Soalan:
Lihat
gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menjadi tarikan
pelancong datang ke Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan
Sektor Pelancongan Di Negara Kita
(AR1) Sektor pelancongan menjadi tulang belakang ekonomi negara.
(AR2)Semasa eknomi Negara meleset, sektor ini banyak menyumbangkan pendapatan
kepada negara. (AR3) Oleh sebab sector ini banyak mendapatang keuntungan kepada
Negara, kerajaan sentiasa mencari jalan
untuk memajukan sektor ini supaya kekal menjadi periuk nasi kepada golongan peniaga dan rakyat tempatan yang ringan tulang. (AR4) Potensi sektor ini perlu digilap supaya
menjadi lubuk emas kepada pelabur
anak tempatan dan dari negara luar.
Sesungguhnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelancong asing memilih
negara kita sebagai destinasi mereka.
(AJ) Satu
daripada factor yang menjari tarikan pelancong ialah negara kita banyak
mempunyai pantai yang menarik. (AH1) Kebiruan air laut dan pasir di pantai yang
memutih merupakan gula-gula yang
dapat menarik kehadiran pelancong. (AC) Sebagai contohnya, Pantai Cenang di
Langkawi dan Pantai Port Dickson di Negeri Sembilan sering menjadi tarikan
kepada pelancong. (AH2) Secara serampang
dua mata, mereka boleh mandi-manda, menaiki jet ski dan membuat selaman
skuba di permukaan air laut yang jernih. (AP) Kepada mereka yang ada hati untuk menambah pengetahuan,
mereka juga boleh menyelam di dasar laut untuk melihat keindahan terumbu karang
dan hidupan marin yang amat cantik
(AJ)Selain itu, terdapat pelbagai
makanan menarik yang boleh dinikmati oleh parapelancong. (AH1) Pelancong asing
terutama dari negara atas angin
mengetahui bahawa Malaysia merupakan syurga makanan. (AH2) Hal ini bukan indah khabar dari rupa kerana makanan
tempatan seperti lauk pauk, hidangan pencuci mulut dan kuih-muih amat lazat
rasanya kerana tak kenal maka tak cinta. (AC) Sebagai contohnya, makanan seperti
nasi lemak, nasi kerabu, satay, dan sebagainya sering memikat pelancong. (AH) Makanan ini mudah diperoleh di
merata-rata tempat dari terbit matahari hingga waktu turun embun jantan.
(AJ) Di samping itu, negara kita
kaya dengan warisan kesenian. (AH1) Warisan kesenian tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas juga mencuri tumpuan pelancong kerana hanya jauhari mengenal manikam. (AH) Kesenian rakyat yang
menggabungkan koordinasi gerak tari,
irama merdu Nusantara dan lirik yang berkesan boleh membuka mata pelancong. (AC) Sebagai contohnya, tarian kuda kepang,
persembahan Mak Yong, wayang kulit, dan sebagainya sering mencuri tumpuan
pelancong. (AP) Secara tidak langsung, hal ini dapat mengelakkan kesenian
bangsa daripada menyembah bumi dek
sikap negatif masyarakat yang buta hati
terhadap kesenian bangsa.
Sebagai kesimpulannya, (A.Cdgn)
semua pihak wajar bahu-membahu untuk memajukan sektor pelancongan kerana jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya. (A.Cdgn)Usaha ini perlu dijalankan dengan segera kerana kerja bertangguh tak menjadi, kerja
beransur tak bertahan. (A.Cdgn) Segala kelemahan ketika mengurus sektor ini
perlu diatasi dengan segera kerana sekali
jalan kena, dua kali jalan tahu.
Karangan Gambar Rangsangan Ramalan 2: Perpaduan Kaum
Lihat gambar rajah di
bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum
dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup
dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia
dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu
mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya
perpaduan bak kata pepatah “bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah
usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?
Salah satu usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita
adalah peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan
berteraskan kebangsaan. Dengan adanya
sistem pendidikan yang terbuka kepada
setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini
mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang
kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di
sekolah rendah lagi, usaha untuk
membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P
& P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang
lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu,
menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.
Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan
perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah
terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di
negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan
rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya
Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk
silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah
terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati
antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum
lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang
ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan sesama kaum tetapi juga dapat
memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada
setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat
Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti
hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar
menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh
semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan
hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh
dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah,
taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak
masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung,
setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga
mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual
ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat
mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat
dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian
kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang
penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang
yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh
menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk
meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan
dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang
oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh
masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat
India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong
asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada
di negara kita dapat mewujudkan
perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak
cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita kerana
menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh sebab itu, semua
pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara
ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1
Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd.
Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.
Karangan
Gambar Rangsangan Ramalan 3: Barang
Buatan Malaysia
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan
pendapat anda tentang faedah membeli
barang buatan Malaysia. Huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan
Kempen
belilah barangan buatan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1998. Usaha ini
membuktikan komitmen serta
kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Campur tangan ini dianggap tepat dalam
suasana ekonomi global yang pasang surut
dan diramal bertambah gawatumpama
gerhana dalam tempoh mendatang. Dalam situasi ini, penggunaan barang buatan
tempatan menyerlahkan pelbagai faedah
kepada rakyat dan negara.
Satu daripada kebaikannya
ialah penggunaan barang buatan tempatan dapat mengurangkan pengaliran keluar
mata wang negara. Jika kita membeli barangan yang diimport, wang tersebut akan
mengalir ke luar negara. Dianggarkan sebanyak RM 1.9 bilion setahun dapat
dijimatkan jika rakyat menggunakan barang buatan tempatan dan mengurangkan
import. Pendek kata, jika kita mengutamakan barang buatan tempatan, peniaga
akan mendapat keuntungan dan pendapatan negara akan meningkat melalui kutipan
cukai.
Seterusnya, penggunaan
barang buatan tempatan akan memberikan
nafas kepada usahawan tempatan untuk memajukan perniagaannya. Apabila
barangan mereka menjadi pilihan rakyat, keuntungan yang diperoleh akan dapat
meningkatkan modal perniagaan mereka. Sebagai contohnya, mereka akan dapat
menghasilkan produk baharu yang lebih berkualiti untuk mengembangkan perniagaan
apabila mempunyai modal yang lebih besar. Tegasnya, produk berkualiti yang
memenuhi cita rasa pengguna dapat dijual untuk menghasilkan keuntungan dalam tangan yang amat lumayan kepada
usahawan tempatan
Selain
itu, permintaan yang tinggi terhadap barang buatan tempatan akan memantapkan
ekonomi negara. Dalam keadaan dunia menghadapi kemelesetan ekonomi, pembelian
barangan tempatan akan menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kegawatan
ini. Sebagai contohnya, pembelian barangan tempatan akan menyebabkan wang terus
mengalir di dalam negara dan seterusnya merancakkan ekonomi. Secara tidak
langsung, rakyat tempatan akan memperoleh pekerjaan yang menjanjikan pendapatan
yang lumayan untuk dibelanjakan dan ditabungkan.
Sebagai
kesimpulannya, rakyat tempatan perlu mengutamakan barang buatan tempatan yang
diakui berkualiti dan murah harganya. Sikap yang mengutamakan barang buatan
tempatan akan dapat mengelakkan usahawan tempatan daripada hidup segan mati tak mau atau gulung
tikar. Produk buatan tempatan bukan sahaja perlu dijual dalam negara bahkan
dieksport ke luar negara bagi membuktikan bahawa usahawan kita bukan jaguh kampung semata-mata.
Kepentingan
sungai
REHAT( Re=rekresi/
Re=rezeki – ;A=air; HA= habitat hidupan akuatik / E=empangan penjana kuasa / T
= transit)
Sebagai tempat rekreasi
|
- Kebanyakan sungai juga dijadikan kawasan reakreasi yang menjadikan
tarikan pelancongan. Contohnya, negara Endau-Rompin yang terletak di legeh
sungai Endau dan sungai Rompin. Banyak aktiviti dijalankan di kawasan ini
seperti aktiviti berkayak, menjelajah hutan dan memancing. - tempat berkelah-
seperti Tasik Kenyir
|
Sebagai sumber rezeki
|
sungai juga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran
sungai denagn melakukan aktiviti menangkap hasil sunagi seperti ikan dan
udang.
|
Sebagai sumber air
|
- manusia menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti untuk sumber
minuman, dan kegunaan domestik-
mencuci, memasak dan mencuci.
- Sungai amat penting sebagai sumber bekalan air bagi kegunaan domestik, Contohnya untuk bekalan minuman dan untuk menjalankan fungsi hidup sehari-hari, Sungai membekalkan air kepada kawasan pertanian untuk pembinaan empangan dan saliran, contohnya di kawasan padi. Sungai juga digunakan untuk kegunaan untuk industri seperti pemprosesan kelapa sawit dan seumpamanya. |
Sebagai habitat hidupan akuatik
|
- Sungai amatlah penting sebagai habitat hidupan akuatik seperti ikan, ketam, dan
udang. Tanpa air sungai, manalah datangnya ikan, ketam dan udang yang kita
makan pada hari ini? Ikan, ketam dan udang membekalkan sumber protein yang
mencukupi kepada manusia. Menurut
laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sumber protein yang
terdapat dalam ikan, ketam dan udang adalah amat tinggi. - hidupan
akuatik ini merupakan sumber protein alternatif bagi manusia
sekiranya sumber protein dari laut sukar diperoleh.
|
Sebagai transit barangan
|
medium pengangkutan dan penghubungan. Berbalik kepada sejarah dahulu,
pembukaan Terusan Suez
telah memendekkan jarak
perjalanan antara Timur dengan Barat. Hal ini akan menjimatkan masa
dan memudahkan perhubungan. Kawasan yang tidak dapat dihubungkan dengan jalan
raya dapat dihubungkan dengan menggunakan jalan air. Keadaan ini akan
memajukan sistem pengangkutan di negara kita dengan mempunyai pengangkutan
darat, pengangkutan udara dan juga pengangkutan air.
|
No comments:
Post a Comment