda diampuni  dan dikurniai  Paduka Sri Betara, baginda memohon akan turun ke dunia melihat temasya raja-raja. 
  •3. berdiam diri- BAID- persetujuan- 3 kali- betara guru – bertitah-murka 
  •Betara Guru berdiam diri, BAID meminta persetujuan sebanyak 3 kali daripada betara guru. Betara Guru bertitah dengan  murka.
  •4. perkenan- dunia- nescaya – kesukaran 
  •Jika Betara Guru memperkenankan permintaan BAID tturun ke dunia, nescaya BAID akan kesukaran.
  •5. istana- masyghul-berfikir- hasrat- kebesaran- 
  •BAID kembali ke istana dengan masyghul. Baginda berfikir tentang hasrat untuk melihat kebesaran raja-raja di dunia.
  •6. mendapatkan- temasya- adinda- 
  •Baginda mendapatkan isterinya, Dewi Kencana tentang hasratnya hendak melihat temasya raja-raja dunia. Baginda menanya adindanya sama ada ingin menemani suaminya 
  •7. sukacita – memeluk – mencium 
  •Sungguh cukacita BAID mendengar kata-kata adindanya lalu memeluk dan mencium adindanya.
  
Subscribe to:
Comments (Atom)